Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Shaklee Bagus Sangat Ke?



Ada orang cakap "Apalah yang ko suke sangat ngan Shaklee ni?" atau " Orang2 Shaklee ni hardcore sangat sampai Page konon makanan sunnah yang copy-paste Testimoni Shaklee terpaksa delete post tu" 

Haaa, nak tahu kenapa?

Teruskan membaca....




Bukan tukang sapu, bukan tukang pam minyak atau bukan peniaga tamak sampai sanggup menipu yang membangunkan produk-produk Shaklee ni. Tapi, semuanya dibina oleh pakar2 saintis yang kerja siang malam uji macam-macam benda kat makmal Shaklee US.

Saintis-saintis ni pulak, bukan calang-calang graduate mana-mana university terus keluar produk. Bukan. Tapi Saintis yang dah berpuluh-puluh tahun punya pengalaman dalam industri pemakanan & kesihatan.

Bukan tu saja. Saintis-saintis ni sangat bijak sampai dapat macam-macam anugerah. Siap ada Nobel Prize winner bagai. Paling cikai pun PhD lah. Bukan yang paling bagus PhD tau. Beza tuu..



Dan sebab saintis-saintis Shaklee ni bijak-bijak & power-power, hasil kajian diorg ke atas produk-produk Shaklee di dokumenkan dalam macam-macam journal antarabangsa. Bukan macam jual kicap tu tau, tak payah journal pun orang jual jee…

Jurnal-jurnal ni pulak bukan staff Shaklee je yang syok sendiri, tetapi diiktiraf oleh saintis yang tak kerja dengan Shaklee pun. Jauh sangat berbeza dengan produk-produk nutrisi lain yng berlambak di pasaran sekarang ni. Sebab kebanyakan mereka takde sampai diiktiraf oleh saintis luar syarikat.




Bukti yang produk-produk Shaklee memang betul-betul bagus, ia digunakan untuk kerja, aktiviti & sukan paling extreme. Dan takde langsung atlet-atlet Shaklee ni kantoi ada dadah dalam badan macam kes Lee Chong Wei aritu.

Boleh bandingkan dengan produk lain, takde yang ada rekod sebegini pun POWER.

Kalau Shaklee teruji berkesan untuk orang paling extreme, sudah tentu lah terlebih-lebih berkesan untuk kita rakyat marhaen ni kan?



Sebelum orang malaysia, orang lain dah cuba banyak kali dah nak kutuk-kutuk Shaklee ni tak bagus la ape lah. Namun, akhir sekali diorg sendiri habis idea nak kutuk tang mana lagi dah. Akhirnya, terpaksa setuju yang Shaklee ni memang bagus & jatuh cinta pulak tu.

Setiap hari pun diorg ni pakai.

Tanya pemilik produk-produk yg korg pernah dengar di pasaran, owner dia pakai x produk-produk yang diorg jual tu? kebanyakannya sendiri pun tak berani pakai sebab sendiri pun tahu produk diorg ada paraben, boleh sebabkan kanser, etc. tak percaya, tanya sendiri…

kitorg dah banyak sangat dah kes pengedar produk lain yang kutuk kaw2 pasal Shaklee tapi bila sendiri atau family nak pakai, contact kita nak beli produk.





COMMENT “ookkkeeyyyy!” kalau setuju Shaklee mmg konfem berkesan, selamat & mesra alam

Jangan komen apa-apa kalau bencikan Shaklee...

:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Kaki Terselamat Dari Kena Potong Akibat Kencing Manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.


Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kalenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering mmbuktikan hubungan kalenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kalenjar pankreas pada anjing tersebut mengidap kencing manis.


Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G.Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.


Insulin


Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kalenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.


Tanda-tanda Kencing Manis Adalah Seperti Berikut :


* Sering dahaga dan sering perlu minum air
* Sering ke tandas
* Terasa badan lemah
* Berat badan turun dengan cepat
* Penglihatan makin kabur
* Terasa pening kepala


Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalanni pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.


Golongan Berisiko Tinggi


Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan  risiko lebih tinggi adalah :-

* Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap kencing manis (Ibu bapa, adik beradik)
* Mereka yang berat badan agak tinggi
* Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pankreas
* Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.


Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya pemakanan dan minuman tidak dijaga.




Mengesan Kencing Manis

Kencing manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos di mana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu, ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kada glukos mereka.

