Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Jamuan Hari Raya Unit Latihan 2016

Dah habis raya rasanya masa ni... ala 2 3 hari je habisnya... Takpe, yang penting makanannya.. hihi...

Rupanya tahun lepas aku tak blog kan pun jamuan raya Unit Latihan.. huhu.. last jamuan raya 2014 yang ada... http://honeysour00.blogspot.my/2014/09/majlis-aidilfitri-bahagian-latihan.html

Jom jamu mata dengan makanan yang sangat sedap-sedap semuanyaaaa...


Of course la secara pot luck kan... ada kuah durian kak Ila bawak, agar2 n kuih lopez kak ijah bawak, nampak tak Anabella Sandwich di situ...:)


Iffa menyibuk.. hehehe... suka la dia dapat makan banyak2 hari tu...


Sebahagian warga Latihan yang baru... Welcome to Latihan dear... :)


Tengok je dah terliur kan... slurpppppp! memang sedap uolls.... :)






Kahahkah, gambar tak ready pun aku haruk gak letak kat sini....yang bestnya kali ni partition aku dah turun ke aras 3. No more aras 6 macam tahun2 sudah. partition plak sedang elok sebelah makanan... hahaha... memang sesuai lah kan... makan berulang makan berulanggg je...


Sambung, tengahari makan nasi ayam penyet, team KIK Unit Latihan belanja sebab dorang menang besarrrrr masa pertandingan KIK ari tu... RM1800 wooo, RM1500 tempat pertama, RM300 untuk persembahan terbaik.


Staff2 dari Unit lain pun ada datang memeriahkan suasana... :)


tu belakang sofa yang aku duduk tu aku punya tempat... =p


separuh dia. hahaha, macam cover filem lak.


Alololololoooo... muka sape terlebih senyummmm tu...=p


Akhir kata, thanks uolls... semua makanan sedap2. Nanti tak raya pun kita buat lagi ok. saje makan2...

jangan risau. Tukang habiskan makanan ade je kat sebelah ni... hahaha...

Jumpa di Majlis Raya Unit Latihan Tahun 2017. InshaAllah... kalau ada lagi di Unit Latihan. :)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Aidilfitri 2016

Alhamdulillah, merasa juga suasana Aidilfitri buat sekian kalinya... Seronok bila tiba hari raya ni adalah sebab dapat jumpa ibu ayah mak abah, adik beradik, ipar duai, sedara mara... pastu seronok tengok gelagat anak-anak bising pagi2 nak pakai baju baru.. pastu sebab makanan semua sedap2.. hihi...

Tahun ni ikut giliran adalah rumah ibu n ayah. Beraya kat Kampung Gajah.


Pagi-pagi dah siapkan cekmek molek ni dulu... seronok dia pagi-pagi rasa fresh je...


Pastu siapkan 2 beradik ni pulak, kakak n abang. Icha, mama dia siapkan...


Favourite dani n zara la rendang n nasi himpit ni... kita makannn dulu...



Dah makan, kena la tolong mama kat dapur yer.. hihi...

Orang lelaki dah habis sembahyang raya, jadi tradisi sebelum2 ni, amik gambar sebagai kenang kenangan.. jom layan gambar yer.. no caption nak tulis.. hehehe


Anak sulung kennn.. :)






Zara angin tak berapa baik la pagi raya tu... eiii geram aku tau.. dah pakai cantik2 leh pulak moody.. tak ingat pasal apa...





















Gambar family untuk tahun ni.. :)


Zara ni asyiklaaaa merajuk... dalam hati ni membara-bara geramnya... tapi memandangkan malas nak spoilkan mood raya, aku hadam jeeee... hadammm kan dengan hati yang sangat lapang... hahaha, ku tahan-tahan je nak cubit sikit dia tu tau. Geram! hahaha...


Jom pegi beraya, pegi rumah Mak Uda, umah MakWe Seberang je, nak g umah Wancik, Wancik xde kat umah lak petang raya pertama tu. So, balikla ke rumah... Tapi aku ni tak reti dok raya pertama.. so, nak g umah bff masa zaman sekolah dulu, Hawa...


Aku serabai sangat masa ni, tapi beraya jugakla sebab jumpa pun setahun sekali. Untung nasib, kalau tak, bertahun2 baru jumpa... hihi..



Iman dah tukar baju, dia dah rimas pakai baju gaun. Masa ni sedara datang umah... 


Sampai tertido2 Mak Uda n pami... Jemput makan yer... :)

Oh lupa, lauk raya tahun ni mcm biasa la, rendang ayam, daging, nasi himpit, lemang, lontong...Lupa nak amik gambo makanan raya..sobs!


Ichaaaa, napela berkemban tu.. hahaha...


Raya Kedua

Pagi-pagi Ibu ajak beraya, sambung yang semalam. Jom g umah Andakkk kat Bota nun... 





Family Potrait yang kedua. Ok mood Zara dah ok ari ni. Bergambar pun happy je. Nak tau sebab apa, sebab dia dapat pakai baju dress tu. Dress tu kesukaan dia tu...


Balik dari umah andak, kemas-kemas nak balik Pahang pulak... :)


Lalu jalan Batang Kali - Genting. Singgah jap kat Mini Cameron. Tahun lepas dah pegi sekali..

Raya Ketiga


Dah sampai Pahang.. yeayyy... sedap je Iman tido haaa...


Raya ketiga, abah ajak g kenduri kawen kat Jempol Negeri Sembilan... First time sampai Jempol, haruslah excited kat. Lauk kenduri lak sedap2.. fuhhh...



Balik kenduri singgah plak umah abang mak yang aku tak pernah jumpa langsung sejak kahwen. Cik Mukri. kat Felda Lui, Negeri Sembilan. Beraya aka melepaskan lelah jap pastu balik...


Singgah plak kat Temerloh. abah ajak makan, tapi perut kenyang lagi.. so minum air je... Tak pernah mis lagi amik gambar kat sini... trade mark Temerloh. masa Temerloh lepas dilanda banjir pun kitorang bergambar kat sini gak... http://honeysour00.blogspot.my/2015/03/aktiviti-bila-balik-kampung.html

Zara bad mood.. kahkahkah, rasa nak campak dalam sungai tu. ok tipu. =p


Raya Keempat.

Pegi beraya ke rumah Nor, exopismate masa kat MOF dulu.. thanks Nor,,,


Lepas g umah Nor kat Bandar Pusat, g umah Dayu kat Maran.


Thanks Dayu, siap makan tengahari kat umah Dayu, tempoyak Ikan Patin tu... perghhh...sedappp...

Sekian citer di Aidilfitri 2016. InshaAllah jumpa nanti di Aidilfitri 2017.




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...