Showing posts with label first experience. Show all posts
Showing posts with label first experience. Show all posts

Dani First Day Puasa

Alhamdulillah... Dani dah 6 tahun, tahun ni... Bulan Ramadhan pun dah mula. So, its time to nak ajar dia what is puasa...

Maybe kat sekolah dia dah belajar, aku takyah nak terang banyak pasal puasa. Yang Dani tau, takleh makan takleh minum dari pukul 5.45 pagi sampai la kul 7.24 malam. Luckily, papa dia baru je belikan dia jam. Memang tepat pada masanya... 

Excited dia nak bangun sahur. Dani memang dah biasa bangun awal. Aku selalu bangun pukul 4 pagi buat sandwich yang orang order, nanti dia pun ikut bangun temankan aku.. bukak tv atau main lego dia, suh tido xnak pulak dia...Harap kat sekolah tak mengantuklah nak...

First day sahur, takde masalah la nak kejut dia.. dia dengan rela hati mangkit soq.. hidang pulak lauk kegemaran dia, rendang... syokla dia makan..


Nasi sepinggan, susu sebotol.

selesai sahur. Then, memandangkan cuti sekolah lagi, maka dia ikut la aku g ofis. Pagi-pagi kat ofis, aku bagi dia buku kerja bahasa melayu ngan maths aku beli masa kat BBW tahun lepas. Semangat dia buat homework.. sampai habisla 2 buku tu satu hari.

Kul 11 pagi, teman aku g pam susu untuk Iman. Tengah tunggu aku, dia pun tertido... Sampaila kul 3 petang baru dia terbangun... Syok kot tido dalam aircond kan...

Kul 4.30 petang balik umah. Amik Iman dulu kat taska.

Sampai rumah, aku kelentung kelentang masak kat dapur. Dani dah start terasa haus dan lapar... Merengek gak dia nak minum. Aku cakap, sabarla, sikit je lagi.. Aku bukak lappy bagi dia tengok Angry bird The Movie. Dah nak dekat kul 7 malam, aku ajak dia mandi. Aku pun dah siap masak semua.. Iman sangat memberikan kerjasama... Main je dia golek2 kat depan hall tv tu...gud girl Iman.


Ok! Its time!!! Selamat berbuka puasa Dani... :) Dia yang request nak nugget. Papa dia beli, Makyang pun beli yang belum masak tu... Reward la sebab dia berjaya puasa hari pertama..



Ngadap Youtube jap sebelum tertido...

Hari kedua, bangun sahur.... Kat opis ada staff bawak anak dia jugak, son dia main tak hingat dunia.. lari sana sini. Tapi pelik la tak de pulak dia mintak nak minum. Kat rumah dah pukul 6.15 petang, barula merengek2 nak minum. Aku tahanla jap, sambil2 nyusu Iman aku dengar bunyi peti ais bukak tutup.. Hahaha, sah la dia dah buka... sayangnye lahai.. sikit lagi kan...

Tapi takpela, nak buat camne... budak2 xleh nak paksa sangat time umur sekarang ni. Solat tu yang kena paksa... Solat penuh, inshaAllah puasa pun penuh nanti... Kita doakan ok..:)

Hari ketiga hari ni... Dia tak sahur, kesian lak.. pagi2 dah belasah susu satu botol, karipap satu. So dia tak puasa hari ni. Tapi, dia tak nak makan plak ni... dia kata dia puasa.. adehhh, dah salah paham ni bang oi... hihi... Kang balik kang aku explain lagi. La ni, nak g pam susu jap... 

OK bai.




Hari Pertama Sekolah Dani

Tiba dah harinya...12hb Januari 2015. Start sekolah kat Tadika Al-Hidayah... majoriti memang hntar anak bersekolah kan hari Isnin ari tu.

Macam tu jugak Dani... Excited nak hantar dia.. Mama ngan papa amik cuti sehari.. hehe... Dani tadika 5 tahun. So pagi-pagi semangat dia bangun pagi mandi nak g sekolah... Sampai kasut pun pakai dalam rumah haa.. :D



Awal-awal ni uniform tak dapat lagi, so pakai la baju t shirt putih n seluar track suit biru atau hitam. Kasut pun optional, nak pakai boleh, xnak pakai pun boleh... Tapi Dani semangat, aku belikan jugakla kasut sekolah... Standby la kot2 nanti nak pakai masa hari sukan n hari anugerah kan..



