Saturday, August 4, 2012

Apa Dah Jadi Bila Saya Makan Set Breastfeeding


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hai semua...Tau Shaklee?

Ke pernah dengar ke?

Yang tau dan pernah dengar nama Shaklee mesti tau kan kehebatan fungsi dia..

Yang belum pernah dengar dan nak tau.. Meh aku explain sket..

_______________________________

Pengalaman aku sendiri. Takde orang lain. Belum lagi. Aku tengah try satu produk ni kat mak aku.. Insyallah nanti aku share..

Aku dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since aku menyusukan anak pertama lagi. Tapi masa tu aku tak ambil peduli pun. Aku buat tak tau je. Yang aku tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu. Aku menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan aku tak berusaha nak cari solutionnya. Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi aku buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je. Aku tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila aku tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Aku terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang..

Setel macam mana aku kenal Shaklee.

Bila mengandungkan anak kedua, hidayah aku tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari aku telek breastpump spectra 3 aku yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. aku kecewa sangat2 sebab susu aku setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu. Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Aku masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau aku tension + stress kan..

Hari ketiga balik kampung, aku tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, aku makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis. Aku try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot aku bangun menyusukan dia, sampai aku penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..

Tak boleh jadi ni..

Aku google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Aku baca baca dan baca. Dapat gaji terus aku order trial pack Set B (Breastfeeding). Kebanyakan yang aku baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat aku makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM aku start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan. Aku lagi teruja bila susu badan aku jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning.. Aku google google lagi, cari perbezaan kenapa masa aku tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya..

Stok susu masa dalam pantang... xmuat peti ais ibu...:)


Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Aku sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk aku ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung aku dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Aku senyum kembang kempis lah. Waktu tu aku menafikan lagi yang sebab kulit aku jadi bersih tu.. Sebab aku ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai aku naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru ku sedar masa tu. Sebab aku baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni. Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set B ni kelihatan berseri-seri..:)

Buktinya gambar kat atas tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka aku. Gambar bawah masa aku consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri..:)

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay.

Jom sihat!

Note : Set B = Vitalea + Vit C + Vit B Complex + Alfafa (aku tambah Lecithin untuk membakar lemak-lemak dalam badan)


________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: