artikel : Ibu murung lahir bayi saiz kecil

dipetik dr akhbar Utusan Malaysia 28/01/10


Ibu hamil harus sentiasa bersifat positif bagi mengelak dilanda kemurungan yang boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.


KEBELAKANGAN ini masalah kesihatan mental semakin menjadi perbincangan di kalangan masyarakat berikutan beberapa peristiwa hitam termasuk cubaan bunuh diri, pembunuhan di kalangan ahli keluarga dan sebagainya yang dikaitkan dengan masalah tersebut sebagai puncanya.

Keadaan ini cukup untuk membuktikan bahawa semakin ramai menghadapi masalah kesihatan mental sama ada secara sedar mahupun tidak.

Berbanding kaum Adam, golongan wanita dikatakan paling banyak menghadapi masalah ini.

Salah satu aspek yang jarang disentuh apabila membicarakan isu ini ialah perkaitan antara kesihatan mental dengan ibu-ibu mengandung.

Satu kajian terbaru yang diterbitkan di dalam Jurnal Paediatrik dan Perinatal Epidemiologi di Amerika Syarikat menunjukkan, kerisauan dan kemurungan (antara simptom gangguan kesihatan mental) yang dialami ibu mengandung memberi kesan kepada saiz bayi dan juga sistem penghadaman bayi tersebut.

Lebih teruk kesan kebimbangan atau kemurungan tersebut maka lebih serius jugalah kesan yang akan dialami oleh bayi dalam kandungan mereka.

Penemuan tersebut telah dibuktikan menerusi kajian oleh sekumpulan penyelidik iaitu Shahla M. Hosseini, Minhnoi W. Biglan, Cynthia Larkby, Maria M. Brooks, Michael B. Gorin dan Nancy L. Day.

Mereka adalah para penyelidik yang telah mengkaji tentang kaitan antara simptom-simptom kerisauan yang dialami wanita mengandung.

Kajian mereka tertumpu kepada wanita yang berpendapatan rendah yang mana separuh daripadanya berketurunan Afrika-Amerika, manakala selebihnya adalah wanita berketurunan kaukasia.

Kumpulan tersebut memang dikenali berisiko tinggi sebagai peminum arak dan ketagihan rokok.

Kajian itu menunjukkan, ibu yang dilanda kebimbangan dan kemurungan akan melahirkan bayi bersaiz kecil.

Kajian tersebut turut mengenalpasti kebimbangan yang melanda ibu pada bulan ketiga kehamilan memendekkan tempoh matang saluran penghadaman.

Manakala wanita yang dilanda kebimbangan ketika kehamilan di bulan pertama cenderung melahirkan bayi yang kurang berat dan saiz yang lebih pendek dari yang sepatutnya.

Wanita yang menghadapi tekanan dan kebimbangan ketika mengandung juga akan berhadapan dengan masalah ketika mahu bersalin.

Jadi, ibu yang sedang merancang untuk mengandung atau sedang mengandung, jangan terbawa-bawa dengan perasaan bimbang. Ia hanya akan memberi kemudaratan jangka panjang kepada anak anda apabila mereka lahir.

Sebaiknya, jika mengalami tekanan ketika hamil rujuk masalah anda kepada pakar perubatan, kaunselor atau boleh juga luahkan kepada rakan-rakan yang anda percayai.

Ingat, kesihatan bayi anda bermula dari dalam kandungan. Sekiranya bayi lahir dalam keadaan tidak sihat adakah anda mampu berhadapan dengan situasi tersebut?

Peganglah pepatah yang penuh makna ini, mencegah itu lebih baik dari mengubati.



♥ honey ♥

2 comments:

Unknown said...

itu lah..aku masa bulan ke 7 or 8 dulu ada gak stress,kalu hang perasan yg ada org dtg umah aku sampai 2 minggu tu..aku memang sgt tensen..sebab musabab tu rasanya biar aku simpan je lah sendiri..then lepas tu masuk je minggu ke 36 doc dah mula kesan masalah..sebab tu la aisy dipaksa lahir masa minggu ke 37..

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...