Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Jurassic World


Aku yang ajak anak-anak n Enady nak g tengok citer ni.. Hahaha.. mama yang excited lebih. Zara pun excited. Dani awal-awal lagi dah cakap, macam tak best je mama... huhu,, ala taste dia citer robot citer kereta, dia suka la..

Tapi still nampak la excited dia nak g tengok tv besar katanya...

Dah book tiket awal hari Sabtu. Ikutkan hati bila tiba harinya, rasa cam malasssnya nak kuar... Kepala ting tong. Tapi dah berjanji kan... bawak jelah...



Sampai Alamnda ngam-ngam haa... tapi sempat gak la amik gambar kat dinosour tu... Dani ngan Zara takut mula-mula.. hahaha, ntah apa2... bukannya dinosour betul pun...hikhik.. tu pun takut.. =p

Boleh tahan ramai jugak la dalam panggung tu. ramai jugak bawak anak-anak.. haha, ada geng! anak2 buat bising. Citer dia macam lambat sikit nak sampai ke jurassic park tu. so anak-anak boring asyik cakap cakap je... belikan pop corn pun tak mau diam.

Dani ok la mau gak dok diam. Si kakak, aduhaii... siap pakej jerit semua la bila dia boring tu. Paling yang aku geram, dia campak-campak pop corn dari atas sampai bawah. adoi anak... aku cakap jgn baling dia dah start menangis dah... bawakla dia kuar jap... Huhu.. nape macam ni kakak.. dulu takde pun macam ni.. Ok je dulu kan... hahaha tension mama ko kakak oi..

Dah diam sikit, barulah masuk balik dalam... sampai la habis.. Haa, masa ni mmg dok diam la sebab dah banyak action kan... huhu, sabo je ler...




Balik tu ingat nak jalan-jalan jap sementara nak tunggu baazar bukak.. tapi tak tahan aku dah.. moh ler balik... Tengok anak-anak makan aiskrim McD tu menduga betul.. hahahaha... tumpah sana sini.. kalau time tak pose dah lama aku jilat jangan bagi meleleh kan... hahaha...

Ok la citer ni.. menarik gak jalan cerita. kalau wujud betul2 taman macam tu agak2 rasa nak pegi tak?... =p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ziarah Orang Meninggal + Restoran Warisan, Seri Menanti, Kuala Pilah

4 Disember ari tu sempat gak aku ikut rombongan Unit Latihan pegi ziarah arwah mak Kak Ina, officer kat Unit Latihan di Kampung Bayau, Seri Menanti, Kuala Pilah.

Al-Fatihah

Kitorang pegi pagi kul 8.30... dah selesai gedebak gedebuk kat rumah Kak Ina, dah tengahari dah. Perut berkeroncong. Nampak pulak kat simpang tiga Seri Menanti tu restoran ni. Menyinggahlah kami untuk bersantap makan tengahari...



Nampak dari luar macam gah la Restoran ni... Bila masuk... eh, dah bukak ke belum kedai ni... Nampak coconut shake dah bukak, ooo bukak rupanya.. kihkih...


Sedap gak coconut shake ni... ala kat klebang haa... 
Eh, citer klebang lom up sini lagi kan...



Menu...


Murah je coconut shake ni.. RM1.90 satu cup.




geng-geng opis, tunggu makanan...laparrr, makanya welfie lah dulu...
weeee!


Muka golap dah haaa... training PSKK baru 2 hari tu...


Kak Anis, Yan n Linda...


Kitorang x dapat nak makan daging salai masak lemak cili api tu sebab dah habis..
wuuu wuuu...

Dapatla hirup sket kuah dari meja sebelah..
Tulah, lambat2 lagi order.. =p

sedappppnya daging salaii...


menu special kat bawahhh sekali...=p


Aku pakai baju sukan je.. kate training kan... =p
Tapi tak g training pun...


