Showing posts with label KL. Show all posts
Showing posts with label KL. Show all posts

Aquaria KLCC

First of all, Tq Friso sebab menaja tiket2 kami.. Hikhikhik.. Banyakla taja... ko tu sape? hahaha... 


Ramai gak geng2 UB yang menang tiket Aquaria ni... Aku, Mid, Reen, Nurul, Yaya... Juelee dapat tiket g Legoland. Mar ngan Ann dapat g Tambun..Yang lagi happy, grand prizenya tu geng aku gak yang menang.. Dayuuuu! G HK Disneyland tuuuu... best best... hujung tahun ni kot dorang pegi... Tahniah Dayu...

Tiket dah lama dapat. Expired datenya 30hb September 2015. Sebelum expired, baiklah redeem.. Set ngan Yaya, Reen Nurul... Mid takmo pegi sebab dia dah pegi... Tiket dia pass kat Zaza kot...

Set hari Sabtu lepas kitorang pegi... 

Janji semua kul 10.30 - 11.00 pagi ada kat sana...

Aku keluar rumah dalam kul 10.30 pagi... Eh kejapnya dah sampai. Kul 11.00 aku dah nampak Yaya kat Foodcourt tu... Yaya orang first sampai... Lepak jap... tunggu Nurul n Reen... Agak2 budak dah macam boring tunggu lama, so aku n Yaya decide masuk dulu. Nanti jumpa Reen n Nurul kat dalam...



Anak2 dah excited.. takmo dah bergambar...


Special tiket. Takyah beratur dah.. :)



Layan starfish dulu kat sini... Gamat pun ada... Ketam pemalu pun ada... belangkas... boleh pegang... Tapi budak2 ni penakut ke geli ntah... takmo pegang.. hahaha...



Ketam pemalu...


Tikus ape ntah... Yaya kata, Tikus yang macam dalam citer Ninja Turtle tu,.. hahaha.. aah la Ya, ada rupa...=p



Seahorse!




Kat sini aku cam kekaguman jap... wahhh.. rasa nak cedok je ikan tu, siang pastu goreng. makan ngan nasik panas2 cicah ngan sambal belacan.. perghh!


Ikan toman...



Sampai dah terowong... Ikan pari besar2...


Shark lalu je atas kepala... :)




Shark lagi... Takde plak bahaya shark ni ek...


Kat sini la budak2 ni bertenggek paling lama... sebab ada lego dalam tu...



 4 of us!... Anak2 dah letih nak makanlah ape lah... ajak bergambar pun muka ketat je masing2.. Zara tu buat perangai gigit pensel tu...



 Dani, Auf, Zara n Afi... :)


Suka sangat gambar ni.... Taktau la kitorang gelak kan apa... Gambar lawa ni dari kamera Farid la husband Reen... tq Reen n farid.. :)


Reen, aku, Yaya n Nurul... Raifa takde plak.. Kalau tak, lengkap dah mak anak dua... 


Kihkihkih.. candid lagi... aku panggil ape ntah tu...


Last sebelum balik... Ingat nak lepak2 lagi... Tapi semua dah nak menghala ke lain... Thanks semua... Walaupun kita boring je tengok ikan tu... asakan anak2 happy, kita pun happy kan... Kita happy jugak dapat jumpa polok2... hehehe...

Jumpa lagi nanti... kita ajak ramai2 geng kita lagi... 




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Al-Fatihah (Tribute to Mak Alang)


Al-Fatihah buat arwah Mak Alang. Pada tanggal 6 Ramadhan 4.50 petang arwah meninggalkan kita semua. Arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman di dalam paru-paru.

Aku mendapat perkhabaran sedih ni pada jam 5 petang hari yang sama. Mula-mula tak perasan Ibu ada call aku sebab masa tu aku sibuk nak cepat pegi Karnival Jom Beli tu. Nak cepat sebab nak amik anak2 pukul 5 petang. Pastu adik aku Anep call, dia yang bagitau Mak Alang dah meninggal. Then Ibu call pulak cakap nak bertolak dah dari Perak ke umah Mak Alang (Taman Melati, KL).

Then Abang Kama (cousin) anak arwah Mak Alang call. Tak sempat angkat sebab rushing amik anak. Dah amik anak2 pastu pegi Baazar Presint 2 tu. Kat situ baru discuss ngan Enady, nak pegi atau tak. Tengah bincang2 tu Abang Peroz (cousin) lak call bagitau yang mak alang dah xde..

