Sekitar Majlis Pernikahan #WeddingIjai

Ok cerita pasal wedding Ijai start dari majlis nikahnya ek..:)

Tapi sebelum tu, aku dan family serta sedara mara yang lain dalam tiga buah kereta bertolak dari Kg. Gajah jam 6.30 petang. Sampai homestay kat Taman Keramat AU2 15 minit lagi kul 10 malam. Otw nak ke KL tu, tiba-tiba aircond kereta ayah n kereta cousin aku, Ella rosak. Serentak. Hujan lebat pulak tu. Disebabkan hati aku yang tak sedap, aku sms yg lain, ikut highway jelah. Sebab cadangnya nak ikut jalan lama je. Syukur alhamdulillah, kami semua selamat sampai..

Oh ye, kami stay kat homestay seperti gambar di bawah. Gambar ni masa baru renovate kot. Rupa sebenar, cantik. dah ada pasu bunga tepi2 umah tu. bersih je. Bukan Bersih 3.0 ye. =p Mana aku jumpa homestay ni? Aku google je. Then jumpa kat Mudah.my




Pagi Jumaat tu, sementara tunggu yang lain bersiap-siap, sempat lagi makcik aku aka Mak Uda siapkan bunga pahar untuk dibawa masa majlis resepsi esoknya.


Mas Kahwin.

Then, dalam kul 10 pagi semua gerak ke Masjid berdekatan. Aku tak ingat apa nama masjid nya tapi sebelah Pangsapuri Tentera.


Ibu dan Kakyang yang sentiasa tolong aku pegangkan Zara. Aku lenguh aku pas kat Kakyang, pastu pas kat Ibu. Haha.. minah tu leh tahan gak nak dukung dia. Lenguh tangan. Tengok Dani kat belakang tu. Haha.. Tengah tunjuk aeroplane kot..


Ella + Omar (Cousin) + Enady + pengantin lelaki..:)


Fyqa, The bride. :)


Gambar anak-anak tuan blog haruslah ada kan.. Present... Dani and Zara..:)



Sengih je Ijai..:)


Ni tak sengih. Dah start berdebar ek? =p


The Bride again..


Akhirnya, Ijai selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dengan dua kali lafaz. Alhamdulillah. Kelakar masa Ijai nak nikah tu. Macam-macam ragam. Tak kurang juga hati masing-masing yang berdebar. Aku dah bergenang air mata. Bapa pengantin perempuan pun dup dap dup dap..Ayah relax je..


Sesi membatalkan air sembahyang..




Dah setel semua-semua, kitorang dijemput makan tengahari kat rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah kenyang..

Petang Jumaat tu free.. Tapi malam tu ada Majlis Berinai. Tu nanti sambung. dah mengantuk..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

First time keluar makan berempat

Pertama tama kali kot keluar makan bersama ahli baru. Family kecil kami yang dari bertiga jadi bereempat. Haruslah abadikan kat sini kan..Welcome Izzara. Syukur sangat kamu tidak buat hal. Haha.. Macamlah buat hal si kecil tu macam berguling-guling atas tanah kan.. Kalau kamu seperti ini, selalulah mama dan papa bawa kamu keluar jalan-jalan dan makan-makan..:)


Abangnya pula. pheww. Semakin hari semakin melasak. Stress papa dia. Aku pun. Mujurlah masa makan tu dia ok ok saje. Makan makan dan makan. Lapar kot..=p Untuk bawak dia berjalan, kena bagi dia tidur dan makan yang cukup, baru lulus untuk keluar. Kalau tak, akan terkeluarlah aksi seorang ibu menjerit tapi takde suara. Seorang bapa yang berlari-lari anak ibarat jogging di pagi hari. Tak sanggup kalau aku sorang yang handle dia. Baik duduk rumah main-main keliling hall dan order saje Dominos atau Pizza Hut. =p


Al kisah gambar-gambar ini. Nak snap bereempat segan plak haihh. Maka, sana dua sini dua..

Balik Putrajaya jap petang Jumaat tu. Sebab nak hantar stok susu yang dah diperah. Penuh dah peti ais kat umah Ibu. Sempat juga singgah opis. Saje. Rindu kat member2 opis. Balik dari opis, Enady kata lapar. Singgahlah sekejap untuk makan kat Umai Cafe. Even dia pun tak pernah lagi makan kat situ. Haha, aku yang  malas nak bawak..

