Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Family Vacation : Lost World of Tambun

Lama peram story ni...😂😂😂

Bila hujung tahun je, soalan Ibu adalah, nak g mana tahun ni.. :D tak plan awal-awal , makanya mmg pegi yang dekat sahaja lah ye... Lokasi kita tahun ni adalah Lost World of Tambun!! Yeay! Tahun lepas g Pangkor. Eh bukan tahun lepas, tahun 2017.


Gambar ni 👆 kena ada sebab zara menangis tu lepas tu dia merajuk menyorok kat blkg rumah. Ntahla dia merajuk pasal apa ntah... mama xkoser nak layan.



Gambar ni ayah plak takde... hahaha merayap-rayap deme ni...



Dah sampaiii, sekejap je dari rumah ibu ayah. Dalam sejam perjalanan.


Sampai-sampai je memasing lapar.. 😆😆😆
kita makan lah dulu bekalan ye, sebab kat dalam tambun xblh bawak masuk makanan.






Depan pintu masuk Lost World of Tambun.



Tuan tanah.



anak-anak is tak sabar nak mandi manda...




icha nangis sebab ombak kuat masa ni. At first aku jalan ngan ika n ibu kot. Tak ingat dah... masa tu xde ombak.. so aku ckp ngan Enady, jom pa kita bawak budak2 naik pelampung besar...

Sekali ambik kooo, masa aku naik second time tu, ombak kuat, terpelanting kitorang semua hahaha.. icha dah nangis2 nak umi dia... 😂😂

memang bertabahla icha sampai habis river tu dia tahan takut...


iman dah mengantuk...



View this post on Instagram
A post shared by AnaLyana (@nurliyanauzir) on

View this post on Instagram
A post shared by AnaLyana (@nurliyanauzir) on


Ni kitorang lepak kat kolam air panas...








Ni kolam besar... siap ada wave bagai. wave ni la nanti dia ada wave jugak kat river tu...

ngan ibu. Dah nak balik dah...

Tak sempat nak main yg slide yg besar tu.. sebab dah tutup..:( next time kena pegi lagi ni... 


Kat Ipoh, kitorang plan malas nak balik kampung. So, aku booking homestay. Plan asal nak stay kat The Heaven. Sekali owner bnb tu tau plak kitorang beramai-ramai.. haha kantoi. Makanya last minit carik homestay. ternampak kat wasap story cikgu Iman, Cikgu Zai, dia pun pergi Lost World ni n dok kat Ipoh. Cepat-cepat mintak contact no. Alhamdulillah ada kosong. Aku tak ingat kat taman apa namanya... 



Hall. Besar. Ada 4 bilik. 1 kat bawah, 3 kat atas.



Dapur pun sangat bersih. Macam2 ada.


Mesin basuh pun ado. Kitorang mandi baju basah-basah tu terus basuh pastu sidaii.. senang koje. Tq Tuan Rumah. :)

cantik kan... suka rumah mcm ni.



Depan rumah ada padang. Senang jugak kereta nak parking.




Ruang solat kat tingkat atas.


ni aku cilok gambar Tuan Rumah anto kat whatsapp..


Bilik kat atas.


master bedroom

Ni bilik kat bawah, Ibu ngan ayah tido kat bilik ni sebab malas nak naik atas.

Ni contact no homestay ni :

Ina Homestay Tambun
013-5255920

Keesokannya balik ke Kampung Gajah, tapi sebelum balik tu ada singgah satu kedai makan ni... femes gak kat Ipoh. nanti aku share..



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Family Vacation : Pulau Pangkor Part 2 - Last

Hari kedua.

Get readyyy nak buat aktiviti pantai sahaja satu hari ni... so pagi-pagi lagi dah carik breakfast kat chalet. Malas nak carik kat area luar2 sana, kami decide breakfast kat chalet je lah. bayar sorang RM10 untuk dewasa. Kanak-kanak free...


with my first born.
Breakfast dia pun not bad la... macam biasa standard hotel biasa2. yang toaster semua tu ada... tak kisah la janji bole makan... kitorang telan je tolak batu ngan kayu... hahaha...








