Showing posts with label blogchallenge. Show all posts
Showing posts with label blogchallenge. Show all posts

Penyebab Muka Macam Kawah Bulan T_T




Grrrrr!

Jerawat!!

Menyakitkan! Tersentuh je tempat jerawat tu Auchhh!

Nak tau macam mana jerawat boleh keluar kat muka korang tu? :)

Bila dah tau, korang boleh atasinya kan...


1. Perubahan hormon

Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan, iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain drpd itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.


2.Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah. Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.


Tekanan fizikal:
1. Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2. Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1. Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2. Buli
3. Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4. Kerja /study yang banyak


3.Pemakanan

Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang, makanan berperisa, seafood (udang,ketam,sotong,kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak spt santan, dairy products spt susu lembu, coklat.


4. Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain


5. Faktor Genetic

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.


6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.


7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)


8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 


10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.


Sekiranya korang tahu punca jerawat korang, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi. Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja korang tak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah makan Vitamin C 500mg supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut. Untuk merawat masalah jerawat dan resdung, korang digalakkan amalkan Alfafa Complex untuk cuci toksin dan darah kotor. Jangan risau Alfafa Complex tidak menyebabkan toksin keluar melalui kulit sebaliknya toksin akan keluar setiap kali anda buang air besar,air kecil,peluh dan period bg perempuan... :)

Jerawat dulu-dulu...

T_T

Kemudian, aku amalkan Vitamin C Sustained Release 500mg hanya ada di Shaklee, Vitamin B Complex dan Alfafa Complex..

Sangat puas hati bila parut-parut pun was gone forever..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cabaran 31 Hari Mencari Cinta





Sape nak join?

Jom kome... :)

Khas untuk para blogger..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Typeless Thursday


Ruam di vontot Dani.. suatu ketika dulu masa Dani dihantar ke rumah babysitter.

Selalunya, (dulu)

Hari Jumaat petang amik dia, tengok-tengok dah naik ruam2 tu.

Sabtu Ahad aku jaga elok-elok kasik sapu bedak berubat semua,

Hari Isnin hantar kat BS, kurangla sikit ruamnya..

Bila Jumaat tiba, ruam itu kembali bermaharalela.

Adoii..Tulah salah satu disadvantage bila hantar kat rumah orang ni. tapi bukan semua ya..

Harap-harap babysitter baru Dani nanti, akan menjaga kebersihan Dani dengan baik. Bukanlah dari segi kebersihan saja. Dari semua aspekla..

## sepatutnya kurangkan menaip, tapi aku dah terlebih taip.. i'm sorryyyy..:)

Day 7 # A photo of you and your best friend

Utk Day 7 ni, bagi aku elaborate sikit ye. Sebab aku suka sangat ngan topic ni.

Kawan baik. Aku ramaiiiii kawan baik. Kawan baik masa sekolah, masa kat u, masa kat kerja. Semua yang baik ngan aku adalah kawan baik aku. Yang betul-betul baik, maksudnya yang tau segala-galanya tentang aku, adala sorang dua. :)

Form 5 tahun 2001 @ SMKDSML 
Ni kawan baik masa sekolah. Hawariah namanya. Dah anak dua dah. Dua-dua perempuan. Yang sulung sebaya Dani. Yang kedua baru lagi bersalin bulan 2 hari tu. Huhu..tak larat aku nak kejo ko we..:) Sejak Form 4, rapat ngan dia. Form 2-3 takde kawan baik. Pegi mana-mana memang berkepitla. Sampai kawan-kawan lain kata, ko kahwin, Awe pun kahwin, ko beranak, Awe pun beranak. Dari sekolah sampaila dah ada anak..Haha.. tapi Awe dah beranak dua. Aku tak dan nak kejar..Ngehngehngeh.. Kecik je Awe ni, tapi semangat kuatt! Love you Hawa.

Beberapa tahun lepas. Tahun 2008 kalau tak silap. Belum kahwin lagi masa ni.

Geng geng lelaki ni pun kawan baik aku jugak. Sama kelas dan sekolah. Setiap tahun akan datang beraya ke rumah aku. Pastu bila nak datang raya mesti request suh aku buat laksa. sedap kot aku buat laksa. Haha..Tapi sejak kahwin, takde dah tradisi macam tu. Dorang pun majoriti dah kahwin jugak. Aku pun lama dah tak buat laksa. Tahun ni korang datang tau. Aku buat laksa. Sebab aku raya Kg. Gajah tahun ni. Yeay!

dr kiri : apeh,p-yan,rehan, azim, aidil, zeri, aku. Time raya ni.