Buat sesape yang terlalu kat Kuala Pilah nun, singgahla sini untuk makan Daging Salai Masak Lemak Cili Api...
HIgh recommend! 
:)

Nak try nasi beriani sedap kat Bangi?

Ahaaaa! Mohla kita survey tempat makan yang best lagi kat Bangi ni..

Restoran Sri Ghazal, Bandar Baru Bangi

Kalau korang datang Bangi n nak try nasi beriani ni...
Memang high recommend lah nasi kat sini...

Sedap pun sedap..
Murah pun murah..
Nyumm nyumm..



Restoran ni sederet ngan Fareeda kat Bandar Baru Bangi.


Aku amik set ayam masak merah... Perghhhh... Teringat2 ni sambal ayam tu..


Tu dia Afif... salute lah kat awak, banyak nasi tu dia boleh makan habis..


Aku dah cakap jangan gerak kan..
aku nak amik gambo..
Ish ko ni mi...
Hahaha.. maapler yer..
xde dah gambo elok yg lain..

Nilah geng makan aku kat opis baru ni..
Ummy amik set nasi beriani ngan kambing...
Pun perghhhh.. Nyum nyum...


ok last,. wajib la gambar tuan tanah kan... =p

Ok bai!

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Lunch Buffet @ PICC RM15

Last week dapat jugak makan kat sini akhirnya! Hahaha, Kenapa akhirnya? sebab dah lama plan tapi asyikla tak jadi-jadi...:)

Sempena meraikan opismate yang senasib ngan kami dapat posting akhirnya... Reunion geng floating namanya ni.. hehe..

Bayaran hanya RM15 sekali masuk daripada pukul 12 tengahari sampai pukul 3 petang. Makanlah apa saja dalam tu.. Yang bestnya, lauk habis dorang topup lagi. habis topup lagi.. Kenyang perut...




Gambar yg ada watermark aku, sumbernya dr kamera aku n Qila lah yer. Yang takde cop tu, aku gugel saje bagi melengkapkan entry ini..:)


Kawasan luas. Kerusi meja banyak. Jadi tak perlu risau takde tempat..:)


Ni first round.. sedapppp..


Kka Izzah n Kak zai.. Tak pandang kiri kanan dah.. hahaha


Antara menu-menunya..










Orait geng. Thank you so much for everything.... Ada masa kita jumpa lagi.. Gud luck semua di tempat baru..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cinta Jangan Pergi




Sape tengok citer ni? Aku.

hehe..

Best wooo.. Real giler dorang berlakon sampai setiap inci drama ni masuk menusuk dalam jiwa weyy.. Tak kiralah sape punya watak. paling best dua watak ni lah, Tiz ngan Nadiya Nisa.. Comel betul Nadiya Nisa ni gaduh ngan bopren dia tu, Bil. Pelakon baru kot..

Korang tengok sendiri yeh nanti. Setiap Sabtu dan Ahad je. Kat tv9 kul 8.30 malam.





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review Check up Zara 6 bulan



Hurmmm, agak mengecewakan result check up kali ni. Sama ngan Yun Nasir. Berat Zara naik 100gram sahaja. Huhu..~~

Tak tau nak cite apa dah.

Sedih...



=p

Taklah, gurau je. Sekarang ni sedaya upaya merajinkan diri mencuba macam-macam resepi untuk diberi kat Zara. Tapi semuanya berakhir ngan aku yang kecewa jugak. Hahaha, Zara takmo makan. Masuk dalam mulut pastu diluahnya balik..

Ada tips tak?

Aku try bagi telur separuh masak baru dia nak makan sikit2. Takkan ler aku nak bagi telur je hari2 kan.. Atas saranan nurse jugak aku bagi dia rasa telur separuh masak tu. Terkejut jugak nurse cakap dah boleh bagi anak makan, bubur, telur.. Sampai kat telur, aku terkejut. Telur? Bukan ke telur masa umur dia setahun ke?

Nurse cakap, taklah. Leh try bagi sekarang. Pastu observe la kot2 allergic ke kan.. So far, takde plak naik merah2 ke apa.. Ok je Zara makan.. Boleh bagi lagi nanti. Bagi berat naik sket.

