Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Cekodoq Bilis Tersedap Abad Ini



Hehehehehehehe...

Sedap di tekak aku lorrr...

Ibu datang sini ari tu ajar akuk camne nak buat cekodoq sedap ni...

Actually buat cekodoq ni senang je...

Ibu ajar skill atau teknik yang lagi membuatkan cekodoq tu mavalesss..

Bak kata ibu, kera di luar cair di mulut...

Hahaha...

Petua dia adalah...


Masa nak bancuh tu guna air panas...

Hihi

Itu aje...

Tapi kekuatan tangan adalah sangat diperlukan...

Kerana

Nak kacau tu punyalah likat n liat haaa..

Selamat Mencuba!


Puding Roti Mudah Dan Sedap

Puding roti ni memang antara my favourite gak la... buat sendiri asyikla tak jadi... Sekali si Ann up kat whatsapp dia buat puding roti simple pakai Pemanggang Ajaib (PA) je... Waahhh, mcm best je.. bahan pun simple...

Bahan2 :

Mentega 2 sudu besar
Susu 500ml
Roti - ikutla bape keping nak bubuh. Aku taruk sampai penuh PA tu...
Gula 2 sudu
Telur sebiji
Choc chip - ikut suka nak buh ke tak... setengah orang letak kismis pun sedap kan. Tapi aku xde kismis. Choc chip je yg ada.. belasah la.. hehe

Cara-cara :

Cairkan mentega.
Pukul telur dah campurkan dgn gula n susu... Sebatikan lagi...
Pastu campurkan mentega yang dah cair tadi... kacau bagi sebati gak...

Susun roti dalam PA.
Tuangkan bahan2 yang dicampurkan tadi ke dalam PA yang mengandungi roti tu...
Taburla choc chip kat atas roti tu...



Kuning2 tu mentega... Masa aku gaul ngan susu tu, susu tu sejuk.. so dia berketul2... Tapi sokay je... :)


Tenggekla atas api... 5-10 minit each side... Api kecikkkk je tau...


Pastu kuah dia pulak... baru sedap makan ngan kuah kan...

Susu cair satu tin
Gula ikut la rasa bnyk mane nak buh... aku buh 2 sudu besar je..
tepung kastard 2 sudu besar
Air 1/4 tin...

Campurkan semua n tenggek atas api sehingga kuah tu jadi pekat sikit...

Siapppp...

Dah boleh makan dah panas2 sedap.. sejuk2 pun sedap...

Selamat mencuba...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kek Coklat Moist Tanpa Telur




First time aku buat kek kukus coklat tanpa telur ni... Disebabkan bahan-bahan buat kuih raya ari tu ada lagi, makanya gugel lah resepi kek coklat yg senang... Yang penting yang takde guna telur sebab telur dah habis stok...

Terjumpa lah resepi simple ni...

Bila dah siap, not bad! SEdappp jugak....:)


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
4 sdb susu tepung
* semua bahan ini diayak.

2 1/2 air sejuk (dari peti ais)
2 cawan gulang perang
1 sdk esen vanilla
1 sdk cappucino emulco
sedikit garam
1 cawan minyak jagung
2 sdk cuka makan

Cara membuatnya:

- Panaskan oven 160 darjah celcius.
- Sediakan loyang, saya guna loyang 8 inici. Sebaiknya, gunakan loyang 6 atau 5 inci kerana kek ini tidak naik tinggi.
- Ayak semua bahan2 kering dalam satu mangkuk besar
- Masukkan gula perang, gaul sebati.
- Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan emulco. Sebatikan semua semua bahan sehingga tidak berketul. Saya gunakan mixer, slow speed sebab nak cepat sebati.
- Akhir sekali masukkan cuka, dan kacau sebati dengan segera.
- Tuang dalam loyang dan bakar selama 30minit atau sehingga masak.
- Sejukkan kek, curah topping ikut kegemaran.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Resepi Nasi Goreng Simple

Haii... saje nak share resepi nasi goreng simple je ni tapi sedap.. bertambah2 anak2 n papanya makan.. :) Tu tandanya dorang dah boring dengan rasa nasi goreng sebelum ni.. haha.. sebelum ni, nasi goreng telur kicap je la... Aku baru perasan yang si Zara tak berapa gemar kicap.. so nasi goreng kicap dia makan sikit je... kalau kitorang makan sama2 satu family kan, aku mmg suka makan nasi ngan kicap, papa dia tak suka kicap... zara akan mintak papa dia yang suapkan.. haha.. sebab nasi papa dia takde kicap...=p geng papa ni..

