Tuesday, September 15, 2009

puding kastard berkuah

minggu lpas aku try buat puding kastard berkuah ni...
motif utama..
adalah untuk pulangkan pinggan mangkuk jiran2 aku yg baik hati ni..hehe...
dan hasilnya seperti yang di atas...
tak nampak pulak pudingnya..
habis banjir ngan kuahnye...

resepinya..
aku hanya google kat internet...
kat bawah ni resepinya..k...

selamat mencuba...=p



Bahan2 untuk kuah

1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit coctail
1/2 cawan air
4 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh tepung custard larutkan dalam air. (tujuan untuk memekat kalau tak masukkan pun tak apa).

Cara

Campurkan semua bahan dan masak diatas api perlahan ( api kuat akan membuatkan susu berkeladak dan tak cantik). Tujuanmasak diatas api hanyalah untuk hancurkan gula dan sebati. Jika rasa gula sudah hancur olehlah tutup api tersebut. Masukkan dalam freezer.

Dan untuk custardnya pula.

1 cawan tepung custard
5 cawan air
1 sudu gula

Cara

Campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga menjadi pekat dan likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan kedalam bekas2 kecil seperti bekas lompang, dan sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam adunan pertama, sedia untuk dimakan.

Note: Fruit cocktail ni sedap dimakan sejuk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...