Gambar makanan takde. Lapar sangat kisahnya. Aku order nasi goreng biasa. Enady order chicken chop. Sedap. Dani sampai berebut makanan ngan aku. Dah habis nasi goreng tu, dia boleh cakap nak lagi. last-last order fun fries. Tu pun habis licin. Lapar sangat tu Dani. Badan tak naik-naik gak..

Lepas makan, balik umah. mandi-mandi kemas-kemas. Dalam kul 8.30 gerak balik ke Keramat balik. Malam tu ada Majlis Berinai kat umah pengantin perempuan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Update sikit

Penat..

Baru sampai dari KL jam 7.45 malam tadi.

Esok-esoklah aku cerita..:)

Nah gambar si kecik yang ditangkap oleh cousin aku, Ella.

Thanks Ella..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dia di sisi

First time dia naik bas balik kampung aku untuk berjumpa isteri dan anak-anak. :)

Kesian. Bas seawal 7.20 pagi hari Isnin hari tu berlalu begitu saja sebab dia lambat bangun. Adoii la. Berdrama jap kitorang. Selalu dia tak macam tu. Sangat panctual dan takde nak lengah-lengah atau ambil mudah dalam setiap perkara. Baru sebulan mama tinggal papa ui, belum 2-3 bulan..=p Hidup dah jadi tak menentu ek.

So, dia amik tiket kul 2 ptg. Makan masa 4 jam jugak nak sampai Teluk Intan. Dalam kul 6 lebih tu, aku g amik dia. Sorang je. Gile hebat belum habis pantang lagi dah berjalan bawak kete.

Sebulan tak jumpa, first sekali dia cakap kat aku, eh, muka mama bersih la. Makin putih pulak.

Auwww, tersipu-sipu malu aku neh..:)

Mane taknya, sabun Tia Emilia dah habis. Aku belasah je dulu pakai sabun mandi Lux. Haha, putih katanya..=p

Sebelum balik umah, g minum dulu. Rasa macam bercinta plak. Berdua. :)

Tapi hari ni dia dah nak balikk.. T_T





Zara awal-awal aku dah mandikan.. Pastu tinggalkan kat Ibu.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kad kahwin Fasha Sandha & Jejai



Jumpa kat facebook sape ntah tadi..
Tak lama dah kan,
Hari Jumaat ni.
Sama tarikh ngan Ijai nikah..

Apa-apa pun, tahniah dulu ye Fasha dan Jejai.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nak tido atas riba jugak!


Akai panjang wooo minah ni.
Takmau tido bila diletak atas tilam.


Bila diriba baru dia nak tido.
Riba sambil goyang-goyang tau!
Macam buai...
Amboi!


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Potty Train #Part 1

Peace version Dani!

Aku rasa masa aku berpantang dan cuti 3 bulan ni lah masa yang amat sesuai untuk aku ajar Dani kencing ke bilik air. No pampers pampers dah lepas ni.

Jadinya, masa hari Sabtu tadi, aku start ajar Dani. Mula-mula aku pakaikan Dani napkin. Tujuan pakai napkin tu untuk dia kenal air kencing tu apa. Pakai napkin, then bila dia kencing, napkin tu akan basah dan confirm Dani rimas. Dani memang penggeli orangnya.. =p Dan cakap ngan dia, kalau nak kencing, pegi toilet ye. Sebelum ni pun, bila dia poo poo, dia akan tarik tangan aku atau Makyang dia atau nenek dia ke toilet sambil cakap bluweekk. Konon-konon busuklah tu plus dia rimas kot poo poo tu kat montot dia. Kalau kencing, memang takkan rasa rimas kan. kecuali kalau kencing dah banyak, memang Dani akan amik pampers sendiri then suh tukarkan.

Dani pelik tengok 'pampers' dia..:) Mujur tak ngamuk2 suh tukar..
Percubaan pertama,

2jam pertama ok.Tiba-tiba dia masuk bilik sambil buat bising, pastu tunjuk kat depan tv. Aiyoooo, terbocor la pulak napkin nya..hehe Eh, ke salah parking bibirdnya?..=p Habis banjir kat depan tv nun. Makyang dia jugak yang rajin tolong mopkan..:)

Tak berjaya.

