Ahad yang berkualiti

Nak amik kamera..

Bagi keluarga kecilku, hari Ahad sahaja hari yang amat bermakna sebab the whole day  masa akan dihabiskan bersama.

Bangun pagi, keluar mencari sarapan. Lately, aku lagi suka makan luar sambil bersantai-santai melayan Dani. Sekali sekala wajib bawa dia keluar meneroka alam. Dalam seminggu, 6 hari dia terperuk di rumah atau umah BSnya. Apa salahnya satu hari dia belajar tentang lain pulak kan. Tambah-tambah otaknya sekarang cepat je menangkap apa yang berlaku di sekelilingnya.

Sarapan kat Presint 11 je tadi. Teringin beno nak makan nasi lemak Puchong, tapi hari Ahad tutuplah pulak. Nak tanya Jue nasi lemak Dengkil, macam dah lambat. Dah pukul 10 pagi masa keluar tadi. Last decide makan kat Presint 11 jelah. Kat food court tu. Tapi tak berapa kicklah sambal dia. Aku still teringat-ingat nasi lemak Puchong. Next time lah!

Nampak aeroplane. Terus teruja..haha

lama tak bergambar berdua..:)

Biarkan je dia main-main kat playground tu..

Suka sampai taknak balik.

Ok, masa dah time.. jom balik.
Sekian cerita di pagi ahad. Gambar still fresh dari kamera. Nak bersiap-siap ke Cheras pula. Menghadiri Open House senior masa kat UiTM.

Tak lupa, Selamat Pengantin baru kepada Wahida aka mak aji. Maaf tak dapat nak datang wedding ko.

Copy from FB Nasya..:)
Dan juga kepada Asman dan Cikin, maaf juga tak dapat nak datang Majlis Aqiqah Qisya petang semalam. Ady keje petang daaa, susah mahu keluar kalau berdua je ngan Dani jauh-jauh..

Dan lagi kepada Fazemy, maaf jugak tak dapat datang Open House ko semalam Mi.. Reason adalah seperti di atas..:)

Maaf ye, jangan serik nak ajak lagi tahun depan. Kot-kot boleh datang ke tahun depan..hehe..

Selamat berhujung minggu semua. Jangan lupa The cave of Golden Roses kul 10 malam kang kat TV9..:)

2 comments:

wardah @ fie shah said...

Ala comeynya Dani rambut ada ekor. Hehe.

JIVEBUMZ said...

dani dah bam2! yeaaaah

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...