Ok, next appointment bulan 12 nanti. 9 bulan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review Check up Zara 4 bulan

Hai..

Salam 3 Ramadhan semua..:)

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kekuatan untuk berpuasa walaupun masih menyusukan Zara.. Terima kasih Ya Allah..

Minggu lepas, hari Khamis, aku bawak Zara pegi klinik untuk rutin checkup dia setiap bulan. Dah bulan keempat. Semakin membesar kamu Zara.. Makin lama makin dah tak jadi baby.. Tapi Zara tetap baby mama ngan papa.. Abang pun..:)

Alhamdulillah berat dia naik jugaklah walaupun sikit. Dari 5.9kg ke 6.4 kg. Mungkin sebab dia seminggu sebelum tu dia diarrhea. Sehari tak sah kalau tak 9-10 keping pampersnya. Kesian dia. Sampai naik merah-merah kat tempat tu. Tapi nasib baik tak meragam. Selsema pun tak hilang-hilang lagi. Alahai, taktau buat macam mane dah..

Panjang dia naik jugak. 62 cm rasanya. Haha, tak bawak pulak buku pink dia tu.

Lilitan kepala : tak ingatlah. nanti dah ingat aku taruk balik kat sini ek..

Jom layan gambar dorang ni.. Tengah bosan semalam..







♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kau Yang Satu

Gambar ihsan En. Google

Boring takde buat apa..*time anak-anak tido, aku godek-godek almari bilik anak dara berdua tu, Ika n Kak Yang. Jumpa banyak novel.

Ahaaa!

Sambil baring-baring menyusukan Izara lehla baca kan..*kes kalau mata tak mau lelap. =p

Rasa macam dah baca dulu-dulu. Tapi baca jelah lagi sekali..:)

Review novel ni, best la jugak. Part suami isteri tu lebih kurang novel Ombak Rindu. Mula-mula tak suka, lama-lama suka. Tang gurau-gurau manja-manja tu yang best, siap terbayang lagi kalau aku ngan husband aku macam dlm novel tu..:)

Baru je habis baca tadi..Nak pegi carik novel lain pulak lah. :)

Sekian, review dari aku yang ntah apa-apa..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review check up 38 weeks


Ok sila tatap muka ibu mengandung dah 38 minggu ni puas-puas..
Nampak tak lemak2 berkumpul dan bermaharajalela di bawah dagu itu..=p
Haha..
Sebab mase nilah nak merasai nikmat berwajah gemss..
Tak sampai hati nk tulis perkataan yang sangat sensitif bagi wanita itu..
Sebab lagi, aku dah rasa bila dikutuk dihina sebab gemss..
T_T
Arghh kisah lama! Lupakan!

Harap-harap lepas deliver, aku akan berjaya selim melim..
Hehe.. 
Misi aku ni weyyy! Sila support aku..=p
Satu cara nak cepat kurus lepas bersalin adalah dengan pantang betul2 dan breastfeeding!
Yess! Breastfeeding!
Tak sabar mau rasa lagi nikmat itu..:)
Tapi sekarang, rasa dulu nikmat gemss ye..

ok, balik pada tajuk..

Semalam pegi check up 38 weeks kat KK Presint 11 pada jam 11..
hehe..

Berat : naik sekilo.. phewww.. naik lagi.. bila ntah nk turunnya kalau asyik makan-makan dan makan..=p

Hb : Naik la sikit 10.6 dari minggu lepas 10.4.. Tapi still tak normal ye kawan-kawan.. Normal adalah angka 11..

Urine : ok

BP : ok

Jantung baby : ok

kaki : Bengkak sikit kat kaki kiri..

Gerak baby : siang dia banyak tido, malam sangat aktif.. Nak citer ni, satu pagi tu, aku terkentut. Sekali kan baby terkejut.. haha, sian dia..

