Showing posts with label ayahanda. Show all posts
Showing posts with label ayahanda. Show all posts

Happy Graduation Day Kakyang!

Kakyang grad 25 Oktober 2016 kat UiTM Shah Alam nun. Ibu ngan ayah 24hb dah sampai. Semangat lah kan anak pompuan dorang nak konvo. Last kitorang semua g konvo tahun 2011 kot. Anep punya konvo kat UIA. hah, 5 tahun baru nak merasa konvo2 lagi... Lepas ni yang si bngsu la pulak kot. Taktau berapa tahun lagi, sebab dia baru nak amik SPM haa... ke sempat kakak dia ni selit satu konvo kejap sebelum si bongsu konvo? hikhik...

Petang Isnin tu, xde buat apa, maka jomla kita jalan ke Sogo. Tempat faveret Ibu kalau nak shopping n datang KL/Putrajaya. Dapatla rembat handbag 1, aku rembat kasut 1, ayah, stokin kebun =p, dah suh pilih dah apa2, xpe anep bayo..haha, ayah takmo. Then dinner kat Oldtown depan Sogo tu. 




Esoknya hari Konvo. Ibu ayah n Kakyang awal2 dah gerak ke Shah Alam. kul 7 pagi kot. Aku n Enady lambat sikit. Setelkan anak2 dulu. Hantar ke sekolah n Taska pastu jommm ke Shah Alam kita!

Enady ajak g carik Nasi Lemak Anak Dara tu. tapi frusttt, tutup rupanya hari Selasa tu... Rabu baru ada. padan muka! =p






Hahaha, gambar frust sebab ayah ibu tak sempat nak snap gambar dia kat screen tu sebab cepat sangat. Dah terlepas. kahkahkah.



Sementara Kakyang kat dalam dewan tu, moh la kita bergambar jap...





10 tahun yang lepas. hahahahha, gelak tengok gambar sendiri ni wey... tulus suci je muka...

http://honeysour00.blogspot.my/2008/11/sweet-memory-konvoku.html






Kuar dah budak bertuah ni... Conrats Kokyang!!! Alhamdulillah, belum grad dapat keje yang ok lah untuk dia. Sekarang dia stay ngan aku, adela budak2 ni kawan gaduh kat umah tu... Keje nun jauh sketkat Subang. Single and available. Sape nak masuk line, sila! Eh!.. hahaha... larikk, matikla...


Ayah. Ibu, Aku, Enady, Keloyang, Kelonep... =p
Dulu ayah kot selalu gelarkan kitorang mase kecik... aku kelolong, Ijai Kelojai, Anep Kelonep, Kakyang, Keloyang, Ika, macam xde rasaya... =p


Busy nau nau ramai kawan datang nak raikan sama. Boyfren?
:D


Anep cuti gak rasenye...ke keje ntah...


Balik dari Konvo, terus bawak Ibu n Ayah jalan-jalan kat IOI City Mall. sambil carik tempat nak lunch.


hehehe, kalau dah hobinya suka kumpul kapal terobang, singgah jap usha.... Ibu kata, selagi takde rak kaca nak simpan, xyah la beli, yang ada tu pun mane nak letak... hihi..

Ok last, shopping jap barang dapur sket kat Tesco, pastu balik... Lepas maghrib camtu, Ibu n ayah gerak balik ke Kampung Gajah, Perak.

Thanks Ibu dan Ayah sudi datang sini... Jumpa lagi nanti kenduri Pami ngan Nasiha hujung bulan ni... :)





♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Selamat Menjadi Suami Orang, Akim...

Event ni dah agak lama la, kira-kira 4 bulan yang lepas.. adududu, ampunnn, busy nau nau..=p

Belum terlambat lagi nak wish kat blog ni untuk Akim n isteri : Selamat Pengantin Baru... :)

Bulan 8 majlis dorang ni. Akim ni cousin aku, anak Arwah Mak Alang, kakak ayah. Anak yang paling bongsu sekali dalam family dorang. Alhamdulillah selesai la majlis kahwin semua anak-anak arwah Mak Alang. InshaAllah.. :) 



Tak ingatla nama pengantin pompuan ni.. Maaf ye...



