Showing posts with label Taman Wetland. Show all posts
Showing posts with label Taman Wetland. Show all posts

Ke Taman Wetland, Putrajaya

Tq to all teachers kat TBC INSPEN. Susah payah arrange untuk bawak budak-budak ni pergi ke Taman Wetland ni. Mak pak deme pun tak pergi lagi kat tempat baru ni.. hihi... Taman Wetland tu dah pernah pegi la, tapi yang tarikan baru ni lom lagi.. Nanti nak pegilah sekali ke sana...

Macam biasala, balik sekolah tu excited bebudak ni bercerita... itulah inilah begitulah beginilah... Macam-macam... hehehe...Mama senyum je la melayan...


















♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jalan-jalan di petang hari


Dah lamaaaaaa sangat tak jalan-jalan satu family di waktu petang..
Sampai aku merajuk-rajuk dah ngan Enady.
Aku faham dia kerja. huhuhu.. tapi tapi..
.hurmm, takpelah, biar aku pendam dalam hati je..:)

Please sayang, cariklah kerja yang Sabtu Ahadnya cuti.
Kesian kat anak-anak tu.
 Mama takpe..
 Cet, takpe konon, aku jugak yang terseksa jiwa raga bila terperap je kat umah bila time weekend..

Semalam dia kerja pagi. Sebelum dia pergi kerja, awal-awal dia dah cakap ngan aku..
Ma, petang kang kita g jalan-jalan.
Pegi mana? *merajuk
Kata nak bawak Dani tengok fish..
Yelah, kalau tak jadi jugak hari ni, takyah dah la kuar sampai bila-bila..

Haha, tu diaaa.. cakap je sebenarnya.. Teringat sape ntah post kat fb.
Perempuan ni kalau marah, macam-macam dia cakap, tapi sebenarnya dia langsung tak maksudkan pun..
Haaa, lebih kurang gitulah..

Dah nak dekat kul 5, budak-budak ni tak bangun lagi.
Sampai papa dorang baliklah, dorang tak bangun lagi.
Disebabkan dah tido lama, aku kejut je.
Kecuali si adik, dia dah ek ek masa tu dah bangun.
Siap-siap.. terus chow pegi Taman Wetland.


Sampai-sampai Wetland, baling-baling roti utk ikan makan.
Sekali nan hado ikannya.
Ada tu ada la..
Tapi tak meriahh macam sebelum ni.
Dani la paling excited.
Terjerit-jerit dia tengok ikan tu menggelupur makan.
Zara pun dah pandai dah..
Nampak air tu berkocak, bising mulut dia.
Teruja lah kot..

Gamba family kecik kami...
Dah lamaaaaa jugak tak amik gambar sama-sama..:)


Rambut depan Zara yang semakin panjang.
Sian dia tergar-garu, rimas.
Aku nak potong sayanglah pulak..


Dani yang semakin mengurus. 
Makan banyak tapi tetap kurus.
Lasak kemain!
Oh ye, ada orang tegur aku tadi, dia cakap, hyperaktif ye yang si abang ni..
Hahaha, Dani memang gitu. 
Kalau dapat keluar, teruja habisss.
Semua dia nak explore..
Rumah tinggi, jarang pulak nampak tanah, biasalah tu kan..:)


Pantang betul kalau aku berdirikan dia macam ni.
Asyikla nak melompat..

Habis dah cerita hari minggu kami.. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hujung minggu kami

Macam biasa, hari Ahad lah masa yang terluang untuk bersama.. Macam biasa juga, sarapan adalah di luar..Haha, Atenye, seminggu sekali je pun kan..:) Lepas sarapan kat Desa Pinggiran Putra (jauh aku pegi sarapan kan, rindu ngan nasi lemak daun pisang kat situ), aku ajak Enady bawak Dani pegi tengok fish.. Kat Taman Wetland je.. Ari tu pegi Dani ketiduran, so tak dapat dia tengok fish..


Mengekek Dani ketawa bila tengok fish tu makan roti yang kitorang bawak..dia rasa macam nak picit2 kot..=p


Tak berapa nak nampak fishnya sebab kecik2 dan fish yang warna merah tu takde. Plus ada orang mancing kat tepi tu, ikan merah tu dah lari jauh2 kot..heee..