Mengelak Kencing Manis

Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired Glucose Tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan pemakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa iaitu :-

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan guka seharusnya diskat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas, catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Penjagaan Berat Badan

Telah dikernali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan Diri Sendiri

Seseorang intu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu, rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih di peringkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan Metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.



Rawatan Kencing Manis




Kira-kira 2.6 juta pesakit diabetis negara ini membelanjakan hampir RM1 bilion setahun untuk kos rawatan pesakit mereka.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman berkata, angka itu merupakan statistik dengan purata minimum RM30 yang dikeluarkan untuk rawatan bulanan seseorang pesakit.
``Pesakit menghabiskan sekurang-kurangnya RM78 juta sebulan untuk rawatan diabetis. Angka ini semakin meningkat pada kadar yang tidak dijangka.
Sumber yang dipetik dari Astro Awani
Mahu makan ubat seumur hidup atau rawatan alternatif yang terbaik yang membantu merawat kencing manis?
Ada pelbagai pilihan , rawatan alternatif yang ditawarkan yang dikatakan boleh merawat kencing manis.
Saya tidak mahu anda terpengaruh dengan iklan-iklan yang tak bertanggungjawab di luar sana seperti:
“Kencing Manis Hilang Dalam Masa 7 Hari” atau “Makan Ubat Ini Kencing Manis Akan Hilang 100%
Belum ada ubat yang boleh hilangkan kencing manis 100%  dan apa yang saya ingin tawarkan adalah vitamin / supplement yang membantu menstabilkan kandungan gula dalam Darah. 
Anda pernah dengar VIVIX?
Vivix Shaklee adalah supplemen yang membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah



Bagaimana VIVIX  dan  Resveratrol Membantu Mengawal Kencing Manis?

 

1. Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin

Antioksidan yang terkandung dalam vivix dapat membaikpulih sel dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel tubuh. Justeru, pengambilan secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis menjadi semakin parah.

2. Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah

Pencernaan karbohidrat akan menghasilkan tenaga gula yang menjana tenaga untuk tubuh manusia. Harus diingat, pengambilan karbohidrat yang tak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus berisiko untuk diabetes. Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee dan dapat menyumbang mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.

3. Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.

Perkara yang sering menghantui pesakit diabetes dan seharusnya waspada kepada yang sihat ialah pesakit diabetes berisiko untuk hilang daya penglihatan dan apabila terluka ianya lambat sembuh dan sehingga satu tahap kaki terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam menjaga dan memperbaik penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.

4. Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.

CEGAH SEBELUM PARAH! BERTINDAK SEBELUM KENA!

Pengalaman wanita ini yang  bergelar pesakit kencing Manis selama 20 tahun

Bismillahirohmanirohim…..saya Hjh Noriah Bt Mat Kasim mula mendapat penyakit kencing manis pd tahun 1996 semasa mengandungkan anak bongsu saya yg kini telah berusia 18 tahun.
Dipendekkan cerita masa itu kandungan gula dalam darah saya sentiasa tidak stabil 16 kadangkala mencecah 20 tangan dah mula merasa kebas2. saya mendapat rawatan dgn klinik kerajaan dan makan ubat glumet dc 500 mg(2 biji pg/mlm), melicron 80 mg (dgn sukatan yang sama) tapi kencing manis saya tetap tidak stabil hinggakan doc mengesyorkan agar saya mengambil insulin…..
Hinggalah pada tahun 2011 menantu saya Adilahmanaf@celikvitamin.com memperkenalkan vivix (shaklee) kepada saya. Sejak tarikh itu kehidupan saya mula berubah, 2 bulan saya makan vivix sudah ada perkembangan positif, tangan tidak lagi kebas2, kandungan gula dalam darah saya kadang2 menurun hingga ke paras 3.5 dan paling tinggi 6.00, bohonglah kalau saya tidak ambil ubat doc, saya masih lagi makan ubat doc tapi dengan glumet dc 2 biji sahaja (pagi dan petang). Kini saya kembali sihat dan cergas untuk menjalani kehidupan di usia emas ini dan saya akan tetap memilih vivix untuk menjamin kesihatan saya secara berterusan…….
Sekian hanya sekelumit sebagai perkongsian cerita…

kredit to sumber asal : CelikVitamin.com


Kaki bernanah , berlubang akibat kencing Manis



Kaki yang bernanah, berlubang akibat kencing manis akhirnya kembali isi baru tumbuh.
Alhamdulillah kaki mereka yang berlubang, bernanah  Akibat Kencing Manis Tak Jadi Dipotong Akhirnya kerana Sirap ini
Sayangkan keluarga kita. jangan biarkan kencing manis meragut kebahagiaan mereka. Mari kita bantu mereka merawat cara alternatif bebas dari ubat
Dapatkan set kencing manis dengan hubungi Ana 018-2244135 atau email ke anacomey_84@yahoo.com
atau anda boleh order terus di SINI >>  SET KENCING MANIS dan saya akan terus pos ke rumah anda.
Jika mahu penghantaran terus ke rumah anda, kami menyediakan penghantaran terus area Putrajaya, Bangi, Shah Alam, Puchong, Serdang, Kajang dan kawasan sekitarnya.






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥



Shaklee Bukan Punca






Gambar-gambar kredit www.infokini.my


Rasa terpanggil nak bagitau satu dunia yang produk Shaklee bukan punca Duta tu dibuang ovarinya...


Beliau, Puan Nur Farina Abdullah pernah menjadi duta produk kesihatan. Beliau juga memakan produk itu. Ini pendedahan beliau akan kesan dan akibat makan makanan tambahan yang tidak dijamin keselamatannya.


SAYA pernah ditawarkan menjadi duta pada satu produk yang saya sendiri tak pernah guna. Sudahnya saya yang ajar penjual jangan menipu. 

Bagi saya cuba dulu untuk 2 3 bulan dan lihat hasilnya. Memang untuk 2 3 bulan pertama saya guna terlihat hasilnya dan saya terima tawaran itu.

Namun masuk bulan ke 4 5 saya sudah mula mendapat maklumat dari sumber yang dipercayai bahawa produk yang saya gunakan itu berbahaya dan hanyalah diambil dari kilang yang dicampur bahan perasa serta glukose menjadi serbuk. 

Saya berhenti menggunakannya dan tarik diri dari jadi duta walau bayaran yang saya terima agak lumayan. Namun bukan wang saya lihat, tetapi kesannya pada pengguna lain. Saya tak sanggup menipu kerana fikir dosa pahala dan juga keberkatan. 

3 minggu lepas tiba-tiba saya sakit dan doktor kata ovari saya rosak hingga terpaksa dibuang. Bila disoal apa yang saya makan? Saya tak boleh nak sebut sebab saya rasa sangat bodoh makan benda bukan-bukan. Walau baru makan tak sampai setahun tapi kesannya sangat dahsyat. 

Tokei terus diam seribu bahasa tanpa ajak bersemuka tahu-tahu sekarang dutanya sudah orang lain yang saya yakin lebih mementingkan duit, glemer tanpa fikir bahaya pada pengguna lain. 

Jika saya boleh berdepan dengan situasi begini, agak-agak tuan puan, lambakan produk yang ada dipasaran menggunakan duta sama ada dari golongan artis atau bukan artis itu benar-benar jujur atau kerana wang semata-mata? 

Sebetulnya inilah pertama kali saya makan produk-produk sebegitu. Selama ini saya lebih suka cara kampung.

Cuma buat pengetahuan semua, Julai 2014 saya sudah pun dibelah perut oleh Prof Doc Hamid Arshat di Pantai Hospital kerana kedudukan rahim saya terbalik yang menyebabkan saya sukar mengandung. makanya rahim saya dibetulkan dan Doctor kata rahim saya tak ada masalah, ovari saya juga tidak ada masalah dan boleh hamil seperti biasa.

Kemudian sekitar Ogos 2014 saya ditawar menjadi duta dan saya terima sekitar Oktober 2014 saya menerimanya setelah saya dapati selepas saya makan produk itu period saya sudah tidak sakit seperti biasa lagi, padahal saya sudah tidak sakit ketika period kerana rahim saya sudah dibetulkan bukan sebab produk itu.

Kemudian sekitar bulan Disember 2014 sahabat suami saya yang sangat pakar dengan perniagaan seperti itu memberitahu suami saya bahawa saya ini menjadi duta pada produk "sampah".

