Tuesday, February 19, 2013

Nenek,Yayang dtg Putrajaya + Dani balik kampung

Masa ni Dani ok lagi, Sebab dia ingat mama ngan papa nak dok kat depan.
Pegi ngeteh ngan Ibu n Kak Yang.
Sebakk kan.. sobs sobs..
  

Lamanya tak tulis blog.
Busy la geng!

Hari Isnin pukul 2 pagi, Ibu n Kakyang sampai Putrajaya.
Dorang dari kampung naik bas pukul 10.30 malam.

Dipendekkan cerita,
hari apa ntah, Dani buat perangai, lalu aku membebel.
Aku cakap ngan dia, mama hantar Dani balik kampung lah nak?
laju je dia angguk..
Lepas tu hari-hari berzikir kat telinga aku, Nak Pong nak pong!(Nak balik kampung)

Aku citer kat Ibu, Ibu cerita kat Ayah.
Ayah ni memang meruntun jiwa sket kalau dengar cucu kesayangan dia ckp nk balik kg.
hahaha, Lalu di utusnya Ibu dan Kak Yang suh amik Dani..
Lagipun KakYang tengah cuti sem.

Tak lama pun Dani kat sana.
2 minggu plus plus la..
Sebab 8 Mac dia ada appointment kat Hospital Putrajaya.

Makanya semalam, berangkatlah Dani ikut Nenek n Yayang balik kampung.
Naik bas. 
Awal-awal ok je.. Dia ingat mama ngan papa nak dok depan,
sekali bas dah nak jalan, laju je salam-salam pastu kitorang turun.
Dani dah jerit2 dah suh duduk. 
Nasib baik tak ramai orang. Takdelah malu sangat. Hihi.

Kitorang dah turun tu, Dani still menangis.
Ya Allah sedihnyaaa...
Air mata aku jatuh jugak..
Ingat nak tahanlah, kang Ibu cakap apa plak kan..:)
Tapi tulah, hati Ibu kan..
Melalak jugak aku,... huhu..
Bukan apa, menangis sebab sebak sangat tgk muka dia..
Ntah lah..

Bas dah jalan tu, Kyang wasap aku Dani dah diam dah.
Tapi dia senyap jek, pandang luar layan perasaan..
Hihi..
sampai kat Puchong, dia ok dah. teruja tgk lampu2..
 Mama pun dah ok..

Huhu, tulah agaknya perasaan Ibu Ayah bila aku amik Dani bawak balik sini kan..
Positif jelah..:)

Diumumkan Dani bercuti 2 minggu.
haiiish, penat lah mama nak layan adik sorang2.
Selalu abang ada kan..
Adik, sila behave yer.
 
 

4 comments:

antalya said...

sayu tgk muka dani nangis dlm bas tu. ishh kalo sy ler, silap aribulan dh tahan bas kot.amek blk ank tu turun dr bas hahahah

DiilaNordin said...

huhu mmg sedey kalo tgk anak nangis...

lovely said...

lovely tengok muka Dani pun sebak gak.
minggu lepas ida tinggal faiz kat opah yer kat KL. KL jer pun..
masuk hari ke dua dia start demam.
masuk hari ke tiga. hari jumaat.. time rehat ida ngan suami terus ambil faiz kat KL bawak blk P.jaya.
kesian la pulak. asyik menangis dlm telepon.. rindu ayah.. rindu ayah..
hemm sabor je lah..
mama dia tak sebut pun.. sentap..

Anonymous said...

2 minggu berpisah dengan anak.kental juga jiwa kamu