Puding Cocktail

permintaan dari member blog...

fieza http://fiezzamy.blogspot.com/
Wed 02.Sep.2009
03:43 PM (GMT+8)
: Salam ana..fiza nak mintak tlg ni..bleh tak bg resepi puding tuh... dah terliur da ni..hehehe


bahan-bahannya :

1 paket agar2 ( yang harganye Rm2.++ tu..)

1 tin susu cair ( brand Ideal tapi ape2 brand pun boleh )

1 tin fruit cocktail ( kat kedai runcit mmg ade, selalu dia kat area2 ssekali dgn laici dalam tin tu )

2 cawan gula...( agak2 la...kalau nak rasa manis taruk la lagi...tapi 2 cup tu dah memadai.. biasa guna cawan minum kopi tu)

4 cawan air ( cawan yang sama dgn gula tadi )

caranya :

- masak agar-agar dalam periuk bersama air dan kacau hingga larut ( jgn terlalu likat atau terlalu cair )

- kemudian masukkan gula

- masukkan susu cair dan juga cocktail tadi...( air dalam cocktail tu amik sekali )

- kacau ... jangan terlalu lama...

- padamkan api dan masukkan dalam bekas...

- siapppp... dan biar kan sejukkk...


selamat mencuba

note : aku nak try buat puding kastard cocktail pulak..
oh ye, jivebumz ade request camne nak buat sup telur ye, nanti nana buat ek kak ila..


4 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP