Showing posts with label dani17bulan. Show all posts
Showing posts with label dani17bulan. Show all posts

Wordless Wednesday #09


Habis tupperware mama tu dia buat main..haishhh..

Open House Umah Dayu

Ukhwah Bloggerians.. from left : Ainul, Dayu, Aku n Nurul
Barulah ada kesempatan nak menjenguk blog kesayangan ni setelah seharian dok busy arrange meeting penting.

Ok, turn update Open House umah Dayu pulak. Sori Dayu, lamnat sikit aku review open house ko. Hehe..

Sebenarnya nak pergi umah Dayu ni senang je. Tapi bila first time datang dan dah pakai GPS pun masih tak jumpa tempatnya, berpusing-pusing jugaklah kami kat area USJ 1 tu. Rupanya jalan paling senang, masuk je simpang nak g Mydin tu, tak kiralah ko dari Shah Alam atau Puchong atau arah mana sekali pun, nampak signboard Mydin, terus je masuk simpang tu, then ko straighttttt je sampai selekoh tajam. Then straight lagi, dah sampaiiii...Haha, Eh, jap! aku bagi direction umah Dayu, macam Dayu nak buat Open House lagik je nih..Hehe, sori Dayu.. Aku excited sebab senang giler rupanya direction nak g umah ko, tapi kitorang ikut jalan berbelit-belit. Hehe..

Menu utamanya adalah laksa. Dan yang lain-lain yang sempat aku jamah adalah bihun goreng. Dani makan banyak bihun. Puding longan tu. Yang lain-lain lagi, aku dah tak berapa nampak dah sebab dok layan Dani n bagi turn husband pulak makan.. Gambar makanan nan ado!.. Tapi nak cakap jugak, Laksa mu sedap betul Dayu. Macam tak caya je, ko first time buat..=p

Kat umah Dayu, adalah first time aku jumpa ngan Nurul - Soffiya dan Ainul - Areessa.. Mula-mula tak perasan. Tapi bila Dani masuk and dorang cakap Dani pakai T-shirt Hot Blogger Mama tu, aku pun pandang berkali-kali. Lalu barulah aku cam da double confirm ngan Dayu yang itu adalah Nurul dan Ainul. Yeay! Tekaan ku tepat!

Teruja jumpa dorang...

Bergambar bersama harus jadik perkara wajib kan. Maafkanlah Dani yang berebut mainan ngan Cha dan Areessa. Seb baik ngan Soffiya dia tak kacau.. Sian kat Cha, dahla Cha tak berapa sihat. Dani plak dok konker mainan dia je.. Maafkan anak auntie ye Cha...PIC bawah ni jadik saksi Dani berebutkan mainan Cha..Haiii, Dani Dani...

Tengok Dani. suka betul berebut mainan orang..
Ok, panjang lebar dah aku bercerita pasal Open House umah Dayu ni. Lastly, terima kasih Dayu kerana menjemput kami sekeluarga..Lain kali jemput lagi..Hiks..=p

Gambar wajib.. ngan tuan rumah..

Lil Raisya is One!

Aku suka pic ni.

Firstly, maaf sangat-sangat pada tuan rumah yang menjemput kerana lambat untuk review cerita ini. Hehe, sorry Sha, tapi ana upload kat FB sangat pantas kan..=p
Thanks Sha dan Wady di atas jemputan ini. Masa dapat jemputan, check kalendar dulu. Tengok husband keje pagi ke petang. Kerja petang rupanya on that day. Dan terus bertanya boleh tak nak pergi birthday party ni. Husband jawab boleh tapi pergi awal dan dia akan pergi kerja terus lepas pergi birthday party ni. Maknanya, aku berdua ngan Dani naik kereta dan papa Dani naik motor. 