Lain-lain :  Rambut baby selalu mencucuk kat lorong nak keluar tu.. sakit tawww, saje je baby nak nyakat mama eyhh.. Baru 2 hari lepas dah kerap rasa gatal kat perut.. menggaru ler.. Tulang punggung sakittt, doctor cakap tu bukan sebab kurang kalsium tapi sebab tulang pelvik yang dah menguncup dan meregang akibat daripada baby yang Braxton Hicks.. Haha, aku punyala minum susu 2-3 kali sehari sebab nak hilangkan rasa sakit kat punggung tu.. Salah teori aku rupanya..=p

Sekian, cerita ibu mengandung di minggu ke 38..
Next check up pada 7 Mac 2012
di minggu ke 39!
Wow! 39 minggu dah!
Sempat sampai k tidak ke minggu ke 39 tu kan..:)
Apa2 pun, doakan saya ye kawan-kawan..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Movie : Real Steel


Sian kan.. aku baru nak tengok movie ni... Fresh lagi dalam kepala otak ni. baru je tengok tadi..

Terpaksalah..time movie ni tengah hangat di pawagam, aku memendam rasa je bila adik aku Kak Yang tengok movie ni banyak kali. Lebih 4 kali kot dia g tengok..

Aku yang dah ada anak ni haruslah carik masa yang sesuai untuk layan movie kat panggung. Hari Jumaat lah jawabnya. Nasib baik ada kul 12.30 punya. Hari Jumaat kan rehat lama.. Hehe.. Sorang-sorang pun jadi jek.. Layannnn..

Ok, opinion aku pasal citer ni..10x thumbs up!!!

Sangat teruja ok! Ada masa gembira, ada masa main ngan emosi sehingga berjaya buat air mata aku mengalir..tentang relationship seorang ayah dan anaknya..mau ko tak terharu dan sedih.. Ada masa datang semangat gile! Tambah2 tang robot tu menari.. Sampai aku bangun-bangun dari kerusi kat GSC tu ok! Haha...

Aku lambat sikit masuk wayang, so, aku taktau yang citer ni cerita pada masa depan.. Sebab tengok device dia yang control robot tu canggih gile! Hah! Berapa banyak kali giler dah ni..haha.. Serius aku teruja!


Lain-lain, korang yang belum tengok, pegilah serbu panggung k.. Serius berbaloi-baloi..:)

Aku copy sket review dari Kakiwayang.com.. 

*******

Menakjubkan. Menonton filem ni membuatkan anda rasa ingin ber-boxing seketika (Hantu Wayang, 2011). Pada saya, filem ini membuatkan anda terasa manisnya sebuah kemenangan (sweet victory gitu).. yang biasanya kita dapat lihat dalam filem2 Van Damme saja. Plus, anda dapat lihat sebuah robot hebat yang boleh menari macam Justin Bieber dan bergaduh macam Wolverine…haha…..jadi, memang terbaekk la Real Steel….oh ye, kalo tengok 3D pun berbaloi tau cite ni…sebab graphic die best…

Pelakon : Hugh Jackman (Charlie Kenton), Dakota Goyo (Max), Olga Fonda (Farra Lemkova), Karl Yune (Tak Mashido)

Sinopsis :

Tinju robot sangat popular pada masa depan kerana penonton mahukan lebih aksi dan keganasan. Robot-robot ini dibeli dan dipertaruhkan di gelanggang baik official mahupun underground. Ia perlu dikawal menggunakan remote or ape2 device oleh tuannya dari luar gelanggang.
Charlie, bekas peninju dan merupakan seorang loser dalam bidang tinju robot. Dia asyik kalah dan mempunyai banyak-banyak hutang. Walaupun merupakan seorang yang berbakat, tapi sifat dia yang suka bertaruh dan overconfident menyebahkan die kalah dan hilang arah tuju dalam kehidupan.

Real Steel 4 300x168 Review Filem : Real Steel 2011 : Robot Menari ala Bieber dan Bertarung ala Wolverine!!!