So, conclusionnya, aku masak nasi goreng tak payah kicap.. bila nak makan tu, yang dani punya aku buhla kicap. Zara kosong je... baru laju minah tu makan..:)

Nasi goreng ni simple2 je.. orang lain banyak lagi version yg lagi sedap kot.. hehe..



ok, ni bahan-bahannya :

cili api akar sket... sebab apa cili akar? sebab dia tak berapa pedas sangat.. taruk banyak2 pon tak pedas...
serai sebatang
bawang ikut suka la nak byk mane. tapi jangan banyak sangat.. aku suka buh 2 biji sebab aku suka bawang
bawang putih 1-2 biji
udang kering. Yang ni ganti ikan bilis pon xpe.., taknak buh pun takpe.. ikut suka.. hehe
telur sebiji
garam secukup rasa



Cara2nya : Hirisla semua bahan2 tadi... serai, bawang, bawang putih, cili..


Pastu tumis.. fuhhh sedap betul bau tumis ni...maaf yer jiran2.. hehe..


Dah garing sket, masuk udang kering...pastu masukkan nasi... dah masuk nasi... gaul rata... dah rata tu, buat bulat tengah2 tu untuk pecahkan telur... masak telur tu sket, pastu baru gaul rata balik...

satu petua dari kak timah opismate aku dulu ialah, goreng lama sket bagi garing... mesti sedap..:)


Tadaaa, dah siappp... hahaha, mane datang mangga tu plak kan.. aku bukak peti ais, eh taruk mangga ni sedap gak ni.. mangga ni rangup lagi.. hehe, hiris2 pastu gaul rata...

Not bad.. haha,

ok korang, selama mencuba..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Resepi ESP dan Tropicana Twister





Bahan - bahannya :

300 ml air Tropicana Twister (yang dah sejuk, lagi sedap sejuk2..)

1 sudu besar ESP


Cara - caranya :

Masukkan satu sudu besar ESP ke dalam shaker.
Apa-apa jenis shaker pon boleh. Tapi shaker Shaklee best sebab dia ada besi mcm spring dlm tu untuk larutkan ESP.


2. Tuangkan air Tropicana Twister ke dalam shaker tadi. Nak banyak mana ikut suka kome ler..:)


3. Shake, shake dan shake sampai hancur.. Hancur tu maksudnya ESP tu tak berketul-ketul.


Taraaaa!

Dah siap!

Memula minum sorang je.. pastu Enady rasa sikit.. 

Tetiba dia tanya "Mama, macam mana nak buat ESP ngan Twister ni, papa nak lah jugak. Sedap!"

Hihi..

Selamat Mencuba!

________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435 / 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kuih Torak




Kuih torak..

Kuih yang first time aku dengar namanya Torak tu, ingatkan tengkorak. Hehe. First time juga tengok rupanya dan makan.. Not bad jugak rasa dia. Macam kuih tepung talam. Lemak-lemak manis gitu..

Mak aku beli sampai RM5. Tiga seringgit. Murah lagi kuih-kuih kat kampung ni. Kat bandar naik satu 4kupang dah kan.

Kuih ni kitorang beli kat pekan Sabak Bernam tadi. Gerai kuihnya betul-betul kat trafik light pekan Sabak tu. Kat kedai India jual majalah. :)

Google google.. Terjumpa resepinya. Senang je rupanya nak buat. Cuma macam leceh sket nak berbungkus-bungkus bagai tu..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ayam panggang blackpepper


Takde sape pun yang tanya resepi lauk orang pantang ni, tapi saja je nak letak jugak..heee..

Bawang besar sebijik
Bawang putih 3-4 bijik
Halia agak2 dalam 1 inci
Lada hitam yang ditumbuk dalam 2 sudu besar
Secukup garam dan gula

Tumbuk semua bahan2 tu, pastu gaulkan dgn ayam, perap kejap.. Pastu panggang.. siapp.. Eh lupa, taruk minyak sikit je..

Tapi aku tak pakai panggang yang kena hidupkan api pastu bakar tempurung sampai jadi bara tu. hehe. moden sikit.. kita pakai grill nonstick je..cepat dan mudah..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Resepi Apam Polkadot





Bahan-bahan : aku copy paste je dr google..:)


3 biji telur dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna



Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain(masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette. Then, masukkan esen vanilla) dan mix lagi sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

Sumber : http://www.ciktom.com/resepi-apam-polkadot-comel-dan-sedap/

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kek Kukus Coklat


Tiba-tiba macam terRajin pulak nak membuat kek ni..

Nak resepi?

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
(Semua bahan-bahan ni diayak bersama)

Bahan B :
2 biji telur
2 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air
(Dipukul hingga gula hancur)

* Bahan A dan B dicampur dan gaul sehingga sebati..Lepas tu kukus selama 1 jam..

Kalau nak buat topingnya..

1/4 butter
3 sudu gula
1 cawan susu cair
1 coklat bar
(Masak secara double boiled sampai pekat)

Selamat mencuba!..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dinner - Daging masak kicap


Nak resepi??  senang je..:)

Bahan-bahan :

Daging
Bawang merah 2-3 ulas
Bawang putih 2-3 ulas
Halia 1inci
Cili boh 1 sudu
Cili api 3-4 biji - kalau suka pedas, tambah lagi..
Lada hitam - ikut suka, nak sedap buh la..:)
Kicap
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Asam keping sekeping

Cara-cara :

Tumis bawang merah + bawang putih + halia sampai naik bau..
Masukkan cili boh..masak sampai garing sikit..
Masukkan kicap..aku guna kicap cap kipas udang kaler merah
Masukkan asam keping
Tambah air sikit..
Masukkan daging..Tenggek atas api lama sikit..
Last sekali baru masuk lada hitam dan cili api..

Siap!

Makan ngan nasik panas..pergHH!! Terangkat habis!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Goreng pisang gebu


Yeay! Berjaya buat goreng pisang gebu ni. Sama macam yang Ibu buat.. Tapi takleh lawan lagi yang Ibu punya.. Rindulah goreng pisang Ibu..

Masa Ibu datang awal bulan 10 hari tu, Ibu buat goreng pisang dan aku mintak resepi. Sebelum ni buat tak endah dan tau makan je. Sekali bila dok teringat-ingat goreng pisang yang Ibu buat, aahhh sudah, bila la nak balik kampungnya kan..

Ibu cakap, cara dia mudah je. Campurkan tepung gandum ngan tepung goreng pisang Adabi tu sama sukatannya. Lepas tu, campur kan tepung beras sikit. Sesudu je. Kalau takde pun takpe. Serbuk kunyit sikit, untuk bagi kuning dan garam secubit. Campurkan ngan air dan bancuh agak pekat sikit supaya tepung tu betul2 salut kat pisang tu..

Lepas tu goreng!... Serius sedap! Cubalah!

Pisang pulak, aku suka pakai pisang abu. Rasa dia tak manis dan tak masam. Sedang2 je..


Nilah rupanya pisang abu. Jangan la tanya kenapa nama pisang ni pisang abu ye..Tidaklah ku tahu..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Resepi : First Try : Pavlova

Bersempena dengan hari lahir aku, *cecece..., aku berkobar-kobar untuk try buat pavlova.. Geng-geng lain awal-awal lagi dah try. Aku baru kali ni nak try..:)

Dengan semangatnya, pagi-pagi lagi aku dah kejut Kak Yang, ajak dia g Carrefour Alamanda, carik bahan-bahan nak buat pavlova ni..