Makanya saya berhenti terus makan produk itu dan saya mula rasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup sebab sebelum itu saya tanya pada tokeinya, dari mana dia hasilkan ramuan tersebut, dia kata dia ada orang RnD-nya kunun2, dia ada perunding dan sebagainya walhal from A to Z dia suruh kilang yang buat, dia hanya cakap mahu perasa apa. packaging dalam hingga kotak luar juga kilang yang uruskan, dia hanya ciptakan jenama apa yang dia mahukan sahaja kemudian buat iklan.

Jadi cuba kita kira, berapa lama saja saya makan produk itu? Tak sampai setahun pun tapi kesannya?

Biarlah saya tak jadi duta, tak glemer dan tak ada duit masuk pun asalkan saya tak dicari di akhirat kelak kerana menjadi duta penipu orang ramai. Allah akan bagi kita rezeki lain walaupun saya dikecam hebat bila menarik diri dari menjadi duta tersebut.

Siap mereka ugut nak saman saya pula kononnya saya burukkan produk mereka, walhal memang produk mereka dah buruk pun.



Namun, di dalam komen-komen beliau ada mengatakan bahawa beliau TIDAK MENGAMBIL SEBARANG SUPLEMEN SEPERTI DINYATAKAN DALAM STATUS BELIAU (Termasuk SHAKLEE), tetapi hanya mengambil kira pendapat doktor yang disampaikan secara rambang.


Shaklee Bukan Punca

Oleh hal yang demikian, sejujurnya dari pihak Shaklee sendiri pernah memaklumkan kepada umum, sekiranya terdapat masalah kesihatan yang disyaki berpunca dari produk Shaklee, laporkan segera kepada syarikat supaya tindakan boleh diambil. Sekiranya dakwaan adalah benar, pihak syarikat juga boleh bertindak menarik balik produk supaya tidak membahayakan orang lain.

GLA Shaklee Penyebab Cyst?

Anda masih ingat kisah Cikgu Mary yang mendakwa GLA punca masalah kesihatan beliau? Pihak Shaklee sendiri telah berurusan terus dengan beliau dan menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi membantu beliau dengan masalah kesihatan tersebut namun tiada bukti mengatakan ianya benar. Tambahan pula Cikgu Mary telah mengamalkan beberapa jenis produk kurus yang lain sebelum kejadian dan turut diambil bersama-sama produk Shaklee.

Selamatkah Saya Ambil Produk Shaklee?

Secara amnya, semua benda di dalam dunia ini kenalah diambil secara seimbang, bukannya berlebih-lebihan.
Kalau makan buah-buahan terlalu banyak, nanti cirit birit.
Terlalu banyak makan makanan laut, nanti kolestrol tinggi.
Terlalu banyak makan protein, berat untuk buah pinggang.
Terlebih minum air masak pun boleh mengakibatkan keracunan air!
Dan banyak lagi yang perlu kita seimbangkan kalau nak disenaraikan satu persatu.



Orang Melayu ni suka je share tanpa baca dulu content artikel... Shaklee mana ada kilang kat Malaysia ni... Semua kilang dorang kat oversea sana...

Lagi satu moralnya, nak try sesuatu produk tu baca dulu apa isi kandungannya, bukan khasiatnya yang banyak janji2 manis je yang kita highlight kan... Sometimes kandungan dia dalam bahasa Inggeriskan.. apa susah... sekarang taip je kat google translate tu... 

Aku dah guna Shaklee untuk breastfeed si Zara dulu, so far alhamdulillah, perkembangan yang sangat positif ...Memang sangat-sangat disyorkan la untuk mommies yang menyusukan baby... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sepotong Doa Untuk Wanita




Doa yg indah hanya pada wanita-wanita yg tersayang di bulan Rejab ini. 

Ya Allah.. wanita yg membaca ini adalah wanita yg solehah, yg cantik, kuat dan sabar..

Sayangilah dia, tolong bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkanlah rezekinya, sihatkan badannya.. 

Jika dia sedang melangkah mudahkan langkahnya dan selamatkan dia.. 

Amiiiinn..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Memasak Pun Ada Adab Tau...




Adab-adab Memasak
Memasak ni sangat penting sahabat2. Tok2 guru pondok kita sangat jaga bab makan sampai tak izinkan anak murid makan di luar sebab takut termakan masakan orang yang tak solat dan tak bersih sebab akan mematikan hati. Dalam kitab pun sebut bab ini
Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk para jemaah yang keluar di jalan Allah Saya nak kongsi adab2 memasak dari mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah menjaga adab masakan pada suami dan anak2
Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami
1. Berwuduk dan solat 2 rakaat 2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10 ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ 3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96
Segala puji bagi Allah yang telah memberi
ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal 4. Doa cuci beras ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ kami makanan yang lebih baik darinya
ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ
5. Doa letak beras dalam periuk ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar 6. Doa letak air dalam beras
7. Doa mengacau sayur ke arah kanan dan ikut arah jarum jam 



ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ
Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71
selain Allah
9. Doa cuci sayur
ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ
10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ
Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak. InsyaAllah
Sila amalkan untuk mendapatkn redha dan berkat dalam keluarga. InsyaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak. 


Tq



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Awas! Makanan Ringan Ini Bahaya!




UTK HEBAHAN UMUM. SILA EDARKAN. Assalamualaikum & salam sejahtera, Maklumat diterima dari rakan2 pemantau di Sepang. Kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang. Pelajar beli makanan ringan berbentuk serbuk yg dijual oleh penjaja di kawasan luar sekolah. Apabila makan makanan ringan tersebut pelajar akan rasa pening,pandangan bergoyang & ada yg demam. Plastik makanan ringan ini banyak dijumpai bersepah dikawasan luar sekolah. Guru dan PIBG sekolah tersebut telah buat laporan polis. Minta pesan kepada anak2 supaya tidak beli makanan ringan ini kerana dikhuatiri mengandungi DADAH atau bahan2 yang boleh mengkhayalkan. Minta pantau kemungkinan juga makanan tersebut tidak mustahil ada dijual disekitar kawasan kita. Contoh makanan ringan tersebut.(sila rujuk foto). Admin NCC. Putra Nilai



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Penyebab Muka Macam Kawah Bulan T_T




Grrrrr!

Jerawat!!

Menyakitkan! Tersentuh je tempat jerawat tu Auchhh!

Nak tau macam mana jerawat boleh keluar kat muka korang tu? :)

Bila dah tau, korang boleh atasinya kan...


1. Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan, iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain drpd itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.


2.Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.


Tekanan fizikal:
1. Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2. Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1. Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2. Buli
3. Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4. Kerja /study yang banyak


3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang,ketam,sotong,kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak spt santan, dairy products spt susu lembu, coklat.


4. Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain


5. Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.


6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.


7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)


8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 


10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.


Sekiranya korang tahu punca jerawat korang, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi. Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja korang tak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah makan Vitamin C 500mg supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut. Untuk merawat masalah jerawat dan resdung, korang digalakkan amalkan Alfafa Complex untuk cuci toksin dan darah kotor. Jangan risau Alfafa Complex tidak menyebabkan toksin keluar melalui kulit sebaliknya toksin akan keluar setiap kali anda buang air besar,air kecil,peluh dan period bg perempuan... :)

Jerawat dulu-dulu...

T_T

Kemudian, aku amalkan Vitamin C Sustained Release 500mg hanya ada di Shaklee, Vitamin B Complex dan Alfafa Complex..

Sangat puas hati bila parut-parut pun was gone forever..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Amik Gambar Pakai Flash. Jaga-Jaga!


Bolehkah elektrik memasuki badan kita melalui flash kamera digital?

