Lupa nak cerita..
Pengalaman aku ngan Zara berdua je naik bas balik ke kampung. Putrajaya - Teluk Intan. Transnasional.
Balik kampung tujuannya nak menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Padey kat Pasir Salak. Pada asalnya taknak balik. Tapi sebab macam tak best plak kan, masa aku ngan adik aku Ijai kawen hari tu, semua adik beradik Padey turun.. So, aku pun balik la. Nekad. Naik bas je. Mujur ada tiket. :)
Papa Zara?
Dia keje. Sekarang memang susah nak cuti. So, terpaksa lah aku berdikari. Takpe, dah biasa sekarang pegi mana2 xde dia.. Asal minta izin sudah kan..:)
Tiket pukul 8.40 malam. Dari awal lagi aku berharap yang Zara akan behave sepanjang dalam bas..
Alhamdulillah memang dia baikk je.. Sebab dia tido kan.. Sebab malam kan.. Hehe.. selamat di situ..
Aku dapat seat belakang sekali memandangkan masa papa Zara beli tiket tu memang tiket last. Ambik jelah.. Masa naik bas, aku cakap ngan driver tu, yang aku nak seat tengah2 atau depan sebab aku bawak baby.. Driver tu kata ok lah.. nanti dia adjust.
Masa naik kat Putrajaya Sentral tu, tak ramai, so, aku duduk je mana2. Sampai Puchong baru makin ramai, sampai Pudu naik lagi orang, sampai Duta naik lagi.. Masa kat Duta ni lah, seat yang aku duduk tu, tempat sorang perempuan ni. Chinese. tak tua tak muda. Aku minta la ngan dia tukar seat ngan aku. Lagipun belakang tu sebelah seat aku chinese gak, apa salahnya kan tukar...
Time aku cakap tu, dia dah buat muka. Terus aku cakap xpelah., bergenang air mata aku. Hangkutlah aku barang-barang aku dengan Zara nya yang tido, ke belakang. Seat belakang tu dahla tinggi. Pastu bila bump, memang terangkat punggung aku ok. Bayangkan aku tgh pegang Zara. Start dari Duta tu memang aku tak tido, peluk je Zara. Takut dia terlepas jatuh ke bawah..Rasa nak bersila kat atas lantai bas tu..
Pengalaman tu..
Tapi aku tak serik pun naik bas bawak baby. Melainkan dorang dah besar2 mcm Dani tu memang aku tak berani. Lama kan dalam bas.. Banyak ragam nanti.
Sampai Teluk Intan, pukul 2 pagi. Ayah ngan Ibu dah tunggu. Dani pun ikut. Masa ni Dani tinggal ngan Aki n nenek. Perasaan nak balik kampung tu lebih sebab nk tgk anak je sebenarnya.. :)
Balik Putrajaya dari Teluk Intan, naik bas juga. Sebab takde cousin aku yang balik hari Isnin. Risau gak sebab naik bas kul 3.45pm. Waktu siang, Zara tak banyak tido. Main je.
Sangkaan ku meleset. Tak meragam pun.. tido jugak.. Sedap kot kena peluk plus terhenjut2 kan. Dapat seat belakang sekali jugak.. hurmm, kali ni malas nak minta tukar2 ngan orang. Duduk je lah kat seat tu.
Apa-apa pun, terima kasih Zara kerana bagi kerjasama yang sangat baik kat mama. Love you sayang..:)
abang Dani tinggal lagi masa ni.. |
1 comment:
sayu baca citer nih. tu sure pompuan cina tu xde ada.xpaham situasi.tak selami kesusahan org travel naik bas bwk ank kecik. owhh so far xpenah lg try naik bas ngan anak2.xberani.pernah terpikir nk wat tp tak ckup kekuatan hahaha
Post a Comment