Bahan-bahan yang diperlukan :

3 biji putih telur
1/2 cawan gula halus (diblend lagi bagi halus)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan whipping cream
buah-buahan (ikut citarasa)

Cara-cara :

1. Mula-mula putih telur ngan gula halus tu kasi putar meringue sampai jadi cam kat bawah ni.
V
V
V

Make sure, putar sampai kalau kita terbalikkan adunan tu, adunan tu takkan meleleh.. Tips dah buat meringue ni ada kat SINI..

2. Masukkan esen vanilla + tepung jagung + cuka ke dalam adunan.. Kacau hingga sebati..

3. Panaskan oven 150c.


4. Masukkan dalam loyang.

5. Bakar selama satu jam dengan suhu bakar di antara 100-120c.


6. Dah masak, adunan akan jadi warna keperangan seperti gambar di atas. Biarkan dulu dalam oven selama setengah jam.

7. Buat whipping cream. 1 cawan sahaja dan putar sampai nampak berlemak dan likat..

8. Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri..


9. Pastikan adunan tadi betul-betul sejuk, kemudian barula letak whipping cream tadi di atasnya.

10. Susun buah-buahan..

Siapppp..:)

Thanks to Nano Nor untuk resepi pavlova ini..






Rasa adunan tu macam marshmellow. Sedappp, Dani pun suka makan..:) Enady kata, nak lagi.. Hahaha..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Lunch Home Sweet Home


Masak ni tengahari tadi. Sempena ngan ibu tersayang and Ika datang sini. Wow weee....

Sekarang Ibu sedang tido kekenyangan..Hehe.. Sedap kan bu!

Masuk bakul nampak AnaLyana..=p

Nak resepi, sila klik sini...:) Aku buat sama macam yang ni..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Murtabak Maggi


Sekarang tiap-tiap malam, dalam kul 10 malam ke atas, mesti perut lapar.. Balik keje tak lapar lagi. Main-main ngan Dani, tidokan dia lepas Maghrib tu, aku pun mandi n selesaikan apa-apa yang patut. Tang kul 10 je, perut pedih..hoho, mintak di isi lah tu..:)

Malam semalam, aku masak spagheti goreng. Aku rasa tak sedap mana pun. Tapi husband makan, siap bertambah. Sedap katanya.. haha, tu sebenarnya balik keje lapar kan papa..hiks.. Gambar dinner aku tu takdelah aku nak snap..

Malam ni punya menu adalah hasil cetusan idea Kak N siang tadi kat opis. Aku pun gugel mencari resepinya.. Jumpa lah kat sini..

Aku copy paste balik ek..


bahan2 muratabak:
  • maggi kari sepaket
  • sausage - 2 batang - hiris nipis2
  • telur 2 bijik
  • bawang besar sebijik - dipotong dadu
  • cili api - 3 bijik hiris nipis.
  • serbuk lada hitam (optional)
cara2 memasak:
  • maggi tu rendam air panas sampai lembut - toskan
  • panaskan minyak sedikit > tumiskan bawang besar > masukkan sausage > bubuh perencah kari maggi > buh serbuk lada hitam sikit> masak sampai masak...
  • pecahkan sebijik telur > pukul telur tu skejap > masukkan maggi separuh > masukkan sausage yg ditumis tadi tu separuh > kacau2 lagi kasik semuanya bergaul secara intim... :p
  • panaskan pan @ kuali leper > letak sedikit minyak > dan gorengkanla murtabak maggi anda tu...
  • ulang cara sama utk separuh lagi maggi tadi. so, dptlah 2 bijik murtabak maggi bersausage


Tak semua aku ikut. Ada yang aku ubah macam sosej ngan maggi tu. Aku tak bubuh sosej, aku taruk daging cincang Ramlee tu. Maggi aku tukar jugak sebab stok maggi kari takde. Aku guna maggi asam laksa.. Telur aku tambah lagi sebijik. Sebab nampak macam maggi2 tu tak join together lah..takut kang jadik maggi goreng je kang..hehe.. Bila tambah lagi sebijik telur barulah dia nak jadik leper, buat macam telur dadar. So, maggi tu takkan terlerai lerai..