Ya 100% ia boleh berlaku.
Kejadian ini berlaku kepada seorang remaja lelaki berusia 21 tahun yang belajar kejuruteraan. Beliau meninggal dunia di hospital Keshwani. Beliau telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan terbakar.
Sebab ?? 
Dia pergi ke Amravati untuk lawatan sambil belajar.beliau sedang menunggu kereta api di stesen kereta api bersama-sama dengan kawan-kawannya. Ramai daripada mereka telah mengambil foto dalam telefon bimbit mereka dan juga kamera digital. Pelajar ini juga cuba untuk mengambil gambar. Remaja lelaki itu tidak boleh mendapatkan gambar yang baik dari tempat dia berdiri. Jadi, untuk mendapatkan gambar lengkap, dia berundur sedikit. Tempat di mana dia berdiri, terdapat wayar elektrik 40,000 volt. Sebaik sahaja dia menekan butang kamera digital, elektrik 40,000 volt memasuki kamera melalui flash kameranya dan kemudian jari dan kemudian seluruh badan remaja itu. Semua ini berlaku dlm beberapa saat dan badannya 50% terbakar.dalam keadaan itu dia telah dibawa ke hospital Keshwani dan kemudian ke Mumbai dengan ambulans. Dia tidak sedarkan diri untuk 1 setengah hari. Oleh kerana badannya 50% terbakar, doktor mempunyai harapan tipis untuknya. Selepas itu dia meninggal dunia.
Ini boleh berlaku kepada sesiapa saja kerana kita semua menggunakan telefon bimbit.
Adakah kita bertanggungjawab?
‪#‎elakkan‬ menggunakan telefon bimbit di stesen minyak.
#elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
‪#‎apabila‬ anda menerima panggilan semasa mengecas telefon bimbit; pertama keluarkan pin pengecas dan kemudian menerima panggilan.
# tidak meletakkan telefon bimbit di atas katil atau perabot kayu ketika mengecas.
‪#‎jangan‬ menggunakan telefon bimbit / kamera digital -flash di stesen keretapi atau mana-mana tempat lain, di mana terdapat wayar elektrik yang ada voltan tinggi.
Ini adalah untuk keselamatan anda.
Selepas membaca, sila berkongsi kerana mesej kecil ini boleh disimpan sebagai rujukan

# Terjumpa artikel ni kat FB. Guna hp kat petrol pump selalu gak aku buat.. huuuu scary... kena beringat lah lepas ni...

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tanda-tanda Anda Penghidap Kencing Manis


KENCING MANIS..!! Ikut bahasa perubatan DIABETES.... Masih ramai yang belum tau kan apa yang menyebabkan berlakunya penyakit nie... Ada yang masih ambil mudah dan tak mau jaga kesihatan... Ada yang cakap.."saya jarang makan makanan manis" kenapa saya nak takut.... haaa mesti ada yang tak tau kan...Diabetes nie bukan berpunca dari makanan yang manis je....ada beberapa lagi penyebab yang dapat mengakibatkan anda dijangkiti Kencing Manis...Meh kita baca lagi....



Siapakah yang mempunyai Risiko Mendapat DIABETES

1. Berumur 35 tahun atau lebih. Semakin berumur semakin tinggi risiko.
2. Mempunyai berat badan berlebihan.
3. Latar belakang keluarga, mempunyai keturunan penghidap Kencing Manis
4. Sejarah Daibetes pada kehamilan terakhir.
5. Tekanan Darah Tinggi.
6. Faktor pemakanan- pengambilan makanan berlemak Tinggi dan kurang pengambilan makanan Berserat
7. Tahap Lemak/ Kolestrol yang tinggi.


Tanda-tanda yang mungkin anda seorang  Pengidap Diabetes.

  • Dahaga yang berlebihan
  • Badan akan cepat terasa Letih
  • Berat Badan Makin menurun secara Mendadak
  • Penglihatan Makin kabur
  • Otot semakin lemah
  • Kulit menjadi Allegik/ Gatal.  

    Tanda-Tanda Lain
  • Mengalami masalah kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang Kerap
  • Rasa Kebas 



Bagi yang mengidap masalah DIABETES ini, pada kebiasaannya anda akan dirujuk kepada yang pakar iaitu  Doktor.. setiap bulan terpaksalah datang ke hospital...kena rujuk doktor... lama-lama mesti ada yang dah xlarat nak ulang ke Hospital kan...

Kalau rasa nak cuba kaedah perubatan yang lain... iaitu dengan bantuan pengambilan Supplement maka korang boleh cuba supplement Shaklee yang boleh bantu menurunkan paras gula dalam darah.



Vivix.




Atau nak set yang mampu milik :






1. B-COMPLEX
 -Dapat menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga sekaligus dapat mengurangkan masalah keletihan


2. ZINC COMPLEX
  - membantu pengeluaran Insulin, mengekalkan fungsi Insulin untuk memperbaiki masalah Diabetes.


3. GLA COMPLEX
- Menghalang komplikasi diabetes . Merendahkan paras gula dalam darah, Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang berlebihan.


Kalau rasa susah la nak ambil banyak-banyak supplement... dan ada juga yang tak suka makan ubat jadi saya sarankan korang cuba VIVIX ... Hanya minum sehari 1 sudu sahaja... sebotol boleh tahan untuk 1 bulan lebih....


Jika anda pengguna kad Kredit atau Debit,




________________________________
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435 / 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...