Skip to main content

Murtabak Maggi


Sekarang tiap-tiap malam, dalam kul 10 malam ke atas, mesti perut lapar.. Balik keje tak lapar lagi. Main-main ngan Dani, tidokan dia lepas Maghrib tu, aku pun mandi n selesaikan apa-apa yang patut. Tang kul 10 je, perut pedih..hoho, mintak di isi lah tu..:)

Malam semalam, aku masak spagheti goreng. Aku rasa tak sedap mana pun. Tapi husband makan, siap bertambah. Sedap katanya.. haha, tu sebenarnya balik keje lapar kan papa..hiks.. Gambar dinner aku tu takdelah aku nak snap..

Malam ni punya menu adalah hasil cetusan idea Kak N siang tadi kat opis. Aku pun gugel mencari resepinya.. Jumpa lah kat sini..

Aku copy paste balik ek..


bahan2 muratabak:
  • maggi kari sepaket
  • sausage - 2 batang - hiris nipis2
  • telur 2 bijik
  • bawang besar sebijik - dipotong dadu
  • cili api - 3 bijik hiris nipis.
  • serbuk lada hitam (optional)
cara2 memasak:
  • maggi tu rendam air panas sampai lembut - toskan
  • panaskan minyak sedikit > tumiskan bawang besar > masukkan sausage > bubuh perencah kari maggi > buh serbuk lada hitam sikit> masak sampai masak...
  • pecahkan sebijik telur > pukul telur tu skejap > masukkan maggi separuh > masukkan sausage yg ditumis tadi tu separuh > kacau2 lagi kasik semuanya bergaul secara intim... :p
  • panaskan pan @ kuali leper > letak sedikit minyak > dan gorengkanla murtabak maggi anda tu...
  • ulang cara sama utk separuh lagi maggi tadi. so, dptlah 2 bijik murtabak maggi bersausage


Tak semua aku ikut. Ada yang aku ubah macam sosej ngan maggi tu. Aku tak bubuh sosej, aku taruk daging cincang Ramlee tu. Maggi aku tukar jugak sebab stok maggi kari takde. Aku guna maggi asam laksa.. Telur aku tambah lagi sebijik. Sebab nampak macam maggi2 tu tak join together lah..takut kang jadik maggi goreng je kang..hehe.. Bila tambah lagi sebijik telur barulah dia nak jadik leper, buat macam telur dadar. So, maggi tu takkan terlerai lerai..

Tapi, barang siapa yang tak terer menterbalikkan telur dadar (telur dadar tu akan hancur), jangan cuba2 nak buat kat murtabak maggi ni jugak. Haha, alamatnya akan jadik macam gambar kat atas tu..=p Tak terer... Eh ke sebab pan aku tu tinggi sangat.. kalau pakai pan leper, mesti ok kot..=p

Ok, korang, selamat mencuba..:)


SayaSukaMalaysia
HowMalaysianAreYou?
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…