Kalau dah ada baju menyusu TRENDY daripada Feedmilk ni, tapi penghasilan susu badan kurang, susu DROP, susu badan sikit boleh ikhtiarkan dengan 1 produk Feedmilk, iaitu #Feedmilkbooster : Habbasyi Oil.
Habbasyi Oil ini adalah 100% makanan sunnah dan dah bantu ramai ibu yang ada masalah susu sikit menjadi susu PEKAT, BANYAK dan BERKHASIAT.
100% original daripada minyak Habbatus Sawda.! makanan sunnah yang boleh diamalkan oleh semua orang.
Whatsapp " Milkbooster Feedmilk" ke 017 674 4960 sebab ade PROMOSI terbaik sekarang! insyaALLAH.
As usually, setiap hari pukul 11.15 pagi, aku mesti turun ke taska untuk susukan puteri manja aku ni. Sebulan lebih je lagi genap 2 tahun aku susukan dia. Yipiii! Alhamdulillah...
Semalam, mulut dia becok sungguh cakap "Ma ma ma, atiknye aju adik"
Haha, yelah dik, cantikkk..:) Dia dah feeling princess ok... Baju gaun dia semua kena sorok., kalau tak, habis nak siang malam pakai. Aku pon appreciate lah apa yg dia cakap tu pastu aku suh dia posing, Tak tau kenapa dia pusing belakang tu.. haha..
Terima kasih cikgu-cikgu yang rajin ikatkan rambut dia..:)
Area taska untuk pamerkan hasil kerja2 kanak-kanak 3 dan 4 tahun..
Dunia penyusuan ibu dan Shaklee memang sinonim kan? Begitu gahnya nama Shaklee dalam dunia susu ibu. Sekarang ni rata-rata ramai dah yang ada kesedaran yang susu ibu tu penting untuk tumbesaran bayi mereka. Termasuk gak aku. Anak pertama ada peluang. Tapi ilmu ku sikit sangat. Sampai Dani 7 bulan je aku sempat bagi dia susu ibu. Ni entry last aku citer pasal breastfeed Dani.
Lepas tu terus susu aku merudum sebab Dani konfius nipple. Mase tu down teruk. Langsung aku takde fikir inisiatif lain untuk upkan lagi pengeluaran susuku. Breast pump Spectra 3 tu baru beli tak sampai sebulan, tersadai begitu sahaja.
But.. dapat tau je aku pregnantkan Zara, memang tekad habis-habisan aku nak sangat breastfeed Zara. Alhamdulillah, doaku diperkenankan. Syukur alhamdulillah..
Sampai sekarang Zara dah setahun sebulan 20 hari masih lagi aku dapat susukan dia. Terima kasih Ya Allah!
Supplemen?
Of kos ade.
Masa pantang lagi on set Shaklee. Best giler dapat kumpul stok banyakkkk sangat. Enady balik je aku suh dia bawak balik stok susu ibu. Fridge penuh. Hampir-hampir nak beli deep freezer. Memandangkan demand Zara tinggi masa tu, memang cepat habis. dan tak sempat penuh dah kena top up. So takyah la beli deep freezer.
Sekarang aku tak mengepam dah. Sebab direct feeding. Bersyukur jugak taska Zara kat bawah opis aku je. Pagi direct feed dia dulu baru naik keje. Waktu lunch pun sama. Pada masa yang sama, Zara xnak minum pakai botol..
Supplemen Shaklee yang aku amalkan ialah
- Vitalea
- B Complex
- Vit C Chew
- Alfafa
- Oste
- ESP
Ok kawan-kawan, untuk pertanyaan lebih lanjut, boleh contact aku kat sini k..
Saya adalah pengedar sah Shaklee [ ID 894161]. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Konsultasi percuma akan diberikan untuk semua pelanggan saya.
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435 / 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Yang tau dan pernah dengar nama Shaklee mesti tau kan kehebatan fungsi dia..
Yang belum pernah dengar dan nak tau.. Meh aku explain sket..
_______________________________
Pengalaman aku sendiri. Takde orang lain. Belum lagi. Aku tengah try satu produk ni kat mak aku.. Insyallah nanti aku share..
Aku dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since aku menyusukan anak pertama lagi. Tapi masa tu aku tak ambil peduli pun. Aku buat tak tau je. Yang aku tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu. Aku menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan aku tak berusaha nak cari solutionnya. Macam2 cara kan nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi aku buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je. Aku tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila aku tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Aku terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang..
Setel macam mana aku kenal Shaklee.
Bila mengandungkan anak kedua, hidayah aku tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari aku telek breastpump spectra 3 aku yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. aku kecewa sangat2 sebab susu aku setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu. Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Aku masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau aku tension + stress kan..
