Resepi : First Try : Pavlova

Bersempena dengan hari lahir aku, *cecece..., aku berkobar-kobar untuk try buat pavlova.. Geng-geng lain awal-awal lagi dah try. Aku baru kali ni nak try..:)

Dengan semangatnya, pagi-pagi lagi aku dah kejut Kak Yang, ajak dia g Carrefour Alamanda, carik bahan-bahan nak buat pavlova ni..

Bahan-bahan yang diperlukan :

3 biji putih telur
1/2 cawan gula halus (diblend lagi bagi halus)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan whipping cream
buah-buahan (ikut citarasa)

Cara-cara :

1. Mula-mula putih telur ngan gula halus tu kasi putar meringue sampai jadi cam kat bawah ni.
V
V
V

Make sure, putar sampai kalau kita terbalikkan adunan tu, adunan tu takkan meleleh.. Tips dah buat meringue ni ada kat SINI..

2. Masukkan esen vanilla + tepung jagung + cuka ke dalam adunan.. Kacau hingga sebati..

3. Panaskan oven 150c.


4. Masukkan dalam loyang.

5. Bakar selama satu jam dengan suhu bakar di antara 100-120c.


6. Dah masak, adunan akan jadi warna keperangan seperti gambar di atas. Biarkan dulu dalam oven selama setengah jam.

7. Buat whipping cream. 1 cawan sahaja dan putar sampai nampak berlemak dan likat..

8. Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri..


9. Pastikan adunan tadi betul-betul sejuk, kemudian barula letak whipping cream tadi di atasnya.

10. Susun buah-buahan..

Siapppp..:)

Thanks to Nano Nor untuk resepi pavlova ini..






Rasa adunan tu macam marshmellow. Sedappp, Dani pun suka makan..:) Enady kata, nak lagi.. Hahaha..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...