Tapi, barang siapa yang tak terer menterbalikkan telur dadar (telur dadar tu akan hancur), jangan cuba2 nak buat kat murtabak maggi ni jugak. Haha, alamatnya akan jadik macam gambar kat atas tu..=p Tak terer... Eh ke sebab pan aku tu tinggi sangat.. kalau pakai pan leper, mesti ok kot..=p

Ok, korang, selamat mencuba..:)


SayaSukaMalaysia
HowMalaysianAreYou?

Resepi trifle puding


Hari tu version orang lain kan.. tapi kali ni betul-betul version aku buat sendiri..:)

Bahan-bahannya :

1 butter cake brand Silver Bird (brand lain aku tak pernah cuba lagi)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi tu)
2 sudu besar tepung custard
4 sudu besar penuh gula
Jelly (brand Nona)

Cara-cara :

1) Butter kek tu dipotong kecil-kecil dan susun sepadat-padatnya dalam bekas. Tu untuk lapisan bawah. Jangan guna bekas yang terlalu besar. Kalau boleh guna bekas saiznya yang lebih kurang kat dalam gambar atas tu.

2) Tuangkan fruit cocktail sekali ngan air-air dia dan susun jugak di atas lapisan kek tadi.

3) Masak atas api 1 tin susu cair + 1 tin air + tepung custard + gula. Kacau sehingga larut dan likat.

4) Campuran custard yang dimasak tadi tuang atas lapisan fruit cocktail dan kek. Kemudian biarkan dia sejuk dan lapisan atas menjadi sedikit keras.

5) Jelly dimasak sebentar di atas api dengan menggunakan air sebanyak 400ml. Apabila larut jelly tu tadi, tuang perlahan-laahn atas lapisan campuran custard yang dah sejuk tadi. Kalau lapisan tu dah sejuk dan sedikit keras, insyallah jelly itu akan elok terlapis di permukaan sahaja. Kalau masih panas campuran custard tu, jelly itu akan menembusi ke bawah. Aku dah pernah try buat. Habis hancur trifle puding tu..

Selamat mencuba uolls...Sedap dimakan ketika sejuk.

Trifle Puding

Kak Mazidah - tudung pepel
Jumaat | 29 April 2011

Tetiba tergerak hati nak ikut kakak ofismate aku ni, Kak Ina pegi Perjumpaan Mingguan New Nora kat umah Kak Mazidah nun. Dani pun takde lagi masa ni. So, on ajelah.

Macam-macam lah yang dia explain pasal nak maju dalam tupperware biz ni. Aku ni bersemangat nye sekejap je. Teruja nak buat itu ini. Pastu bila dah selang 3 4 5 hari, dah slow dah..Camnelah aku nak berjaya dalam bisnes kalau macam ni gayanya. Hurmm..

Yang aku teruja kat sini adalah, lpas Kak Mazidah dah explain itu ini, ada sesi berkongsi resepi tau. Malam tu Kak Mazidah ajar buar Trifle Puding. Senang aje rupanya. Ingatkan susah beno lah.. Cuma bahan-bahan dia tu agak meriah plus mahal..hihi. Bukan mahal cuma banyak bahan..=p

butter cake utk lapisan bawah.
Geram ngan budak tecik ni. Gebus je kulit dia..Boleh je bawak anak masa perjumpaan ni..




Resepi trifle. Pandai-pandailah korang teleng kepala k.. malas aku nak betulkan dah..


Dah siap, taruk dalam peti sejuk. Memang marvelessss..


Tupperware corner kat umah. Teruja aku tengok tupperware tu..