Sampai kat sekolah tu, ramai dah parents hantar anak2... Dani masuk n amik tempat... Aku suh dia duk depan sekali... senang ilmu nak masuk.. :)


Dah hantar tu, then cakap kat dia, pesan macam-macam , pastu kitorang keluar la..., boleh dia menangis meleleh-leleh air mata.. adudui abang Dani... Tadi relax je... Maybe dia tengok ada budak2 menangis kan... so berjangki-jangkit dah haaa menangisnya...


Salam cium tangan papa pun ok lagi... tapi dah cebik2 dah...


kitorang keluar... biar jap tengok dia dari jauh.. nampak macam ok, so lepak2 jap jauh sket... Sekali ntah kenape, Enady boleh dia pegi jenguk... Dani apalagiii, meluru la peluk papa dia menangis meleleh2  nak balik.. nak ikut mama balik... Hangenn je aku.. hahaha, dah pesan dah jgn jenguk2.. kang dia nak balik... 


Tu papa dia pujuk tak jalan. Terpaksa la mama yang garang ni g pujuk.. Haihhh lemah betul nak pujuk2 ni... Tapi tak makan pujuk gak si Dani ni.. dok nangeh gak peluk2 aku... Yang si Zara dok usap2 abang dia, pujukla konon nya jangan nangis... hahaha..

Aku tengok parents lain ada dok sekali dalam kelas tu, aku pun dokla jap... Cikgu bagi kertas bergambar suh kaler... Dani lupa pulak nak bawak kaler pencil dia.. Mujur kawan sebelah tak kedekut, dia bagi pinjam.. Aku pun tengokla dia mengaler... dalam kepala ligat pk camne nak kuar ni...sekali dapat idea! Ting!

"Abang, mama lapar la, mama nak g makan jap ngan adik bleh?"

"Haa.. okey! Pegila, kite nak kaler ni.."

Amboi ko abang, halau nampak.. hahaha.. oklah, jom cabutttt...Ciskek abang, klu tau la awak diam kalau dapat kalern kertas tu, satu buku mama bawak g sekolah suh awak kaler.. hahaha..sabo je le..



Aku pun chalo la keluar... Tu dalam gambar tu, budak tu tak nak masuk.. padahal dah 6 tahun ni.. ngamuk2 taknak masuk.. hihi, comel je.. Ayah dia redha je anak taknak masuk.. sampai kitorang balik, dorang lepak duduk kat bangku luar tu...


Parents tunggu anak2 kat luar kelas...


Zara eksyen sket dia.. Hahaha, dia gelakkan abang nanges yer... nanti kite tengok pulak awak mcm mane nanti.. :)

Asyikla dk cakap, abang pegi sekolah, jangan nangis2, nanti mama amik la... hahaha, manisnye bercakap.. sudahnya awak yang nangis nak g sekolah tadi...

Zaman sekarang dah semuanya berteknologi... Cikgu2 whatsapp gambar dorang ni... Surat tawaran pun whatsapp tau sebab posmen lambat anto surat... =D





Cikgu kata dorang happy je lepas tu...


Hari Isnin tu half day sebab sekolah KAFA tak start lagi... Hari Selasa baru start... So singgah opis mama jap setelkan dokumen papa, pastu balikk...


Muka happy... asyikla cakap, "mama, esok kite nak pegi sekolah lagi tau!"

 Gud boy kan abang.. Macam ni lah baru best... :)



First task, mengaler ni haaa... Dani memang suka mewarna... Cikgu puji haa dia mewarna.. siap dapat 2 bintang lagi, Ben10 pulak tu kan... Dani cakap, mama kita nak 5 bintang mcm yang dlm tv tu... 

Hoihhh, nampak nau pengaruh MLM kan... ades...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Pengalaman pertama Zara naik bas

Lupa nak cerita.. 
 
Pengalaman aku ngan Zara berdua je naik bas balik ke kampung. Putrajaya - Teluk Intan. Transnasional. 

Balik kampung tujuannya nak menghadiri majlis perkahwinan sepupuku, Padey kat Pasir Salak. Pada asalnya taknak balik. Tapi sebab macam tak best plak kan, masa aku ngan adik aku Ijai kawen hari tu, semua adik beradik Padey turun.. So, aku pun balik la. Nekad. Naik bas je. Mujur ada tiket. :)

Papa Zara?

Dia keje. Sekarang memang susah nak cuti. So, terpaksa lah aku berdikari. Takpe, dah biasa sekarang pegi mana2 xde dia.. Asal minta izin sudah kan..:)

Tiket pukul 8.40 malam. Dari awal lagi aku berharap yang Zara akan behave sepanjang dalam bas.. 

Alhamdulillah memang dia baikk je.. Sebab dia tido kan.. Sebab malam kan.. Hehe.. selamat di situ..

