Showing posts with label schoolmate. Show all posts
Showing posts with label schoolmate. Show all posts

Wordless Wednesday #40



Setiap hari Rabu kena pakai baju sukan ni... Dani tak gemar sangat pakai baju ni. Zara ok je... patuh arahan mama.. hahaha... Dani tu nak kena pujuk2, tak makan dek pujuk aku tarik muka jap, pastu baru dia nak pakai sambil caka[ " mama, sori. ok dani pakai baju sukan ek mama"...

Pandai sangat ko amik ati kan abam. Tapi penat kot kalau hari2 mama nak tarik muka muncung sedepa tu kat abam... anak.. anakkk...

But i'm happy! Kenapa cepat sangat besarrrrr......


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ke Majlis Perkahwinan Belut (nama timangan) Di Hari Raya Ke-3


Raya ketiga, sebelum bertolak pulang ke kampung mertua sempat lagi singgah sini..Hehe.. Ke wedding kawan sekolah menengah, Belut. Nama timangannya Belut. Nama penuh Laila Basyila. Tak pasti mana datang nama Belut tu tapi sejak dari sekolah lagi dah panggil dia dengan nama tu. Bukan aku je, kengkawan lain pun..:) Comel je panggil dia Belut. Masa sekolah dulu sebut je Belut, mesti orang kenal..Hehe..

Nak cakap...

Muka Belut ngan husband dia ada iras-iras kan.. Comel!!..


Seronok jumpa kengkawan lain je masa wedding Belut ni. Tak pk nak makan sangat..:)


dari kiri : Ein, Atan, Ca'un, May, Zeri, n wife Zura dan baby dorang, Iyad. Aku, husband dan Dani dan yang paling hujung, Eja. Photographer on the big day merangkap schoolmate + classmate + my senior masa buat Dip kat UiTM Seri Iskandar dulu. Ada butik pengantin dah dia.. Masa aku kawen dulu, aku amik kat dia la.. :)


Bergambar ngan pengantin wajiblah ada kan..:)

Terima kasih Belut sebab sudi jemput aku dan keluarga..Semoga berbahagia dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat..:)

Beraya rumah kengkawan


Sepanjang beraya di kampung halaman sendiri, 2 buah rumah kengkawan je yang sempat aku bertandang untuk beraya. Yang lain, umah sedara mara..

Oleh kerana tahun ni punya raya lebih kurang macam raya 2 tahun lepas, *tak ramai yang datang umah, makanya berjalan lah kami sekeluarga beraya. Malas nak dikenang bila ada kaum kerabat yang hanya lalu depan umah tak singgah beraya pun. Raya dulu-dulu singgah. Nak kata parking kat lama umah aku kecik atau penuh tak pulak. Hurmm, lantak koranglah labu. Bukan kami yang merenggang2kan hubungan silaturahim. Tahun depan dan tahun seterusnya, tak payahlah masak banyak2 ye ibu dan adik2ku. Bukan ada orang nak datang beraya pun.. But regular guest yang datang, terima kasih ya datang beraya..:) Sangat-sangat appreciate..dan akan diingati selalu..

Dah, stop citer pasal tu..

Raya kedua, tahun ni tak balik kampung ibu kat Sabak Bernam seperti tahun2 sebelum sebab atuk takde. Atuk beraya ngan Ucu. Tapi malam raya kedua tu baru gerak balik SB. Sebab Ucu balik SB untuk hantar atuk. Gambar nan ado..:)

Petang sebelum balik SB, sempatlah singgah umah BFF..Hehe, Hawa. Kat kampung sebelah je..

Hawa ngan dua org puterinya. yg hujung lelaki tu adik Hawa..

Raya ketiga, sebelum bersiap nak balik Pahang, sempat lagi beraya kat umah Hamzah. Kawan satu kelas jugak masa sekolah menengah. Hawa pun satu kelas jugak. Rumah Hamzah belakang umah aku je..Tapi nak jalan kaki agak penat bila dukung my hero junior tu. So, naik kereta lah kami. Aku, Dani dan ibu sahaja.. Hamzah takde kat umah, jumpa ngan wife, Fiza dan anaknya Hakim jelah, Tak lupa mak Hamzah, Cik Nab.. Dorang akan berhijrah ke London pada 19 September ni untuk Hamzah sambung PhD. Masa master ari tu kat Australia.. Kelas ko kan Hamzah..Rajin study sehingga hujungnya.. Hakim is the aussy boy. Kat London nanti, Hakim bakal dapat adik.. jadik London boy..:) Semoga kamu terus cemerlang ye Hamzah dan keluarga. Janji tak lupa kengkawan..exspecially jiran ko nih..haha..

Dua-dua mak buyung. Fiza (wife Hamzah) dan anaknya, Hakim
Pada kengkawab yang lain, yang aku tak sempat nak beraya umah korang, maafkan aku ye, Insyallah tahun depan aku qada' balik k..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...