Pukul 12 tengahari siap-siap. Kebetulan janji ngan Miera *haishhh, janggal pulak panggil Miera..haha* sama pukul 12 tu. Antara geng-geng UB yang datang awal, Yaya - Auf. Dia orang pertama kot. Then aku. Then Miera. Belum keluar kereta lagi Dani dah menjerit-jerit dari dalam kereta sebab nampak balloons Dora tu. Sampai-sampai, nampak Anil sedang mendeco kat bahagian utama. Hehe, terawal sangat ke aku datang ni..=p

Pinjam tempat jap ek Raisya..:)


From left : Miera-cyrus, Sha-Raisya, aku-Dani dan Yaya-Auf

With Bonda Anil. Lama tak jumpa. Raya ari tu, lalu jek depan umah mertuanya.

Bapak-bapak. Raisya suka kawan ngan Dani kan, tak lepas2 dia pegang Dani :)

Birthday Girl, Raisya with her daddy..:)

Dishes yang sangat marvellous.. Aku siap tambah dua kali nasi ayam tu tau..Sedappp..

Front Page..=p

Nak balik dah. Then Xeea baru sampai. Sempatlah bergambar sebelum pulang. Tgk Dani tu!


Dah dalam kereta on the way nak balik baru perasan topeng ni. Topeng ni ada dalam goodies bag yang Sha bagi.

Thanks again Sha dan Wady. Lain kali jemput lagi.. Hehe..

Duduk belakang dah


On the way balik Putrajaya. Terpaksa duduk belakang dah sebab Dani takmo duduk diam kat depan. Sempit kot..




Ke Majlis Perkahwinan Belut (nama timangan) Di Hari Raya Ke-3


Raya ketiga, sebelum bertolak pulang ke kampung mertua sempat lagi singgah sini..Hehe.. Ke wedding kawan sekolah menengah, Belut. Nama timangannya Belut. Nama penuh Laila Basyila. Tak pasti mana datang nama Belut tu tapi sejak dari sekolah lagi dah panggil dia dengan nama tu. Bukan aku je, kengkawan lain pun..:) Comel je panggil dia Belut. Masa sekolah dulu sebut je Belut, mesti orang kenal..Hehe..

Nak cakap...

Muka Belut ngan husband dia ada iras-iras kan.. Comel!!..


Seronok jumpa kengkawan lain je masa wedding Belut ni. Tak pk nak makan sangat..:)


dari kiri : Ein, Atan, Ca'un, May, Zeri, n wife Zura dan baby dorang, Iyad. Aku, husband dan Dani dan yang paling hujung, Eja. Photographer on the big day merangkap schoolmate + classmate + my senior masa buat Dip kat UiTM Seri Iskandar dulu. Ada butik pengantin dah dia.. Masa aku kawen dulu, aku amik kat dia la.. :)


Bergambar ngan pengantin wajiblah ada kan..:)

Terima kasih Belut sebab sudi jemput aku dan keluarga..Semoga berbahagia dan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat..:)

Iftar di Nandos, Alamanda


Haha, dah hujung-hujung Ramadhan ni, malas rasa nak masuk dapur. Tambah-tambah pulak husband takde. So, berbuka ngan kawan-kawan haruslah tidak dilepaskan. Jangan risau, aku dah minta keizinan suami ye..:)
Dari sebelum puasa lagi teringin nak makan kat sini. Tapi tak terpegi-pegi. Dan terima kasih Dayan sebab terbitkan idea nak buka puasa kat sini. Aku berharap sangat yang Dani takkan cranky seteruk masa Iftar kat De' Lanai tu..haha, sakit hati tak dapat makan banyak..=p

Plan asal yang join 4 orang. Last minute orang tu tak dapat nak join. Berbuka ngan kakak katanya, sangat adik mithali kan qila oi..=p Makanya aku bertiga sahajalah termasuk Dani sekali.. Awal-awal Dani sangat behave. Maksudnya takdela nak menjerit-jerit, pastu nak keluar dari baby chair tu tapi merasalah ko dengar ketukan2 dari garpu n pisau kat atas meja..haha.. org keliling faham kot, budak-budak kan..hehe..

