Skip to main content

Al-Fatihah buat arwah Kak Jaja

Al - Fatihah...

Sehingga ke saat ini, aku rasa macam tak percaya yang Kak Jaja dah pergi meninggalkan kita semua.. Masa dapat tau yang arwah meninggal, jantung aku serasa macam terhenti... Ya Allah... cepatnya Kau ambil dia..

Namun, tu semua kehendakNya. Dari Dia kita datang dan kepadaNya juga kita kembali..

Arwah Kak Jaja meninggal sebab penyakit leukimia yang dihidapinya selama setahun lebih.. Arwah adalah rakan sekerja masa aku kerja kat Hicom Teck See, Shah Alam dulu. Arwah sangat baik dan peramah walaupun kadang2 kena marah sebab lambat hantar charge sheet budak-budak.. Bukan lah marah teruk2.. Marah main-main.. kerja tetap kerja kan.. Arghhh, terbayang - bayang memori bersama arwah..


Tak pernah lupa jemput aku untuk datang Open House tiap kali raya walaupun dah lama aku berhenti kat Hicom. tak pernah tak datang. Cuma tahun ni punya raya, tak dapat nak datang sebab Kak Jaja buat malam hari bekerja.. Sebelum ni, weekend.. Kak Jaja jugak banyak nasihat aku sebagai nasihat seorang kakak kepada adiknya..T_T


Kak Jaja, kenangan bersamamu, takkan pernah Ana lupa.. Jenuh carik gambar ngan Kak Jaja, tapi tak jumpa.. Aku tau dan ingat, aku ada sekeping gambar ngan Kak Jaja..:(

Semoga En. Adam  sekeluarga tabah menghadapi hidup tanpa arwah.. Kesian kan anak-anak arwah yang masih kecil tu.. Apa perasaan mereka bila mama dah tiada...

Semoga roh Arwah tenang di sana...Aminn..

Arwah meninggal dunia pada jam 4 petang pada 29 November 2011 bersamaan dengan hari Selasa di PPUM.

Gambar dari FB arwah..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…