Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

4 September 2012

04 September 2012


Selamat Hari Lahir sahabat lama..









 pernah jadi sebahagian daripada kenangan di zaman persekolahan, sesekali teringat jua kan..:)





apa-apa pun, suami tetap yang pertama di hati..
I love you sayang.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wedding Yana & Shah

Phewww, sebulan aku perap cerita ni... busy dan terlupa dah save dalam draft..:)
So, layan ekk..:)

menu~~sedappp..:)

Ni wedding Yana. Geng sekepala waktu zaman sama2 study kat itm dulu. Sangat seronok tengok dia kawen..Finally! Aku tau jugak kisah2 cintan2 dia dulu2.. Now, dia bahagia.. Tengok muka pun dah tau.. Congrates Yana..:)

kami di table 15..:)

Masa akad nikah ari tu, dia ada jemput jugak. Kat umah dia, Sungai Buloh nun. Tapi aku tak dapat nak pegi sebab kesihatan tak mengizinkan.. Resepsi yang ni kat Tropicana Golf & Country Resort. Resepsi khas untuk kengkawan..kelasss ko Yana! :) Kebetulan Enady free, so aku ajak dia.. Siap aku cakap aku mengidam nak tengok Yana kawen..haha.. boleh? Enady turutkan aje..:) Thanks sayang..

Pengantin tengah bersantap

Boleh tangkap gambar dari jauh jelah.. Maklumlah.. ni bukan kenduri kawen yang biasa2 tu.. yang boleh ko ke depan bersesak2 dngn orang yng nk tangkap gambar.. Penuh protokol..:) so, aku hormat la majlis orang. maka tangkap dari jauh saje..:)

Portion aku.. dua kali aku tambah..=p


Mat Stim aka Aizisyam. Geng sekepala masa belajar jugak dulu..:) Dah beranak satu dah dia..:)


Merah and Mak aji aka Wahida..:) Nama glemer dia kat itm dulu adalah mak aji..:)


Su and her steady. Nak menamatkan zaman bujang jugak ni tak lama lagi..:)


Pengantin lama..=p


Dynas ngan Awal Ashaari pun ada..:)


Classmates AD117 batch 2002-2005, UiTM Seri Iskandar, Perak.


Satu batch jugak. tapi lain2 department.. Fesyen, seramik, fine art.. budak2 AD semua ni..:)


Jumpa blogger famous ni.. sape tak kenal kan?..:)


Ceera n Keisha..


Kena interview ngan pengacara Wanita Hari Ini tu.. Sape ntah, aku tak ingat nama..:)


Group foto..:) Kembang semangkuk muka aku..:(


Bergambar dengan pengantin..:)


The pelamin..:)


Tahniah Yana n Shah again..:)

End!


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Pengantin Baru Yana dan Shah

pic from blog kathy jem

20.11.2011

Cantik tarikh ko pilih Yana.. Hehe..Selamat pengantin baru buat Zuliyana Hassan dan Tengku Mohd Khairul Shah dari aku, Ady dan Dani.. Akhirnya, alhamdulillah..selamat dah ko jadi isteri orang.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dear..:)

Maaf aku tak dapat datang masa majlis nikah ko semalam. Insyallah resepsi ko nanti aku akan datang. Wajib ok tengok ko naik pelamin..Tak sabar nak tengok ko naik pelamin..:)


PIC sebulan sebelum dia jadi isteri..masa wedding Nana kat MAEPS.

PIC masa zaman belajar kat UiTM. Cam tak mane satu aku ngan Yana?..=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Wedding Nana @ Maeps, Serdang

Seri Iskandarians..: from left : Witt, Yana, Ila, Sue dan Ejan. Depan : aku ngan Mak Aji..:)

Lepas je menghadiri Birthday Party Raisya, sepatutnya aku pergi ke Resepsi Nana kat Maeps, Serdang. Nana ni kawan masa belajar kat UiTM Seri Iskandar dulu. Masa nak balik dari umah Sha tu, hujan turun dengan lebatnya. Tu yang sampai tertinggal-tinggal kasut tu. Haha.. Aku dah berbelah bagi ni nak pergi ke tak, nak pergi ke tak..

Call Sue, dia kata dia pun baru sampai dan lambat lagi nak balik. Nak call Yana, tak save pulak no barunya. Bukan apa, niat nak pergi sana nak jumpa kengkawan je. Haha, lama sangat dah tak jumpa since kat wedding Nasya hari tu. Masa ni lah baru nak jumpa kengkawan kan, kalau tak, macam-macam hal kalau diajak berjumpa sesaje..:)

Sepanjang highway Elite dari Putra Heights tu hujan lebat menggila. Aku harap sampai Maeps kang tak hujan lah sebab aku decide nak pergi jugak.

