Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Suka Duka 2011

Hari terakhir bekerja hari ni. Tak ramai pun kat opis.. Hari Jumaat pun terasa sepoi-sepoi je.. Hati aku dah kat kampung dah ni.. Tak sabar tunggu malam kang.. Nak balik kampung Perak..:)

Tahun 2011 banyak memori suka dan duka yang akan terpahat dalam hati sampai akhir hayat aku..


Sekitar Januari :

http://honeysour00.blogspot.com/2011/01/kali-ke-2.html

Ibu mana yang tak bergenang air mata bila tengok keadaan anak macam ni.. Sehingga ke hari ni aku tak tau apa punca Dani lebam-lebam macam ni. Ikut doktor, Dani dipercayai jatuh terhantuk kat kerusi meja atau apa-apa yang keras. Ikut pengasuh taska tu, budak umur setahun yang sangat hyper yang pukul dia. Dani 10 bulan masa ni. Entahla.. hanya Allah yang tahu..


Sekitar Februari ( Ujian dariNya bertimpa-timpa, pasrah dan redha..) :


Dani berkampung kat wad selama 5 hari. Sebab lung infection dan otitis (telinga bernanah). Akibat dari demam on off + batuk dan selsema yang tak baik-baik.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/02/dani-warded.html.

Sekitar Mac :



Dani turning to One!..Yeay! http://honeysour00.blogspot.com/2011/03/unplanned-dani-bufday-party.html


Sekitar Jun :


Genap 2 tahun mahligai bahagia yang dibina bersama..


Dani pandai berjalan.. Official!
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ya-aku-percaya-dengan-miracle-itu.html


Ayah accident..T_T
http://honeysour00.blogspot.com/2011/06/ayah-accident.html


Adik aku no.2, Ijai bertunang. Insyallah hujung bulan 4 tahun depan dorang akan disatukan.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/ijai-bertunang-part-2.html

Sekitar Julai : 






Disahkan pregnant kali kedua..:)
http://honeysour00.blogspot.com/2011/07/berita-gembira-itusyukur-alhamdulillah.html

Buat masa ni, tu je yang rasa penting kot untuk diabadikan dalam memori 2011. Lepas bulan Julai, dan sehingga hari ini..semuanya biasa-biasa saja..

Untuk 2012, aku tak tahu apa yang bakal berlaku. Tapi ada dua peristiwa penting yang akan berlaku dan akan dikategorikan hari bersejarah bagi keluarga aku.. Awal bulan Mac, aku dijangka bersalin..dan hujung bulan April, Ijai akan meniti hari bahagianya.. Nasib baik dah lepas pantang dan aku masih dalam cuti bersalin 90 hari. Tak payah nak apply2 cuti dah..:)


Itulah suka duka aku sepanjang tahun 2011. Apa yang aku harapkan, moga-moga tahun 2012 ni akan lebih bermakna. Kenangan tetap akan diingati..Hari depan akan ditempuhi..:)

Jom share kisah suka duka korang plak..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Genap 6 bulan hari ni


 Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen. Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for dodol and kuih lapis? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself stalking the kuih lady at the pasar malam.

Translate :

Bayi anda masih di sebelah kurus tanpa lemak badan tetapi otaknya berkembang pesat dan dia mula mengisi ruang dalam rahim anda. Pada masa kini, anda mungkin telah pasti "mengandung" bentuk dan nigra li, garis hitam pigmentasi, boleh hadir ke pusat abdomen anda. Selera bayi anda juga membentuk dan, percaya atau tidak, gigi manis. Yang menerangkan keinginan secara tiba-tiba anda untuk dodol dan kuih lapis? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi ia adalah satu alasan yang baik, masa depan anda mendapati diri anda ugutan wanita kuih di malam pasar.

