Showing posts with label gaji. Show all posts
Showing posts with label gaji. Show all posts

Gaji side income 4 angka





Alhamdulillah syukur Ya Allah....

Buat pertama kalinya, aku merasa bonus 4 angka dari Shaklee. Ganjaran dari usaha penat lelah jatuh bangun selama 11 bulan aku berkecimpung dalam dunia bisnes Shaklee.. Memang banyak melegakan aku. 2 bulan terakhir tu baru aku tersedar matlamat aku, tujuan aku buat bisnes ni. Alhamdulillah, Allah mendengar doa hambaNya.. Terima kasih Ya Allah!

Jangan dilupa bayar zakat, sedekah, reward diri, husband, anak2, ibu bapa, hutang2..

Alhamdulillah..:)

Semoga akan bekerja dengan lebih keras lagi lepas ni.. Chaiyok Ana!



Nak buat duit dengan Shaklee?..:)
Senang je. Ada 

♥ Minat + Suka + Cinta = KESUNGGUHAN ♥

Insyallah, Allah tunjukkan jalan dan perkenankan semua doa hambaNya..:)

Klik sini untuk cara-cara jadi ahli..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Gaji Shaklee




Syukur alhamdulillah, pay day Shaklee semalam dah keluar. Alhamdulillah juga sebab dapat bayar duit taska. Taska tukar pengurusan. Yuran taska naik. Pendaftaran taska semula. Bayaran lain2 like buku latihan, flash card, n lain2 untuk pembelajaran. Semua sekali RM300 untuk dua orang. Monthly RM480.

Mana nak cekau wey tengah2 bulan RM300.

Tapi alhamdulillah. Shaklee melegakan aku. Dah boleh bayar dah kat Penyelia.

Bulan ni no shopping. Hehe. Tapi takpe, at least serabut hutang taska tak yah pikir dah kan. Kena keje kuat sket untuk dapat gaji bulan depan. Sebab bulan depan gaji Shaklee 2 minggu sebelum raya. Boleh buat belanja raya..Yeay!

Bisnes Shaklee ni mudah je sebenarnya..:

~yuran keahlian hanya RM65 + RM10 (postage)

~bonus setiap bulan even kalau hanya beli vitamin untuk makan sendiri.. 

~ tak memerlukan maksimum order.. 

~tak perlu nak simpan stok banyak2.. 

~order vitamin dengan Shaklee hanya melalui call/emel.. kalau ada masa lebih, boleh la beli direct dekat Shaklee..

~kalau nak gie kelas, depan komputer pun boleh, waktu malam2 pun boleh.. maklumlah, kelas untuk business ni 90% melalui online! 

~kalau nak virtual class pun, boleh angkut suami & anak2 sekali.. santai jer kelasnya.. 

~kalau agak2 tak ada masa nak ke pejabat pos, Shaklee sendiri yang tolong poskan vitamin dekat pelanggan..

Copy from adieyza.blogspot.com

Sapa yang dah pernah makan vitamin Shaklee ni, lebih baik jadi ahli terus, sihat dapat duit dapat, kan berganda2 baiknya tu..:)



Saya adalah pengedar sah Shaklee [ ID 894161]. Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Konsultasi percuma akan diberikan untuk semua pelanggan saya.
 
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp |  018-2244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Gaji hari ni + Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013

Hari ni hari gaji bagi kakitangan awam. Fuhhh, berjimat cermat lah bulan ni ye bagi sesapa yang kerja gomen tu. Tapi bagi aku, alhamdulillah, tengah bulan ada duit tepi2 masuk... nak tau? email aku kat anacomey_84@yahoo.com ...:)

Nah aku bagi jadual gaji bagi tahun 2013. Boleh la budget2 sape yg nak kawen, nak tunang, nak holiday..


 sumber : http://syarliey.blogspot.com/2012/11/jadual-pembayaran-gaji-2013.html



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

9 Maklumat Penting Sistem SPBA 2012

Berikut ialah beberapa maklumat penting yang dikongsikan kepada umum dari sumber yang mengatakan bahawa ianya didapati daripada ceramah seorang pengarah di HKL tentang beberapa maklumat penting dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA 2012 :
1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.
2. Bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA.
3. Tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)
4. Kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.
5. Perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.
6. Exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)
7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.
8. Pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima
9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
  1. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
  2. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
  3. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
  4. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58


Sumber :  http://www.decrewz.com/9-maklumat-penting-sistem-spba-2012/#

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gaji bagi SBPA 2012

Ni adalah rumors ye, belum muktamad lagi gajinya..:)

skim SBPA yanga baharu menyaksikan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun. 
berbanding Skim Saraan Malaysia (SSM), penjawat awam yang dilantik selepas 1991 diwajibkan berkhidmat sehingga berusia 58 tahun, tetapi dalam SBPA pula syarat itu dimansuhkan yang mana semua penjawat awam boleh membuat pencen pilihan masing-masing. 
selain menikmati gaji baharu, cara bekerja turut berubah dan perubahan itu selari dengan kehendak semasa sebagai pelaksana dasar kerajaan.-ceupacs


berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

***********************************************************************************************************
N11 
850 930 1010 1090 1170 1250 1330 1410 1490 1570 1650 1730 1810 1890 1970 2050 2130 2210 2290 2370 2450
N17
955 1050 1145 1240 1335 1430 1525 1620 1715 1810 1905 2000 2095 2190 2285 2380 2475 2570 2665 2760 2855
N22 
1920 2035 2150 2265 2380 2495 2610 2725 2840 2955 3070 3185 3300 3415 3530 
N27
1410 1555 1700 1845 1990 2135 2280 2425 2570 2715 2860 3005 3150 3295 3440 3585 3730 3875 4020 4165 
N36
3035 3215 3395 3575 3755 3935 4115 4295 4475 4655 4835 5015 5195 5375 5555

Sumber : http://shares-something.blogspot.com/2011/12/sbpa.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Jadual Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012



Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam untuk Tahun 2012. Jadi anda bolehlah merancang perbelanjaan awal.
BulanTarikhCatatan
Januari 16 Januari 2012IsninTahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari 23 Februari 2012Khamis
Mac 22 Mac 2012Khamis
April 25 April 2012Rabu
Mei 23 Mei 2012RabuPesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun 25 Jun 2012IsninHari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai 25 Julai 2012Rabu
Ogos 13 Ogos 2012IsninHari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September 25 September 2012Selasa
Oktober 22 Oktober 2012IsninHari Raya Haji26 Oktober 2012
November6 November 2012
Selasa
Deepavali13 November 2012
Disember18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas25 Disember 2012
Untuk rujukan, baca Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011 berkenaan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012.


Sumber : http://www.decrewz.com/jadual-tarikh-pembayaran-gaji-kakitangan-awam-tahun-2012/#

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM | SBPA 2012

Pekeliling Gaji SBPA 2012
Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Antara perkongsian maklumat yang diterima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
  • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
  • Premier – RM40,000
  • Jusa C – RM12,000
  • Pengurusan & Profesional – RM6,000
  • Pelaksana – RM3,000
Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Ini dilakukan supaya tiada masalah untuk akses ke laman JPA akibat dari aliran trafik yang masuk ke laman JPA secara serentak.
Berikut adalah senarai pautan Pekeliling SBPA mengikut kementerian :
** Setakat 4/12/2011 : Pautan Pekeliling SBPA tersebut masih belum beroperasi dan akan mula dipaparkan sebaik sahaja mendapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Sumber : http://www.decrewz.com/pekeliling-gaji-sbpa-2012-semak-sbpa-online/#

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

SBPA : Jangan Terlalu Gembira

Post Tan Sri KPPA dalam wall facebook nya tentang kenaikkan gaji penjawat awam bagi skim perlaksana menceriakan segelintir golongan kita. Namun harus diingatkan kegembiraan itu sebenarnya boleh menjadi kedukaan berpanjangan kerana ada udang disebalik mee. Mee bukan mee udang di Kuala Sepetang Taiping, tetapi mee di gerai chokia tepi jalan di ceruk kampung.

Kita perlu mengetahui bahawa kerajaan kini sebenarnya kearah 'downsizing'. Bagi yang pernah mengambil subjek ekonomi mereka amat memahami apa yang dikatakan dengan downsizing dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. 'Exit Policy' yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah satu untuk mengecilkan jumlah penjawat awam. Pada masa ini walau berprestasi rendah namun kita masih lagi boleh menikmati kenaikkan gaji. Ada diantara kita bukan mendapat prestasi yang rendah kerana tidak membuat kerja. Ada juga diantara kita yang berprestasi tinggi bukan kerana kerjanya yang cemerlang. Bukan semua yang menerima anugerah khidmat cemerlang itu benar-benar layak untuk mendapatkannya. Ada ketua jabatan pula mengamalkan sistem kuota. Ada juga ketua jabatan yang mengamalkan sikap pilih kasih. Dan ada juga ketua jabatan yang suka mendengar khabar angin.

Isu yang ingin saya bincangkan adalah sejauh mana ketelusan seorang ketua jabatan yang akan menilai prestasi setiap anggota bawahan beliau. Rumor mengatakan dalam SBPA ini sekiranya kita tidak mencapai markah prestasi diatas 70% maka kerajaan bakal mengemukakan cadangan 'Exit Policy'. Ini bermakna secara lembutnya kerajaan menawarkan kita untuk berhenti berkhidmat dengan kerajaan. Inilah masalah dan kesan yang bakal timbul dikemudian hari.

