Open House Umah Dayu

Ukhwah Bloggerians.. from left : Ainul, Dayu, Aku n Nurul
Barulah ada kesempatan nak menjenguk blog kesayangan ni setelah seharian dok busy arrange meeting penting.

Ok, turn update Open House umah Dayu pulak. Sori Dayu, lamnat sikit aku review open house ko. Hehe..

Sebenarnya nak pergi umah Dayu ni senang je. Tapi bila first time datang dan dah pakai GPS pun masih tak jumpa tempatnya, berpusing-pusing jugaklah kami kat area USJ 1 tu. Rupanya jalan paling senang, masuk je simpang nak g Mydin tu, tak kiralah ko dari Shah Alam atau Puchong atau arah mana sekali pun, nampak signboard Mydin, terus je masuk simpang tu, then ko straighttttt je sampai selekoh tajam. Then straight lagi, dah sampaiiii...Haha, Eh, jap! aku bagi direction umah Dayu, macam Dayu nak buat Open House lagik je nih..Hehe, sori Dayu.. Aku excited sebab senang giler rupanya direction nak g umah ko, tapi kitorang ikut jalan berbelit-belit. Hehe..

Menu utamanya adalah laksa. Dan yang lain-lain yang sempat aku jamah adalah bihun goreng. Dani makan banyak bihun. Puding longan tu. Yang lain-lain lagi, aku dah tak berapa nampak dah sebab dok layan Dani n bagi turn husband pulak makan.. Gambar makanan nan ado!.. Tapi nak cakap jugak, Laksa mu sedap betul Dayu. Macam tak caya je, ko first time buat..=p

Kat umah Dayu, adalah first time aku jumpa ngan Nurul - Soffiya dan Ainul - Areessa.. Mula-mula tak perasan. Tapi bila Dani masuk and dorang cakap Dani pakai T-shirt Hot Blogger Mama tu, aku pun pandang berkali-kali. Lalu barulah aku cam da double confirm ngan Dayu yang itu adalah Nurul dan Ainul. Yeay! Tekaan ku tepat!

Teruja jumpa dorang...

Bergambar bersama harus jadik perkara wajib kan. Maafkanlah Dani yang berebut mainan ngan Cha dan Areessa. Seb baik ngan Soffiya dia tak kacau.. Sian kat Cha, dahla Cha tak berapa sihat. Dani plak dok konker mainan dia je.. Maafkan anak auntie ye Cha...PIC bawah ni jadik saksi Dani berebutkan mainan Cha..Haiii, Dani Dani...

Tengok Dani. suka betul berebut mainan orang..
Ok, panjang lebar dah aku bercerita pasal Open House umah Dayu ni. Lastly, terima kasih Dayu kerana menjemput kami sekeluarga..Lain kali jemput lagi..Hiks..=p

Gambar wajib.. ngan tuan rumah..

4 comments:

Dayu said...

terima kasih kat korang sebenarnya sebab sudi luangkan masa dtg open house umah aku
dh la agak jauh kan

sedap eh laksa tu
mmg terbaik la resipi tu
lain kali leh buat lagi

tq ye ana.. nanti turn aku lak sampai ke rumah kau

aziyana said...

ana jumpa gak ngn diorg..yana ni pernah jumpa ngn dayu jer tu pun sblm kawen..ngn nano bnyk kali jumpa tp kt pasar malam..hahahaha

afni+hafiz=dani said...

waaa best nya berkumpul ramai2 =)

NURUL JAMIAN said...

meriah tau rugi tak datang hari tu

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...