Showing posts with label dani2tahun. Show all posts
Showing posts with label dani2tahun. Show all posts

Nenek,Yayang dtg Putrajaya + Dani balik kampung

Masa ni Dani ok lagi, Sebab dia ingat mama ngan papa nak dok kat depan.
Pegi ngeteh ngan Ibu n Kak Yang.
Sebakk kan.. sobs sobs..
  

Lamanya tak tulis blog.
Busy la geng!

Hari Isnin pukul 2 pagi, Ibu n Kakyang sampai Putrajaya.
Dorang dari kampung naik bas pukul 10.30 malam.

Dipendekkan cerita,
hari apa ntah, Dani buat perangai, lalu aku membebel.
Aku cakap ngan dia, mama hantar Dani balik kampung lah nak?
laju je dia angguk..
Lepas tu hari-hari berzikir kat telinga aku, Nak Pong nak pong!(Nak balik kampung)

Aku citer kat Ibu, Ibu cerita kat Ayah.
Ayah ni memang meruntun jiwa sket kalau dengar cucu kesayangan dia ckp nk balik kg.
hahaha, Lalu di utusnya Ibu dan Kak Yang suh amik Dani..
Lagipun KakYang tengah cuti sem.

Tak lama pun Dani kat sana.
2 minggu plus plus la..
Sebab 8 Mac dia ada appointment kat Hospital Putrajaya.

Makanya semalam, berangkatlah Dani ikut Nenek n Yayang balik kampung.
Naik bas. 
Awal-awal ok je.. Dia ingat mama ngan papa nak dok depan,
sekali bas dah nak jalan, laju je salam-salam pastu kitorang turun.
Dani dah jerit2 dah suh duduk. 
Nasib baik tak ramai orang. Takdelah malu sangat. Hihi.

Kitorang dah turun tu, Dani still menangis.
Ya Allah sedihnyaaa...
Air mata aku jatuh jugak..
Ingat nak tahanlah, kang Ibu cakap apa plak kan..:)
Tapi tulah, hati Ibu kan..
Melalak jugak aku,... huhu..
Bukan apa, menangis sebab sebak sangat tgk muka dia..
Ntah lah..

Bas dah jalan tu, Kyang wasap aku Dani dah diam dah.
Tapi dia senyap jek, pandang luar layan perasaan..
Hihi..
sampai kat Puchong, dia ok dah. teruja tgk lampu2..
 Mama pun dah ok..

Huhu, tulah agaknya perasaan Ibu Ayah bila aku amik Dani bawak balik sini kan..
Positif jelah..:)

Diumumkan Dani bercuti 2 minggu.
haiiish, penat lah mama nak layan adik sorang2.
Selalu abang ada kan..
Adik, sila behave yer.
 
 

Countdown to turning 3

 11 hb hari tu genap Dani berumur 2 tahun 11 bulan.
weehoooo, bulan depan dah cecah angka tiga dah umur abang..
Haha, abang cecah dulu. Mama tahun depan baru cecah 3. Owh no!

Nak masuk 3 tahun, makin ligat, makin lasak, makin kuat makan, makin kuat bercakap pot pet potpet..
makin suka buli adik. huwaaa, yg ni mama tak tahan, dah tegur cara berhemah abang taknak dengar,
tegur secara tak berhemah baru abang nak dengar cakap mama.
Sian adik abang tau.. dia kecik lagi. jangan lah buat dia.
Abang ni sayang adik ke tak? Bila org lain dukung adik punyalah marah,
tapi kat rumah abang tolak-tolak je adik tu yer bang..
maaf, mama terpaksa marah abang..

Tapi apa-apa pun mama tau, abang sayang adik kan..
Jangan buat adik lagi tau..
main sama-sama okay..
kalau abang baik, adik baik perangai, mama bawak abang ngan adik jalan2..
:)


 Dalam kereta, abang dok belakang dah. adik amik tahkta dok depan...:)

 U are my hero abang... Selalu teman mama masa mama solat. hahaha, teman kacau masuk dalam telekung. haish ko ni bang..

 Papa balik keje, mau mau mau dia seru kat telinga papa dia.. Nasib papalah kan bang..:D

 Masa pergi lepak umah Jue, Dani n Alif. kejap kawan kejap gaduh..

 Beraksi ala-ala Ultraman. Kuat betul pengaruh Ultraman Tiga.

 Pandai dah tulis ikut garis putus-putus tu. Tapi kadang-kadang ke laut gak..
Takpe, pelan-pelan k..

 Pergi ngeteh ngan papa..

 hahaha, tersengih macam hape ko yer bang... hehe..

Apa plan mama yer untuk korang adik beradik ni..
hurmm...
Zara pun nak cecah setahun dah bulan depan..





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 tahun 10 bulan

Sekejap je dah nak masuk 3 tahun.. Pantasnya masa berlalu.. Bila aku countdown umur dani, automatik sama ngan umur zara sekali. Si adik tu pun dah nak masuk setahun.

Dan aku jugak teringat Mika n Alif. Pun nak masuk 3 tahun dah..

