Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label meninggal dunia. Show all posts

Al-Fatihah Buat Arwah Ucu Ali Julai 1966 - Ogos 2016


17hb Ogos 2016, hari Rabu, mlm tu aku scroll timeline FB, terbaca status adik sepupu belah ibu, Along tecik. Dia update, "Abah kuat! semoga abah cepat sembuh" lebih kurang mcm tu la. Check in kat Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

Terus aku whatsapp Along Tecik tanya kenapa?

Tak reply, aku call terus.



Ucu Ali kena heart attack hari Rabu 17hb Ogos tu. tengah repair kete tukar tayar kul 12 lebih macam tu. Pastu Ucu Ali macam penat, so masuk umah terbaring jap kat hall. Cuaca masa tu mmg tgh musim panas kan.  Ni yang macam diceritakan oleh anak2 arwah n isteri arwah, Ucu.

Pukul 12 tengahari tu Ucu Ali leh tahan lagi sakitnya, tak g hospital. Pastu dalam kul 3 petang, Ucu Ali tak tahan lagi sakit then Ucu call ambulans suh datang amik kat rumah. Kereta takleh bawak sebab tukar tayar tadi kan... so tersadaila kereta tu kat porch.

Kul 3 lebih bawak g hospital n terus masuk ke Red Zone. Ucu cakap, malam baru dapat masuk ICU. 



- Hari Khamis. 18 Ogos 2016 -

Aku ada kursus. Hari Khamis tu last. Ingat kursus habis tengahari, rupanya petang. Enady pun keje luar masa tu xleh nak g melawat. Banyak la hal yang aku takleh nak pegi ke hospital Klang masa tu. Tapi dalam hati, doa banyak2 dipermudahkan aku dapat g melawat Ucu Ali sebab hati xsedap. Lagipun kami antara saudara terdekat ngan family Ucu Ali. Kalau selalu follow aku dari bujang, aku selalu check in kat Port Klang, aku lepak umah dorang la tu.

Hari Khamis berlalu tai ada satu whatsapp dari Along yang buat aku rasa macam nak pergi jugak. 

"Along, kalau ada masa free tu datangla jenguk abah"

Ya Allah terus berderau darah... hati ni memang nak datang sangat2 long. Tapi sedapkan hati, esok petang Jumaat tu mintak time off nak g melawat Ucu Ali. Dah set dah ngan Enady. Petang kita mintak time off. 



- Hari Jumaat. 19 Ogos 2016 -

Pagi sebelum g keje, aku whatsapp along tanya keadaan Ucu Ali.




Still sama keadaannya...

 Jam 8.05 pagi, aku dapat whatsapp bagitau jantung Ucu Ali stop n buat cpr. Aku dah xsedap hati. sampai ofis, letak anak-anak kat taska, breakfast jap. Setelkan keje-keje tertangguh sebab aku kursus 4 hari kan. Hari Isnin tu aku ade kursus kena handle. so siap2kan semua. Call Enady standby kul 10 kita gerak g hospital. Plan awal, lepas solat Jumaat, baru kitorang gerak ke Klang. Tapi tak jadi sebab hati dah tak keruan. Before this, dah jadi 2 3 kali aku tangguh2 g melawat, akhirnya aku tak sempat jumpa pun. Then kali ni aku taknak terkilan seumur hidup.

Kul 12 tengahari.

Sampai kat HTAR, Klang. Terus naik ke wad 4C. ngam-ngam dah sampai waktu melawat. Aku tinggalkan anak-anak jap kat Ucu sebab nak masuk tengok Ucu Ali. Aku ngan Enady masuk. Allah... rasa nak menangissss tengok penuh wayar tiub... Along tecik tengah baca Yassin. So, kami tak kacau Ucu Ali, biarkan dia rehat. Tapi Ucu Ali tau kami datang, dia bukak mata sikit n tangan dia sempat thumbs up. Allahuuu... Cepatla Ucu Ali sembuh. Aku pandang keliling, macam tu rupanya wad ICU. Mesin yang bunyi tet tet tet tu sentiasa terpasang. Tak reti aku nak baca nombor2 tu tapi aku tau la sikit, yang mana nombor atas tu untuk degup jantung, yang second tu oksigen, yang third taktau...

