Thursday, April 21, 2011

Review : Source Code


Ok, jumpa lagi kita kat Segmen Review. Kali ni aku nak review pasal movie Source Code. Siapa yang dah tengok?

Minggu-minggu terakhir aku layan GSC. Haha. Next week penuh ngan kursus. Next two week lagi, Dani dah balik. So, takdela nak berwayang-wayang lagi..:)

Hampir-hampir burn tiket citer ni disebabkan lif kesayangan aku rosak. :(

Bagi aku Filem Source Code ni ala-ala Filem Avatar. 

Hurmmm agak susah aku nak explain cerita ni. Siapa yang tengok dia faham la. Hehe.. Tapi aku cuba jugakla terangkan sikit-sikit.

Kapten Colter Stevens telah mati dalam peperangan di Afghanistan. Tetapi sebahagian otaknya masih berfungsi. Lalu sebuah agensi telah memanipulasi kan tubuh badan Kapten Colter Stevens untuk melaksanakan satu misi. Misi itu adalah mencari pengebom yang akan meledakkan bom di Bandar Chicago untuk kali kedua. Kali pertama telah meletup dalam keretapi. Source Code adala sebuah program yang telah membenarkan seseorang memasuki badan orang lain untuk 8 minit terakhir ke belakang untuk mengelakkan suatu tragedi. Kapten Colter Stevens telah disimulasi masuk ke badan Sean Fentress. Seorang guru. Beliau bertanggungjawab untuk mencari pengebom yang meletupkan keretapi tersebut. 

Banyakla adegan-adegan yang thriller. Memang memenuhi citarasa aku kalau nak tengok wayang. Aku kan suka filem sains fiksyen ni. Korang harus tengok citer ni. Sedih, cemas, kagum, semua ada.. Part sedih masa Kapten ni cuba bercakap ngan ayah dia. Dalam masa 8 minit tulah. Sedihhhh..


Jake Gyllenhaal (Kapten Colter Stevens) berumur 31 tahun. - handsome lah dia..:)


Michelle Monaghan (Christina Warren) berumur 35 tahun - cun betul dia. Lawa. aku suka. Sweet je bila buat watak menggoda si Kapten Colter Stevens yang disangkanya Sean Frentress tu. Padahal orang lain..hehe..








ok dah. siapa yang free tu, pegilah tengok..:)

1 comment:

m@Ri@ said...

mcm best walaupun tajuk die tak menarik..ish nk kena g tgk ni..hehe..