Tak dilupakan, kawan baik aku masa satu tempat kerja kat KFC Teluk Intan, Aziah. Actually, aku ngan Aziah satu kelas daripada Form 2 lagi. Tapi tak berapa rapat. Kawan-kawan macam tu aje. Form 4-5 dia pindah sekolah teknik. Lost contact. Habis sekolah, contact balik. sementara tungggu masuk U, aku ngan dia sama-sama kerja kat KFC Teluk Intan. Semua masalah cerita ngan dia. Seronok kawan ngan dia. Perangai gila-gila. Bila masing-masing masuk U, lost balik. Then, Facebook menemukan kami kembali. Dah jadi Engineer dah dia. Frenship Forever Yah.. Lov u..

Me & Aziah


Kawan masa study kat UiTM Seri Iskandar. Memang sangat best! Aku dapat ramai kawan dari setiap negeri. Masa 3 tahun buat Diploma rasa mahu diputar kembali. Moment yang aku takkan dapat lupakan. Bagaimana payahnya kami strunggle untuk siapkan work, buat assignment, accessment. Macam-macam lagilah. Susah senang bersama. Kalau dia tak siap, orang ni bantu. aku tak siap, diorang tolong. Amik course yang memang banyak keluar duit dan banyak ke luar-luar dari kampus. Masa nilah aku dapat merasa pegi Perlis, Kedah, Pahang, Pulau Pinang. 
Kak Elly, As, aku. Belakang Men & mat stim.


dayah, as, yana, aku, su, merah dan wati. Mase ni bufday Su kot.
Berlari kitorang kejar Su, nak baling tepung kat dia. =p
Aku & Su kat Pangkor

Aku & Yana ( Tokei Shopperlicious) kat Ulu Kenas, K.Kangsar
Geng satu kelas masa hari accessment. Dari kiri :
nana, ina, sue, as, lily, merah, nana ged, kaknancy,
yana(shopperlicious), wati, aku & lita.
Yang ni pun tak dilupakan. Team handball UiTM Perak untuk sukan KARISMA kat Merbok dan second time kat Shah Alam.
Dari kiri : aku, din, akym. Belakang : asri, lutfi, zam, amer, azri
dan amir panjang. :)
Zaman belajar dah berlalu. Tiba pula zaman kerjaya. Bermula pada 2007. Tetiba dah kekeringan idea nak tulis apa. 

Di awal kemunculan. dari kiri : dayan, shida, faizul (skrg husband
bos aku dah..=p), aku, rozi, kak zu dan nor.
aku, dani, miera, cyrus
ana & miera sebelum jadi mak. =p

Mereka datang melawat masa aku melahirkan. Terharu!

Dan sekarang aku ada kawan baru yang sangat baik dan best. Blogger! Terima kasih kawan. :)

Day 6 # A Photo Of A Former Crush


Hahaha..aje gileee aku nak tempek kat sini gambar dia???? Matikla aku. Dahla bakal isteri dia blogger jugak. Link dia? Hehehe.. Biar aku je yang tahu. =p

Apa-apa pun kisah dah lepas. Aku dah ada anak. Ko pun nak kahwin dah. Cinta sejati tuuuu 8 tahun kot bercinta ngan bakal wife dia.

Semoga ko bahagialah selalu...:)

Day 5 # A photo of you making a funny face


 Dani 6 bulan rasanya masa ni. Raya tahun lepas..

Funny tak? =p bagi aku lawak ok.. macam bigbos..huhu

Day 4 # A Photo That Makes Me Happy


Everytime tengok gambar ni, automatik aku akan tersenyummmmm lebarrrr..
Tak tau kenapa..

Korang?

*
*

10 Day Picture Challenge # Day 3

*
A Photo Of Someone You Love

Bukan sorang je yang aku sayang, tapi ramai. Boleh kan..:)

suami dan anak tercinta
Keluarga belah mertua..:)
My beloved family. :)

** Serius, mase nak buat entry ni, harus kene pk banyak2
kali nak letak gambar Enady dan Dani je.
Sebab ramai ahli keluargaku yg baca blog ni. :)

10 Day Picture Challenge # Day 2

**
 Entry baru kat bawah ye. Aku tempek gambar ni untuk sehari ni..:)


A photo of yourself a year ago.

Setahun yang lalu, pada tarikh ni, aku tengah berpantang lagi. :)

Link : http://anaadydani.blogspot.com/2010/04/aku-nk-ajar-dia-dia-bleh-lentok-pulakp.html


With love : Mama Dani

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...