Keadaan Ucu Ali memang lemah sangat masa tu. Aku tak sampai hati nak tengok lama so aku kuar, tinggalkan Enady... Aku sembang-sembang ngan Ucu citer la macam boleh jadi lagi. Dulu 4 tahun lepas Ucu Ali ada gak masuk hospital sebab kaki bernanah. 

Kul 1 lebih.

Enady n sepupu2 aku yang lelaki pegi solat Jumaat kat masjid berdekatan.

Dalam kul 2 petang, Ucu Ali kena heart attack lagi sekali. Masa ni aku tak tau mana dapat kekuatan, minta tolong Dira pegangkan Iman n tengok kan anak2, aku amik surah Yaasin baca kan...Air mata tak berhenti2 keluar. Dah la baru je kursus pasal kematian2 ni, menghadap pulak Ucu Ali yang tenat masa tu, 


Jam 4.30 petang.

Arwah Ucu Ali menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi isteri dan anak2 nya... Allah, rasa macam tak percaya. Aku jadi kelu sekejap. 

Baru 2 minggu sebelum tu, kami lepak umah Ucu bawak ikan gerut, member aku si Zaza bagi. Ucu  Ali masakkan. Siapa sangka tu makanan terakhir arwah masakkan untuk kami. Pergi dah Ucu Ali yang sangat baik, sangat supportive, ada masalah tak kira personal, tempat kerja, share ngan dia. Sentiasa bagi kata-kata semangat. Terlalu banyak sangat kebaikannya pada kami. Suka layan Dani Zara yang kadang2 buat perangai kalau datang umah dia... 

masakan arwah, ikan gerut masak tomyam


sedih. Pergi dengan tiba2. 

Bayangkan kalau aku datang lepas solat Jumaat tadi, paling2 pun kul 3 la baru gerak kuar opis, amik Enady anak-anak lagi, gedebak gedebuk sampai HTAR kul 5 petang. Tak sempat!

Dalam kul 6.30 petang.

Jenazah tiba di rumah. Aku dah balik umah ucu mase tu. Ucu kat hospital lagi ngan anak-anak untuk setelkan apa2 yang patut. Aku dira n farah, balik umah Ucu untuk kemas rumah. Kul 9 lebih malam, Ibu n ayah n adik2 sampai dari kampung. Dalam kul 12 tengah malam, kitorang mintak diri untuk balik umah aku kat putrajaya jap, ayah dah ngantuk, tido n mandi semua2 lah. Esok paginya kami datang lagi.


- Hari Sabtu. 20 Ogos 2016 -


Sampai Port Klang dah kul 9 pagi. Terus g masjid, arwah dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Arwah Ucu Ali dikebumikan kat Tanah Perkuburan Kg. Pendamar, Klang jam 10.30 pagi.

Al-Fatihah. Semoga roh arwah Ucu Ali dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Semoga Ucu dan anak2 kuat hadapi dugaan ini. Hidup perlu diteruskan. InshaAllah kitorang akan datang umah ucu macam selalu-selalu...




Gambar-gambar arwah kat atas tu semua masa 7 tahun lepas carik-carik dalam blog ni... 




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Al-Fatihah Untuk Arwah NekYam


Al Fatihah untuk arwah Nek Yam yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Ogos 2015 yg lalu. Dalam gambar kat atas ni, arwah yang duduk di sebalik kerusi nun... tahun 2009 time raya ni. Arwah atuk pun ada lagi. Last la aku jumpa Nek Yam. Lepas tu rasa mcm xde peluang utk jumpa lagi.

Arwah meninggal sebab sakit urat. Arwah ialah mak sedara kepada ibu aku. Adik beradik nenek aku la.. nenek sedara. Yang tinggal skrg nenek ucu je. 

Ibu yang inform nekyam meninggal. Kul 5 pagi ibu call. Aku sebenarnya cuak dan berdebar2 kalau ibu call seawal pagi2 jam 5 pagi cam tu.. atuk meninggal pun ibu call awal pagi jam 4 pagi... so bila ibu call.. hati aku dh berdebar2..  rupanya betul la.. ada perkhabaran tak baik... Ibu naik bas datang KL jam 8 pagi. Aku mintak time off nak amik Ibu kat Puduraya n g melawat arwah NekYam kat Keramat Au4 sana. 



