Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Puasa ke-6 + Breastfeeding + Bonus Raya = Alhamdulillah

Salam Ramadhan ke-6 kawan-kawan..:)

(Aku ni murah senyuman, so, tiap kali tulis blog mesti aku nak senyum aku akan tulis ni :) kat penghujung ayat..:) Senyum lagik!..)

Alhamdulillah dah masuk hari ke-enam kita berpuasa. Dan aku alhamdulillah juga masih berpuasa pada hari ke-enam. Takde tuang-tuang lagi.. Harap-harap sampai sebulan lah. Dah lama tak dapat puasa penuh. Dua kali mengandung time puasa, memang aku lembik.

Alhamdulillah lagi Zara masih breastfeed dan susu badan still stay the same. Takde penyusutan. Sebab aku tengok Zara minum lepas tu tertido. Kenyanglah tu. Bila aku pump pun, masih sama. Tapi jadual pump dah larila bila Zara start dok kat taska ari tu. Subuh aku pump. Tandem la sambil Zara menyusu sebelah. Selalu dapat 4-5oz. Pastu pegi kerja dan hantar dia kat taska, susukan dulu bagi dia tido baru aku naik atas kerja. Then sementara nak tunggu 12.30 lunch hour, aku bekalkan susu EBM 3 oz. Pukul 12.30 tengahari turun taska pegi jenguk anak-anak, susukan, main2 dan pukul 2 tidokan dia then naik atas balik. Kalau dia taknak tido, tinggal ajelah sebab dia tak menangis. Nak tunggu pukul 5 petang waktu balik keje, aku tinggal lagi 3 oz stok susu EBM. Balik rumah, lepak2 dan selesaikan apa yang patut, pukul 8 atau pukul 9 malam aku pump lagi. Tandem. Dapatlah 4-5 oz jugak. So total susu EBM yang keluar masuk adalah keluar dr freezer 6 oz, kadang-kadang aku bagi 8 oz, masuk freezer utk bekukan 8-10 oz.

Secara ringkas,

Pump jam 6 pagi = 4-5 oz
Stok EBM pagi = 3 oz
Tengahari = direct feeding
Stok EBM petang = 3 oz
Pump jam 8 malam = 4-5 oz

Jadinya aku guna stok EBM hanya 6 hingga 8 oz. Dan aku topup balik susu EBM tadi 8-10 oz. Masa bulan puasa ni pun sama. Alhamdulillah. Petuanya jangan skip sahur. Dan sahur tu wajib makan nasi. Kalau tanya, tak lapar ke siang2 tu masa baby menyusu? Insyallah setakat ni tak rasa lapar yang kronik lagi. Harap-harap sampai akhir Ramadhanlah susu aku akan maintain macam ni.. Syukur rezeki dari Allah untuk Zara. Terpaksalah lupakan dulu hasrat untuk kurus insyallah selama 2 tahun ni. Anak-anak tu lagi penting..:)

Setel cerita pasal breastfeeding.

Semalam lepas berbuka dan solat Maghrib, lepak-lepak depan tv ngan anak-anak. Dok layan Dejavu tu lah. Terus tengok berita sekali. First tajuk je aku terkedu. Alhamdulillah alhamdulillah. Rezeki nak raya ni.. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih PM. Bonus setengah bulan gaji. Dapatlah anak-anak aku beraya tahun ni. Kalau tak aku ingat baju raya dorang pakai je baju yang ada sebab baju Dani masa kenduri Ijai hari tu still baru lagi. Baju Zara pulak baju gaun ngan baju2 rompers ada yang tak berpakai lagi. Sayang nak pakai so, aku simpan buat baju raya. Lagi pun mood raya aku tahun ni tak berapa nak ada la.. Order kuih raya pun aku order sikit2 je. Sebabnya aku anak beranak je yang akan beraya kat kampung. Papa dorang tak dapat cuti. Cuti raya pertama je. Raya kedua dah kena kerja. Sepatutnya turn tahun ni beraya kat Pahang. Tapi dah jadi macam ni, Enady suh aku ikut adik aku Ijai atau Anep balik kampung nanti. Aku nak drive sendiri dia tak bagi. Risau kang tengah2 drive anak-anak menangis. Tak ke haru.. Tapi bagi aku, aku ok je.., Dorang menangis aku berhentilah kat RnR mana-mana. Last-last dengarlah cakap suami tu. Muktamad aku balik ikut adik2 aku je.. Sedihnya beraya tanpa suami. T_T 