Disebabkan ramai yang dah call dan dijangka ramai sanak saudara yang turun KL, aku gamble je bawak anak2 ziarah arwah. Mula-mula ragu-ragu sebab anak kecik lagi kan.. Orang kata tak berapa elok sangat bawak budak2 kecik ni ke rumah orang meninggal. Tapi arghhhh, lantak lah.. doa je mintak tiada apa2 yang buruk jadi. sambil2 tu aku bacalah ayat kursi sepanjang dalam kereta tu hembuskan ubun2 budak2 ni.. Harap tiada apa-apa.. Tak pergi kang ralat rasanya. Arwah Mak Alang bukannya sedara jauh ngan aku. Sedara dekat. Kakak ayah. Dulu masa kami still duduk KL (sekampung ngan umah Mak Alang ni) aku ulang alik je dok umah Mak Alang. Masa kecil aku adik beradik, Ijai, Anep dan KakYang ada jugak dalam lipatan kenangan ngan arwah Mak Alang. Balik sekolah kalau jalan kaki mesti lalu dan singgah depan umah Mak Alang. Anak2 Mak Alang yang kecik tu, Acid ngan Akim dah jadi kawan sepermainan kami masa kecik2.

Kalau ayah pegi kursus jauh2 tido sana, kami adik beradik dan Ibu mesti tumpang tido umah Mak Alang. Makan buah Gajus depan umah Mak Alang tu. Pastu tengah main2 lari2 terpijak pulak buah gajus yg dah masak ranum tu. Panjat pokok gajus tu. Ingat lagi, masa Ibu bersalinkan KakYang, aku Ijai dan Anep tinggal jap kat umah Mak Alang sebab ayah temankan Ibu kat Hospital kan.. Banyak sungguh kenangan ngan arwah Mak Alang. Ngan Ayah Alang takde sangat sebab ayah Alang garang sikit...

Mak Alang....

Ralat rasanya tak dapat jenguk Mak Alang masa arwah sakit dan stay kat HKL. Masa tu aku dah sarat dan bila2 je akan melahirkan Zara.. Ijai la selalu melawat mak Alang sebab Ijai keje kat HKL.

Last jumpa Mak Alang masa aku kahwin dulu rasanya. Mak Alang ada datang. Bayangkan lah 3 tahun kot tak bersua. Padahal bukan jauh pun. Aku balik Pahang sah-sah lalu depan simpang umah arwah.. T_T

Tulah, bila orang dah tiada, baru dikenang-kenang kan.. Dah 2 kali jadi kat aku. asal nak pegi melawat kat hospital je, ada je kekangannya. Last-last dah meninggal. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku nanti, ntah ada ke tidak orang yang akan menziarah..


Ok stop. aku dah bergenang air mata bila teringat kenangan bersama arwah..

Bila dicari-cari gambar ngan Mak Alang, ni je yang aku jumpa. Ni pun kabur-kabur je. tahun 1998 ni. Masa anak Mak Alang, Cik Ani kawin. Arwah Mak Alang yang aku arrowkan tu. Sebelah Ibu.



Semoga arwah Mak Alang tenang di alam sana dan dicucuri rahmat.

Kebumikan arwah malam Jumaat tu jugak pada jam 10.30 malam. Kebumi lambat sebab tunggu anak Mak Alang, Cik Ani yang dok kat Singapore tu sampai. Elok je Cik Ani sampai, peluk cium jenazah semua, terus je kebumikan.

Bila dah selesai semua, jam 1 pagi aku mintak izin untuk pulang ke Putrajaya. Ikutkan hati nak je aku EL esoknya tapi Enady dah cuti hari Khamis tu. Nak taknak dia kena kerja jugak Jumaat tu. Ibu Ayah dan lain-lain balik pagi esoknya kul 8 pagi rasanya..

Al-Fatihah...

Takziah buat Ayah Alang sekeluarga...

note : Beruntungnya meninggal pada bulan Ramadhan kan.. Husband kata pintu syurga terbukak 8 pintu.. insaf..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sekitar Resepsi Sebelah Perempuan #WeddingIjai

The pelamin.. cantikkan? Baju dorang pun aku suka. Pink + Hitam

babysitt Zara..=p

Menggelebeh dah baju ko Zara...=p

makan beradab

My Cousin, Ella


Gambar tak banyak sebab kamera aku dah ting tong baterinya.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Malam Berinai #WeddingIjai


Malam Hari Jumaat lepas nikah tu ada Majlis Berinai. Besar besaran tuu. Ingatkan kecil-kecil je. Makanya ramailah sedara mara aku yang tak datang. Deme semua dah kepenatan sebab berjalan petang Jumaat tu. Termasuk aku sekali lah. Kan aku balik Putrajaya jap. Kul 8.30 malam bertolak, bajet dalam kul 9 lebih-lebih sket sampaila. Sekaliiii, hambek ko jem sepanjang MRR2 tu. Tak tau la pulak yang esoknya ada Bersih tu. Eh! ape kene mengena ngan jem malam-malam ye dak..=p

Dah lambat, dapatlah dua tiga das ayat membebel dari adik aku kakYang. Bukan niat aku nak sampai lambat. Jem ni haaa..