Lepas g kubur, singgah balik umah arwah, tuan rumah sediakan makan tengahari untuk sapa2 yang datang melawat.

Anep + Ibu + Kak Ina + Kak Rashidah

Dah selesai semua, pegi rumah Arwah Nekyam n jumpa la sepupu2 ibu yang lama dah tak jumpa. Kak Ina, Kak Rashidah, Abg Jep, Abg Hisam, Abg Halim, Cik odah dari Jengka 25 pun ada datang. Ucu xdpt datang awal sebab Ucu Ali n Along Kecik keje. So Ucu datang petang lepas balik keje. 




Dalam kul 1.30 tengahari, kitorang mintak diri untuk gerak la... nak g umah besan Ibu pulak kat Setiawangsa... Umah mak mertua Ijai. Adik ipar aku memang ada kat sana, tengah cuti. Ijai kena balik Slim sebab tiba2 pagi tu oncall kena g Ipoh...


Kira beraya la kejap umah mak Fyqa ni.. Lupa plak amik gambar makanan.. Spagheti ada, lauk2 makan tengahari sedap2...

Dalam kul 3 gerak balik masuk opis... Ajak Ibu jap lepak opis.. sementara tunggu kul 5 nak balik kan... Ibu nak g butik Siti Khadijah tu... Dah lama ibu teringin nak beli telekung kat SK ni.. SEkali dah tengok2, telekung yang Ibu berkenan tu xde saiz plak... Tak pelah ye Ibu, nanti kita g lagi...



Ibu tido umah aku satu malam, pastu esoknya tengahari Ibu gerak balik kampung.

Al-Fatihah untuk arwah Nek Yam. Semoga roh arwah tenang di sana...






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ziarah Orang Meninggal + Restoran Warisan, Seri Menanti, Kuala Pilah

4 Disember ari tu sempat gak aku ikut rombongan Unit Latihan pegi ziarah arwah mak Kak Ina, officer kat Unit Latihan di Kampung Bayau, Seri Menanti, Kuala Pilah.

Al-Fatihah

Kitorang pegi pagi kul 8.30... dah selesai gedebak gedebuk kat rumah Kak Ina, dah tengahari dah. Perut berkeroncong. Nampak pulak kat simpang tiga Seri Menanti tu restoran ni. Menyinggahlah kami untuk bersantap makan tengahari...



Nampak dari luar macam gah la Restoran ni... Bila masuk... eh, dah bukak ke belum kedai ni... Nampak coconut shake dah bukak, ooo bukak rupanya.. kihkih...


Sedap gak coconut shake ni... ala kat klebang haa... 
Eh, citer klebang lom up sini lagi kan...



Menu...


Murah je coconut shake ni.. RM1.90 satu cup.




geng-geng opis, tunggu makanan...laparrr, makanya welfie lah dulu...
weeee!


Muka golap dah haaa... training PSKK baru 2 hari tu...


Kak Anis, Yan n Linda...


Kitorang x dapat nak makan daging salai masak lemak cili api tu sebab dah habis..
wuuu wuuu...

Dapatla hirup sket kuah dari meja sebelah..
Tulah, lambat2 lagi order.. =p

sedappppnya daging salaii...


menu special kat bawahhh sekali...=p


Aku pakai baju sukan je.. kate training kan... =p
Tapi tak g training pun...


Buat sesape yang terlalu kat Kuala Pilah nun, singgahla sini untuk makan Daging Salai Masak Lemak Cili Api...
HIgh recommend! 
:)

Al-Fatihah buat adik Aqil Hamzah

Sedih.. T_T

Semoga Erina dan keluarga tabah!

Al- Fatihah buat adik Aqil.


# baru terbaca.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Al-Fatihah (Tribute to Mak Alang)


Al-Fatihah buat arwah Mak Alang. Pada tanggal 6 Ramadhan 4.50 petang arwah meninggalkan kita semua. Arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman di dalam paru-paru.

Aku mendapat perkhabaran sedih ni pada jam 5 petang hari yang sama. Mula-mula tak perasan Ibu ada call aku sebab masa tu aku sibuk nak cepat pegi Karnival Jom Beli tu. Nak cepat sebab nak amik anak2 pukul 5 petang. Pastu adik aku Anep call, dia yang bagitau Mak Alang dah meninggal. Then Ibu call pulak cakap nak bertolak dah dari Perak ke umah Mak Alang (Taman Melati, KL).

