Orang ramai yang sedang membeli-belah di Plaza Metro, Kajang dan kawasan sekitarnya panik apabila banjir kilat tiba-tiba terjadi setelah hujan turun dengan lebatnya kira-kira pukul 3 petang, 2 Disember 2011.
Banyak kereta yang berada di kawasan pakir juga tidak dapat diselamatkan daripada dimasuki air yang mencurah-curah.
Air bah juga mencurah masuk ke dalam pusat membeli-belah seperti Plaza Metro, kedai dan restoran termasuk restoran makanan segera McDonald’s.
“Air mengalir laju dan kami hanya boleh melihat kereta-kereta hanyut .” Ini ialah banjir paling buruk di sini sejak 1971,” kata wakil rakyat Kajang, Lee Kim Sin merujuk kepada banjir yang telah membunuh 32 orang di Lembah Klang kira-kira 40 tahun lalu.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga dikatakan terpaksa memberhentikan perkhidmatannya buat sementara waktu disebabkan banjir kilat tersebut.
Kebanyakan penduduk telah meletakkan gambar dan rakaman video di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, memberitahu orang lain supaya tidak datang ke Kajang sehingga air banjir surut.
Sebuah video yang diletakkan di Facebook menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di atas sebuah van menunggu dengan untuk diselamatkan daripada air yang mengalir lalu dengan laju.
Orang ramai yang berada di tingkat satu di sebuah bangunan berhampiran akhirnya menurunkan tangga ke atas van tersebut supaya wanita tadi boleh menyelamatkan diri.
mynewshub.my
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
2 comments:
Tak sangka kan banjir ni..
Hanya Allah yang Maha Mengetahui
dekat ngan tempat aku wat rawatan gigi la (kt sebelah CIMB).. syukur mase tu aku da lepas wat rawatan...
Post a Comment