Sunday, October 16, 2011

Hujung minggu kami

Macam biasa, hari Ahad lah masa yang terluang untuk bersama.. Macam biasa juga, sarapan adalah di luar..Haha, Atenye, seminggu sekali je pun kan..:) Lepas sarapan kat Desa Pinggiran Putra (jauh aku pegi sarapan kan, rindu ngan nasi lemak daun pisang kat situ), aku ajak Enady bawak Dani pegi tengok fish.. Kat Taman Wetland je.. Ari tu pegi Dani ketiduran, so tak dapat dia tengok fish..


Mengekek Dani ketawa bila tengok fish tu makan roti yang kitorang bawak..dia rasa macam nak picit2 kot..=p


Tak berapa nak nampak fishnya sebab kecik2 dan fish yang warna merah tu takde. Plus ada orang mancing kat tepi tu, ikan merah tu dah lari jauh2 kot..heee..


Tengok muka Dani yang geram tu.. lepas tu kan, boleh tak dia nak masuk tasik tu.. haishh budak ni tak reti takut langsung...dia ingat kolam mandi kot.. takpun dia nak tangkap ikan-ikan tu..:)


Dah habis roti, jalan2 lah kita..tapi matahari dah start nak mencanak, panass, maka pulanglah kita..


View yang cantik, sesuailah nak buat photoshoot kat sini..


Masuk je kereta, dah tido dah budak tecik ni.. penat sangatlah tu. Plus memang time tido dia..:)

Sekian hari minggu kami..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

No comments: