Showing posts with label apo2 je.... Show all posts
Showing posts with label apo2 je.... Show all posts

6435, 6437 dan 6438

Angka-angka kat atas tu tersangatlah penting untuk aku.
Sebab apa penting?
Sebab..
6435 : empat digit terakhir nombor telefon aku
6437 : empat digit terakhir nombor telefon husband
6438 : empat digit terakhir nombor ic aku..

nombor telefon aku ngan husband tu memang kitorang beli sama-sama
masa tahun 2005 kalau tak silap.
Zaman cintan cintun yg penuh ranjau.
>_<

Tak perasan yang no. ic tu lebih kurang sama lak ngan 4 digit terakhir no telefon aku.
Sebenarnya nak citer pasal ni..

Aku pegi CIMB nak kuarkan duit kat dalam akaun ASB,
Kan kita kena isi borang kan..
Pastu kat borang tu aku tak perasan yang aku tulis no. ic tu 6435 hujungnya.
Sekali bila sampai turn aku,
pegi kaunter
Selamba je akak tu cakap..
"haiii, dah besar-besar ni pun leh salah no.ic lagi"

Hehe.
Bukan citer lawak pun ni.
Saje je aku tulis.
Takde idea mariii..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tiup sendiri

Before

After

Gigih betul mama ko tiup Dani!
Tiiiiuuuppppp...semput..fuhhh..
Nak ngedate ngan hot mama petang kang..
Kalau jadi..insyallah..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dah semakin maju nampaknya!

 Apa yang maju?
Aha!
Penggunaan Bahasa Melayu dia lah..
Hehehe..
Sedia maklum email2 macam ni sebelum ni mula kan dia guna Bahasa Inggeris.. (tak pernah baca pun, just scroll pastu last sekali dia suh isi nama dan sekian sekian tu lah)
Pastu dah lama-lama dia guna Bahasa Melayu yang di translate pakai google translate tu..(pun tak baca, eh baca sekali imbas je, nampak jugak suh isi maklumat pasal kita)
Kali ni, bila aku terbaca sikit, teruja pulak nak baca habis sebab ayat-ayat dia tersusun betul macam kita belajar bahasa melayu kat sekoah dulu..=p
Pandai korang ye nak menipu...
Email2 ni aku spam je..

Korang nak baca?
Bacalah!
v
v
v

Anda Yang Dihormati...

Sebelum saya meneruskan email ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Puan Nur Marina Muhammad, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (nurmarinamuhammad@yahoo.com) saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

PUAN NUR MARINA BINTI MUHAMMAD.



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Rare!


Perghhh...
Tak sanggup aku nak on kipas ni..
Tak pasai2 jatuh ke bawah kang..
=p 
kreatif sangat ni..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Skyline..

Isteri •» Abang tau x, rokok ni blh wat abang cpt mati?

Suami •» mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan…

Isteri •» hmmmm… berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?

Suami •» sehari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

Isteri •» satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???

Suami •» pandai math lah awak ni… dri tingkatan 2. awatnya?

Isteri •» Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.

Suami •» so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!

Isteri •» memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!

Suami •» Awak isap rokok x yang?

Isteri •» Tak bang…kenape tanye mcm 2?

Suami •» kalau awak x isap rokok mcm abang…mane Skyline awak?

~HeHeHe...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Smart..:)

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

... ... Penumpang pertama berkata...

" Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata...

" Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

Penumpang ketiga muncul...

" Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.

Katanya :

" Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.

Lalu budak tersebut pun berkata...

" Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Terharu depa pon sokong Malaysia jugak


Hikhik, sape la yang edit ni ek? kreatif..:)

Sumber : facebook.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Meh try kira berapa muka manusia ada kat sini


Meh try kira berapa muka manusia ada kat sini. Cara nak kira score korang macam ni: 

Kalau korang jumpa,

0-5 Muka = Idiot

6-7 Muka = Stupid

8-9 Muka = Normal

10-11 Muka = Very Normal

12-13 Muka = Genius


Note : Aku dapat 11..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Quote menarik hari ini..:)

"
"TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU,
dan yg penting Team MALAYSIA ade khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol bakhtiar yg sentiasa berIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh k... Dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!!
Hahaha Tahniah Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia.."


Menarikkan?..Hehe..Copy kat FB..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Ular dan tikus boleh buat theraphy???

Aku adalah penggeli ular. Kalau dibagi duit sejuta pun aku tak kan sanggup buat.. Tengok gambar ni pun aku dah geli geleman..eeeiiiiiiiiiiiiii..Macam manelah dorang leh berani nak buat snake theraphy ni..aaaaaa, geli!


















♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gaya-gaya Rambut

Macam-macam gaya ada...Naik geli pulak bila tgk rambut2 ni diubah gaya macam ni..:)
























♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Macam2 : Dialog Kota Raya



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kolam air panas..(TERBARU)


Macam ini pun adaka? Ayayayaiiii..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kisah suami setia

Pak Johan adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Enot telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Johan yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Johan pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Johan begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Johan menjawab, “Sebenarnya sebelum Enot hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.
Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh…


Sabar ajelah..isk isk isk..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Menyayat Hati

" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas
kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang'
yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula
lancar
tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina
"Pen
merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks
sebagai
hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak
Ropiah
ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak
Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa
menadah
telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak
naya.


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba
hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,
fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina
tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala
itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam.
Dia
risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah
Ina
dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru
ni,
ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika
rumah
Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu
diapa-apakan,
ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak
diapa-apakan.
Dia berdoa sungguh-sungguh.


Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa
itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.
Jika
tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant
shutdown
2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya
yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal
isterinya
itu.


Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di
depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah
rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol
pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik
Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk
lagi
pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi,
dia
pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina,
dia
tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup
muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina.
Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar.

p/s : Heheh..gua pun terkena~


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Ular sawa makan orang!

Pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu kan? Masa tu aku kecik lagi..:)












♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...