But still raining until aku sampai kat parking Bistro Maeps tu. Dah sampai kan, aku harung jugaklah hujan2 tu dengan payung dengan Dani sekali. Bertukar! Jadik Incredible Hulk lah aku dukung si tecik tu. Haha.. Demi sahabatku!

First, aku carik Sue. Hehe, jumpa pun. Borak-borak. Aku tak makan pun sebab kenyang dengan nasi ayam Sha. Bagi Dani je makan sikit2. Borak je yang lebihnya..

Tak lama tu, Ila ngan Yana sampai..Pastu jumpa jugak ngan geng-geng lain, Ejan, Wahida, Mak aji..:) Bergambar bersama haruslah jadik perkara wajib kan..


Thanks Uncle Shah sebab amikkan gambar caye..=p

From left : Ila, Nana, Yana and Ana..haha, akulah tu..

Perkara wajib. 

Minah ni pun tak lama dah nak membujang. Hujung tahun ni rasanya..tak sabar nak pergi wedding ko plak Yana..=p

Lepas bergambar-gambar semua, apa lagi, angkat kaki lah..Hehe.. Next wedding adalah wedding Mak Aji atau nama betulnya adalah Norwahida Nordin.. kat Klang on 25 September ni. Insyallah, kalau takde apa2, sampailah nanti kat sana..Jumpa kawan2 lagi.. Best best..:)


Ke Majlis Perkahwinan Belut (nama timangan) Di Hari Raya Ke-3


Raya ketiga, sebelum bertolak pulang ke kampung mertua sempat lagi singgah sini..Hehe.. Ke wedding kawan sekolah menengah, Belut. Nama timangannya Belut. Nama penuh Laila Basyila. Tak pasti mana datang nama Belut tu tapi sejak dari sekolah lagi dah panggil dia dengan nama tu. Bukan aku je, kengkawan lain pun..:) Comel je panggil dia Belut. Masa sekolah dulu sebut je Belut, mesti orang kenal..Hehe..

Nak cakap...

Muka Belut ngan husband dia ada iras-iras kan.. Comel!!..


Seronok jumpa kengkawan lain je masa wedding Belut ni. Tak pk nak makan sangat..:)


dari kiri : Ein, Atan, Ca'un, May, Zeri, n wife Zura dan baby dorang, Iyad. Aku, husband dan Dani dan yang paling hujung, Eja. Photographer on the big day merangkap schoolmate + classmate + my senior masa buat Dip kat UiTM Seri Iskandar dulu. Ada butik pengantin dah dia.. Masa aku kawen dulu, aku amik kat dia la.. :)


Bergambar ngan pengantin wajiblah ada kan..:)

Terima kasih Belut sebab sudi jemput aku dan keluarga..Semoga berbahagia dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat..:)

Beraya rumah kengkawan


Sepanjang beraya di kampung halaman sendiri, 2 buah rumah kengkawan je yang sempat aku bertandang untuk beraya. Yang lain, umah sedara mara..

Oleh kerana tahun ni punya raya lebih kurang macam raya 2 tahun lepas, *tak ramai yang datang umah, makanya berjalan lah kami sekeluarga beraya. Malas nak dikenang bila ada kaum kerabat yang hanya lalu depan umah tak singgah beraya pun. Raya dulu-dulu singgah. Nak kata parking kat lama umah aku kecik atau penuh tak pulak. Hurmm, lantak koranglah labu. Bukan kami yang merenggang2kan hubungan silaturahim. Tahun depan dan tahun seterusnya, tak payahlah masak banyak2 ye ibu dan adik2ku. Bukan ada orang nak datang beraya pun.. But regular guest yang datang, terima kasih ya datang beraya..:) Sangat-sangat appreciate..dan akan diingati selalu..

Dah, stop citer pasal tu..

Raya kedua, tahun ni tak balik kampung ibu kat Sabak Bernam seperti tahun2 sebelum sebab atuk takde. Atuk beraya ngan Ucu. Tapi malam raya kedua tu baru gerak balik SB. Sebab Ucu balik SB untuk hantar atuk. Gambar nan ado..:)

Petang sebelum balik SB, sempatlah singgah umah BFF..Hehe, Hawa. Kat kampung sebelah je..

Hawa ngan dua org puterinya. yg hujung lelaki tu adik Hawa..