Hari ketiga balik kampung, aku tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.
Masa berpantang, aku makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis. Aku try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot aku bangun menyusukan dia, sampai aku penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..
Tak boleh jadi ni..
Aku google then terbaca pasal pengalaman2 ibu2 yang consume Shaklee ni. Aku baca baca dan baca. Dapat gaji terus aku order trial pack Set B (Breastfeeding). Kebanyakan yang aku baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat aku makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM aku start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan. Aku lagi teruja bila susu badan aku jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning.. Aku google google lagi, cari perbezaan kenapa masa aku tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya..
Stok susu masa dalam pantang... xmuat peti ais ibu...:)
Tu bab susu..
Ada cerita lain. Pasal kulit muka.
Aku sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk aku ngan anak-anak, lepas salam2 semua, dia tenung aku dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Aku senyum kembang kempis lah. Waktu tu aku menafikan lagi yang sebab kulit aku jadi bersih tu.. Sebab aku ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai aku naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru ku sedar masa tu. Sebab aku baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni. Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set B ni kelihatan berseri-seri..:)
Buktinya gambar kat atas tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka aku. Gambar bawah masa aku consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri..:)
Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay.
Jom sihat!
Note : Set B = Vitalea + Vit C + Vit B Complex + Alfafa (aku tambah Lecithin untuk membakar lemak-lemak dalam badan)
________________________________
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana
(Aku ni murah senyuman, so, tiap kali tulis blog mesti aku nak senyum aku akan tulis ni :) kat penghujung ayat..:) Senyum lagik!..)
Alhamdulillah dah masuk hari ke-enam kita berpuasa. Dan aku alhamdulillah juga masih berpuasa pada hari ke-enam. Takde tuang-tuang lagi.. Harap-harap sampai sebulan lah. Dah lama tak dapat puasa penuh. Dua kali mengandung time puasa, memang aku lembik.
Alhamdulillah lagi Zara masih breastfeed dan susu badan still stay the same. Takde penyusutan. Sebab aku tengok Zara minum lepas tu tertido. Kenyanglah tu. Bila aku pump pun, masih sama. Tapi jadual pump dah larila bila Zara start dok kat taska ari tu. Subuh aku pump. Tandem la sambil Zara menyusu sebelah. Selalu dapat 4-5oz. Pastu pegi kerja dan hantar dia kat taska, susukan dulu bagi dia tido baru aku naik atas kerja. Then sementara nak tunggu 12.30 lunch hour, aku bekalkan susu EBM 3 oz. Pukul 12.30 tengahari turun taska pegi jenguk anak-anak, susukan, main2 dan pukul 2 tidokan dia then naik atas balik. Kalau dia taknak tido, tinggal ajelah sebab dia tak menangis. Nak tunggu pukul 5 petang waktu balik keje, aku tinggal lagi 3 oz stok susu EBM. Balik rumah, lepak2 dan selesaikan apa yang patut, pukul 8 atau pukul 9 malam aku pump lagi. Tandem. Dapatlah 4-5 oz jugak. So total susu EBM yang keluar masuk adalah keluar dr freezer 6 oz, kadang-kadang aku bagi 8 oz, masuk freezer utk bekukan 8-10 oz.
Secara ringkas,
Pump jam 6 pagi = 4-5 oz
Stok EBM pagi = 3 oz
Tengahari = direct feeding
Stok EBM petang = 3 oz
Pump jam 8 malam = 4-5 oz
Jadinya aku guna stok EBM hanya 6 hingga 8 oz. Dan aku topup balik susu EBM tadi 8-10 oz. Masa bulan puasa ni pun sama. Alhamdulillah. Petuanya jangan skip sahur. Dan sahur tu wajib makan nasi. Kalau tanya, tak lapar ke siang2 tu masa baby menyusu? Insyallah setakat ni tak rasa lapar yang kronik lagi. Harap-harap sampai akhir Ramadhanlah susu aku akan maintain macam ni.. Syukur rezeki dari Allah untuk Zara. Terpaksalah lupakan dulu hasrat untuk kurus insyallah selama 2 tahun ni. Anak-anak tu lagi penting..:)
Setel cerita pasal breastfeeding.