Then Abang Kama (cousin) anak arwah Mak Alang call. Tak sempat angkat sebab rushing amik anak. Dah amik anak2 pastu pegi Baazar Presint 2 tu. Kat situ baru discuss ngan Enady, nak pegi atau tak. Tengah bincang2 tu Abang Peroz (cousin) lak call bagitau yang mak alang dah xde..

Disebabkan ramai yang dah call dan dijangka ramai sanak saudara yang turun KL, aku gamble je bawak anak2 ziarah arwah. Mula-mula ragu-ragu sebab anak kecik lagi kan.. Orang kata tak berapa elok sangat bawak budak2 kecik ni ke rumah orang meninggal. Tapi arghhhh, lantak lah.. doa je mintak tiada apa2 yang buruk jadi. sambil2 tu aku bacalah ayat kursi sepanjang dalam kereta tu hembuskan ubun2 budak2 ni.. Harap tiada apa-apa.. Tak pergi kang ralat rasanya. Arwah Mak Alang bukannya sedara jauh ngan aku. Sedara dekat. Kakak ayah. Dulu masa kami still duduk KL (sekampung ngan umah Mak Alang ni) aku ulang alik je dok umah Mak Alang. Masa kecil aku adik beradik, Ijai, Anep dan KakYang ada jugak dalam lipatan kenangan ngan arwah Mak Alang. Balik sekolah kalau jalan kaki mesti lalu dan singgah depan umah Mak Alang. Anak2 Mak Alang yang kecik tu, Acid ngan Akim dah jadi kawan sepermainan kami masa kecik2.

Kalau ayah pegi kursus jauh2 tido sana, kami adik beradik dan Ibu mesti tumpang tido umah Mak Alang. Makan buah Gajus depan umah Mak Alang tu. Pastu tengah main2 lari2 terpijak pulak buah gajus yg dah masak ranum tu. Panjat pokok gajus tu. Ingat lagi, masa Ibu bersalinkan KakYang, aku Ijai dan Anep tinggal jap kat umah Mak Alang sebab ayah temankan Ibu kat Hospital kan.. Banyak sungguh kenangan ngan arwah Mak Alang. Ngan Ayah Alang takde sangat sebab ayah Alang garang sikit...

Mak Alang....

Ralat rasanya tak dapat jenguk Mak Alang masa arwah sakit dan stay kat HKL. Masa tu aku dah sarat dan bila2 je akan melahirkan Zara.. Ijai la selalu melawat mak Alang sebab Ijai keje kat HKL.

Last jumpa Mak Alang masa aku kahwin dulu rasanya. Mak Alang ada datang. Bayangkan lah 3 tahun kot tak bersua. Padahal bukan jauh pun. Aku balik Pahang sah-sah lalu depan simpang umah arwah.. T_T

Tulah, bila orang dah tiada, baru dikenang-kenang kan.. Dah 2 kali jadi kat aku. asal nak pegi melawat kat hospital je, ada je kekangannya. Last-last dah meninggal. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku nanti, ntah ada ke tidak orang yang akan menziarah..


Ok stop. aku dah bergenang air mata bila teringat kenangan bersama arwah..

Bila dicari-cari gambar ngan Mak Alang, ni je yang aku jumpa. Ni pun kabur-kabur je. tahun 1998 ni. Masa anak Mak Alang, Cik Ani kawin. Arwah Mak Alang yang aku arrowkan tu. Sebelah Ibu.



Semoga arwah Mak Alang tenang di alam sana dan dicucuri rahmat.

Kebumikan arwah malam Jumaat tu jugak pada jam 10.30 malam. Kebumi lambat sebab tunggu anak Mak Alang, Cik Ani yang dok kat Singapore tu sampai. Elok je Cik Ani sampai, peluk cium jenazah semua, terus je kebumikan.

Bila dah selesai semua, jam 1 pagi aku mintak izin untuk pulang ke Putrajaya. Ikutkan hati nak je aku EL esoknya tapi Enady dah cuti hari Khamis tu. Nak taknak dia kena kerja jugak Jumaat tu. Ibu Ayah dan lain-lain balik pagi esoknya kul 8 pagi rasanya..