Aku dapat seat belakang sekali memandangkan masa papa Zara beli tiket tu memang tiket last. Ambik jelah.. Masa naik bas, aku cakap ngan driver tu, yang aku nak seat tengah2 atau depan sebab aku bawak baby.. Driver tu kata ok lah.. nanti dia adjust.

Masa naik kat Putrajaya Sentral tu, tak ramai, so, aku duduk je mana2. Sampai Puchong baru makin ramai, sampai Pudu naik lagi orang, sampai Duta naik lagi.. Masa kat Duta ni lah, seat yang aku duduk tu, tempat sorang perempuan ni. Chinese. tak tua tak muda. Aku minta la ngan dia tukar seat ngan aku. Lagipun belakang tu sebelah seat aku chinese gak, apa salahnya kan tukar... 

Time aku cakap tu, dia dah buat muka. Terus aku cakap xpelah., bergenang air mata aku. Hangkutlah aku barang-barang aku dengan Zara nya yang tido, ke belakang. Seat belakang tu dahla tinggi. Pastu bila bump, memang terangkat punggung aku ok. Bayangkan aku tgh pegang Zara. Start dari Duta tu memang aku tak tido, peluk je Zara. Takut dia terlepas jatuh ke bawah..Rasa nak bersila kat atas lantai bas tu..

Pengalaman tu..

Tapi aku tak serik pun naik bas bawak baby. Melainkan dorang dah besar2 mcm Dani tu memang aku tak berani. Lama kan dalam bas.. Banyak ragam nanti.

Sampai Teluk Intan, pukul 2 pagi. Ayah ngan Ibu dah tunggu. Dani pun ikut. Masa ni Dani tinggal ngan Aki n nenek. Perasaan nak balik kampung tu lebih sebab nk tgk anak je sebenarnya.. :)

Balik Putrajaya dari Teluk Intan, naik bas juga. Sebab takde cousin aku yang balik hari Isnin. Risau gak sebab naik bas kul 3.45pm. Waktu siang, Zara tak banyak tido. Main je. 

Sangkaan ku meleset. Tak meragam pun.. tido jugak.. Sedap kot kena peluk plus terhenjut2 kan. Dapat seat belakang sekali jugak.. hurmm, kali ni malas nak minta tukar2 ngan orang. Duduk je lah kat seat tu.
 

Apa-apa pun, terima kasih Zara kerana bagi kerjasama yang sangat baik kat mama. Love you sayang..:)



 


abang Dani tinggal lagi masa ni..

Apa Dah Jadi Bila Saya Makan Set Breastfeeding


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hai semua...Tau Shaklee?

Ke pernah dengar ke?

Yang tau dan pernah dengar nama Shaklee mesti tau kan kehebatan fungsi dia..

Yang belum pernah dengar dan nak tau.. Meh aku explain sket..

_______________________________

Pengalaman aku sendiri. Takde orang lain. Belum lagi. Aku tengah try satu produk ni kat mak aku.. Insyallah nanti aku share..

Aku dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since aku menyusukan anak pertama lagi. Tapi masa tu aku tak ambil peduli pun. Aku buat tak tau je. Yang aku tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu. Aku menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan aku tak berusaha nak cari solutionnya. Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi aku buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je. Aku tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila aku tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Aku terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang..

Setel macam mana aku kenal Shaklee.

Bila mengandungkan anak kedua, hidayah aku tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari aku telek breastpump spectra 3 aku yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. aku kecewa sangat2 sebab susu aku setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu. Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Aku masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau aku tension + stress kan..

Hari ketiga balik kampung, aku tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, aku makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis. Aku try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot aku bangun menyusukan dia, sampai aku penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..

Tak boleh jadi ni..

Aku google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Aku baca baca dan baca. Dapat gaji terus aku order trial pack Set B (Breastfeeding). Kebanyakan yang aku baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat aku makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM aku start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan. Aku lagi teruja bila susu badan aku jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning.. Aku google google lagi, cari perbezaan kenapa masa aku tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya..

Stok susu masa dalam pantang... xmuat peti ais ibu...:)


Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Aku sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk aku ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung aku dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Aku senyum kembang kempis lah. Waktu tu aku menafikan lagi yang sebab kulit aku jadi bersih tu.. Sebab aku ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai aku naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru ku sedar masa tu. Sebab aku baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni. Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set B ni kelihatan berseri-seri..:)

Buktinya gambar kat atas tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka aku. Gambar bawah masa aku consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri..:)

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay.

Jom sihat!

Note : Set B = Vitalea + Vit C + Vit B Complex + Alfafa (aku tambah Lecithin untuk membakar lemak-lemak dalam badan)


________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...