kasut raya si Boboi


Tahun kedua beraya dengan si Boboi ni. Haha, kenapa panggil Boboi? Sebab dia suka beno la ngan kartun Boboiboy.. asal lagu tu je, terus buat suara excited giler.. sampai aku tercakap, eh, gedix ko ni ek anak..=p

So far, persiapan untuk dia 99% la dah setel.. Tinggal kasut je lagi. Semalam ngan hari ni ada jualan Puspanita kat opis. Ada satu gerai jual kasut-kasut untuk baby n kanak-kanak..eh kanak-kanak je rasanya kot. Cantik2 dan aku geram. Haha..ingat nak belikan dia kasut berlampu tu, tapi aku pikir-pikir balik, banyak duit nak pakai masa raya dan selepas raya nanti..So, sebelum dia pandai memilih untuk jadi kegemaran dia, baik ikut saja taste aku dan bersederhana. Haha, takpe Dani, mama dah tau, nanti kalau ko dah besar, mesti ko ngamuk2 taknak kasut itu ini, ko nak kasut ituuuu jugakkan..kalau dah siap berguling-guling, mama terpaksalah merelakan..upppss bukan mendoakan, tapi aku rasa Dani bakal ikut perangai aku mase kecik2 ..=p

Tapi kasut yang aku pilih semalam, tu ngam ngam je ngan kaki dia. Aku rasa nak tukar besar sikit sebab boleh pakai lama sikit kan.. tambahan pulak kaki dia jenis tebal atau tembun..*ikut kaki sapelah tu =p

Semalam try pakaikan kat dia, langsung dia takmo bukak dah.. bawak ke tido kasut dia tu. haha, dah tido baru leh bukak, tu pun bergerak2 tapi mata tutup, macam sedar je kasut tu dicabut dr kaki dia..
8 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP