Monday, December 19, 2011

Kek Kukus Coklat


Tiba-tiba macam terRajin pulak nak membuat kek ni..

Nak resepi?

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
(Semua bahan-bahan ni diayak bersama)

Bahan B :
2 biji telur
2 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air
(Dipukul hingga gula hancur)

* Bahan A dan B dicampur dan gaul sehingga sebati..Lepas tu kukus selama 1 jam..

Kalau nak buat topingnya..

1/4 butter
3 sudu gula
1 cawan susu cair
1 coklat bar
(Masak secara double boiled sampai pekat)

Selamat mencuba!..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

3 comments:

JIVEBUMZ said...

dapnyaaa kek nie! hantaq sni sket

sweethOneY said...

Wawawaaaa terliur !! Dan nampak senang je nk buat tu

KhaiZa said...

yummy.. yummy