Resepi trifle puding
Hari tu version orang lain kan.. tapi kali ni betul-betul version aku buat sendiri..:)
Bahan-bahannya :
1 butter cake brand Silver Bird (brand lain aku tak pernah cuba lagi)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi tu)
2 sudu besar tepung custard
4 sudu besar penuh gula
Jelly (brand Nona)
Cara-cara :
1) Butter kek tu dipotong kecil-kecil dan susun sepadat-padatnya dalam bekas. Tu untuk lapisan bawah. Jangan guna bekas yang terlalu besar. Kalau boleh guna bekas saiznya yang lebih kurang kat dalam gambar atas tu.
2) Tuangkan fruit cocktail sekali ngan air-air dia dan susun jugak di atas lapisan kek tadi.
3) Masak atas api 1 tin susu cair + 1 tin air + tepung custard + gula. Kacau sehingga larut dan likat.
4) Campuran custard yang dimasak tadi tuang atas lapisan fruit cocktail dan kek. Kemudian biarkan dia sejuk dan lapisan atas menjadi sedikit keras.
5) Jelly dimasak sebentar di atas api dengan menggunakan air sebanyak 400ml. Apabila larut jelly tu tadi, tuang perlahan-laahn atas lapisan campuran custard yang dah sejuk tadi. Kalau lapisan tu dah sejuk dan sedikit keras, insyallah jelly itu akan elok terlapis di permukaan sahaja. Kalau masih panas campuran custard tu, jelly itu akan menembusi ke bawah. Aku dah pernah try buat. Habis hancur trifle puding tu..
Selamat mencuba uolls...Sedap dimakan ketika sejuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
Dikenali sebagai edema Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari ...
-
dah sampai Kuantan... dalam kul 3.00 petang camtu la... sepatutnya dari Putrajaya ke Kuantan blh sampai 4 atau 5 jam lpas tu... tapi disebab...
-
Salam alaik, Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada...
6 comments:
harus cuba niey...
yum3..
Mcm sedap je..slurp slurp..time org dtg umah aku leh cuba ni. weee
sedapnyaa mau cuba nanti lah!
sedapnyaa mau cuba nanti lah!
As salam nk tny kat mana nk beli tepung silver bird tu? Tq
As salam nk tny kat mana nk beli tepung silver bird tu? Tq
Post a Comment