Showing posts with label zara8bulan. Show all posts
Showing posts with label zara8bulan. Show all posts

Main sama-sama

Draf...

Lama terperam..






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dah boleh ikat penuh dah

  



Rambut belakang Zara dah panjanggg..
Dah boleh ikat penuh2 dah..:)
Tapi tak selalu aku ikat, kesian, sakit dia.. 
 

Pengalaman pertama Zara naik bas

Lupa nak cerita.. 
 
Pengalaman aku ngan Zara berdua je naik bas balik ke kampung. Putrajaya - Teluk Intan. Transnasional. 

Balik kampung tujuannya nak menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Padey kat Pasir Salak. Pada asalnya taknak balik. Tapi sebab macam tak best plak kan, masa aku ngan adik aku Ijai kawen hari tu, semua adik beradik Padey turun.. So, aku pun balik la. Nekad. Naik bas je. Mujur ada tiket. :)

Papa Zara?

Dia keje. Sekarang memang susah nak cuti. So, terpaksa lah aku berdikari. Takpe, dah biasa sekarang pegi mana2 xde dia.. Asal minta izin sudah kan..:)

Tiket pukul 8.40 malam. Dari awal lagi aku berharap yang Zara akan behave sepanjang dalam bas.. 

Alhamdulillah memang dia baikk je.. Sebab dia tido kan.. Sebab malam kan.. Hehe.. selamat di situ..

Aku dapat seat belakang sekali memandangkan masa papa Zara beli tiket tu memang tiket last. Ambik jelah.. Masa naik bas, aku cakap ngan driver tu, yang aku nak seat tengah2 atau depan sebab aku bawak baby.. Driver tu kata ok lah.. nanti dia adjust.

Masa naik kat Putrajaya Sentral tu, tak ramai, so, aku duduk je mana2. Sampai Puchong baru makin ramai, sampai Pudu naik lagi orang, sampai Duta naik lagi.. Masa kat Duta ni lah, seat yang aku duduk tu, tempat sorang perempuan ni. Chinese. tak tua tak muda. Aku minta la ngan dia tukar seat ngan aku. Lagipun belakang tu sebelah seat aku chinese gak, apa salahnya kan tukar... 

Time aku cakap tu, dia dah buat muka. Terus aku cakap xpelah., bergenang air mata aku. Hangkutlah aku barang-barang aku dengan Zara nya yang tido, ke belakang. Seat belakang tu dahla tinggi. Pastu bila bump, memang terangkat punggung aku ok. Bayangkan aku tgh pegang Zara. Start dari Duta tu memang aku tak tido, peluk je Zara. Takut dia terlepas jatuh ke bawah..Rasa nak bersila kat atas lantai bas tu..

Pengalaman tu..

Tapi aku tak serik pun naik bas bawak baby. Melainkan dorang dah besar2 mcm Dani tu memang aku tak berani. Lama kan dalam bas.. Banyak ragam nanti.

Sampai Teluk Intan, pukul 2 pagi. Ayah ngan Ibu dah tunggu. Dani pun ikut. Masa ni Dani tinggal ngan Aki n nenek. Perasaan nak balik kampung tu lebih sebab nk tgk anak je sebenarnya.. :)

Balik Putrajaya dari Teluk Intan, naik bas juga. Sebab takde cousin aku yang balik hari Isnin. Risau gak sebab naik bas kul 3.45pm. Waktu siang, Zara tak banyak tido. Main je. 

Sangkaan ku meleset. Tak meragam pun.. tido jugak.. Sedap kot kena peluk plus terhenjut2 kan. Dapat seat belakang sekali jugak.. hurmm, kali ni malas nak minta tukar2 ngan orang. Duduk je lah kat seat tu.
 

Apa-apa pun, terima kasih Zara kerana bagi kerjasama yang sangat baik kat mama. Love you sayang..:)



 


abang Dani tinggal lagi masa ni..

Wordless Wednesday #37



Dia yang tutup pintu sendiri, pastu menangis takleh nak keluar..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Budak kuat ngobak!

 

 

  

Ngobak tu menangis dalam bahasa orang Perak.

Manja terlebih budak tecik ni tau! Mana-mana aku pegi nak mengekor je... Menangis-nangis nak ikut aku..

Kadang-kadang hilang sabar jugak, aku pun menangis sama... Cabaran dalam membesarkan anak-anak. Ikut perangai sape? Semestinya perangai aku.. Hahaha.. 