Then tukar napkin lain. 3-4 jam, dia main then tertido. Aku bajet, dia bangun tido je aku nak bawak dia masuk toilet untuk kencing. So, bila dia bangun, cepat-cepat aku bawak dia toilet. Then, tinggungkan dia. Eh, camni ke eja tinggung? Sambil buat bunyi syhhhh syhhhh.. Alhamdulillah laju je kencingnya. Napkin pun tak basah. Masa dia kencing tu, aku cakapla. "Haa, ni Dani kencing. Gud boy.. Lepas ni, kalau rasa nak kencing macam ni, cepat-cepat pegi toilet tau." Dia angguk pun tak, geleng pun tak. Haha, kes mamai lagi.



Napkin kedua berjaya untuk tidak basah..:)

Nak teruskan sampai mandi petang. Sekali Aki dan Nenek bawak Dani pegi ajak orang untuk kenduri Ijai nanti..

Sambung hari lainlah nampaknya..:)

Moga-moga semangat ku kuat untuk ajar Dani..:)


Note : aku terjumpa artikel ni. Moga-moga boleh dijadikan panduan untuk mummy di luar sana..:)

=entry autopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kuih Torak




Kuih torak..

Kuih yang first time aku dengar namanya Torak tu, ingatkan tengkorak. Hehe. First time juga tengok rupanya dan makan.. Not bad jugak rasa dia. Macam kuih tepung talam. Lemak-lemak manis gitu..

Mak aku beli sampai RM5. Tiga seringgit. Murah lagi kuih-kuih kat kampung ni. Kat bandar naik satu 4kupang dah kan.

Kuih ni kitorang beli kat pekan Sabak Bernam tadi. Gerai kuihnya betul-betul kat trafik light pekan Sabak tu. Kat kedai India jual majalah. :)

Google google.. Terjumpa resepinya. Senang je rupanya nak buat. Cuma macam leceh sket nak berbungkus-bungkus bagai tu..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ikan siakap steam limau + ayam masak sos


Yeay!
Dah siap masak.
Tapi bukan aku yang masak.
Ibu.
Aku tolong-tolong je.
:)


Nak ke Ipoh hari ni.
Tu yang cepat Ibu masak.
Ngantar kad jemputan + Ibu nak carik baju + ayah nak repair kereta.
Aku, Izzara, Dani n Kak Yang tinggal.
Malas lah nak ikut.
Sebab semalam dah satu hari berjalan.
Lagi satu ongkos kurang.
haha, nak shopping gaji lom lagi,
Mane tahan tgk Ibu je yang membeli..:)


Sambil tong tang tong tang kat dapur tolong Ibu, 
sambil aku intai abang Dani..
Hehe, jaga adik ye abang..
Sayang kamu berdua..:)


note : abaikan tilam yang tak bercadar tu, aku suka takde cadar. Hehe.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mereka di usia sebulan


Dani dan Izara di usia sebulan.
Bantal dan mattress yang sama.
Haha..
Recycle saje.
Dani mulut lebar sikit, Izara mulu haluss muluss bebeno.
Susah aku nak sumbat nen!



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bangun awal





Pukul 5.30 pagi.

Awal terbangun. Eh! Terbangun. =p Selalu kul 7 lebih baru aku bangun. Hari ke- 34 berpantang. Countdown lagi 10 hari nak habis..:)

Malam tadi tido awal sebab anak dara ni lah. Susah mau tido malam sekarang. Lepas Maghrib je start dah ek ek ek dia. Nak berdukung, dipeluk. Huhu, macam tulah setiap hari sekarang. Aku ajak tido, menyusukan dia, dia takmo. Melalak-lalak taknak menyusu. Tepuk-tepuk pun tak jalan. Aku dukung dia, jalan-jalan ke hulu ke hilir, menari-nari bagai, baru dia tido. Cesss, nak mama ko menari2 baru ko nak tido ye anak.

Bila dah tido, letak dia atas tilam, tup! berjaga pulak mata dia. Bulat! adei dei, Tau pulak rasa kena letak. Terus aku susukan dia. Alhamdulillah dia sambung tido balik. Dengan aku aku sekali tertido.