Ok, sekian dulu. Nanti aku dah cuba buat trifle puding ni, aku tempek kat sini k..

asam pedas ikan kembung

kate first time masak asam pedas kan...

hurmmm..ceghui la...atau bahasa ibundanya CAIR.. alahaiii..

tapi berselera je bila makan ngan nasi pastu taruk kicap kan..papa dani pun siap bertambah lagi. dah cakap dah, asam pedas ni cair tapi dia cakap takpe sebab sedap...hihi..tersipu-sipu i tau.. lenkali boleh buat lagi kan...

pada sape2 yang nak resepi amikla kat bawah ni. tapi kurangkan lah air nya...hehe.
Ingredients

1) Ikan parang (2 potong)
2) Kunyit (1 inci)
3) Halia (1 inci)
4) Serai - diketuk (1 batang)
5) Bawang putih (1 ulas)
6) Bawang merah (3 ulas)
7) Pes cili (2 sudu besar)
8) Daun kesum (3 tangkai)
9) Air asam jawa cair (5 cawan)
10) Belacan (sedikit)
11) Garam (sedikit)
12) Minyak untuk menumis
Directions

Cara-caranya, tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit lumat. Kemudian, masukkan kunyit dan halia. Setelah lumat, masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga sebati.

Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa, diikuti dengan serai, daun kesum, ikan dan garam.

Kacau sedikit hingga sebati, biarkan mendidih sehingga ikan masak dan sedia untuk dihidang.































♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

lengkong sirap + santan

hehe..kali kedua membuat lengkong ini. Berjaya ! yeay! korang nak resepinya tak?

Resepi nya...

bahan-bahan :

1 packet agar-agar
8 cawan air
pewarna ( aku pilih sirap)
21/2 cawan gula
2 cawan santan
1 biji telur
secubit garam

cara-cara :

tenggek 8 cawan air dengan sepacket agar-agar.
tunggu sampai mendidih n agar-agar tu hancur.
masukkan sirap sket. ikut suka la banyak mane.
masukkan gula n kacau sampai hancur.

untuk bahagian atasnye pulak..

kacau santan dan telur bersama-sama di dalam mangkuk yg lain.
taruk garam sket utk kasik lemak2 sket.

tutup api agar-agar yang ditenggek tadi. n masukkan santan yg dah dicampur dengan telur tadi. kacau dalam 5 minit. pastu terus masukkan dalam bekas. ok siap... tunggu sampai keras.

selamat mencuba.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

berbuka puasa day 6

hahaha..skip la eyh..berbuka puasa day 6... day 3,4 dan 5.. tak sempat aku nak snap.. kate puase, tiba waktu berbuka terus je aku ngap...eh baca doa la dulu kan..=p

semalam berbuka mmg simple gile aku rase..tapi tu pun dah cukup membuka selera..nyum nyum nyum..

lauk ikan kembung tempoyak, tempe celup tepung dan sambal belacan.. hah? terliur tak korang..hehe..

semalam kan exam, balik exam kul 12 tu layan astro n DVD.. dani aku anta kat umah BS nye..petang lpas masak baru aku amik dia..

dalam kul 4 baru aku stat masak.. sap sap soi je... terus siappp..

cara-cara nak masak gulai tempoyak ikan kembung :

bahan-bahan :

ikan kembung (ikut suka nak ikan ape, lagi sedap kalau ikan keli atau ikan patin, tapi aku tak makan sangat ikan patin)

tempoyak

serai

cili api

kunyit

garam

cara-cara nya :

tumbuk kan cili api (ikut suka kalau nak pedas lebih taruk la banyak sket), dan kunyit sehingga lumat. gaulkan tempoyak bersama ngan cili api tadi. masuk dalam periuk. tambah kan air. tumbuk serai dan campur dalam periuk tadi dan tenggek. agak-agak dah mendidih tu masukkan ikan, kalau nak rase masam lagi tarukla asam keping. aku tak taruk sebab tempoyak tu pun dah masam. cuma aku tambah garam n gula je... tunggu sampai ikan tu masak, pastu tutup api.. dah siapppp...

hehe..resepi ekspress..

cara nak buat tempe goreng tu plak..

potong tempe tu nipis-nipis. bancuhkan tepung ngan air. pastu tumbuk bawang putih 2-3 ulas dan masukkan dalam tepung tadi.. bila nak masak celup je tempe tu dalam tepung pastu gorenggg... siap dahhhh.. resepi ni sepupu aku ain yang ajar.

sekarang dani dah tak tdo time buka puasa. seb baik dia behave je. main sensorang..hehe..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...