Pernah dulu masa aku kecik-kecik, arwah atuk aku pernah jirus aku ngan air satu baldi akibat aku yang suka menangis tanpa sebab. Hah! Sekarang, mane nak tumpah kuah kalau tak ke nasik kan... Uwaaaaa..

Teringat jugak Ibu cakap, sekali kita bagi susah hati mak bapak, nanti 10 kali pulak anak kita bagi kita susah hati..  Tatuttt.. Ok, nak minta maaf ngan Ibu Ayah sekarang..

Sent via Umobile


@ taska

 



Sent via Umobile 

#zara8bulan

pandai dah senget2 kepala bila buat auucaakk..

zara zara..

kuat menangis jugak.. aku tak boleh gerak seinci pun dr dia..lotih makkk nak oii..

Ratu 'berkemas'

Perkembangan anak-anak nak membesar. Maka, bertabahlah yer mama.. Elok dorang ni adik beradik tau, yang si abang pakej main bedak, si adik suka memunggah.. Mama? senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm je..

Amik ko, senyum lah sangat kan..

Membebel-bebel le mulut aku sambil kemas balik..:)

Mama marah tanda sayang korang tau..

tak tahan betul tgk muka budak 'baik' ni tau.. xjadi nk marah.

yeszaaa, saya suka saya suka. (baca nada meimei upin ipin yer)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bawak ibu pegi main bowling

 Last week, Ibu ngan Ika datang sini sebab 25hb ari tu cousin aku kawen kat Setapak. Ibu datang hari Rabu, tido umah Ijai satu malam, Khamis Ibu g Ikea. Adik aku yg no.3, Anep bawak. Dia cuti. Then malam Khamis tu, Anep hantar Ibu g umah aku. Jumaat rehat2 je kat rumah aku, Aku pegi keje tinggalla Dani ngan Zara Ibu jaga kat umah.

Haha, ayat sesimple2nya aku taip ni.

Hari Jumaat malam, aku bawak Ibu g I-City. Tu nanti. Gambar banyak nak kena select..:)

Hari Sabtu, plan nak bawak Ibu jalan-jalan kat Alamanda. Pegi kedai buku kat Presint 15. Ika carik buku rujukan dia. Then baru masuk Alamanda. Terus pegi Johnny sebab dah lapar gila. Makan-makan.. pastu baru jalan2 mengukur Alamanda tu.. Hehehe..

Ajak Ibu main bowling.. Huhu.. suka Ibu.. Ika pun semangat nak main. Dani tak terkecuali.. Layan je dorang main.. Aku kongsi2 ngan Ika je baling..

Blur pulak gambar Dani main bowling ni.. Bola no.6 tu je.. tak larat dia nk angkat.



Ika, malu-malu kucen je nak baling.. first time katenye..

Ibu, terer gak Ibu membowling. Zaman muda2 dulu pernah main ke bu? hehe

Budak tecik ni tunjuk terer lepas tangan.

Bila aku tinggalkan dia, menangis tak bagi aku jauh ngan dia.
 Rasa tak puas nak bawak Ibu g jalan-jalan. Next next next kita pegi lagi k Ibu.. Kita pegi holiday pulak... :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Zara 8 bulan


Your 8-month-old this week
8 months
MY BABY THIS WEEK
Hello, Nurliyana
Blow your baby a kiss this week and she just might blow one back to you. If she does, encourage her with smiles and applause, and she'll probably offer more airborne kisses. Not only has she developed the physical coordination to make that lovely gesture but also, her emotions are beginning to bloom. That's because she's starting to notice other people's moods. She may even start to cry if she hears another baby crying.

Read more about this week


Your community: Parenting talk this week


Assalamualaikum..

Kalau ikut gambar kat atas tu, Zara belum lagi ada sebatang gigi pun. Takpe lambat, takdelah aku menahan sakit dia menggigit cik B aku. Sekarang dia ketap2 ngan gusi pun fuhh terasa pedihnya.. Pengorbanan namanya tu.. ingat tu zara..:)

So far, setakat dia 8 bulan setengah ni, perkembangan dia growing fast compare to abang dia. Kawan-kawan aku datang umah pun, dorang quite shock gak la tengok zara dah pandai panjat, turun sendiri, merangkak laju, duduk katak, tepuk tangan, berdiri lepas tangan 4-5 saat. Abang dia jauh beza progressnya berbanding ngan Zara.

Bulan 12 ni nak masuk 9 bulan dah. Bulan ni ada appointment timbang berat kat KK presint 11.  19hb nanti rasanya. Kena check balik buku check up.


 #terlambat pulak buat entry Zara 8 bulan ni.. 17hb ni dia 9 bulan.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...