Tu yang terbangun pukul 5.30 pagi tu. Bangun-bangun rasa breast bengkak sebelah. Keras. Baju start basah dah. Aku mengantuk sangat malam tadi. Tak sedar aku menyusukan Zara sebelah je. Hah! Merasalah bengkak susu sekejap. Bangun terus pam. Dapatla 4oz. Syukur alhamdulillah..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kau Yang Satu

Gambar ihsan En. Google

Boring takde buat apa..*time anak-anak tido, aku godek-godek almari bilik anak dara berdua tu, Ika n Kak Yang. Jumpa banyak novel.

Ahaaa!

Sambil baring-baring menyusukan Izara lehla baca kan..*kes kalau mata tak mau lelap. =p

Rasa macam dah baca dulu-dulu. Tapi baca jelah lagi sekali..:)

Review novel ni, best la jugak. Part suami isteri tu lebih kurang novel Ombak Rindu. Mula-mula tak suka, lama-lama suka. Tang gurau-gurau manja-manja tu yang best, siap terbayang lagi kalau aku ngan husband aku macam dlm novel tu..:)

Baru je habis baca tadi..Nak pegi carik novel lain pulak lah. :)

Sekian, review dari aku yang ntah apa-apa..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

6435, 6437 dan 6438

Angka-angka kat atas tu tersangatlah penting untuk aku.
Sebab apa penting?
Sebab..
6435 : empat digit terakhir nombor telefon aku
6437 : empat digit terakhir nombor telefon husband
6438 : empat digit terakhir nombor ic aku..

nombor telefon aku ngan husband tu memang kitorang beli sama-sama
masa tahun 2005 kalau tak silap.
Zaman cintan cintun yg penuh ranjau.
>_<

Tak perasan yang no. ic tu lebih kurang sama lak ngan 4 digit terakhir no telefon aku.
Sebenarnya nak citer pasal ni..

Aku pegi CIMB nak kuarkan duit kat dalam akaun ASB,
Kan kita kena isi borang kan..
Pastu kat borang tu aku tak perasan yang aku tulis no. ic tu 6435 hujungnya.
Sekali bila sampai turn aku,
pegi kaunter
Selamba je akak tu cakap..
"haiii, dah besar-besar ni pun leh salah no.ic lagi"

Hehe.
Bukan citer lawak pun ni.
Saje je aku tulis.
Takde idea mariii..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Free sample Laurier Perfect Comfort



Nak Laurier Perfect Comfort sample tak?
Korang LIKE sini.
Then nanti korang isi detail kat form application tu..
:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nur Izzara Dania 1 bulan



Alhamdulillah... Syukur pada Yang Esa.

Genap sebulan umur Izzara hari ni.. Ada appointment check up kat Klinik Desa Pulau Besar. Aku pergi berempat. Ibu, Dani, Izara dan aku..Aku drive. Yeay! Dah boleh bawak keta. :D

Result check up baby : Berat 4.6kg. Panjang 46cm. Lilitan kepala 39cm. Kena cucuk Hepatatis B dos yang kedua...

Masih fully breastfeed.

Dah pandai tenung orang. Jenuh dok agah dia, senyum nya idak juge.. Ibu cakap, sikit lagi senyum la dia tu.

Dah pandai bersuara aka menegur orang.

Dah pandai berjaga juga. Dah jadi macam mata panda dah mata mama ko ni Zara..tak cukup tido!

Apa-apa pun aku bahagia, sebab melihat anak yang makin membesar dan sihat.

Mama Zara pun kena check up juga. Berat, balik kpd berat asal sebelum mengandung Izara. Rahsia la, segan nk bagitau. Hb = 13.6 gm. BP = 110/70

:)

Note : Dulu-dulu. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kesabaran yang teruji

Balik dari Teluk Intan. Kepenatan!

Bila dua-dua menangis plus aku sakit perut ya amat. Terbongkok-bongkok aku tahan sakit sambil usung dua beradik ni. Izara aku dukung sebelah tangan, tangan sebelah tangan lagi tarik Dani masuk bilik. Dua-dua menangis. Izara menangis sebab sakit perut kot. Dani menangis sebab dok mencarik MakYang dia. makYang dia dah ke KL.

Baringkan Dani. Aku duduk sambilkan susukan Izara. Aku hayunkan badan ala-ala buai untuk bagi Izara lena sambil tangan tepuk2 montot dia. Tangan sebelah lagi tepuk2 Dani. Masa ni aku kental lagi. Tak menangis. Lama-lama Dani terlelap. Izara pun lena. Serta merta airmata aku mengalir. Mengalir sebab lega campur penat dan terkenangkan Ibu aku yang punya lima anak ni. Tak terbayang!

