Monday, January 30, 2012

Hadiah menang contest#2


Langsai dah pun voucher tu..Hehe..
Tq MJ..



Dan ini dari Kak Yat Ekhram kita..:)
Lama dah dapat pyjamas ni.. tapi tak berkesempatan nak buat entry..:)
Tq Kak Yat!
Bertambah koleksi pyjamas Dani..hehe..

Ada lagi.. tapi hadiah kat opis.. Lupa nak snap..:)

note : entry autopublish.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Friday, January 27, 2012

Contraction @ 33 weeks?

Ermm, tak taula nak kategori kan ape..

Aku sakit perut since lepas breakfast pagi tadi. Sakit perut yang bukan nak membuang.. Dia macam segugut.. Tapi lite-lite je.. Disebabkan sakit perut, aku berjalan jugaklah ke toilet untuk prepare membuang apa2 yang patut. Work station aku ngan toilet agak jauh jugak. Kalau nak dikira, bagi pompuan mengandung macam aku, tempoh berjalan untuk ke toilet, kira-kira dalam 3-4 minit jugak..Haha.. kalau tak pregnant, tak sampai seminit dah sampai.. So, dalam masa dok berjalan nak ke toilet tu, sakit perut tu hilang... Patah balik dok kat tempat, lalu buat kerja..:) Masa ni pukul 10 lebih. Pagi.

Perut macam biasa... mengeras je dari semalam lagi.. Baby pun dok waving je.. Kejap-kejap aku rasa punggung dia belah kanan, lepas tu belah kiri. Aku dapat tau yang tu punggung dia sebab nurse ajar.. Hehe.. Kepala baby memang dah kat bawah. Bila check jantung pun , asyik kat situ je tempatnya. So, nurse cakap, yang kat atas ni, mesti punggung dia. Bila rasa pakai tangan sendiri pun, aku dapat rasa shape dia..:) Hebat kan kuasa Allah SWT yang memberikan nikmat ini kepada ibu-ibu mengandung.:)

Pukul 2 petang, sakit perut lagi... Memulas-mulas.. Pun sama jugak, asal aku nak g toilet je, terus hilang sakit tu.. lalu aku pun berjalan-jalan ke partition orang lain..

Mmm, macam dah syak dah. contraction ke  ni? Baby gerak ok, aktif!

Pukul 3 petang ada meeting seksyen.

Pukul 5 petang, jadi lagi sakit perut tu...hati memang dah tak keruan. Tapi cuba think positive. False alarm je kot ni. Lom lagi terasa nak bersalin.. Baby pun belum matang lagi.. Baru 33 weeks. Takkan kot... Dalam masa yang sama, msg Enady. Bagitau yang aku start sakit perut 3-4 jam sekali. Terus dia balas, esok kita beli barang baby yang tak cukup lagi tu ye ma... Haha, kelam kabut dah mamat tu..=p

Serius, barang satu apa pun tak standby lagi dalam beg. Aku baru punggah baju2 abang baby masa newborn dulu. Satu bakul! Banyaknye...Esok nak basuh. Takyah dah beli banyak2 lagi.. Cuma tambah sikit2 la kaler pink atau kaler gigirl..:)

Pukul 7 malam, aku sakit perut lagi. Tapi kali ni, betul2 aku membuang...=p

Bila dah jadi mcm tu, terus aku fikir... Maybe betul Nor cakap, false alarm je tu.. Dalam masa yang sama, still berjaga-jaga jugak. Sebab ada je kes yang deliver tak cukup bulan kan..

Sampai sekarang dah tak rasa memulas lagi perut ni. Tapi still perut ni kejap keras kejap tak keras.. Tang bila dia mengeras tu yang aku rasa senak sikit nak bernafas.. Tegang je kulit perut ni..

Insyallah takde apa-apa kot..

Adik baby, nak keluar dari perut mama biarla cukupkan bulan dulu ye nak..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

MakYang dia






♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Tunggu papa jemput pulang


Merasa lah semalam pergi kerja dihantar dan diambil bila dah sarat-sarat gini... owh bestnya kalau hari-hari.. Tapi malangnya, satu hari saje sebab hari ni Enady sudah memulakan tugasnya macam biasa.. Kerja laaaa...:) Semalam cuti satu hari sebab bawak Dani pegi follow up ENT dia kat Hospital Putrajaya. Telinga dia bernanah lagi. Balik Pahang hari tu, elok je telinganya. Nanah dah kering.. takde leaking leaking dah. Tapi on Monday ari tu, jadi balik.. Nak pegi hospital Jengka, sana takde rekod dia.. Kat Hospital Putrajaya semua dah ada. Key in je no ic Dani, keluar segala mak nenek report dari mula-mula dia kena infection ni..Takdelah penat aku nak explain kan..:)

Now telinga dia still leaking. Dan aku harap 2-3 hari ni akan ok bila doctor continue Augmentin dan Softradex for 1 week.




