Kek Coklat Moist Tanpa Telur




First time aku buat kek kukus coklat tanpa telur ni... Disebabkan bahan-bahan buat kuih raya ari tu ada lagi, makanya gugel lah resepi kek coklat yg senang... Yang penting yang takde guna telur sebab telur dah habis stok...

Terjumpa lah resepi simple ni...

Bila dah siap, not bad! SEdappp jugak....:)


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
4 sdb susu tepung
* semua bahan ini diayak.

2 1/2 air sejuk (dari peti ais)
2 cawan gulang perang
1 sdk esen vanilla
1 sdk cappucino emulco
sedikit garam
1 cawan minyak jagung
2 sdk cuka makan

Cara membuatnya:

- Panaskan oven 160 darjah celcius.
- Sediakan loyang, saya guna loyang 8 inici. Sebaiknya, gunakan loyang 6 atau 5 inci kerana kek ini tidak naik tinggi.
- Ayak semua bahan2 kering dalam satu mangkuk besar
- Masukkan gula perang, gaul sebati.
- Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan emulco. Sebatikan semua semua bahan sehingga tidak berketul. Saya gunakan mixer, slow speed sebab nak cepat sebati.
- Akhir sekali masukkan cuka, dan kacau sebati dengan segera.
- Tuang dalam loyang dan bakar selama 30minit atau sehingga masak.
- Sejukkan kek, curah topping ikut kegemaran.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...