Showing posts with label zara4tahun. Show all posts
Showing posts with label zara4tahun. Show all posts

Aktiviti Bagi Ikan Makan

Banyak kali dah pergi sini... Memang tempat faveret anak-anak la kalau nak bawak dorang ni aktiviti outdoor. Jejak sisiran Putrajaya namanya... Di samping mengajar anak-anak supaya berkongsi rezeki dengan ikan... :)

Kali ni kita bawak Iman. Iman tak pernah lagi pergi sini...

Jom Iman...



Papa g beli roti 2 bungkus...


Lama tak posing berdua kan papa, kasik can la sikit...=p


Makyang pun ikut, dia lom pernah lagi datang sini gak.. so dia agak teruja. Bukan agak, memang teruja teruja teruja teruja...



Iman senyappp je.. hahaha tak excited langsung budak tecik ni tau... mata dia terkujat je tgk ikan-ikan tu meloncat2 makan. 


Iman dah buat muka boring. Jomla kita jalan-jalan adik oi...


Tempat ni sangat cantik untuk photoshoot tau. Cepat-cepat aku letak Iman kat tengah tu. Eh bukan aku, Kakyang. Aku standby ngan Kamera. Dalam 3 second je kot, pastu Iman menangis mintak dukung.. Hahaha...


Ni pun Kakyang standby letak Iman, aku amik gambar.



Kakak Abang pun nak jugak.. Ok layan....





Habis.




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha... :)

Tahun ni turn raya kat umah Pil (Parents In Law) kat Jengka 17 nun. Cuti sampai Selasa. Rabu Khamis dah start koje. Aku cuti banyak lagi, Enady la yang tak banyak cuti... nak menyampai ke hujung tahun takut ada emergency nak guna cuti...

Gerak kul 9 pagi hari Sabtu. Agak jem jugak nak masuk ke Tol gombak nun... Kul 1 tengahari baru sampai.

Gambar raya nan hado sebab masing2 macam malas nak bersiap... haha, aku siap iron baju dah sebenarnya, tp malas lak nak pakai. baju raya budak2 pun tak bawak, keterlupaan. Enady je la pakai baju melayu sebab nak g solat raya kan...

Sepanjang kat kampung, gambar anak2 je yang banyak aku amik...







Rendang 2 kali masak ye. raya pertama n raya kedua. First time ni selama 7 tahun kawen aku masak rendang kat umah mertua... hikhikhik... sebab dah rasa konfiden sket masak macam ibu masak, so hentam sajalah labu, mujurla lebih kurang je ngan rendang ibu... tahniah ana! hahaha


Budak ni kul 12 tengah malam tak tido lagi.. actually dah tido masa lpas maghrib tu, pastu bangun nak main... nasib la ada movie best malam tu. sambil layan dia main ketuk2, sambil mama tgk movie.



Ikan talapia bela by abah. abah suh amik sebab asyik mati je... siang2 pastu tabur kunyit garam, masuk lam peti beku.


And last gambar dak kecik yang suka sangat la meniti2... risau salah step je benornya.. hehe...

Tu je cerita Aidiladha tahu ni. Balik tengahari Hari Selasa tu. Alhamdulillah tak jem. Kul 3 dah sampai Putrajaya... :)

Jumpa Aidiladha tahun depan, InshaAllah kalau panjang umur...

Aidilfitri 2016

Alhamdulillah, merasa juga suasana Aidilfitri buat sekian kalinya... Seronok bila tiba hari raya ni adalah sebab dapat jumpa ibu ayah mak abah, adik beradik, ipar duai, sedara mara... pastu seronok tengok gelagat anak-anak bising pagi2 nak pakai baju baru.. pastu sebab makanan semua sedap2.. hihi...

Tahun ni ikut giliran adalah rumah ibu n ayah. Beraya kat Kampung Gajah.


Pagi-pagi dah siapkan cekmek molek ni dulu... seronok dia pagi-pagi rasa fresh je...


