TIPS MELEGAKAN JAHITAN EPISIOTOMI





Bagi mereka yang bersalin secara normal, mungkin ada antara anda yang pernah merasai bagaimana sukarnya untuk duduk, berjalan, buang air besar dan buang air kecil selama beberapa minggu pertama selepas bersalin kesan dari jahitan episiotomi.

Apa dia episiotomi tu ye…? Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium sewaktu proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar. Biasanya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.

Sebelum potongan dilakukan, doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) dikawasan perinium bagi mengelakkan anda dari merasa sakit sewaktu episiotomi dilakukan.

Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan, luka episiotomi akan dijahit.

Sebab kenapa episiptomi dilakukan oleh kebanyakan pengamal perubatan adalah :

1. Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat – bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi, doktor akan melakukan episiotomi sebagai bantuan untuk bukaan perinium yang lebih besar.
2. Otot perineal yang keras dan tidak anjal
3. Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu
4. Apabila berlakunya masalah bayi stres sewaktu proses meneran.

Luka jahitan kebiasaannya mengambil masa seminggu ke 2 minggu untuk pulih. Tapi rasa ngilu kesan dari jahitan tu biasanya ambil masa hingga 2 minggu sebelum ia mulai hilang sedikit demi sedikit.

Berikut adalah tips untuk mengurangkan sakit dari jahitan episiotomi :

1. Mandi dengan air suam boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
2. Dedahkan bahagian luka episiotomi ke udara dalam 10 minit (sekali atau 2 kali sehari) supaya pengudaraan boleh berlaku
3. Digalakkan untuk duduk diatas kerusi atau katil dan elakkan dari duduk di bawah atau diatas lantai kerana ini akan menyukarkan anda untuk bangun dan berdiri setiap kali selepas duduk
4. Jika terasa sakit sewaktu duduk, anda boleh cuba duduk diatas pelampung kecil, bantal atau tuala yang dibentuk seperti donut diatas kerusi sebelum duduk diatasnya
5. Bagi mereka yang tidak mempunyai tandas duduk dirumah, cuba dapatkan kerusi kecil untuk memudahkan anda membuang air. Anda boleh duduk diatas kerusi ini secara menyenget sewaktu membuang air dan ini boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian luka. Biasanya masalah ini berlaku bagi mereka yang perlu berpantang dirumah ibu di kampung yang hanya menyediakan tandas cangkung.
6. Jirus kaki dengan air sewaktu membuang air. Cara ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit luka jahitan sewaktu anda membuang air
7. Letakkan tuala wanita (pad) yang akan digunakan untuk menyerap darah nifas kedalam peti ais. Tuala wanita yang sejuk boleh membantu mengurangkan rasa rasa sakit di bahgian luka

8. Lap luka opisiotomi dengan tuala yang bersih dan lembut sehingga kering setiap kali selepas ke bilik air. Luka yang lembap dan tidak kering boleh menyebabkan masalah jangkitan dibahagian luka

9. Anda juga boleh gunakan anti septik seperti dettol untuk membasuh bahagian luka sewaktu mandi. Caranya ialah larutkan 1 penutup penuh dettol kedalam 1 tupperware air suam. Gunakan campuran ini untuk membasuh bahagian luka episiotomi.

10. Gunakan ice pack untuk mengebaskan bahagian luka jahitan. Selain dari itu, ice pack (gel dingin) juga boleh membantu mengelakkan luka episiotomi dari bengkak.

11. Amalkan senaman lantai pelvik (senaman kegel). Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan darah dibahagian luka. Senaman kegel juga boleh membantu mempercepatkan luka sembuh

12. Berjalan dengan lebih kerap adalah digalakkan untuk menggalakkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan di bahagian luka.


 sumber : Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...