Dah setel breakfast...

ok guyssss lets go to the seaaaa...



 budak-budak memang teruja habis lah kan...







Maksu


Semua dah ready nak pegi ke Pulau Giam untuk snorkling. Paklang je lambat.. katanya nak membuang lah ape lah... so weolls pegi dulu...








 Naik bot ni bayarannya RM120 untuk pergi balik ke Pulau Giam, masa nak balik tu dia bawak round satu Pulau Pangkor... Pastu safety jacket ni pun dah include dalam RM120 tu... okeylah harganya kan...






Perjalanan nak pegi Pulau Giam ni 10 minit je.. hahaha ke tak sampai 10 minit ek... lupa pulak...










Bot tu tinggalkan kat Pulau ni pastu kalau nak balik, call dorang, nanti dorang ambik. So berlepak-lepak lah kami kat sini sampai tengahari rasanya...














Ni kat Pulau Giam.







Ayah bawak bot kecik ayah nak main kat Pulau.








Birthday Faz kolig aku 26 November... so kita up la sikit kat Pangkor ni kan...


Kat Pulau Giam ni, kitorang berhenti kat air yang landai sikit so budak2 leh main kat situ.. kalau nak snorkling kena pegi belah sana untuk dapat view ikan-ikan cantik tu...


Aku Kakyang Ika decide nak hiking la bukit tu... 10 minit...



Sampai dah... banyakkkk nya nyamukkk.. hahaha berbintat-bintat.



 Tu kat belakang tu orang snorkling...


Hadiah .. :) Kena cengkerang masa snorkling tu..









Tu bot dah panggil balik...


Iman dah mengantuk...



Bot bawak kitorang round2 dulu...

Muka dah sunburn






Batu kaki orang tidur.



 Habis aktiviti pulau... Balik ke chalet.. tapi singgah makan dulu kat kedai tepi jalan tu sebab dah lapar... 

Malam weolls xde ke mana-mana. just lepak dalam bilik je sebab kepenatan seharian main kat pulau. 



Deme malam tu kelaparan lagi, mujurla ada maggi. Import dari rumah...

ibu hahahha... slim gilosss

tuan tanah kedaung

Ika






Oh ye, malam tu, sepupu aku, si tasya ngan husband dia n mak dia, Mak Uda datang kat Chalet weolls... makan malam kitorang makan sekali bekal yang mak Uda bawak tu je.. hehehe..



Hari ke-3

Nak balik dah... huhu 




Aki dan Iman,... Bestfriend Aki ni...




 Breakfast kat tepi pantai. Ada gerai-gerai kecik tu, belasah je la makan kat situ...





Lepas makan, lepak jap tepi pantai main pasir. sambil dorang ni dingdong nak naik banana bot ke tak nak...



 Akhirnya naik.. hahaha...




ni dah lepas kena campak... hahaha






































 dan tiba masa untuk check outtt!




Tunggu Feri.






 Shopping Hasil Laut kat Feri sebelum pulangg...


Dah naik feri... deme yang bujang-bujang ni leh la naik atas tu... Aku xlarat dah. Tau nye nak landing kepala je kat dalam feri... Ngantuk tunggu feri lama beno.. :D










10 minit je atas feri...
Dah sampai jeti Marina...







Makan dulu sebelum balik...

Alhamdulillah... memang best sangat dapat spend time ngan family... Sebab bukan senang kitorang nak berkumpul dan santai-santai sama2 ni... Menjadi jugak plan weolls adik beradik.

Tq Ibu Ayah yang sudi luang masa... Dan juga adik-adik yang sponsor makan minum, chalet, bot, dan lain-lain... 

so next, kemana kita niiiiiii... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...