Semalam lepas berbuka dan solat Maghrib, lepak-lepak depan tv ngan anak-anak. Dok layan Dejavu tu lah. Terus tengok berita sekali. First tajuk je aku terkedu. Alhamdulillah alhamdulillah. Rezeki nak raya ni.. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih PM. Bonus setengah bulan gaji. Dapatlah anak-anak aku beraya tahun ni. Kalau tak aku ingat baju raya dorang pakai je baju yang ada sebab baju Dani masa kenduri Ijai hari tu still baru lagi. Baju Zara pulak baju gaun ngan baju2 rompers ada yang tak berpakai lagi. Sayang nak pakai so, aku simpan buat baju raya. Lagi pun mood raya aku tahun ni tak berapa nak ada la.. Order kuih raya pun aku order sikit2 je. Sebabnya aku anak beranak je yang akan beraya kat kampung. Papa dorang tak dapat cuti. Cuti raya pertama je. Raya kedua dah kena kerja. Sepatutnya turn tahun ni beraya kat Pahang. Tapi dah jadi macam ni, Enady suh aku ikut adik aku Ijai atau Anep balik kampung nanti. Aku nak drive sendiri dia tak bagi. Risau kang tengah2 drive anak-anak menangis. Tak ke haru.. Tapi bagi aku, aku ok je.., Dorang menangis aku berhentilah kat RnR mana-mana. Last-last dengarlah cakap suami tu. Muktamad aku balik ikut adik2 aku je.. Sedihnya beraya tanpa suami. T_T
Yang seronoknya pulak, tahun pertama Zara beraya. Wahhhh, mesti aku tak menang tangan pagi-pagi raya tu nak kejut dorang mandi sunat hari raya. Mesti meriah dengan jeritan aku, "Daniiiii, bangun mandiiiii. Jom kita pakai baju melayuuu".. Sebut pasal baju melayu, Dani punya baju melayu belum beli lagi. Baju kurung Zara Ibu jahitkan.. Mesti cun lah Zara pakai baju kurung kan... Eh, puasa pun baru 6 hari.. =p
Awal terbangun. Eh! Terbangun. =p Selalu kul 7 lebih baru aku bangun. Hari ke- 34 berpantang. Countdown lagi 10 hari nak habis..:)
Malam tadi tido awal sebab anak dara ni lah. Susah mau tido malam sekarang. Lepas Maghrib je start dah ek ek ek dia. Nak berdukung, dipeluk. Huhu, macam tulah setiap hari sekarang. Aku ajak tido, menyusukan dia, dia takmo. Melalak-lalak taknak menyusu. Tepuk-tepuk pun tak jalan. Aku dukung dia, jalan-jalan ke hulu ke hilir, menari-nari bagai, baru dia tido. Cesss, nak mama ko menari2 baru ko nak tido ye anak.
Bila dah tido, letak dia atas tilam, tup! berjaga pulak mata dia. Bulat! adei dei, Tau pulak rasa kena letak. Terus aku susukan dia. Alhamdulillah dia sambung tido balik. Dengan aku aku sekali tertido.
Tu yang terbangun pukul 5.30 pagi tu. Bangun-bangun rasa breast bengkak sebelah. Keras. Baju start basah dah. Aku mengantuk sangat malam tadi. Tak sedar aku menyusukan Zara sebelah je. Hah! Merasalah bengkak susu sekejap. Bangun terus pam. Dapatla 4oz. Syukur alhamdulillah..:)
********************** Mase aku tulis ni dani tengah menyusu. Papa dia yang pegang.. Giliran enady plak yang jaga n tidokan. Aku dah jaga dani tadi. Jaga anak kena gilir2 maaa… kalau tak ,mau pengsan aku buat sorang semua. Lepas setelkan semua kerja-kerja rumah :
masak, makan, basuh pinggan, masukkan baju kotor dani dlm bakul, isi balik baju dlm beg baju dani tuk esok, basuh botol susu dani, naikkan susu dani yang dah beku ke atas ( peti ais aku fridge nye kat bawah), kuarkan susu yang aku pam kat opis tadi masuk dlm botol susu dani siap-siap, masukkan ice pack dlm fridge kasik beku, pam susu..
ok dah..banyaknye..hehe...dah siap semua tu barula aku ade can nak ngadap lappy ini..fuhhh… Kalau kat opis lak nak tulis memang tak sempat. Banyak keje…keje dah makin menimbun setelah 2 hari aku pegi kursus. Jadiknye aku tulis kat Mic. Word ni n esok (pagi ni) aku pastekan aje kat blog..hehe..ok kan..
Oh ye, cerite yang aku nak share tu takdelah ape sangat… Cuma aku sedih sangat sangat bangatttt.. aku sorang jelah yang sedih kot..hehe..(eh gelak pulak, kate sedih) ok ok..sdih sedihh…
Si kecik aku tu, Dani, dia dah tak nak menyusu badan lagi. Sedih kan. Sape yang belum jadik ibu tu mungkin la rase biasa je bende ni. Tapi bagi aku, mungkin jugak pada ibu-ibu yang lain, rase dah hilang nikmat itu kan… siyes, aku macam tak tentu arah jugak la. Bangun tengah2 malam nk ngepam. Dani kan tak minum through aku punye breast, so, mmg mencurah2 susu aku tu keluar.