Bila dah lambat, gambar pun nan hado. Dapat tangkap gambar time Ijai dah dok atas pelamin jelah. Plus dlam handset KakYang sikit.


Antara persembahan malam tu. Nasyid dari Persatuan Isteri-Isteri Polis kot..:)

ok dah. Tu je gambar yang ada..:)

Sambung Majlis Resepsi pulak..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ijai bertunang Part 2

Ok, kita sambung Part 2 pulak kat belah perempuan nun.

Kenduri kat kampung dah setel hari Sabtu tu, then hari Ahad selepas Subuh, kami 2 buah kereta bertolak lah ke Setiawangsa, Kuala Lumpur. Oh ye, Ijai bertunangan ngan orang sini je. Alhamdulillah la ko dapat bakal isteri yang dekat je Jai.=p 2 buah kereta tu, kereta ayah dan kereta Ijai. Yang lain-lain semua dah tunggu kat KL. Andak dah pegi dulu hari Jumaat tu. Semuanya 10 buah kereta la yang datang menganto Ijai bertunang ni..

Sampai KL kul 10 pagi. Awal lagi, so, kitorang semua berkumpul kat umah sepupu aku, Yob Lan kat Taman Keramat. Janji ngan pihak perempuan pukul 12.30 tengahari. Kat umah Yob Lan, kami dijamu dengan kuah durian..Perghhh..sedap gile lah Kak Yong buat..Mekasih Kak Yong..:)

Dah berkumpul semuanya, dalam pukul 12.00 tengahari kami gerak ke rumah pihak perempuan. Takdelah jauh mana pun. 5 minit dah sampai from umah sepupu aku tu. Lalu kat Asrama Felda. Ting! Teringat kat Nor..:)

Grand jugak ye belah perempuan ni ni buat..Huhu, tang hantaran tu aku macam segan sikit. Cantik sangat! Yang belah lelaki aku yang buat kesemuanya, kecuali sirih junjung + buah, sepupu aku, Nisa yang buat. Tepak sirih Opah Lah yang buat. Sangat simple yang aku buat tu..

Diorang ni diikat selama setahun. Kalau takde aral melintang, tahun depan bulan 6, kahwin lah diorang ni. Paling lambat pun bulan 12. Sebab ayah aku ni keje ngan Dewan makan sekolah, So, kalau nak buat apa-apa event like kenduri kahwin memang kene buat time cuti sekolah. So, Ijai prepare lah awal-awal ye. Supaya takdelah kelam kabut di kemudian hari..:)

Dah, jom layan gambar..

My beloved mom...i love you so much ibu..:)

Kak Shima  + KakYang + Ika +  Anep
Tasya Nasihah. my cousin.

Nisa, my cousin

Budak kerek...bak kata Miera..=p

comel betul kerusi malas  utk budak2 ni. tapi orang punye..

Urusan meminang

sedara mara belah lelaki dan perempuan

ni semua hero-hero Keluarga Ahmad Hassan

budak kerek yang dah keletihan mengukur tanah..=p

custom made by me. sangat simple bukan?

salam cium tangan bakal mak mertua..=p

saat disarungkan cincin

hantaran dari pihak perempuan. banyak gile..

i like this sirih junjung ini..cantikkk

Mak Yang dan MakSu Dani..

Papa Dani. Dani dah sedap tido.

kat dewan. dari awal sampai hujung meja nun semua sanak saudara aku

perkara wajib..takkan dilupakan..



Welcome to our family Fyqa..my sibling. Aku nampak macam lagi muda dari KakYang kan..

Haha..larikss..

ibu bapa dua-dua belah pihak.

PakNgah, Dani cop bahulu ikan ni eyh..=p

PakSu Dani yang semakin diterima Dani. Haha, dulu Dani tak suka ngan PakSu dia..

Makyang Dani. Hikhik, kakyang, serabut arhhh..=p

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...