Dengan semangatnya, pagi-pagi lagi aku dah kejut Kak Yang, ajak dia g Carrefour Alamanda, carik bahan-bahan nak buat pavlova ni..
Bahan-bahan yang diperlukan :
3 biji putih telur
1/2 cawan gula halus (diblend lagi bagi halus)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan whipping cream
buah-buahan (ikut citarasa)
Cara-cara :
1. Mula-mula putih telur ngan gula halus tu kasi putar meringue sampai jadi cam kat bawah ni.
V
V
V
Make sure, putar sampai kalau kita terbalikkan adunan tu, adunan tu takkan meleleh.. Tips dah buat meringue ni ada kat SINI..
2. Masukkan esen vanilla + tepung jagung + cuka ke dalam adunan.. Kacau hingga sebati..
3. Panaskan oven 150c.
4. Masukkan dalam loyang.
5. Bakar selama satu jam dengan suhu bakar di antara 100-120c.
6. Dah masak, adunan akan jadi warna keperangan seperti gambar di atas. Biarkan dulu dalam oven selama setengah jam.
7. Buat whipping cream. 1 cawan sahaja dan putar sampai nampak berlemak dan likat..
8. Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri..
9. Pastikan adunan tadi betul-betul sejuk, kemudian barula letak whipping cream tadi di atasnya.
10. Susun buah-buahan..
Siapppp..:)
Thanks to Nano Nor untuk resepi pavlova ini..
Rasa adunan tu macam marshmellow. Sedappp, Dani pun suka makan..:) Enady kata, nak lagi.. Hahaha..
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
6 comments:
yeah..pavlova memang tgh hot..hehe
sedap kan
yang penting sgt mudah nak buat kan
sekali buat mmg tak puas ana
dah ady mintak lgi tu
mem'pavlova lg lah jawabnya
zana x pernah try lagi.. nmpknya harus try la nnti.. hihihi
huhuhu..gambar last, hero yg men terliur kan..hehehe..
ana guna whip crean jenis ape ek..baper lame putar nk kasik kembang tu
salam nak tnya...resipi 2 mmg dapat 1 pavlova yg besar ke?
Post a Comment