Utk Day 7 ni, bagi aku elaborate sikit ye. Sebab aku suka sangat ngan topic ni.
Kawan baik. Aku ramaiiiii kawan baik. Kawan baik masa sekolah, masa kat u, masa kat kerja. Semua yang baik ngan aku adalah kawan baik aku. Yang betul-betul baik, maksudnya yang tau segala-galanya tentang aku, adala sorang dua. :)
|
Form 5 tahun 2001 @ SMKDSML |
Ni kawan baik masa sekolah. Hawariah namanya. Dah anak dua dah. Dua-dua perempuan. Yang sulung sebaya Dani. Yang kedua baru lagi bersalin bulan 2 hari tu. Huhu..tak larat aku nak kejo ko we..:) Sejak Form 4, rapat ngan dia. Form 2-3 takde kawan baik. Pegi mana-mana memang berkepitla. Sampai kawan-kawan lain kata, ko kahwin, Awe pun kahwin, ko beranak, Awe pun beranak. Dari sekolah sampaila dah ada anak..Haha.. tapi Awe dah beranak dua. Aku tak dan nak kejar..Ngehngehngeh.. Kecik je Awe ni, tapi semangat kuatt! Love you Hawa.
|
Beberapa tahun lepas. Tahun 2008 kalau tak silap. Belum kahwin lagi masa ni. |
Geng geng lelaki ni pun kawan baik aku jugak. Sama kelas dan sekolah. Setiap tahun akan datang beraya ke rumah aku. Pastu bila nak datang raya mesti request suh aku buat laksa. sedap kot aku buat laksa. Haha..Tapi sejak kahwin, takde dah tradisi macam tu. Dorang pun majoriti dah kahwin jugak. Aku pun lama dah tak buat laksa. Tahun ni korang datang tau. Aku buat laksa. Sebab aku raya Kg. Gajah tahun ni. Yeay!
|
dr kiri : apeh,p-yan,rehan, azim, aidil, zeri, aku. Time raya ni. |
Tak dilupakan, kawan baik aku masa satu tempat kerja kat KFC Teluk Intan, Aziah. Actually, aku ngan Aziah satu kelas daripada Form 2 lagi. Tapi tak berapa rapat. Kawan-kawan macam tu aje. Form 4-5 dia pindah sekolah teknik. Lost contact. Habis sekolah, contact balik. sementara tungggu masuk U, aku ngan dia sama-sama kerja kat KFC Teluk Intan. Semua masalah cerita ngan dia. Seronok kawan ngan dia. Perangai gila-gila. Bila masing-masing masuk U, lost balik. Then, Facebook menemukan kami kembali. Dah jadi Engineer dah dia. Frenship Forever Yah.. Lov u..
|
Me & Aziah |
Kawan masa study kat UiTM Seri Iskandar. Memang sangat best! Aku dapat ramai kawan dari setiap negeri. Masa 3 tahun buat Diploma rasa mahu diputar kembali. Moment yang aku takkan dapat lupakan. Bagaimana payahnya kami strunggle untuk siapkan work, buat assignment, accessment. Macam-macam lagilah. Susah senang bersama. Kalau dia tak siap, orang ni bantu. aku tak siap, diorang tolong. Amik course yang memang banyak keluar duit dan banyak ke luar-luar dari kampus. Masa nilah aku dapat merasa pegi Perlis, Kedah, Pahang, Pulau Pinang.
|
Kak Elly, As, aku. Belakang Men & mat stim. |
|
dayah, as, yana, aku, su, merah dan wati. Mase ni bufday Su kot. Berlari kitorang kejar Su, nak baling tepung kat dia. =p |
|
Aku & Su kat Pangkor |
|
Aku & Yana ( Tokei Shopperlicious) kat Ulu Kenas, K.Kangsar |
|
Geng satu kelas masa hari accessment. Dari kiri : nana, ina, sue, as, lily, merah, nana ged, kaknancy, yana(shopperlicious), wati, aku & lita. |
Yang ni pun tak dilupakan. Team handball UiTM Perak untuk sukan KARISMA kat Merbok dan second time kat Shah Alam.
|
Dari kiri : aku, din, akym. Belakang : asri, lutfi, zam, amer, azri dan amir panjang. :) |
Zaman belajar dah berlalu. Tiba pula zaman kerjaya. Bermula pada 2007. Tetiba dah kekeringan idea nak tulis apa.
|
Di awal kemunculan. dari kiri : dayan, shida, faizul (skrg husband bos aku dah..=p), aku, rozi, kak zu dan nor. |
|
aku, dani, miera, cyrus |
|
ana & miera sebelum jadi mak. =p |
|
Mereka datang melawat masa aku melahirkan. Terharu! |
Dan sekarang aku ada kawan baru yang sangat baik dan best. Blogger! Terima kasih kawan. :)
No comments:
Post a Comment