Cyrus 2 tahun 7 bulan. Sama tarikh ngan dani. Beza bulan je.

Yg dekat2 ngan dani, aku ingat ler.. Hehe..

Ok dani, semoga membesar dgn sihat walafiat. Jadi anak yang soleh dan berguna kpada ibu bapa, dan negara...

Mama n papa sayang abang... Muahhhh...

Ragam anak-anak



Alkisah bedak ni memang selalu dah kat blog aku ni kan.. Sebabnya Dani memang suka sangat sangat sangat main bedak. Pantang lepa bedak tu! Aku tak tau lah apa yang dia rasa bila syok tabur-tabur bedak kat atas lantai dan merata-rata.

Kiranya bedak ni dah serasi ngan Dani lah. Klik link kat bawah ni untuk kisah-kisah bedak vs Dani.



Baru-baru ni jadi lagi. Hadoii la abang.. Perkembangan terbaru, dia ajak adik main sekali. Uwaaaa, mama mampu menahan geram ajerlah.. Nak marah, dia bukan tau apa pun.. Tapi mulut aku membebel gak cakap jangan main bedak jangan main bedak.. Dia hangguk-hangguk ajerler..Sampai habis la satu tong bedak tu..

Malam kejadian tu, aku tak bersihkan pun. Ngantuk wey.. Kul 11 kot dorang main bedak tu.. Esok nya balik keje, dah bersih dah. Hahaha, papa dorang la yang bersihkan tu. Aku pulak yang kena bebel sebab tak letak bedak kat tempat yang tinggi. Tengok Dani, mama yang kena marah tau! Sobs!

Tapikan...

Tak dapat main bedak, dia pegi bantai conteng pipi adik dia pulak... Pffffttttt...




Daniiii, ko ni kannnnnn...

Main sama-sama

Draf...

Lama terperam..






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #36






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #35




Yayang with her nephew n niece..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jalan-jalan tengok fish

Cerita weekend ntah bila.. hehe..

Dani kagum gila bila tengok fish. Dia punya teruja tu, taktau lah nk gambarkan mcm mana.. yang pasti buat aku ngan papa dia bahagia... Seronok tengok anak terlompat-lompat sambil menjerit bgitau "amma, appa.. fish fishh.. itannn itann.."

Hahaha, fish pun dia sebut, ikan pun dia sebut... Tang amma appa tu lagi bikin aku ngan enady gelak.. Udah gaya berbangsa India kekdahnya..:)

Pagi Ahad tu, Enady awal-awal kejut aku. Belum Subuh pun lagi..

"Mama, pas Subuh jgn tido..siapkan budak2,  Papa nak bawak g satu tempat ni.."

Hoii, hari Ahad kot kan.. Hurmmm.. Mengenangkan lama dah tak ambik angin hari ahad, bersiaplah aku anak beranak.

Sampai-sampai tempat tu, bukan anak-anak je terujaaaa.. Aku punnnn..

"Wahhh, banyak nye pa ikannn"
"Pa, situ ikan.. eh sini ikan.."
"Banyakknyeeeee.."
"Nak tsunami ke ni pa?"

Hakhakhak. Tetiba...=p









Tempatnya : Presint 1, Area belakang JPM. Tapi tempat tu sunyi sket. Tak de orang. Ade la orang berbasikal je yang nampak.. Tapi sumpah, memang banyak gile ikan... Pegilah terjah..:)

Klik la sini jap wey..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tak jadi nak marah bila....







.....AKU TENGOK MUKA DIA.

kembang kempis menahan marah..
Grrrrr...
Last last aku gelak je dan aku pun main sama bedak yang dah tumpah tu...

Bakal merindui Dani...
Dani nak manja-manja ngan Aki dan Nenek selama sebulan...
Hujung tahun baru balik sini balik..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dari 12.7kg ke 14.3kg


 Semalam aku bawak Dani follow up pasal lung infection dia. So far alhamdulillah.. but ada detect something lak. Tu later nak cerita..

Ni berkenaan dengan tumbesaran dia.

Dulu berat Dani pernah cecah 14kg masa umur dia 1 tahun 8 bulan. Then masa aku cuti bersalinkan Zara, berat dia sikit2 drop sebab dia dah kuat main dan juga taknak makan. Memilih makan sebenarnya.

Last berat dia aku timbang hujung bulan 9 adalah 12.7kg kat Klinik Kesihatan Presint 9 nun. Masa tu bawak Zara ke klinik sebab telinga Zara infection.

Awal bulan 10 aku add on Mealshake dalam susu Dani setiap pagi. Sebab nak bagi Dani berselera makan dan takde la bila bukak baju nampak 'tali gitar'. Bak kata Mekna..=p

Mealshake ni aku campur hanya satu sudu kecil je dalam susu Dani setiap pagi. Dah nak dekat 2 bulan, masih lagi belum habis. Alhamdulillah jugak Dani boleh terima perasa vanilla dlm susu dia..:)

Semalam timbang kat Hospital Putrajaya, berat Dani latest 14.3kg. No more 'tali gitar'..=p

Syukur alhamdulillah.... selera juga makin bertambah. Pantang nampak makanan.. Hahaha.. Papa dia kata, dukung Dani pun dah terasa sakit tangan.

