Skip to main content

Al-Fatihah (Tribute to Mak Alang)


Al-Fatihah buat arwah Mak Alang. Pada tanggal 6 Ramadhan 4.50 petang arwah meninggalkan kita semua. Arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman di dalam paru-paru.

Aku mendapat perkhabaran sedih ni pada jam 5 petang hari yang sama. Mula-mula tak perasan Ibu ada call aku sebab masa tu aku sibuk nak cepat pegi Karnival Jom Beli tu. Nak cepat sebab nak amik anak2 pukul 5 petang. Pastu adik aku Anep call, dia yang bagitau Mak Alang dah meninggal. Then Ibu call pulak cakap nak bertolak dah dari Perak ke umah Mak Alang (Taman Melati, KL).

Then Abang Kama (cousin) anak arwah Mak Alang call. Tak sempat angkat sebab rushing amik anak. Dah amik anak2 pastu pegi Baazar Presint 2 tu. Kat situ baru discuss ngan Enady, nak pegi atau tak. Tengah bincang2 tu Abang Peroz (cousin) lak call bagitau yang mak alang dah xde..

Disebabkan ramai yang dah call dan dijangka ramai sanak saudara yang turun KL, aku gamble je bawak anak2 ziarah arwah. Mula-mula ragu-ragu sebab anak kecik lagi kan.. Orang kata tak berapa elok sangat bawak budak2 kecik ni ke rumah orang meninggal. Tapi arghhhh, lantak lah.. doa je mintak tiada apa2 yang buruk jadi. sambil2 tu aku bacalah ayat kursi sepanjang dalam kereta tu hembuskan ubun2 budak2 ni.. Harap tiada apa-apa.. Tak pergi kang ralat rasanya. Arwah Mak Alang bukannya sedara jauh ngan aku. Sedara dekat. Kakak ayah. Dulu masa kami still duduk KL (sekampung ngan umah Mak Alang ni) aku ulang alik je dok umah Mak Alang. Masa kecil aku adik beradik, Ijai, Anep dan KakYang ada jugak dalam lipatan kenangan ngan arwah Mak Alang. Balik sekolah kalau jalan kaki mesti lalu dan singgah depan umah Mak Alang. Anak2 Mak Alang yang kecik tu, Acid ngan Akim dah jadi kawan sepermainan kami masa kecik2.

Kalau ayah pegi kursus jauh2 tido sana, kami adik beradik dan Ibu mesti tumpang tido umah Mak Alang. Makan buah Gajus depan umah Mak Alang tu. Pastu tengah main2 lari2 terpijak pulak buah gajus yg dah masak ranum tu. Panjat pokok gajus tu. Ingat lagi, masa Ibu bersalinkan KakYang, aku Ijai dan Anep tinggal jap kat umah Mak Alang sebab ayah temankan Ibu kat Hospital kan.. Banyak sungguh kenangan ngan arwah Mak Alang. Ngan Ayah Alang takde sangat sebab ayah Alang garang sikit...

Mak Alang....

Ralat rasanya tak dapat jenguk Mak Alang masa arwah sakit dan stay kat HKL. Masa tu aku dah sarat dan bila2 je akan melahirkan Zara.. Ijai la selalu melawat mak Alang sebab Ijai keje kat HKL.

Last jumpa Mak Alang masa aku kahwin dulu rasanya. Mak Alang ada datang. Bayangkan lah 3 tahun kot tak bersua. Padahal bukan jauh pun. Aku balik Pahang sah-sah lalu depan simpang umah arwah.. T_T

Tulah, bila orang dah tiada, baru dikenang-kenang kan.. Dah 2 kali jadi kat aku. asal nak pegi melawat kat hospital je, ada je kekangannya. Last-last dah meninggal. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku nanti, ntah ada ke tidak orang yang akan menziarah..


Ok stop. aku dah bergenang air mata bila teringat kenangan bersama arwah..

Bila dicari-cari gambar ngan Mak Alang, ni je yang aku jumpa. Ni pun kabur-kabur je. tahun 1998 ni. Masa anak Mak Alang, Cik Ani kawin. Arwah Mak Alang yang aku arrowkan tu. Sebelah Ibu.



Semoga arwah Mak Alang tenang di alam sana dan dicucuri rahmat.

Kebumikan arwah malam Jumaat tu jugak pada jam 10.30 malam. Kebumi lambat sebab tunggu anak Mak Alang, Cik Ani yang dok kat Singapore tu sampai. Elok je Cik Ani sampai, peluk cium jenazah semua, terus je kebumikan.

Bila dah selesai semua, jam 1 pagi aku mintak izin untuk pulang ke Putrajaya. Ikutkan hati nak je aku EL esoknya tapi Enady dah cuti hari Khamis tu. Nak taknak dia kena kerja jugak Jumaat tu. Ibu Ayah dan lain-lain balik pagi esoknya kul 8 pagi rasanya..

Al-Fatihah...

Takziah buat Ayah Alang sekeluarga...

note : Beruntungnya meninggal pada bulan Ramadhan kan.. Husband kata pintu syurga terbukak 8 pintu.. insaf..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…