Pastu siapkan 2 beradik ni pulak, kakak n abang. Icha, mama dia siapkan...


Favourite dani n zara la rendang n nasi himpit ni... kita makannn dulu...



Dah makan, kena la tolong mama kat dapur yer.. hihi...

Orang lelaki dah habis sembahyang raya, jadi tradisi sebelum2 ni, amik gambar sebagai kenang kenangan.. jom layan gambar yer.. no caption nak tulis.. hehehe


Anak sulung kennn.. :)






Zara angin tak berapa baik la pagi raya tu... eiii geram aku tau.. dah pakai cantik2 leh pulak moody.. tak ingat pasal apa...





















Gambar family untuk tahun ni.. :)


Zara ni asyiklaaaa merajuk... dalam hati ni membara-bara geramnya... tapi memandangkan malas nak spoilkan mood raya, aku hadam jeeee... hadammm kan dengan hati yang sangat lapang... hahaha, ku tahan-tahan je nak cubit sikit dia tu tau. Geram! hahaha...


Jom pegi beraya, pegi rumah Mak Uda, umah MakWe Seberang je, nak g umah Wancik, Wancik xde kat umah lak petang raya pertama tu. So, balikla ke rumah... Tapi aku ni tak reti dok raya pertama.. so, nak g umah bff masa zaman sekolah dulu, Hawa...


Aku serabai sangat masa ni, tapi beraya jugakla sebab jumpa pun setahun sekali. Untung nasib, kalau tak, bertahun2 baru jumpa... hihi..



Iman dah tukar baju, dia dah rimas pakai baju gaun. Masa ni sedara datang umah... 


Sampai tertido2 Mak Uda n pami... Jemput makan yer... :)

Oh lupa, lauk raya tahun ni mcm biasa la, rendang ayam, daging, nasi himpit, lemang, lontong...Lupa nak amik gambo makanan raya..sobs!


Ichaaaa, napela berkemban tu.. hahaha...


Raya Kedua

Pagi-pagi Ibu ajak beraya, sambung yang semalam. Jom g umah Andakkk kat Bota nun... 





Family Potrait yang kedua. Ok mood Zara dah ok ari ni. Bergambar pun happy je. Nak tau sebab apa, sebab dia dapat pakai baju dress tu. Dress tu kesukaan dia tu...


Balik dari umah andak, kemas-kemas nak balik Pahang pulak... :)


Lalu jalan Batang Kali - Genting. Singgah jap kat Mini Cameron. Tahun lepas dah pegi sekali..

Raya Ketiga


Dah sampai Pahang.. yeayyy... sedap je Iman tido haaa...


Raya ketiga, abah ajak g kenduri kawen kat Jempol Negeri Sembilan... First time sampai Jempol, haruslah excited kat. Lauk kenduri lak sedap2.. fuhhh...



Balik kenduri singgah plak umah abang mak yang aku tak pernah jumpa langsung sejak kahwen. Cik Mukri. kat Felda Lui, Negeri Sembilan. Beraya aka melepaskan lelah jap pastu balik...


Singgah plak kat Temerloh. abah ajak makan, tapi perut kenyang lagi.. so minum air je... Tak pernah mis lagi amik gambar kat sini... trade mark Temerloh. masa Temerloh lepas dilanda banjir pun kitorang bergambar kat sini gak... http://honeysour00.blogspot.my/2015/03/aktiviti-bila-balik-kampung.html

Zara bad mood.. kahkahkah, rasa nak campak dalam sungai tu. ok tipu. =p


Raya Keempat.

Pegi beraya ke rumah Nor, exopismate masa kat MOF dulu.. thanks Nor,,,


Lepas g umah Nor kat Bandar Pusat, g umah Dayu kat Maran.


Thanks Dayu, siap makan tengahari kat umah Dayu, tempoyak Ikan Patin tu... perghhh...sedappp...

Sekian citer di Aidilfitri 2016. InshaAllah jumpa nanti di Aidilfitri 2017.




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...