Thursday, April 12, 2012

Dani 25bulan

Update laju-laju!

Tadi baca blog Dayu. Tergelak-gelak aku baca bila dia update pasal Cha. Yang paling lawak, 'sian chacha'. Haha, memang aku tergelak Dayu, sebab aku boleh imagine Cha cakap gitu..:)

Anak-anak sekarang kan...

Memang bijak-bijak. Bijak dari segi perangai diorang yang nak membesar. Anak aku si Dani tu pun sama. Lebih kurang je perangai dorang-dorang ni.. Nak tergelak ada, nak marah ada, nak menangis pun ada dibuatnya.. Tapi tulah, tulah yang jadi penghibur pun kan.. Pernah sekali Dani tertengok aku menangis *kes rindu kat papa dia*, dia tengokkk je, pastu sengih.. Terus hilang air mata.. Sekarang kalau aku sedih, terus aku peluk n main2 ngan Dani.. Zara tengah sedap tido kadang tu, so, aku malas nak peluk dia.. Kang dah terjaga satu hal pulak nak tidokan balik. Minah tu sekarang leh tahan jugak berjaganya. Tak menang tangan!


Kalau Cha banyak cakap, Dani pulak banyak menangis. Kena tinggal menangis, kena marah sikit menangis, jatuh sikit menangis. Hai! Kadang2 aku rasa nak jerit, Daniiii, awak tu lelaki tau! takmo nangis2. Selalu aku cakap slow2 je. Takde lah sampai tengking2.. Dalam suka menangis tu, nakal pun ye juga. Adoiyai, ada sorang makcik tu datang umah, pangkat nenekla bagi Dani. Makcik tu dukung Zara pastu nak acah2 la bawak balik, korang tau, si Dani tu dia pegi tampo nye makcik tu.. hui, malu mama, Dani. Ikut sape ntah tampo2 tu. makcik tu balik terus aku marah dia, eh cakap kat dia, jgn tampo2 tak baik.. Dalam hati, Dani ni so protective kat adik dia la..


Baru seminggu jugak aku ajar dia minum air biasa waktu siang. Air biasa tu mula2 aku bagi sirap. Sekali ibu cakap, daripada air sirap ni, lebih baik kasik air Ribena. ade jugak khasiatnya kan. Alhamdulillah Dani pun suka. Tak mintak dah susu. Tapi susu aku still bagi. Bila time nak tido, aku bagilah susu. Sebelum ni, asyiklah "cucuuu cucuuu cucuuu", sehari sampai 7-8 kali menyusu. Bila kasik makan nasik, tak nak. Sejak minum air Ribena ni baru mau makan nasi banyak. Sampai mintak bertambah2. Betulla kan, susu tu mengenyangkan, Thats whyla Dani taknak makan nasi.


Ermm.. dalam nakal-nakal dia pun, aku tengok Dani banyak akal juga. Cepat tangkap pun ye juga. Cepat absorb dengan benda sekeliling. Makanya tak boleh la nak cakap atau buat yang bukan2 depan dia. Bahaya woo, sebab dah pernah jadi. Dah boleh diharap. Suruh buang pampers dalam tong sampah, rajin dia pegi ke dapur buang.. Tang suh amik bantal memang selalu aku sakit hati..Haha, boleh dia buat dek je pastu bila amik , terus dia baring atas bantal tu even bantal tu adik dia punya.


Aku tak sampai hati nak marah dia. Sebab Dani selalu buat muka kesian.. Last2 aku yang touching. Dah besar takleh praktik ni, kang dia naik kepala.. Hehe, kecik2 takpe..

Samelah kita Dayu, marah..marah jugakkan.. Bila dia tido, terus sayu hati..T_T




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

3 comments:

♥z@z@♥ said...

sama la..time geram mmg nk marah je tp bila dia tdo kesian plak..kekdg diorg nie panjang akal sgt smpai x terpk kte dibuatnya..

antalya said...

jeles tau tgk gambo2 dani ngan zara nih. dani behave sgt bila ngan adik dia kan.mya kontra okeh.keje nk mencepuk, cubit dan menyakitkan adik dia jer

JIVEBUMZ said...

pandai dani syg adik yer.. baguslah nti dah beso dani leh jaga adik zara baik2 yer