Dishes Dayan sampai dulu, then baru aku. Terpaksalah cilok sikit chips aunty Dayan. Hehe..tq Aunty..:)




Penggemar chips @ fries. Chips kat Nandos besar2 n tak banyak salt.
Hah, bab makan. terpaksalah aku telan je semua makanan tu. Takde pun kunyah2. haha.. Sebab Dani dah mula boring atas babychair tu. Mujurlah air ais lemon tea boleh refill banyak kali. 4-5 kali budak Nandos tu refill gelas aku. Haha, Dani pun join minum sekali. Bagi chips, habis chips nak air tu. Sekali teguk, lama pulak tu. adeii, mujur ko tak cirit birit nak oii..

Lepas dah setel semua, Dayan ajak g usha-usha baju budak2 kat Parkson. Disebabkan Dani punya semua dah setle, aku malas nak usha sampai dalam nun, takut kang terbeli lalu terlebih budget. Haha..makanya aku biarkan Dani main kat playground kat depan Noodles Station tu.. Seronok tengok dia ke hulu hilir dalam playground tu .. Agak-agak Dani dah ngantuk, aku pun balik. Dayan pun balik sendiri..:) 





Sekian Iftar dengan kawan-kawan. Hari ni dan esok berbuka kat rumah aje kot sebab ramai geng dah balik kampung.

IFTAR di De' Lanai Cafe


Majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja. Bos-bos pun join sekali..Cayalah bos! Sporting! Siap bawak family masing-masing..:) 




Eh, lentik2 badan pulak ko Ye Dani..
Mula-mula plan nak buat kat Village View, Bangi tu. Tapi bincang-bincang balik, semua pakat nak try kat De Lanai Cafe ni.. Lagipun murah je harga sekepala dia. RM21.90 per person. Mana nak carik yang murah cenggini kat Putrajaya ni..hehe..

Disebabkan husband keja malam, maka aku pun meminta izin untuk join sekali majlis ni. Terima kasih sayang sebab memberi keizinan..:) So, aku berdua jelah ngan Dani. First time nak g makan-makan tanpa papa Dani ni..

Aku gerak sekali ngan opismate yang lain : Dayan, Qila dan Ecah. Amik Dani siap-siap kat BS dan lepak ofis jap sampai pukul 6.30 ptg. Sampai awal, maka parking banyaklah kosong..:)

Time berbuka, orang sangat pack. Aku terpaksalah beralah sebab ada bawak anak kecik kan. Bagi kawan-kawan lain amik makanan dorang dulu pastu turn aku pulak. Dani meragam jugak sebab dok carik mamanya hilang..Haha, pastu senyap sebab nampak dah mama dia beratur amik makanan.. Huhu, sangat mencabar bawak ini budak bila tiada husband di sisi..Memang first n last lah. Eh, tapi dia ngamuk pun sebab panas dan banyak nyamuk. Tengok gambar bawah ni, awal-awal dah kena gigit nyamuk kat atas dahi belah kanan tu..nampak tak? :)


Jangan mimpilah aku nak repeat makan macam-macam ye. Hehe.. Habis di campak-campak je makanan tu. Aku harapkan ehsan kawan-kawan opis je yang tolong amikkan makanan itu ini..Thanks korang..:)

Ok, sekian cerita Iftar kali ini. Moga tahun depan anjur lagi..:)

kasut raya si Boboi


Tahun kedua beraya dengan si Boboi ni. Haha, kenapa panggil Boboi? Sebab dia suka beno la ngan kartun Boboiboy.. asal lagu tu je, terus buat suara excited giler.. sampai aku tercakap, eh, gedix ko ni ek anak..=p

