Ijai bertunang Part 2

Ok, kita sambung Part 2 pulak kat belah perempuan nun.

Kenduri kat kampung dah setel hari Sabtu tu, then hari Ahad selepas Subuh, kami 2 buah kereta bertolak lah ke Setiawangsa, Kuala Lumpur. Oh ye, Ijai bertunangan ngan orang sini je. Alhamdulillah la ko dapat bakal isteri yang dekat je Jai.=p 2 buah kereta tu, kereta ayah dan kereta Ijai. Yang lain-lain semua dah tunggu kat KL. Andak dah pegi dulu hari Jumaat tu. Semuanya 10 buah kereta la yang datang menganto Ijai bertunang ni..

Sampai KL kul 10 pagi. Awal lagi, so, kitorang semua berkumpul kat umah sepupu aku, Yob Lan kat Taman Keramat. Janji ngan pihak perempuan pukul 12.30 tengahari. Kat umah Yob Lan, kami dijamu dengan kuah durian..Perghhh..sedap gile lah Kak Yong buat..Mekasih Kak Yong..:)

Dah berkumpul semuanya, dalam pukul 12.00 tengahari kami gerak ke rumah pihak perempuan. Takdelah jauh mana pun. 5 minit dah sampai from umah sepupu aku tu. Lalu kat Asrama Felda. Ting! Teringat kat Nor..:)

Grand jugak ye belah perempuan ni ni buat..Huhu, tang hantaran tu aku macam segan sikit. Cantik sangat! Yang belah lelaki aku yang buat kesemuanya, kecuali sirih junjung + buah, sepupu aku, Nisa yang buat. Tepak sirih Opah Lah yang buat. Sangat simple yang aku buat tu..

Diorang ni diikat selama setahun. Kalau takde aral melintang, tahun depan bulan 6, kahwin lah diorang ni. Paling lambat pun bulan 12. Sebab ayah aku ni keje ngan Dewan makan sekolah, So, kalau nak buat apa-apa event like kenduri kahwin memang kene buat time cuti sekolah. So, Ijai prepare lah awal-awal ye. Supaya takdelah kelam kabut di kemudian hari..:)

Dah, jom layan gambar..

My beloved mom...i love you so much ibu..:)

Kak Shima  + KakYang + Ika +  Anep
Tasya Nasihah. my cousin.

Nisa, my cousin

Budak kerek...bak kata Miera..=p

comel betul kerusi malas  utk budak2 ni. tapi orang punye..

Urusan meminang

sedara mara belah lelaki dan perempuan

ni semua hero-hero Keluarga Ahmad Hassan

budak kerek yang dah keletihan mengukur tanah..=p

custom made by me. sangat simple bukan?

salam cium tangan bakal mak mertua..=p

saat disarungkan cincin

hantaran dari pihak perempuan. banyak gile..

i like this sirih junjung ini..cantikkk

Mak Yang dan MakSu Dani..

Papa Dani. Dani dah sedap tido.

kat dewan. dari awal sampai hujung meja nun semua sanak saudara aku

perkara wajib..takkan dilupakan..



Welcome to our family Fyqa..my sibling. Aku nampak macam lagi muda dari KakYang kan..

Haha..larikss..

ibu bapa dua-dua belah pihak.

PakNgah, Dani cop bahulu ikan ni eyh..=p

PakSu Dani yang semakin diterima Dani. Haha, dulu Dani tak suka ngan PakSu dia..

Makyang Dani. Hikhik, kakyang, serabut arhhh..=p

2 comments:

Zana Adieyza said...

banyaknya hantaran.. best2!!

paper bag masa mjlis tu cantik ok.. pink putih lagi.. sweet!! tunang Ijai pun sweet.. bertambah sweet sbb pakai pink..

JIVEBUMZ said...

wow grant nyer majlis tunang dorang... hantaran sume cantik2..

amboi dani semakin cerdik yer.. aah yana nampak lagi muda daripada kak yang... lariksss

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...