Yang seronoknya pulak, tahun pertama Zara beraya. Wahhhh, mesti aku tak menang tangan pagi-pagi raya tu nak kejut dorang mandi sunat hari raya. Mesti meriah dengan jeritan aku, "Daniiiii, bangun mandiiiii. Jom kita pakai baju melayuuu".. Sebut pasal baju melayu, Dani punya baju melayu belum beli lagi. Baju kurung Zara Ibu jahitkan.. Mesti cun lah Zara pakai baju kurung kan... Eh, puasa pun baru 6 hari.. =p


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

INTIPATI BAJET 2012




azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.


Peruntukan rancakkan pembangunan

Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid

Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah

Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings

Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah

Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.
Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis

RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera

RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama

Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah

Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian

Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250  dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP

Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN

Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir

Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


Sumber : MalaysiaKini

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gaji Kakitangan Awam Akan Naik 10%?

Bila Tarikh Kenaikan Akan Diumumkan?

Korang ada dengar desas desus pasal ni tak? Kalau gaji naik, alhamdulillah, kalau tak naik, redha sajelah. Aku tetap bekerja sehabis daya yang mungkin. Aku tahu, ramai yang akan mempertikaikan tentang gaji naik ni. Gaji naik tapi kerja tak semenggah. Huhu, hello! Bukan semua ok. Asal kakitangan awam je mesti dah sinonim dengan kerja yang tak seberapa tapi nak gaji banyak.

Tak nak komen banyak-banyak pasal ni. Kang ada yang makan hati..=p Apa komen korang?

Note : ada yang dah tanya bonus ada ke tak kat aku? Jawapannya, aku tak tahu.. Hehe..Rahsia kan rahsia kerajaan.. Doa-doakanlah ada ek..:)

ape dibuat dengan 5rat?

hehehe..
orang tanya, duit bantuan kerajaan sebanyak 5rat tu aku buat ape?

hakhakhak..segan lorh nak jawab..kihkih..

ok ok..aku jawab..

aku beli make up! hihihi..
tapi takdela sampai berhabis 5rat tu.. habih dlm 1rat je..yang lebihnya aku bayarkan yuran sekolah Ika..
dah lama lama lama lama lama gile aku tak membeli belah barang sendiri ni. Make Up exspecially..

a ha!
kat atas tu gambar latest aku dimake upkan oleh tanganku..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

bonus ke bantuan sekolah?

terdetik hati nak cakap sikit pasal bonus ni.

actually bukan bonus tapi bantuan sekolah kepada penjawat-penjawat awam. pada yang bujang dan anak yang masih belum bersekolah, advantage di situ right? termasuklah aku.

bersyukurlah dengan rezeki yang diberi. walaupun hanya RM500. geram dengan orang yang tak reti bersyukur ni. sudah-sudahlah tu mengutuk dan mengata kerajaan. opss, bukan back up kerajaan (hehe, aku kan keje kerajaan, sape lagi nak back up kan), tengoklah keadaan semasa. kerajaan malaysia ni memang tengah survive untuk menaikkan ekonomi negara. ade bisik-bisik cakap kerajaan malaysia dah tak cukup duit nak tampung itu ini. benar atau tak? aku pun tak tau. cuma aku boleh nilai dari sudut pandangan aku la..

kalau nak keje gaji ribu-ribu, bonus berganda-ganda dari sebulan gaji, kejela dengan sektor perbankan. tu memang banyak duit. hidup senang lenang n kaya raya. kalaulah masa tu boleh diputarkan balik, terasa macam nak amik kos banking je mase belajar dulu..tapi tak boleh kan, terima sajalah inilah takdir hidup. kalau rajin makanya anda akan berada di atas dan jangan lupa dengan orang di bawah...

lastly, syukurilah nikmat Tuhan. usaha selagi mampu..

sekian..:)

p/s : jangan ada yang blame aku pulak kang. aku cakap ikut pandangan aku je..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...