Kebanyakkan ketua jabatan ini adalah terdiri dari manusia dan bukan dewa, bukan malaikat, bukan syaitan dan bukan juga binatang. Tetapi segelintirnya sebagaimana yang saya tulis diatas. Ketiadaan sikap PROFESIONALISME seseorang ketua jabatan akan menyebabkan kebarangkalian untuk penjawat awam mendapat perkenan 'Exit Policy' begitu tinggi. Ini kerana amat jelas sekali bahawa kuasa memberi markah prestasi berada ditangan mereka. Jika benar seseorang penjawat awam itu berprestasi rendah memang wajarlah ditunjukkan jalan keluar kepada mereka. Tetapi bagi yang teraniaya dimanakah jalan hala tuju untuk mereka ini mengadu?

Rakan-Rakan Pembantu Tadbir Sekalian,

Tony Pua jelas dan amat terang mengatakan apabila pakatan rakyat memerintah mereka bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam. Ini adalah satu keterangan yang jelas. DSN mencadangkan satu sistem baru untuk penjawat awam dengan kenaikkan gaji yang tinggi namun disebaliknya ada 'Exit Policy'. Jika kita melihat kepada isu dan isu tersurat maka sebenarnya tujuan tetap sama kearah mengurangkan bilangan penjawat awam. Man Power untuk melaksanakan hasrat tersebut adalah Ketua Jabatan.

Apabila kita selepas ini selesai menandatangani option SBPA maka secara tidak langsung kita akan begitu gembira menikmati gaji baru yang lebih tinggi. Dalam pada masa yang sama sebelah kaki kita sebenarnya berada diluar perkhidmatan awam. SBPA telah menunjukkan satu jalan keluar yang mudah. Ini lah perkara yang amat saya risaukan terutama kepada penjawat awam yang bukan kaki bodek dan kaki kipas.

Saya amat berharap, sekiranya benar rumor ini pihak kesatuan segera mengambil langkah bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Telah jelas dan amat terang sekali terdapat pihak yang amat berkuasa menentukan markah prestasi seseorang penjawat awam. Pihak yang boleh dibeli akan bertambah dan pihak yang teraniaya juga bakal bertambah. Sekiranya tidak dibendung perkara ini, maka kita akan melihat ramai penjawat awam akan kehilangan periuk nasi.

Sekian.

Sumber : http://akupt.blogspot.com/2011/12/sbpa-jangan-terlalu-gembira.html?spref=fb
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gaji Kakitangan Awam Akan Naik 10%?

Bila Tarikh Kenaikan Akan Diumumkan?

Korang ada dengar desas desus pasal ni tak? Kalau gaji naik, alhamdulillah, kalau tak naik, redha sajelah. Aku tetap bekerja sehabis daya yang mungkin. Aku tahu, ramai yang akan mempertikaikan tentang gaji naik ni. Gaji naik tapi kerja tak semenggah. Huhu, hello! Bukan semua ok. Asal kakitangan awam je mesti dah sinonim dengan kerja yang tak seberapa tapi nak gaji banyak.

Tak nak komen banyak-banyak pasal ni. Kang ada yang makan hati..=p Apa komen korang?

Note : ada yang dah tanya bonus ada ke tak kat aku? Jawapannya, aku tak tahu.. Hehe..Rahsia kan rahsia kerajaan.. Doa-doakanlah ada ek..:)

Jadual gaji kakitangan kerajaan tahun 2011


klik untuk paparan lebih besar..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

e-Penyata Gaji

mulai bulan 10 ni, kakitangan kerajaan tidak perlu lagi tunggu tiap-tiap hari gaji atau sebelum untuk amik payslip..

sekarang dah maju wooo.. hanya di hujung jari sahaja sekarang ni. Klik kat Sini untuk pegi ke pautan Jabatan Akauntan Negara, pastu carik kat belah kiri korang tu e-Penyata Gaji & Laporan then klik.. korang perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan no ic dan no gaji anda.. lpas tu siap la.. tiap-tiap bulan print saja..hehe..

tapi kan, ade keburukan nya jugak sistem e-Penyata Gaji ni. salah satu nye, tak dapat nak print sebab server down. semalam member-member opis nak print, betapa lambatnya nak masuk web Jabatan Akauntan Negara tu. ade sesetengah yang dapat masuk n terus print.

ok korang, bagi yang bekerja kerajaan, selamat print payslip anda..:) Gaji bulan 10, Isnin ni. dan gaji bulan 11 awal ye tuan tuan dan puan puan. 11 haribulan kalau tak silap. sebab nak menyambut deepavali dan hari raya haji kan.. huhu..jenuhla nak tunggu gaji bulan 12 pulak..jadik sebulan lebihla nak tunggu next gaji..beringat-ingatla nak berbelanja tu ek..pesanan untuk diri sendiri jugak ni..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...