Tengok muka Dani yang geram tu.. lepas tu kan, boleh tak dia nak masuk tasik tu.. haishh budak ni tak reti takut langsung...dia ingat kolam mandi kot.. takpun dia nak tangkap ikan-ikan tu..:)


Dah habis roti, jalan2 lah kita..tapi matahari dah start nak mencanak, panass, maka pulanglah kita..


View yang cantik, sesuailah nak buat photoshoot kat sini..


Masuk je kereta, dah tido dah budak tecik ni.. penat sangatlah tu. Plus memang time tido dia..:)

Sekian hari minggu kami..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Potluck @ Taman Wetland, Putrajaya


Ok korang, baca version aku pulak ye. Cikpuanmiera kita yang paling pantas sekali menghapdate tau.

Aku dijemput untuk Majlis ni. Ann punye punye majlis. Nurul yang arrange. Thanks for invitation.

Aku memang suka Potluck potluck ni. Sebab aku suka masak. Tapi tak rajin. haha.. cane tu.. Disebabkan ianya Potluck, maka setelah berhari-hari memikirin menu apa yang mahu dibawa. akhirnya aku pilih mihun goreng sebab aku dah lama giler teringin nak makan mihun goreng buatan sendiri. hahaha.. bukan aku sebenarnya tapi suamiku. Dia yang cadangkan masak mihun itu.

Kalau nak ikutkan menu awal, aku bercadang nak bawa puding roti. Tapi Dayu pilih jugak menu yang sama itu. Takpe, aku bagi laluan kat Dayu untuk puding roti itu. ( at last , Dayu tak dpt hadir sebab ada masalah yg tak dapat nak dielakkan.) Aku tengok dalam senarai pembawa makanan, ada orang yang akan bawa mee atau mihun goreng jugak. Tu yang aku masak sikit je. Kalau tau menu tu cancel, sumpah aku masak 2 bungkus mihun ok.. aku masak sebungkus je semalam..:( dan ada yang tak dapat merasa..Nano Nor, nanti ko dtg datang sini lagi, Ana masak lagi k..:)

Jam 10 pagi aku baru gerak ke bus stop Alamanda. Sebab aku pun nak drop adik aku kat situ. Dia nak g jumpa kawan dia kat Shah Alam. Tunggu jugak dalam 15 minit. Sebab dalam fb dorang kate, nak kumpul kat situ. Call Jue tak angkat.. Tu yang aku terus ke Taman Wetland.

Sampai-sampai, tercari-cari jugak aku mana port dorang ni. Jalan-jalan dulu. Maklumla, tak bawak anak kan. So, excited tu kurang sikit. Usha - usha port ngan tasik, sekali ternampak lah Fad mamanye Imaan. Nasib baik pernah jumpa kat Alamanda ari tu kan. Cam la sikit walaupun tak sure. Fad orang pertama sampai. Pastu jumpa pulak ngan Yaya mama Auf. First time jumpa ngan Yaya. Friendly. Lagi-lagi tgk gelagat Auf tu.. kelakar dengar dia cakap bahasa German.:)

Makin lama makin ramai. Aku tak ingat dah sapa-sapa yang datang nombor berapa. Rata-ratanya aku baru first time jumpa.. Ena, Xeaa (camtu ke ejanya?ana taktau link blog. tinggal jejak kat sini ye), Evyn (taktau link blog, tinggal jejak kat sini ye.), Lylie (pun taktau link blog, pls drop your komen kat sini ye), Julia, Yaya, Nano, Nurul, Ann.

Jue, Fad, Miera aku dah pernah jumpa. Si Miera tu lagila..hehe.. satu opis dulu.  Dah jom layan gambar pulak..:) orang lain dah update, aku baru nak update. :)

Bufday on March. Mika Dani dan Aliff. Dani takde, aku yg wakilkan..:(

anak baru..wakakaka.. taklah, ni anak jue, aliff.. lahir 4 hari lpas Dani.

ni memang wajib kan. kalau ada Dayu ni, mesti dia yang paling bising sekali suh posing sana posing sini..:) perasan tak sape yang tak pegang anak..:(

nurul mama raina

jue ibu aliff

Ena n Naurah

Fad n Imaan

Yaya n Auf

Sangat sesuai bagi suami yang kaki pancing cam haku ni.. siap ajak dah, " ma, nanti kita lepak sini ye, papa mancing, mama guling2 la.." mak aihhh, banyakla papa punye guling.. 

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...