T_T

Penatnya jadi mother of two. Memang penat. Tu belum lagi aku bertiga je kat rumah sendiri nanti. Pagi-pagi nak siapkan dua beradik tu, mane nak masak lagi balik keje. Wahh, bakal keluar muscle-muscle aku nanti ni.

Tapi...

Bahagia bila tengok anak-anak sihat membesar depan mata.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Layankan aje


Nampak tak sape kat dalam tu?

Huhu, sabar ajelah. Tak larat mama nak nak jerit-jerit suh keluar Dani ui. Tak puas lagi ek dok dalam tu masa kecik dulu? Bagi canlah kat adik duduk pulak..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mentadakk, tolong jangan kacau saya!!

Ada lagi video ni..

Hahaha, aku kan suka nyakat Dani.. nanti Zara dah besar, aku sakat dia pulak.. haha..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Macam mana nak dapat anak lelaki dan anak perempuan?

Salam sejahtera..

Ada yang bertanya, "Eh, Na, cane ko leh dapat sepasang ni? ada petua tak?"

Masa mula2 dengar ayat yang first tu rasa annoying sangat. Eh, apehal lak kau nak tanya soklan camni kan?Nasib baik dia cakap cepat yang ayat no. dua tu. Terus aku senyum.

Aku jawab..

Alhamdulillah.. Rezeki..

Bab-bab petua tu, tipulah kalau aku takde buat kan.. Meh nak kongsi. Tapi first thing baca dengan hati yang terbuka tau (tiru ayat Hannah..:) dan ingat semuanya bergantung dengan kehendak Allah SWT. Kita berusaha dan berikhtiar je. Eh, same. heh :)

Masa mula-mula kawen, takde petua bagai. Sebab tak kisah pun yang lahir tu nanti anak lelaki atau perempuan. Alhamdulillah, anak lelaki yang keluarnya.. Dah dapat anak lelaki, mesti teringin anak perempuan kan. So, aku google dan study macam mana untuk dapatkan anak perempuan pula. Banyak tanya orang juga.:)

Aku godek2 laman web Dr. Hamid Arshad, pakar sakit puan tu. Then baru teringat dulu aku ada buat entry macam mana nak dapatkan anak lelaki atau perempuan. Kat LINK ni. Mehla aku copy paste kan jugak..



Puan bolehlah membuat pengiraan dari tarikh puan datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti dibawah, :- KALENDER KESUBURAN BULANAN (cth;sekiranya haid Puan jatuh pd 1hb) Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10hari) Hari Subur (Anak Lelaki):11,12,13,14,15,16,17 (7 hari) Hari Subur (Anak P'puan):18,19,19,20,21,22,23 (7 hari) Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Berdasarkan kalender diatas Puan bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid Puan bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan. Sekiranya haid Puan jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya Puan mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami). Walaupun masa haid Puan hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (Puan di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (lelaki) adalah cerah. Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan Untuk itu, saya sarankan agar Puan menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan. Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) puan akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa Haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.


Aku ikut yang ni je. pastu bila dah confirm pregnant, aku amalkan kat LINK ni..



klau anak laki- bersama time sblum subur,anak ppuan time subur 70%18:31

slalu minum soya mudahan baby sihat kulit pun bersih18:32

Suami perlu ambil makanan berakali - sayuran, buah-buahan, putih telur, susu
Isteri perlu ambil makanan berasid - daging, makanan laut( utk baby girl)
18:34

Makanan yang asid mcm buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas jgn mkn slama 2bln.ni petua utk baby boy


Nak kata menjadi tu, alhamdulillah. BUT semuanya bergantung kepada Allah SWT juga kan. Banyak-banyak berdoa moga perkenankan apa yang kita hajati..:)



Kalau nak try kaedah lain, boleh cuba add suplimen B Complex untuk perempuan, dan Zinc Complex bagi lelaki. Kaedah ni sebelum mengandung lagi dah wajib makan yerp...




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hobi dia main bola dan langgar dinding

Nak share satu video ni..
Hahaha..
Dani suka main bola sekarang ni..
Tengah main main bola, sekali terlanggar dinding..
hahaha..
Aku ngekek gelak bila tgk balik video ni..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani 25bulan

Update laju-laju!

Tadi baca blog Dayu. Tergelak-gelak aku baca bila dia update pasal Cha. Yang paling lawak, 'sian chacha'. Haha, memang aku tergelak Dayu, sebab aku boleh imagine Cha cakap gitu..:)

Anak-anak sekarang kan...

Memang bijak-bijak. Bijak dari segi perangai diorang yang nak membesar. Anak aku si Dani tu pun sama. Lebih kurang je perangai dorang-dorang ni.. Nak tergelak ada, nak marah ada, nak menangis pun ada dibuatnya.. Tapi tulah, tulah yang jadi penghibur pun kan.. Pernah sekali Dani tertengok aku menangis *kes rindu kat papa dia*, dia tengokkk je, pastu sengih.. Terus hilang air mata.. Sekarang kalau aku sedih, terus aku peluk n main2 ngan Dani.. Zara tengah sedap tido kadang tu, so, aku malas nak peluk dia.. Kang dah terjaga satu hal pulak nak tidokan balik. Minah tu sekarang leh tahan jugak berjaganya. Tak menang tangan!


Kalau Cha banyak cakap, Dani pulak banyak menangis. Kena tinggal menangis, kena marah sikit menangis, jatuh sikit menangis. Hai! Kadang2 aku rasa nak jerit, Daniiii, awak tu lelaki tau! takmo nangis2. Selalu aku cakap slow2 je. Takde lah sampai tengking2.. Dalam suka menangis tu, nakal pun ye juga. Adoiyai, ada sorang makcik tu datang umah, pangkat nenekla bagi Dani. Makcik tu dukung Zara pastu nak acah2 la bawak balik, korang tau, si Dani tu dia pegi tampo nye makcik tu.. hui, malu mama, Dani. Ikut sape ntah tampo2 tu. makcik tu balik terus aku marah dia, eh cakap kat dia, jgn tampo2 tak baik.. Dalam hati, Dani ni so protective kat adik dia la..


Baru seminggu jugak aku ajar dia minum air biasa waktu siang. Air biasa tu mula2 aku bagi sirap. Sekali ibu cakap, daripada air sirap ni, lebih baik kasik air Ribena. ade jugak khasiatnya kan. Alhamdulillah Dani pun suka. Tak mintak dah susu. Tapi susu aku still bagi. Bila time nak tido, aku bagilah susu. Sebelum ni, asyiklah "cucuuu cucuuu cucuuu", sehari sampai 7-8 kali menyusu. Bila kasik makan nasik, tak nak. Sejak minum air Ribena ni baru mau makan nasi banyak. Sampai mintak bertambah2. Betulla kan, susu tu mengenyangkan, Thats whyla Dani taknak makan nasi.


Ermm.. dalam nakal-nakal dia pun, aku tengok Dani banyak akal juga. Cepat tangkap pun ye juga. Cepat absorb dengan benda sekeliling. Makanya tak boleh la nak cakap atau buat yang bukan2 depan dia. Bahaya woo, sebab dah pernah jadi. Dah boleh diharap. Suruh buang pampers dalam tong sampah, rajin dia pegi ke dapur buang.. Tang suh amik bantal memang selalu aku sakit hati..Haha, boleh dia buat dek je pastu bila amik , terus dia baring atas bantal tu even bantal tu adik dia punya.


Aku tak sampai hati nak marah dia. Sebab Dani selalu buat muka kesian.. Last2 aku yang touching. Dah besar takleh praktik ni, kang dia naik kepala.. Hehe, kecik2 takpe..

Samelah kita Dayu, marah..marah jugakkan.. Bila dia tido, terus sayu hati..T_T




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kerjasama macam Wonderpets


Ibu dan ayah saya...:)

Haha, terer Ibu buat simen tu..=p Aku rasa macam nak buat jugak je.. Apakan daya, ai tengah pantang kan, mane leh buat keje berat-berat.. Mana leh tenggong2 gitu.. Ai leh tolong Ibu masak memasak je.. Tu memang ai suka..

Preparation untuk adik aku kawen nanti. Senang nak masak kat luar Ibu cakap..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

25


Baby Zara di hari ke-25..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...