Maybe Dani konpius kot antara puting susu botol n aku punye nipple. Jenuh dah aku sua kan breast aku nk nak suh dia isap, tapi nan ado la.. dia akan melalak-lalak, meraung-raung macam kena pukul tu. Dah pujuk jugak..cakap elok-elok n belai rambut dia kan, tak mau jugakkk..adoii la dani… sedih mama macam ni tau.. ngape la tak mo minum ni…
Aku takut susu kering je..adeiii..dan utk pengetahun korang jugak, Dani dah minum susu formula. Sebab susu aku tak cukup utk supply dani punye demand mase aku bekerja. Akhirnya, aku tewas juga… ni sebab preparation mase sebelum bersalin ari tu tak berape sangat.. kalau surf kat internet, aku focus kat pengalaman bersalin je… persediaan utk pam susu mase pantang, aku baca gitu2 je. Asal ado. Hehe. Tu yang aku tak buat stok sangat tu. Kalau ade rezeki, anak kedua nanti aku nekad utk breastfeed sepenuhnya. Mase tu maybe ilmu penuh di dada kan..:)
Dani minum susu formula tak banyak mane. Mase aku kerja aku bekalkan dia susu ibu macam biasa n aku kasik jugak susu formula kat babysitter dani. Standby, takut2 susu tak cukup. Baby boy mmg banyak minum susu. Huissshhh..letih den tau.
Sekarang ni, nak maintain kan susu ibu aku ni supaya tak kering adelah dengan cara kerapkan pam. Dengan tujuan utk kosongkan breast kita tu, n susu baru akan terhasil gituuu..hehe..thanks to Fiza n kak N (geng ibu menyusu) atas advice diorang… diorang yang banyak mmbantu selama ni…
Oklah, dani dah lena, aku pun dah ngantuk. Jadik aku nk stop kat sini dulu. Nak tdo… Gud nite… ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
tau tak SGM tu ape? tak tau meh nak kasik tauu..hehe SGM adalah Support Group Meeting bagi ibu2 yang breastfeeding. Hebat kan.. siap ade kumpulan sokongan lagi.
antara fungsi SGM ni adelah membantu para ibu2 yang sedang menyusui anaknye. bagus tau. kalau sape2 yang kurang bersemangat utk breastfeed anak dia, kumpulan ni lah yg akan datang mmbantu ibu itu.
di samping SGM ni ditubuhkan, ade gak satu lagi organisasi yang ditubuhkan khas utk pelatih2 yang akan mmberikan kaunseling pasal breastfeeding ni. Malaysian Breastfeed Peer Counselor. atau nama singkatannye MBPC. Pihak MBPC akan sentiasa mmbantu mommy di luar sana. MBPC juga turut melatih Peer Counselor (PC) atau bahasa mudah difahami - Pembimbing Rakan Sebaya. alah kalau kat sekolah dulu kan ade Kelab PRS. tapi dr segi lainla kan.. tapi PC ni khusus utk mommy2 yang breastfeed.
kalau ade PC yang baca blog aku ni, sila betulkan ye kalau ade salah..:)
alkisahnye, hari rabu lpas aku dijemput oleh opismate aku utk join SGM ni.. aku ni pun mula2 blur gak SGM ni ape.. pastu mulala rase nk g ke tak ni. tapi perasaan ingin tau tu, aku gagahkan jugakla pegi pada hari jumaat lpas. buat mase rehat tengahri tu. dari kul 12.45pm sampaila kul 2.45 pm..kat Taska Khazanah, MOF. kebetulan Taska mase tu tutup sebab ade budak yang demam chicken pox. tu pun tak cukup mase., sebab banyak betul info2 yang dapat share..
aku ingatkan ramai la. tapi sikit je. adela dalam 9 orang. walaupun sikit tapi seronok. macam2 version yang terkeluar bila bab bab breastfeed ni. kelakar, lucu, sedih, gembira. semua ada. sampai tak cukup masa...geramm..lain kali buat lagi k.. seronok dengar citer orang di samping berkongsi pengalaman sendiri.. :)
PC gak dari bahagian Optometris, Hospital Serdang.
PC from Susuibu.Com
antara mommy2 yang hadir...
taska khazanah, MOF. besar punyeeee..hikhik.. nanti dah setahun lebih, ingat nak anta dani kat sini. ari tu ade apply utk hantr dani kat sini, memandangkan dani masih kecik sangat mase tu, tgu jelah dia dah besar sket nanti..