Ibu n ayah of kosla wajib datang kan... Dan acara kenduri kawen ni macam dah jadi tempat kami sedara mara bergathering.. Time ni je lah nak jumpa sedara mara selain daripada Hari Raya...

Majlis ni buat kat Dewan AU2, Keramat. Disebabkan Enady pegi kursus rasanya, Kakyang pun keje so aku drive bertiga je ngan Dani n Zara. 



Zara n Icha, the only anak buah side aku yang ada... Habis pelamin tu dorang konker. Sampai runtuh lah pelamin tu.. kahkahkahkah, budak-budak dok main kat situ, pastu kerusi pengantin tu terjatuh dari tempat dia... Mujurla Zara ngan Icha masa tu dah turun bawah dah...



Tudung pink, Wanchik. ngan anak dia yang baru gak kawen tahun ni, bulan 2 ari tu. Ati n Rino.


Umah parents Fyqa kat Setiawangsa tu je. Dekat. So, ajak sekali. Berjumpa-jumpaan la besan-besan ni.. :)


Anak-anak aku ni tak takut langsung la naik pelamin orang.. tsk! Aku masa kecik2 takde pun cam tu tau... 


Gambar dah tunggang terbalik.. Pengantin berarak masuk ke dewan.


Tengok tu.. Icha n Zara...


Mak sedara, Mak Uda, n Wancu n cousins, Pami, Faridah n NIsa yang datang dari Perak.


Makan beradab ngan pengantin.


Dah makan kat meja biasa. Sekali rupanya tuan rumah jemput semua sedara mara penuhkan meja VVIP kat depan nun.. Apa lagi, kasik makan satu kali lagik la... 


With parents Fyqa.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nak balik Putrajaya dah...

Ni citer last day kampung masa balik cuti Hari Raya ari tu...

Sambung citer http://honeysour00.blogspot.com/2015/08/aidilfitri-2015-di-perak.html :)

Gambar macam dah tunggang terbalik...

Otw nak balik Putrajaya, kitorang singgah jap kat umah Ijai kat Kuarters Hospital Slim River nun. Dari rumah dia boleh nampak la highway tu jem ke tidak. banyak kereta ke tidak...



Kagum tul aku tengok Ijai minat decorate akuarium dia ni... Cantikkk sangat... tenang je tengok ikan-ikan tu dengan pokok-pokok menghijau... Bila tanya Ijai, habis modal dah berapa ni Ijai? 4 angka long... GULP! Telan ailio aku.... Ijai deco dari akuarium tu kosong tau. Dia tanam dulu pokok2 yang kat dasar tu... bagi dia membiak semua.. pastu baru buh kayu tu pulak.. Kayu tu dia siap rebus tau... aduhaiii.. leceh banyak kerja... Tapi yela, orang dah minat kan.. hehe


Macam nak runtuh rumah Ijai ngan jerit pekik bebudak ni.. Hahahaha.. deme kalau dah berjumpa memang riuh.. Dah macam 10 orang anak dah... hahaha....






Candid! Suka tengok gambar ni... Ayah tengah acu pistol kat Zara.. hihi..

Ni masa sebelum gerak balik Putrajaya n singgah umah Ijai. Tak sah kalau tak bergambar.. :)



Zara buat-buat nak mati... kahkahkah...



Free Style. Hahaha. comel jer ayah buat mcm tu... Ni la kuah, kalau tak tumpah ke nasi ke mana lagi kan... hehehe... Zaman ayah ngan Ibu muda2 dulu pun suka bergambar....Opsss, ada orang tak cover perut... kihkih!



Awat masam je cik Zara n Cik Icha...?



Again Us! :)



Ok Peace! :)


Last. Dani ngade2 nak duduk atas kerusi pulak... Kalau tak dia taknak bergambar...

Ok, habis dah cerita raya di Perak... InshaAllah jumpa lagi rumahku syurgaku dalam tema Hari raya di Aidilfitri tahun depan... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dinner with family

Recently, balik kampung. Ayah tak berapa nak sihat. Tak sedap badan kata ibu. 

Then, saja nak bawak ayah makan kat luar... Hirup sup tulang ke  sup ekor ke... Bagi selera makan ayah naik balik... dan bagi badan ayah ok balik...