So far, persiapan untuk dia 99% la dah setel.. Tinggal kasut je lagi. Semalam ngan hari ni ada jualan Puspanita kat opis. Ada satu gerai jual kasut-kasut untuk baby n kanak-kanak..eh kanak-kanak je rasanya kot. Cantik2 dan aku geram. Haha..ingat nak belikan dia kasut berlampu tu, tapi aku pikir-pikir balik, banyak duit nak pakai masa raya dan selepas raya nanti..So, sebelum dia pandai memilih untuk jadi kegemaran dia, baik ikut saja taste aku dan bersederhana. Haha, takpe Dani, mama dah tau, nanti kalau ko dah besar, mesti ko ngamuk2 taknak kasut itu ini, ko nak kasut ituuuu jugakkan..kalau dah siap berguling-guling, mama terpaksalah merelakan..upppss bukan mendoakan, tapi aku rasa Dani bakal ikut perangai aku mase kecik2 ..=p

Tapi kasut yang aku pilih semalam, tu ngam ngam je ngan kaki dia. Aku rasa nak tukar besar sikit sebab boleh pakai lama sikit kan.. tambahan pulak kaki dia jenis tebal atau tembun..*ikut kaki sapelah tu =p

Semalam try pakaikan kat dia, langsung dia takmo bukak dah.. bawak ke tido kasut dia tu. haha, dah tido baru leh bukak, tu pun bergerak2 tapi mata tutup, macam sedar je kasut tu dicabut dr kaki dia..

@ balkoni


Macam kena beli tikar ketah atau tikar buluh je kalau tengok perangai anak yang dah macam ni. Huhu.. Walaupun papa dia sapu sampah hari-hari kat smoking area dia tu, tapi aku tak percaya yang lantai tu bersih.. Memang kena carik jugak ni kan..


Baju masa ko baby dah tecik lah anak oi.. Jom ajak papa g shopping baju basahan...=p

Root beer with float..pheww..


Semalam hari Ahad, Enady kebosanan terperap je kat rumah. Maka beliau telah bertanya dengan isterinya, mahu makan apakah dinda untuk buka puasa nanti? Haha, klasik sungguh cara dia bertanya itu..=p

Bila orang dah bertanya, automatik aku tersebut sedapnya kalau dapat minum root beer float A&W itu..huhu..

Apalagi..zass lah bersiap2 mahu ke sana..

Sebenarnya, Enady gunakan alasan Dani bosan duk umah, tengok Dani memunggah sana sini..haha, padahal dia yang bosan sebenarnya.. Aku? Haruslah aku bercita-cita mahu duduk di rumah je bila keadaan ku yang mabuk kepayang ni.. Tapi bila mengenangkan kesian insan-insan tersayang saya..maka bersiaplah juga aku dalam keterpaksaan...

Aduii, bahasa apakah yang gunakan ini?  Haha..

Sudah...mari kita layan gambar, upsss, minta maaf kalau gambar air itu mampu membuatkan anda semua terliur..:)



2 gelas besar hokeyy.. aku minum satu gelas setengah..Enady tak larat nak habiskan.




Dani yang tak reti nak duduk diam. habis dia nak punggah fries tu.




Gilir-gilir makan..=p




Dengan lahapnya kamu mengunyah curly fries itu ye Dani..
Sekian cerita weekend ku..:)

Dani and CD


CD ni short form untuk Cloth Diaper ye. Hehe, Sure mak aku terpinga2 apa natang mende la CD ni.. bukan CD cerita-cerita tu ye bu..Hehe..ni lampin moden..:)

Aku beli dah lama. Masa aku dalam pantang lagi. Pakai kan kat Dani pun tak selalu sebab risau rashes..Mase tu kan kulit dia sensitif lagi. Pakai sekejap je dah merah-merah..panas kot.. So, tersimpanlah CD ni selama setahun lebih kot.. Ada 3 pasang semuanya..

Lately, geng-geng UB dok cerita pasal CD je..dan aku terasa macam nak try balik pakaikan kat Dani.. Mujur muat lagi.. So, Sabtu hari tu pakai, mula-mula ok la.. Sampai Dani tertido...lama pulak tu dia tido.. Ada la nak dekat 3 jam kot..