Al-Fatihah...

Takziah buat Ayah Alang sekeluarga...

note : Beruntungnya meninggal pada bulan Ramadhan kan.. Husband kata pintu syurga terbukak 8 pintu.. insaf..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Al-Fatihah buat arwah Kak Jaja

Al - Fatihah...

Sehingga ke saat ini, aku rasa macam tak percaya yang Kak Jaja dah pergi meninggalkan kita semua.. Masa dapat tau yang arwah meninggal, jantung aku serasa macam terhenti... Ya Allah... cepatnya Kau ambil dia..

Namun, tu semua kehendakNya. Dari Dia kita datang dan kepadaNya juga kita kembali..

Arwah Kak Jaja meninggal sebab penyakit leukimia yang dihidapinya selama setahun lebih.. Arwah adalah rakan sekerja masa aku kerja kat Hicom Teck See, Shah Alam dulu. Arwah sangat baik dan peramah walaupun kadang2 kena marah sebab lambat hantar charge sheet budak-budak.. Bukan lah marah teruk2.. Marah main-main.. kerja tetap kerja kan.. Arghhh, terbayang - bayang memori bersama arwah..


Tak pernah lupa jemput aku untuk datang Open House tiap kali raya walaupun dah lama aku berhenti kat Hicom. tak pernah tak datang. Cuma tahun ni punya raya, tak dapat nak datang sebab Kak Jaja buat malam hari bekerja.. Sebelum ni, weekend.. Kak Jaja jugak banyak nasihat aku sebagai nasihat seorang kakak kepada adiknya..T_T


Kak Jaja, kenangan bersamamu, takkan pernah Ana lupa.. Jenuh carik gambar ngan Kak Jaja, tapi tak jumpa.. Aku tau dan ingat, aku ada sekeping gambar ngan Kak Jaja..:(

Semoga En. Adam  sekeluarga tabah menghadapi hidup tanpa arwah.. Kesian kan anak-anak arwah yang masih kecil tu.. Apa perasaan mereka bila mama dah tiada...

Semoga roh Arwah tenang di sana...Aminn..

Arwah meninggal dunia pada jam 4 petang pada 29 November 2011 bersamaan dengan hari Selasa di PPUM.

Gambar dari FB arwah..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Al-Fatihah


Dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali..

Innalillahhiwainnailaihirojiu'n...

Takziah kepada keluarga Cc Yusuf bin Othman.. Cc adalah Ketua Pembantu Tadbir kat Seksyen aku ni. Wife Cc telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2011, Jumaat malam Sabtu pada pukul 11.30 malam.

Yang aku kesalkan dan sehingga hari aku rasa menyesal yang teramat, aku tak sempat nak melawat arwah masa arwah admitted kat HUKM 2 minggu lepas. Peluang tersedia depan mata untuk pergi tapi aku memilih untuk dahulukan hal lain yang tak berapa penting.



Arwah dikafan dan disembahyangkan di Masjid Putra pada pagi hari Sabtu, keesokan harinya. Dan dikebumikan di Kuala Kangsar. Tempat asal arwah.



Dalam banyak-banyak gambar arwah yang aku ada, nilah satu-satunya gambar arwah yang nampak muka. Tu pun sipi-sipi je..

Ramai yang agak terkejut bila arwah meninggal kerana ramai yang tak tahu arwah sakit termasuk juga aku dan rakan-rakan opis lain. Arwah sakit apa tu biarlah aku simpan. Mana yang tau tu, taulah..

Semoga Cc dan anak-anak tabah mengharungi kehidupan selepas ini. Arwah meninggalkan 2 orang anak perempuan. Sorang umur 20-an dan sorang lagi Darjah 1..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Al-Fatihah buat Ustaz Asri

tersentuh seketika hati ini bila dengar lagu Pergi Tak Kembali
nyanyian Kumpulan Rabbani kat Radio Hot.fm pagi tadi..
secara tiba2 mengalir airmata dalam kereta
bila dengar suara dj faizal ismail dan fafau
menceritakan kisah pemergian arwah..

semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 beriman...
semoga roh arwah dicucuri rahmat...
takziah juga untuk keluarga arwah...
al-Fatihah...

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...