Pegi makan kat Kampung Gajah je. Malas nak jauh-jauh, kang lapar balik.. haha... Ibu ajak try satu kedai makan baru ni. Selalu memang aku makan kat kedai tomyam kat bawah bukit sebelum jambatan nak ke Pasir Salak nun... Situ memang sedap giler babaslah...

Kedai kali ni kat area-area situ jugak. Tapi sebelum kedai jambatan tu... Nama kedai taktau.. hehe...

Aku ayah ibu dani n zara. Tiba-tiba terserempak ngan mak Uda n kazen2, Nasiha n Nisa... Aku ajak join sekali makan...



Zara favourite dia memang la nasik n sup... Suka Opah Uda dok menyuap dia ya..Banyak plak tu dia makan...



Us! Sorry la kat Nisa, gambar awak takde.. hihi.. sebab NIsa yang amikkan gambar...

Bagi aku, kedai ni xleh lawan la kesedapan kat kedai yang kat jambatan tu... Masin dan kurang sedap. Maafkan kami ya.. First n last la datang sini... :)


Kuching - KLIA - Putrajaya - Kg.Gajah - Putrajaya

Kul 10 malam sampai umah lepas balik dari Kuching tu, Enady amik kat ERL... kemas2 boom tidoooo..

Sebabnya...

Esok paginya nak kena naik bas g amik bebudak ni kat umah Ibu aku.. 7.20 pagi basnye.. hahaha... penat Sarawak tak hilang lagi, dah kena g Perak amik anak-anak. 

Nape tak naik kereta? - ada yang tanya.

Lagilaaaa malas aku nak naik kereta sebab kena driveeeee.. penattt... Enady keje, takmo kacau dia keje, sian dia nanti sebab balik pun nak amik anak-anak je... bukannya cuti lama.. Balik Sabtu, Ahad dah balik dah... Tak puas betul sembang cotcetcotcet ngan Ibu... huhu rindu...  ni yang nak balik kampung cuti 3 bulan ni... hihihi...


Sampai dalam kul 12 tengahari kat Teluk Intan, lepas tu sampai rumah, siap-siap pulak pegi makan kenduri... Ibu cakap Ibu tak masak sebab nak makan kenduri.. hehe... aku dengan xde bawak baju kurungnya gamble je pakai seluar g makan kenduri... Tu pun g lewat-lewat sikit sebab kul 12 - 12.30 tu orang tengah ramai lagi...

Umah member sekolah aku jugak kendurinya ni.. Sama nama ayah... Yang bezanya, Haji Uzir...Tak dapat jumpa kamu wahai Fatimah Nor, aku tengok ko busy ke hulu hilir...aku makan senyap2 banyak2, dah kenyang, balik..hehe.. buruk perangai.


Esoknya hari Ahad... sambil cotcetcotcet ngan Ibu, tiba2 terhidang la lauk tengahari ni... Ikan goreng, gulai ikan pekasam, sayur buncis tumis ngan terubuk masin je.. simpe tapi bila makan ngan ibu n ayah, perghhh pergghhh, teringat2 haaa... paling win tu gulai pekasam... nak masak tak reti.. kang tak sama macam Ibu masak...


Tiket bas kul 3.45 petang. kul 3 dah sampai Teluk Intan. Ayah ajak mengeteh jap kat mamak sebelah Bus Stand tu...



Dah sampai ERL Putrajaya.. Pukul 8 malam. Budak-budak ni apalagi.... Bukak la segala pencak silat yang ada... lantak korang la... Asalkan bukan atas bas... Kat atas bas pun xde buat perangai sangat... cuma dah kat Puchong tu dorang dah resah gelisah tak sampai-sampai... ke depan ke belakang.. sebab banyak seat dah kosong... Tak larat nak marah dah... jegil aje bijik mata...Tapi tak makan saman laaahh adui...

Aku menahan marah dan tangisan dalam dada je.. kahkahkah...

Zara dah perasan aku senyappp diam tu kan, reti pulak dia dok diam sebelah aku... Si abang tu ha... But syukur jugak dah sampaii... berakhir pemakanhatian aku.. kehkehkeh...



Budak lelaki kan... Tak lasak bukan budak lelaki lah... :)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...