Sekali dia bangun menangis.. Haha, gelak dulu.. Rupanya bocor la.. habis baju basah.. Ni kes salah parking la ni. Hikhik.. Dia tido kadang meniarap.. Kalau dia pakai pampers pun, bocor jugak.. Dia minum susu sambil tido pun jadik.. Tu yang pagi2 kalau bangun tido, habis basah seluar ngan baju..


Tu baju dah basah tu yang aku bukak baju dia.. ingatkan dah tak nak tido, rupanya sambung tido balik.. Basah kot, tak selesa ye sayang..Haha..

CD ni hari-hari cuti Sabtu Ahad, bolehlah pakai kan..ada masa nak cuci.. ce kalau hari biasa..huhu, tak larat acik.. dengan nak ngadap mabuk ni lagi, masak lagi, dani nye lagi..pengsan!


Dani = Setahun 5 bulan = 17 bulan




Gambar terbaru masa nak balik kampung jumaat lepas.





Genap setahun 5 bulan Dani hari ini. Syukur alhamdulillah..

Makin panjang juga akalnya. Haishh, sampai pening kadang-kadang aku ngan papa dia. Berat ngan tinggi dia, aku tak tau dah berapa. Last berat masa dia umur setahun 3 bulan hari tu 10.4kg. Bulan depan baru pegi check up setahun 6 bulan termasuklah cucuk dose yang terakhir..Huhu, kena ajak papa dia la nanti pegi cucuk tu, tak larat aku nak peluk dia kuat-kuat. Haha..Boleh tahan jugak Dani ni kalau dia meronta..

Dalam pening-pening layan kerenah dia tu, ada jugak yang seronoknya. Seronok dan hati berbunga-bunga sebab tiba-tiba terfikir, besar dah anak kita kan papa.. Tengok tu, macam-macam yang dia dah boleh buat sendiri. Kalau tak pandai, ditariknya tangan mama ngan papa suruh buat atau amik itu ini. Hehe..

Perkembangan Dani di usia setahun 5 bulan :

1) Kalau susu dah habis then kita mintak botol susu tu, dia akan bagi kat kita.

2) Pandai ajak kita mandi, macam pagi tadi, tiba-tiba tarik tangan aku bawak pegi bilik air. Nak mandi rupanya..:)

3) Takut sangat kena tinggal kalau aku ngan papa dia tengah bersiap-siap nak g keluar, dia akan tunggu kat pintu dan dipulas2nya kunci pintu. Nasib baik kunci pintu tu ketat, tak laratlah dia nak bukak..

4) Bila dah bukak pintu, pandai amik kasut sendiri nak pakai. tapi tak pandai lagi nak pakai kasut sendiri.


5) Menyusu masih macam biasa. Kalau tak bangun 3 kali tiap2 malam dari pukul 10 malam sampai pagi tu tak sah..

6) Makan, dia suka makan spagheti dan kuew tiau. Nasi, ikut mood dia.

7) Suka minum air milo kotak.

8) Lebih cenderung ke arah sukakan mainan kereta-kereta daripada bola. Budget nak suh dia jadik macam KFCM..haha..berangan je mama dani ni.

9) Pandai dah tak nak berdukung. Asyik nak berjalan je. Kalau kita dukung jugak, ditolak-tolaknya badan kita dia nak turun. Masalahnya, Dani ni masih jalan berterabur..Haha..maksudnya, ikut suka hati dia nak pergi mana.

10) Suka betul landing kat sofa. Sofa tu tak baginya kitorang duduk dah. Dia nak golek2 n baring kat atas tu sorang-sorang. Kalau nampak aku baring, dia tolak aku suh bangun..hailah anak. "Papa, sofa lagi satu plsss..=p

11) Memunggah periuk2 di dapur tu memang hobi dia..

Vocab dia yang terbaru.. Terima kasih... = Cehhhh..

Cukuplah kot takat ni. Banyak lagi progress dia yang masih lagi dipantau. Nanti ada apa-apa aku update lagi k..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...