>>>> hahaha.. tang nak makan kuih manis tu mmg aku sedang alami sekarang.. asyik nak rasa yang manis2 je.. Tapi tetap kena kawal. Takut diabets kang.. Haruuu kena lagi buat BSP nanti..tak mo takmo dah.. Biarlah normal je.. Sekarang kalau aku makan manis je, lepas tu aku minum air masak banyak2..Haha, teori ape ntah.. kononnya nanti bila minum air masak banyak2 tu, gula2 tadi tu nanti akan neutral la kot..=p

Kejap je masa berlalu... lagi 3 bulan to go... Barang baby ape pun belum beli lagi. Tambah sikit2 je kot sebab abang dia punya pun boleh pakai lagi..:)

Oh ye, baby dalam perut ni semakin aktif.. bila masa ntah dia tido.. kadang2 tengah malam aku terjaga sebab terasa tendangan padu dari dia..haha.. main sorang2 ye baby..

ok baby, mama papa ngan abg dani tak sabar nak tengok baby nanti.. baby mesti comel kan.. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Syawal Pertama 2011

papa dani vs dani di pagi syawal

Salam Aidilfitri semua,

Baru hegeh-hegeh nak update cerita raya. Busy bebeno beraya, layan tetamu dan layan si anak bujang tu..=p

Raya tahun ni tak berapa nak meriah sangat lah.. Penat pun ye..Dengan keadaan yang tak berapa nak mengizinkan..=p Haha, keadaan aku yang macam tu pun sempat jugak buat kuah laksa..Rugilah kome sape yang tak dapat datang umah aku makan laksa..exspecially geng-geng masa sekolah menengah dulu.. Kepada sedara maraku yang bertandang, amacam? sedap tak laksa Kak Nana buat..Haha, sori terpedas sikit..=p

Raya tahun ni jugak adik aku yang no.2, Ijai tu tak dapat balik. Tahun ni bukan turn dia balik beraya. Tahun lepas turn dia.. Ate, orang koje sepital, gitu ler..gilir-gilir..:)

Raya tahun ni pun aku tak sempat nak bermake up bagai, gara-gara bag make up ku tertinggal di Putrajaya.. Sadisnya..maka muka ku pucat sangat di pagi raya. Bergambar tetap wajib..ngehngeh..lantaklah muka pucat pun! Tak sempat nak make up jugak sebab busy menyiapkan si anak bujang itu. Tak gemor sangat pakai baju melayu. First timelah katakan..:)

Raya tahun ni (haha, raya tahun ni lagi, percayalah banyak yang tak best), uwaaa, tak sempat nak bergambar satu family..Huhu, dah siap setting, sekali orang datang beraya pulak..tak putus-putus. Bila dah petang, masing-masing dah lemau dan Dani pun habis dia poo poo kan baju raya nya tengahari tu..huhu.. sentap mak nak!

Yang ada, gambar masa salam-salam bermaafan satu keluarga dan gambar sikit2 kat luar masa ayah bakar mercun raya tu. Haha, mercun pun nak raya jugak..=p

anak sulung salam dulu. akulah tu!

Then, menantu..

Then cucu sulung..

Anep : anak ke-3

Kakyang : anak ke-4

Sopikoh aka Syafiqah : anak ke-5 

My beloved = my parents

Ciuman tanda kemaafan dari suami kpd isterinya..=p

Us!

Adik-adik perempuan ku..
Dani ngan pakcik anep, smpi skrg xtau nak panggil apa..=p

mercun raya merangkap merdeka sekali..=p

Bersedia tutup telinga..

Tempat bergambar untuk family..dah siap setting dah.

Si suami dan si isteri..=p

Keluarga kecil kami...tahun depan berempat pulak....:)

Sekian cerita raya pertama ku..:)

Iftar di Nandos, Alamanda


Haha, dah hujung-hujung Ramadhan ni, malas rasa nak masuk dapur. Tambah-tambah pulak husband takde. So, berbuka ngan kawan-kawan haruslah tidak dilepaskan. Jangan risau, aku dah minta keizinan suami ye..:)
Dari sebelum puasa lagi teringin nak makan kat sini. Tapi tak terpegi-pegi. Dan terima kasih Dayan sebab terbitkan idea nak buka puasa kat sini. Aku berharap sangat yang Dani takkan cranky seteruk masa Iftar kat De' Lanai tu..haha, sakit hati tak dapat makan banyak..=p

Plan asal yang join 4 orang. Last minute orang tu tak dapat nak join. Berbuka ngan kakak katanya, sangat adik mithali kan qila oi..=p Makanya aku bertiga sahajalah termasuk Dani sekali.. Awal-awal Dani sangat behave. Maksudnya takdela nak menjerit-jerit, pastu nak keluar dari baby chair tu tapi merasalah ko dengar ketukan2 dari garpu n pisau kat atas meja..haha.. org keliling faham kot, budak-budak kan..hehe..

Dishes Dayan sampai dulu, then baru aku. Terpaksalah cilok sikit chips aunty Dayan. Hehe..tq Aunty..:)




Penggemar chips @ fries. Chips kat Nandos besar2 n tak banyak salt.
Hah, bab makan. terpaksalah aku telan je semua makanan tu. Takde pun kunyah2. haha.. Sebab Dani dah mula boring atas babychair tu. Mujurlah air ais lemon tea boleh refill banyak kali. 4-5 kali budak Nandos tu refill gelas aku. Haha, Dani pun join minum sekali. Bagi chips, habis chips nak air tu. Sekali teguk, lama pulak tu. adeii, mujur ko tak cirit birit nak oii..

Lepas dah setel semua, Dayan ajak g usha-usha baju budak2 kat Parkson. Disebabkan Dani punya semua dah setle, aku malas nak usha sampai dalam nun, takut kang terbeli lalu terlebih budget. Haha..makanya aku biarkan Dani main kat playground kat depan Noodles Station tu.. Seronok tengok dia ke hulu hilir dalam playground tu .. Agak-agak Dani dah ngantuk, aku pun balik. Dayan pun balik sendiri..:) 





Sekian Iftar dengan kawan-kawan. Hari ni dan esok berbuka kat rumah aje kot sebab ramai geng dah balik kampung.

kelemauan




pic aku goggle saje..:)

Semalam satu hari aku ngadap buat kuih tart gulung nenas ni. Sakit tangan tapi puas hati bila tengok kuih yang dah masak gebus gebus je..pastu rasa pulak..perghhh, mantap..haha, masuk bakul pulak..=p

Kul 1 pagi sampai umah malam tadi..akibatnya tak sahur dan aku lemau pagi ni lalu muntah2..alahai, rugi dah puasa hari ni..T_T Banyaknya kena ganti..

kasut raya si Boboi


Tahun kedua beraya dengan si Boboi ni. Haha, kenapa panggil Boboi? Sebab dia suka beno la ngan kartun Boboiboy.. asal lagu tu je, terus buat suara excited giler.. sampai aku tercakap, eh, gedix ko ni ek anak..=p

So far, persiapan untuk dia 99% la dah setel.. Tinggal kasut je lagi. Semalam ngan hari ni ada jualan Puspanita kat opis. Ada satu gerai jual kasut-kasut untuk baby n kanak-kanak..eh kanak-kanak je rasanya kot. Cantik2 dan aku geram. Haha..ingat nak belikan dia kasut berlampu tu, tapi aku pikir-pikir balik, banyak duit nak pakai masa raya dan selepas raya nanti..So, sebelum dia pandai memilih untuk jadi kegemaran dia, baik ikut saja taste aku dan bersederhana. Haha, takpe Dani, mama dah tau, nanti kalau ko dah besar, mesti ko ngamuk2 taknak kasut itu ini, ko nak kasut ituuuu jugakkan..kalau dah siap berguling-guling, mama terpaksalah merelakan..upppss bukan mendoakan, tapi aku rasa Dani bakal ikut perangai aku mase kecik2 ..=p

Tapi kasut yang aku pilih semalam, tu ngam ngam je ngan kaki dia. Aku rasa nak tukar besar sikit sebab boleh pakai lama sikit kan.. tambahan pulak kaki dia jenis tebal atau tembun..*ikut kaki sapelah tu =p

Semalam try pakaikan kat dia, langsung dia takmo bukak dah.. bawak ke tido kasut dia tu. haha, dah tido baru leh bukak, tu pun bergerak2 tapi mata tutup, macam sedar je kasut tu dicabut dr kaki dia..

Ukur Baju Melayu Dani


Budak tecik langsung takmo duduk diam. Susah nenek dia nak amik ukuran badan. Adoiila..

Sangat excited tahun ni sebab Dani dah boleh pakai baju melayu. Dah pandai jalan mesti elok je terletak baju yang dia sarung nanti tu kan.. Mama tak sabarlah Dani. Tema kita merah ye tahun ni. Baju untuk raya pertama mama papa and Dani dah setel. Tunggu nenek siapkan aje. Tinggak nak carik jeans dan kasut Dani je lagi. Mama Papa dia bersederhana sahaja.






note : tahun ni raya Perak dulu. Tapi aku balik je Pahang raya ketiga nanti kot..