Tiba2 dapat berita yang anak die bernama Max (hasil dari hubungan seks bebas die 11 tahun lalu) sekarang telah kematian ibunya pun so xde sape nak jaga. Nak tak nak, Charlie terpaksa jaga budak ni. Apa yang tidak disangka ialah Max ni sangatlah menyerupai ciri2 baik-buruk Charlie..haha..

Akibat sesuatu peristiwa, Max telah menjumpai sebuah robot di timbunan sampah. Bakat Max terserlah disini apabila die telah alter robot tu (diberi nama Atom) hingga menjadi robot yang superb. Charlie yang lansung tidak menaruh harapan terhadap Atom tiba2 teruja apabila Atom berjaya memenangi beberapa pertarungan underground.

Namun, untuk memenangi Kejuaraan Dunia, Max perlukan Charlie untuk ajar robotnya bertinju, dan Charlie hanya bersetuju sekiranya Max boleh guide robot tu untuk menari rap sebelum persembahan!!!…ini supaya diorang dapat duit hasil persembahan tu…..menarik bukan?!!…so berjaya x Atom sampai ke peringkat tertinggi dan camne sebuah robot dari timbunan sampah boleh jadi terer?

Apa yang best filem ni?

Walaupun jalan cerita agak klise, iaitu loser – jumpe something – dan menang, tapi Tinju Robot adalah something new yang kita rasa nak tengok. Lagi best sebab robot ni boleh menari mengalahkan Muhammad Ali dan Oscar de la Hoya dan bertarung hasil tunjuk ajar seorang Wolverine!!..haha


realsteel itsashowclip hd 300x168 Review Filem : Real Steel 2011 : Robot Menari ala Bieber dan Bertarung ala Wolverine!!!

Sebenarnya mesej tersirat dalam filem ini ialah budak2 muda sekarang lebih pandai handle technology dari orang tua. Dan orang tua (Charlie) dalam cerita ini asyik kondem Max (budak muda) ni based on pengalaman Charlie. Sehinggalah rupanya Max ni sangatlah boleh menyumbang ke arah kehidupan Charlie hingga menjadi superb. Sangat related to issue umur kerajaan bersara 60 tahun kan?..haha…

 Graphic yang best hingga kalau anda tengok 3D, mungkin tercampak anda punya popcorn atau tertumbuk makcik kat kerusi depan…haha..

Muzik latar yang rancak dan menaikkan hormone ekcited…haha.. Ok, umum tau kalau event cam wrestling ke boxing ke, muzik latar die kan memang cool gile…so, cite ni juga x ketinggalan kerana pemilihan muzik background die yang cool dan rasa ingin melompat.

 Jalan cerita juga macam xmalas sebab setiap perlawanan yang Atom menang tu ada cerita dia yang tersendiri. Memang combination yang mantap dari Atom-Charlie-Max…

 Seperti citer Hollywood yang lain, detail diorang sangat bagus hingga pelakon tambahan dia pun memang memainkan peranan yang menarik. Seorang teman cakap kan bagus kalau pelakon tambahan Libas sebaik pelakon tambahan Real Steel, sebab situasi dia lebih kurang sama iaitu perlawanan underground…ops, bukan nak compare eh, tapi katanya kan filem kita nak jadi global, katanya..

 Tiada aksi ghairah, bogel atau ranjang sebagai tarikan untuk filem ni, so selamat untuk anda bawak remaja-remaja yang berumur 13tahun ke atas….cume ada aksi cium molot selama 7 saat dalam cite ni yang anda perlu tutup mata mereka..haha..

 Dan yang paling saya nak highlight kat sini, ialah Dakota Goyo (Max) sangat best dalam filem ini!!! Dia mempunyai mimik muka yang best dan tak tau kenape, tapi dia sangat pandai berlakon dan bercakap. Entah kelas lakonan mana yang dia follow tapi lakonan dia memang seronok ditonton.

 o watch the main event featurette for shawn levy s real steel arrives 300x144 Review Filem : Real Steel 2011 : Robot Menari ala Bieber dan Bertarung ala Wolverine!!!

Apa yang xbest filem ni?

Mula2 cerita time die nak tunjuk zaman kejatuhan Charlie tu die cam slow sikit, mungkin anda akan rasa mengantuk….start best cite ni lepas diorang semua jumpa Atom..

 Seperti mana-mana cerita fighting/team bola atau yang berkonsepkan pertandingan, anda mesti tau yang hero mesti menang…so tu cam kurang syok sikit….tapi camne Atom boleh menang, tu yang orang nak tengok…hoho..

 Ok la, so kami kat Kakiwayang.com sangat la recommend filem ini untuk anda tonton….terbaek kot!!!..
 Sekian, hingga berjumpa lagi di review seterusnya…chow!!!!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Review : Johnny English Reborn


Har Har Har Har... sape belum tengok citer ni?

Anda disarankan utk tengok citer k.. Sebab ianya sangat menghilangkan stress anda..hahahaha.. Serius beb!

Hari Jumaat waktu rehat hari tu berkesempatan pegi tengok citer ni ngan kengkawan ofis. Rehat lama kan hari jumaat. Kebetulan pulak citer ni start pukul 12.15. So, bukak GSC online, bayar saja. 6 orang kesemuanya. Aku, Dayan, Kak N, Nor, Qila dan Puan Aida..:) 4 orang mak budak dan dua orang bujang.

Sinopsis, sila tengok kat kakiwayang.com. 

Rasa nak carik DVD dia..:) Nak ulang tayang kat umah pulak.. Aku bagi rate 5 star utk citer ni..

Review : Source Code


Ok, jumpa lagi kita kat Segmen Review. Kali ni aku nak review pasal movie Source Code. Siapa yang dah tengok?

Minggu-minggu terakhir aku layan GSC. Haha. Next week penuh ngan kursus. Next two week lagi, Dani dah balik. So, takdela nak berwayang-wayang lagi..:)

Hampir-hampir burn tiket citer ni disebabkan lif kesayangan aku rosak. :(

Bagi aku Filem Source Code ni ala-ala Filem Avatar. 

Hurmmm agak susah aku nak explain cerita ni. Siapa yang tengok dia faham la. Hehe.. Tapi aku cuba jugakla terangkan sikit-sikit.

Kapten Colter Stevens telah mati dalam peperangan di Afghanistan. Tetapi sebahagian otaknya masih berfungsi. Lalu sebuah agensi telah memanipulasi kan tubuh badan Kapten Colter Stevens untuk melaksanakan satu misi. Misi itu adalah mencari pengebom yang akan meledakkan bom di Bandar Chicago untuk kali kedua. Kali pertama telah meletup dalam keretapi. Source Code adala sebuah program yang telah membenarkan seseorang memasuki badan orang lain untuk 8 minit terakhir ke belakang untuk mengelakkan suatu tragedi. Kapten Colter Stevens telah disimulasi masuk ke badan Sean Fentress. Seorang guru. Beliau bertanggungjawab untuk mencari pengebom yang meletupkan keretapi tersebut. 

Banyakla adegan-adegan yang thriller. Memang memenuhi citarasa aku kalau nak tengok wayang. Aku kan suka filem sains fiksyen ni. Korang harus tengok citer ni. Sedih, cemas, kagum, semua ada.. Part sedih masa Kapten ni cuba bercakap ngan ayah dia. Dalam masa 8 minit tulah. Sedihhhh..


Jake Gyllenhaal (Kapten Colter Stevens) berumur 31 tahun. - handsome lah dia..:)


Michelle Monaghan (Christina Warren) berumur 35 tahun - cun betul dia. Lawa. aku suka. Sweet je bila buat watak menggoda si Kapten Colter Stevens yang disangkanya Sean Frentress tu. Padahal orang lain..hehe..








ok dah. siapa yang free tu, pegilah tengok..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...