Senyum senyum je doctor pakar kanak-kanak tu semalam bila dia tanya ada bagi anak suppliment ke? aku jawab ada. Mealshake Shaklee.. "ok, teruskan.." dia cakap..



#Lupa pulak nak snap gambar penimbang. Kelam kabut semalam ramai sgt orang.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Main-main ngan adik

Dani ni kadang-kadang dia boleh jadi kawan yang sangat baik ngan adik dia.

Kadang-kadang leh jadi musuh.. Tang jadi musuh ni aku pening sebab aku pun kena bertempik satu rumah utk bgitau kat Dani jangan kacau adik. Cakap slow-slow dah tak de gunanya ye. Tak makan saman..

Marah anak kejap je, bila dia tengok aku senyum lepas marah tu, dia dh tak kacau dah adik dia. Saiko saiko. Mak ko yang pening Dani.. Cabaran!

Aku tinggalkan dorang berdua sebab aku nk masak kat dapur.. Pastu aku dengar riuh suara dorang. Dok main berdua rupanya..

Apalagi, amik kamera la rakam video dorang.. kat hujung entry nanti ada..:)







Seronok layan anak-anak yang tengah membesar. Kadang-kadang marah, kadang2 membahagiakan.. Tengoklah mood mak dorang ni pun sama. Kalau rajin, aku layan lah... Kalau masa tu aku tengah serabut nk masak, kemas rumah, baru balik keje, nak mandi, nak solat.. layan diri lah ye anak-anak.. Dani je yg pandai bawak diri, si adik asyikla nak berkepit. Takleh langsung hilang aku ni dari pandangan mata dia.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2012

Minggu lepas adalah Hari Inovasi 2012 kat Kementerian Kewangan. Aku join sebab ada senam tari tu. Semangat aku siapkan anak2 pagi-pagi buta hari Sabtu tu sebab nak join senam tari tu. Alhamdulillah, masa aku sampai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) tengah lepaskan peserta-peserta Treasure Hunt. Lepas tu baru start Senam Tari.

Aku dapat join 2 lagu pertama.. Besttt.. Kuar peluh2 ko.. Haha, lama dah tak bersenamrobik. Dani pun join. Zara haruslah jugakkan. Zara aku letakkan dalam baby carrier. Sampai tertido-tido dia tengok gelagat orang. Mujur tak mengamuk..

Dani awal-awal dia join.. Lompat sana lompat sini. Sekali dia nampak castle angin (ke apa nama dia ek) tu, terus laju dia berlari ke sana.. tak toleh dah mak dia kat belakang ni. Mujur jugak jalan depan MOF tu dah di blocked dari laluan kenderaan.

Gambar dah berterabur kat bawah ni... Jom layannn.. Tahun depan harus join lagi..:)



Salah satu acara Soopa Doopa..
 

Hahaha, gelak je lebih, lawannya idok pun.. Best..
Teringin nak main, tapi sapa nak pegang si kecik tu..:)
Tahun depan lah..


Macam gaya family day dah..


Ini budak ber'cup-cup' dia belasah aiskrim hari tu. 
Mentang2 ler free, asyik ngulang makan aiskrim je..


kaunter pendaftaran. Register untuk nombor cabutan bertuah..
Tak bertuah pun.. dayan je bertuah, dapat beskal wooo..


Mama & Zara..
budak baik..


Ciksu & Nadhim..


Makan aiskrim lagi..
Mulut comot..


Berpicnic kitorang warga Wang Awam I kat depan lobi..
Bos besar pun ada, mesti dia bangga.."Wahh, anak2 buah aku pun ada turun.."


Rozi, Mama Mia..:)


Dorang ringan, boleh ler duduk.. 
Aku duduk, melendut terus... 
Hahahaha..


Ni lah Castle angin tu..
Dani mula2 dia takut sebab budak2 besar main ganas sangat..
Budak2 besar dah takde, baru dia berani lompat2 kat tengah tu..
Aku teringin.. dulu-dulu takde..
Hahaha..


Dani.. Suka awak yer, mama lepaskan satu hari ni main..
Kalau tak, weekend memang kitorang terperap je kat umah..
Tu yang bila ada program ni, laju je aku join..
Bosannnn..


Dani dah mengantuk...
Hahaha, minum susu tu dia dah nak tertido dah..

 Dani terbaring keletihan..
Zaifah get ready nak lompat tu..


Zara pun dah ngantuk..


Depan lobi..


'Castle Angin'


Budak-budak dah tak ramai, baru aku berani nak letak Zara dalam castle tu..
Sekali dia mengamuk.. hahaha, 
takutt sebab dok terenjut2 abang dia buat..
Ngamuk nak tido pun yer jugak tu..
 


Aku semangat tunggu sampai program habis sebab nak tunggu cabutan bertuah..
Sekali tak bertuah daa..
Insyallah tahun depan kalau ada lagi, bolehla join..:)
Bestt!

Urusetia, buat lagi tau tahun depan!..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...