Wishlist for 2011

Korang dah lama buat wishlist for 2011 kan.. aku ni baru hegeh-hegeh nak buat. Apakan daya, bila bercuti kat kampung, masa untuk apdet blog memang nan adolah, tapi apdet fb boleh..hehe.. dengan anak demam lagi..huhu.. mmg mencabar betul awal-awal tahun ni.. first time parenting kan, kelam kabutla bila anak demam + menangis tak berhenti-henti, sampai semua yg ada kat kampung mase tu menangis :aku,kakyang,ibu,ayah..ika tdo dah. ibu ngan ayah aku nampak airmata bergenang je lah.. terharu aku.. papa dani je yang tak nangis.,. cool je dia.. bukan bermaksud dia tak sedih ye tgk keadaan anak dia camtu..


Jom tengok wishlist aku tahun lepas..ENTRY INI, kalau malas tengok, aku copy paste balik..:)

v
v
v
v
v

Wishlist 4 2010..

1. semua dah tau aku sedang preggy 7 bulan kan, jadi aku harap aku dapat melahirkan baby dengan selamat...tak kisah jantina nye ape( walaupun da tau ape jantinanye..), janji baby aku sihat..aminnn...doakan aku ye..
~ alhamdulillah..sudah selamat bersalinkan Mohammad Dani Emir pada 11 Mac 2010 yang lalu di Hospital Putrajaya jam 12.59 am secara normal dan berat baby 3.2kg.

2. ingin mnjadi anak,kakak, isteri dan ibu yang baik dan solehah kepada ibu dan ayah, mak abah, adik2 dan suamiku...
~ ni adalah wish tetap tiap2 tahun.. adakah aku berjaya menjadi seperti apa yang diimpikan, hanya dorang saja yang boleh menilai..aku just berusaha untuk menjadi yang lebih baik..

3. at least, nak pegi bercuti setahun sekali...kalau dapat lebih sekali pun ok... ~ so far, berjaya la mendapat apa yang dihajati..tapi kalau takde Family Day Hicom Teck See tu, tak merasala aku nak g bercuti..hahaaha..2 in 1..tq pada HTS yang sudi menaja percutianku..ahaks..=p

4. nak tingkatkan usaha dalam keje...amik PTK dan KPSL tahun ni...utk naik pangkat... ~ owhh..yang ni sedih sikit dan aku rasa bawak ke tahun nilah ek.. aci kan? result PTK, menguciwakan, KPSL tak amik sebab dah terlepas..huhu..owh ye lupe plak..PTK dah takde kan, taktaula digantikan dengan apa..tunggu ajelah..

5. berjimat cermat..jgn boross...house expenditure akan bertambah tahun ini... ~ ni mmg aku tgh buat..susah tul aku nak keluarkan duit untuk beli yang remeh temeh..means, aku rasa kalau bende tu betul2 perlu, baru aku beli.. tapi takdela sampai aku jadi seorang yang kedekut..:)

6. cuba utk mnjadi blogger tegar..hahaha..sebab semakin hari aku semakin malas nk apdet...tapi aku gagahkan jua...~ hikhik..ini mase aku tgh preggy aku tulis ni, orang preggy mmg mood utk apdet blog mmg ke laut kan.. tak caya tanya kakak kita sorang ni, Jivebumz.. kan kak ila kan..:), sekarang aku kembali tegar dan bergegarrrr..hahaa..


--------------------------------

WISHLIST 4 2011

macam malas je nak tulis satu-satu.. aku rangkumkan semua la. Tu bukan namanya wishlist dah kan..hehe.. Azam aku pada tahun ini adalah agar aku dapat menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan yang mendatang...

oklah kan.. nanti2 kot mood aku ok dah nak buat wishlist, kang aku buat ek..buybuy..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Tahun Baru 2011


SELAMAT TAHUN BARU DARI KAMI ANA, ADY DAN DANI..


noted : gambar terbaru, siang tadi di wedding yatt kat Sitiawan..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...