Raya ketiga, sebelum bersiap nak balik Pahang, sempat lagi beraya kat umah Hamzah. Kawan satu kelas jugak masa sekolah menengah. Hawa pun satu kelas jugak. Rumah Hamzah belakang umah aku je..Tapi nak jalan kaki agak penat bila dukung my hero junior tu. So, naik kereta lah kami. Aku, Dani dan ibu sahaja.. Hamzah takde kat umah, jumpa ngan wife, Fiza dan anaknya Hakim jelah, Tak lupa mak Hamzah, Cik Nab.. Dorang akan berhijrah ke London pada 19 September ni untuk Hamzah sambung PhD. Masa master ari tu kat Australia.. Kelas ko kan Hamzah..Rajin study sehingga hujungnya.. Hakim is the aussy boy. Kat London nanti, Hakim bakal dapat adik.. jadik London boy..:) Semoga kamu terus cemerlang ye Hamzah dan keluarga. Janji tak lupa kengkawan..exspecially jiran ko nih..haha..

Dua-dua mak buyung. Fiza (wife Hamzah) dan anaknya, Hakim
Pada kengkawab yang lain, yang aku tak sempat nak beraya umah korang, maafkan aku ye, Insyallah tahun depan aku qada' balik k..:)

Geng lama-lama dulu


Isnin lalu, Shida (free hair) datang melawat kami di Putrajaya. Lantas teringat kenangan-kenangan lama masa bersama dulu. Shida dah tak se'opis' ngan kami lagi sebab lepas kahwin dia terus buat permohonan untuk pindah ke kampung. Ate, suami bukak bisnes kat sana kan. Nasib Shida baik. Tak lama lepas dia kahwin, dia dapat bertukar ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia kat Ipoh. Setahun lepas tu baru dapat tukar kat Teluk Intan. Tak payah dah nak ulang alik hari-hari ok Teluk Intan ke Ipoh nun. 2 jam perjalanan tau.

To Shida :

Semoga sukses di sana. Selamat ber5s..:) Rajin-rajin lah lagi jenguk kitorang kat sini..

noted : teringat CikpuanMiera juga. Sebab satu geng dulu.

Feel free to visit :
 

To : Nordiana binti Abdul Latiff


Wahai sahabatku Diana,

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan kepada Selamat Pengantin Baru. Semoga kau berbahagia hendaknya dengan pasanganmu. Maafkan kerana tidak berkesempatan untuk melihatmu di hari persandinganmu. Rasa terkilan sangat. Kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat nak dielakkan pada hari tersebut. Tapi aku ingat, hari itu adalah hari bersejarahmu..


Serius, masa aku lihat gambar-gambar perkahwinanmu kat facebook kak atty, aku rasa sayu. Sebab aku tak dapat menyaksikannya secara langsung. Mesti meriah kan. Mesti juga kau tertanya-tanya dimanakah aku. Sedih..Pohon pada Kak Atty, aku ambil gambarmu di facebooknya untuk kutitipkan kenangan di diari mayaku. :)


Terus teringat kenangan lama. Saat kita masih lagi menjadi warga SMK Dato' Seri Maharaja Lela.. Kita berutus-utus surat walaupun kelas kita sebelah menyebelah je. Macam-macam kita sembangkan dalam surat. Sebab tak berkesempatan nak sembang masa sekolah. Sibuk dengan SPM kan memasing. Tapi masih sempat mengarang surat. =p Surat-surat tu tak tau kat mana dah sebab ayah aku buat rumah dulu. Tapi aku rasa masih tersimpan di rumah belakang. Bila tiba hari jadi, mesti tukar2 hadiah. Bukan satu, tapi banyak. Paling aku tak boleh lupa ko belikan gula-gula choclairs banyak-banyak pastu ko balutkan dengan kertas pembalut hadiah. Haha, sayang nak makan. Tapi makan jugak sebab adik-adik aku sibuk dok mintak..=p

Tapi semua tu dah takde bila masing-masing membawa haluan sendiri bila dah habis sekolah. But still keep in touch, kate sekampung kan. Pegi klinik mesti jumpa..:)

Akhir kata, aku sangat-sangat rindu ko. Rindu zaman muda-muda dulu. Mustahil lah untuk kita patah balikkan..But kita still best friend forever! :)


yang sedihnya, aku ada gambar ni je dengan ko.. tu pun ramai-ramai..huhu. ngapelah tak teringat nak amik gambo banyak2 ngan ko dulu kan..

Day 7 # A photo of you and your best friend

Utk Day 7 ni, bagi aku elaborate sikit ye. Sebab aku suka sangat ngan topic ni.

Kawan baik. Aku ramaiiiii kawan baik. Kawan baik masa sekolah, masa kat u, masa kat kerja. Semua yang baik ngan aku adalah kawan baik aku. Yang betul-betul baik, maksudnya yang tau segala-galanya tentang aku, adala sorang dua. :)

Form 5 tahun 2001 @ SMKDSML 
Ni kawan baik masa sekolah. Hawariah namanya. Dah anak dua dah. Dua-dua perempuan. Yang sulung sebaya Dani. Yang kedua baru lagi bersalin bulan 2 hari tu. Huhu..tak larat aku nak kejo ko we..:) Sejak Form 4, rapat ngan dia. Form 2-3 takde kawan baik. Pegi mana-mana memang berkepitla. Sampai kawan-kawan lain kata, ko kahwin, Awe pun kahwin, ko beranak, Awe pun beranak. Dari sekolah sampaila dah ada anak..Haha.. tapi Awe dah beranak dua. Aku tak dan nak kejar..Ngehngehngeh.. Kecik je Awe ni, tapi semangat kuatt! Love you Hawa.

Beberapa tahun lepas. Tahun 2008 kalau tak silap. Belum kahwin lagi masa ni.

Geng geng lelaki ni pun kawan baik aku jugak. Sama kelas dan sekolah. Setiap tahun akan datang beraya ke rumah aku. Pastu bila nak datang raya mesti request suh aku buat laksa. sedap kot aku buat laksa. Haha..Tapi sejak kahwin, takde dah tradisi macam tu. Dorang pun majoriti dah kahwin jugak. Aku pun lama dah tak buat laksa. Tahun ni korang datang tau. Aku buat laksa. Sebab aku raya Kg. Gajah tahun ni. Yeay!

dr kiri : apeh,p-yan,rehan, azim, aidil, zeri, aku. Time raya ni.

Tak dilupakan, kawan baik aku masa satu tempat kerja kat KFC Teluk Intan, Aziah. Actually, aku ngan Aziah satu kelas daripada Form 2 lagi. Tapi tak berapa rapat. Kawan-kawan macam tu aje. Form 4-5 dia pindah sekolah teknik. Lost contact. Habis sekolah, contact balik. sementara tungggu masuk U, aku ngan dia sama-sama kerja kat KFC Teluk Intan. Semua masalah cerita ngan dia. Seronok kawan ngan dia. Perangai gila-gila. Bila masing-masing masuk U, lost balik. Then, Facebook menemukan kami kembali. Dah jadi Engineer dah dia. Frenship Forever Yah.. Lov u..

Me & Aziah


Kawan masa study kat UiTM Seri Iskandar. Memang sangat best! Aku dapat ramai kawan dari setiap negeri. Masa 3 tahun buat Diploma rasa mahu diputar kembali. Moment yang aku takkan dapat lupakan. Bagaimana payahnya kami strunggle untuk siapkan work, buat assignment, accessment. Macam-macam lagilah. Susah senang bersama. Kalau dia tak siap, orang ni bantu. aku tak siap, diorang tolong. Amik course yang memang banyak keluar duit dan banyak ke luar-luar dari kampus. Masa nilah aku dapat merasa pegi Perlis, Kedah, Pahang, Pulau Pinang. 
Kak Elly, As, aku. Belakang Men & mat stim.


dayah, as, yana, aku, su, merah dan wati. Mase ni bufday Su kot.
Berlari kitorang kejar Su, nak baling tepung kat dia. =p
Aku & Su kat Pangkor

Aku & Yana ( Tokei Shopperlicious) kat Ulu Kenas, K.Kangsar
Geng satu kelas masa hari accessment. Dari kiri :
nana, ina, sue, as, lily, merah, nana ged, kaknancy,
yana(shopperlicious), wati, aku & lita.
Yang ni pun tak dilupakan. Team handball UiTM Perak untuk sukan KARISMA kat Merbok dan second time kat Shah Alam.
Dari kiri : aku, din, akym. Belakang : asri, lutfi, zam, amer, azri
dan amir panjang. :)
Zaman belajar dah berlalu. Tiba pula zaman kerjaya. Bermula pada 2007. Tetiba dah kekeringan idea nak tulis apa. 

Di awal kemunculan. dari kiri : dayan, shida, faizul (skrg husband
bos aku dah..=p), aku, rozi, kak zu dan nor.
aku, dani, miera, cyrus
ana & miera sebelum jadi mak. =p

Mereka datang melawat masa aku melahirkan. Terharu!

Dan sekarang aku ada kawan baru yang sangat baik dan best. Blogger! Terima kasih kawan. :)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...