Hari ni macam biasa. Drive berdua saja ke opis..:) Wahhh, sekejapnya dah hari Jumaat... Esok cuti.. ape nak buat ek..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Thursday, January 26, 2012

Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Thursday, January 26, 2012 12:30


Assalamualaikum dan salam sejahtera

YBhg. Dato' / Tuan / Puan

Per : Penangguhan Sepenuhnya SBPA dan Stop Payment.

Terlebih dahulu mohon maaf atas sebarang kesulitan dan kekeliruan yang timbul akibat tidak ketentuan / kepastian tindakan terhadap keputusan penangguhan pelaksanaan SBPA ini.

Saya telah dimaklumkan oleh Pengarah BPOPP bahawa YBhg. Datuk ANM telah diarah oleh YBhg. Tan Sri KSP bahawa pelaksanaan SBPA ditangguhkan serta merta sehingga dimaklumkan nanti. 

Bayaran perbezaan yang dijadualkan sebelum ini pada 31 Januari 2012 hendaklah dibatalkan dan adalah menjadi tanggungjawab YBhg. Dato'/Tuan/Puan Pengarah JANM Negeri dan Cawangan termasuk Ketua Akauntan di SAD agar memberi arahan kepada bank-bank untuk membuat stop payment atau mengarahkan bank-bank agar tidak membuat sebarang proses terhadap cek yang telah dihantar untuk bayaran perbezaan ini dengan serta merta.
( Cek dan juga EFT)

Sehingga kini, lain-lain perubahan LPC hendaklah menggunapakai skim SSM.

Sekian, untuk makluman dan tindakan segera YBhg. Dato'/Tuan/Puan.

Terima kasih.

Wassalam.

Note : Sempat tgk payslip yang katanya nak bayar balancenya tu on 31 January 2012.. Pastu bila petang sket tgk dah takde dah dlm AG punya laman web. Sebulan lagi nk gaji ni...huhu.. lambatnya masa berlalu..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Teluk Senangin + Lumut

*Entry ni patutnya keluar pada Hari Isnin yang lepas.. Tapi ntah kenapa dia jadi draft... so, abaikan persoalan yg last sekali tu ek..

****************


Kisah percutian sekitar Disember lepas.. haha, percutian lah sangat kan..

Time ni hujung tahun lepas. Masa balik Perak nak amik Dani.. Cuti lama kan.. So, berjalan berjalan berjalan, sampailah kami kat sini. Plan awal memang nak ke Teluk Batik. Tapi plan ke lautttt sebab banyak sangat plannya.. Haha, kejap nk g tengok ayah aku main helikopter kat Batu Gajah nun, pastu dah siap-siap, hujan pulak. Ayah pun cakap ayah dah nak balik sebab sana pun hujan.. Semua dah siap, Enady ngan Dani dah masuk kereta dah. Last-last capai je apa yang boleh, jom ke pantai aku cadangkan. Tak de bawak makanan ape pun.. Waktu tu dah pukul 4 petang. Redah ajelaaa..


Nak pegi Teluk Batik, konfem ramai orang. Plus aku pun selalu pegi situ. Then decide pegi Teluk Senangin je. Aku pernah sampai kat situ tapi time lepas SPM dulu. Tu pun sekali je..:) Carik dalam Papago lah jalan nak ke sinun.. Agak jauh jugak dari Teluk Batik. Rugi masa dah..


Sampai-sampai orang ramai jugak. Tapi tak secrowded kat Teluk Batik. Boleh lagi parking. Dan yang bestnya, parking leh sampai tepi pantai. Kalau kat Teluk Batik, jauhhhhh ko kene jalan sebelum sampai kat pantai ye.. Penat! Ada tapi lagi ni, setelah dianalisa, aku rasa kat Teluk Batik jugak yang best sebab bersih sikit. Teluk Senangin kotor la kawasan tepi pantai tu. Banyak gile lalat.. Tak sanggup aku duduk lama2..


Dani lawak... mula-mula aku hangkut dia kat tepi pantai, punyalah penakut air.. Asal ombak tu datang je, menangis-nangis suh aku dukung. Sekali bila dah keluarkan pelampung dia pastu papa dia pun ada temankan mandi sekali, langsung tak mau naik-naik dah.. Bercinta jugakla nak ajak dia naik..


Suasana petang... Tak damai sebab ada lalat dok berterbangan..=p


Aku lepak-lepak je ngan Ibu n Kakyang. Enady, Dani n Ika dok mandi laut..


Dani sekarang sudah semakin sukar untuk dipelowk pelowk.. Dia rimas!..





Taktau nak buh caption ape dah.. Hehe..Lepas lepak kat Teluk Senangin tu, lepak-lepak pulak kat Lumut..



Ibu n Kak Yang

keluarga kecil kami.

Sekian...:)

Selamat bercuti.. Korang masih lagi bercuti kan..:?

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

visitor