Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Family Time

Aku bersyukur sangat-sangat... dah lama sangat aku impikan setiap hari minggu Enady ada kat rumah ngan family... Sebelum ni apa-apa aktiviti tunggu dia cuti... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.. :) Mula-mula tak biasa dia ada kat rumah the whole day Sabtu Ahad... lama-lama ok dah...

Dan setiap hari Jumaat je mulala dia tanya... kita ada apa2 plan tak ma minggu ni? Kalau ada... ada la meronda nya... kalau takde, kita lepak umah je lah, rasa rajin ptg2 g amik angin petang...

2 minggu lepas, adik aku Kakyang bagi tiket wayang free untuk 1 family... So, xde plan ke mana2, jom la hangkut anak-anak g layan Inside Out. Tq so much kakyang... :) Nanti nak lagi yerp.



Bergambar dulu ngan background Movie tu...


Zara is penakut lah... Dia trauma ari tu ada background citer Sinister 2 tu dia terkejut sampai berterabur Pop Corn... Tu yang dia takut nak bergambar area2 situ... Pandang keliling takut2.



Tu tengok tu dia gelisah.. hahaha... zara Zara.. Gambar ni Dani yang amik.. senget lah abang.


Tiket dah amik.. tapi wayang nak start sejam lagi... Lepak jap kat luar The Hubs tu...



Suka sangat wefie sekarang ek pa... =p Dah nampak perut.... nak masuk 5 bulan masa ni...



Jalan-jalan lagi, tiba2 Enady ajak layan bowling jap seround.


Wefie again.. :)



4 of us! Nanti 5 of us plak.. :)

Thanks hubby bawak n teman kami jalan2...




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jurassic World


Aku yang ajak anak-anak n Enady nak g tengok citer ni.. Hahaha.. mama yang excited lebih. Zara pun excited. Dani awal-awal lagi dah cakap, macam tak best je mama... huhu,, ala taste dia citer robot citer kereta, dia suka la..

Tapi still nampak la excited dia nak g tengok tv besar katanya...

Dah book tiket awal hari Sabtu. Ikutkan hati bila tiba harinya, rasa cam malasssnya nak kuar... Kepala ting tong. Tapi dah berjanji kan... bawak jelah...



Sampai Alamnda ngam-ngam haa... tapi sempat gak la amik gambar kat dinosour tu... Dani ngan Zara takut mula-mula.. hahaha, ntah apa2... bukannya dinosour betul pun...hikhik.. tu pun takut.. =p

Boleh tahan ramai jugak la dalam panggung tu. ramai jugak bawak anak-anak.. haha, ada geng! anak2 buat bising. Citer dia macam lambat sikit nak sampai ke jurassic park tu. so anak-anak boring asyik cakap cakap je... belikan pop corn pun tak mau diam.

Dani ok la mau gak dok diam. Si kakak, aduhaii... siap pakej jerit semua la bila dia boring tu. Paling yang aku geram, dia campak-campak pop corn dari atas sampai bawah. adoi anak... aku cakap jgn baling dia dah start menangis dah... bawakla dia kuar jap... Huhu.. nape macam ni kakak.. dulu takde pun macam ni.. Ok je dulu kan... hahaha tension mama ko kakak oi..

Dah diam sikit, barulah masuk balik dalam... sampai la habis.. Haa, masa ni mmg dok diam la sebab dah banyak action kan... huhu, sabo je ler...




Balik tu ingat nak jalan-jalan jap sementara nak tunggu baazar bukak.. tapi tak tahan aku dah.. moh ler balik... Tengok anak-anak makan aiskrim McD tu menduga betul.. hahahaha... tumpah sana sini.. kalau time tak pose dah lama aku jilat jangan bagi meleleh kan... hahaha...

Ok la citer ni.. menarik gak jalan cerita. kalau wujud betul2 taman macam tu agak2 rasa nak pegi tak?... =p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Suami Aku Ustaz.......ke? =p

Hehehe...

Suami haku bukanlah ustaz.

Layan movie Suami Aku Ustaz tadi time break ngan kolig : Wahida, 'Bina Insan', Kak Izan and Ika tomey... haha. Sempat! 

Time ni jelah me time aku... time lain.. sorry, aku ni kepunyaan suami dan anak2. Xleh tinggal... :) Kadang tu bawak balik keje opis nak buat kat umah lah kononnya, akhirnya kerja itu dipandang sepi.. hahaha... 

Movie ni aku bagi 3 bintang dr 5 bintang. Citer dia biasa je. Tapi tadi ade orang potong bawang dalam panggung. Hahaha... tsk tsk tsk!

Belah kiri dengar sobs sobs sobs.. belah kanan ternampak dia kesat airmata...kuikuikui.. aku? Banjir gak kat kolam mata ni.

Tapi bestla. Banyak pengajaran. Yang paling terkesan adalah dengan ayat ni...

"Lidah adalah lebih tajam dari mata pedang"

Kerana mulut, badan binasa.. tulah perumpamaannya.. 

Kalau ada masa terluang tu korang pegila tengok kat wayang.. :)


Review : Johnny English Reborn


Har Har Har Har... sape belum tengok citer ni?

Anda disarankan utk tengok citer k.. Sebab ianya sangat menghilangkan stress anda..hahahaha.. Serius beb!

Hari Jumaat waktu rehat hari tu berkesempatan pegi tengok citer ni ngan kengkawan ofis. Rehat lama kan hari jumaat. Kebetulan pulak citer ni start pukul 12.15. So, bukak GSC online, bayar saja. 6 orang kesemuanya. Aku, Dayan, Kak N, Nor, Qila dan Puan Aida..:) 4 orang mak budak dan dua orang bujang.

Sinopsis, sila tengok kat kakiwayang.com. 

Rasa nak carik DVD dia..:) Nak ulang tayang kat umah pulak.. Aku bagi rate 5 star utk citer ni..

Review : Source Code


Ok, jumpa lagi kita kat Segmen Review. Kali ni aku nak review pasal movie Source Code. Siapa yang dah tengok?

Minggu-minggu terakhir aku layan GSC. Haha. Next week penuh ngan kursus. Next two week lagi, Dani dah balik. So, takdela nak berwayang-wayang lagi..:)

Hampir-hampir burn tiket citer ni disebabkan lif kesayangan aku rosak. :(

Bagi aku Filem Source Code ni ala-ala Filem Avatar. 

Hurmmm agak susah aku nak explain cerita ni. Siapa yang tengok dia faham la. Hehe.. Tapi aku cuba jugakla terangkan sikit-sikit.

Kapten Colter Stevens telah mati dalam peperangan di Afghanistan. Tetapi sebahagian otaknya masih berfungsi. Lalu sebuah agensi telah memanipulasi kan tubuh badan Kapten Colter Stevens untuk melaksanakan satu misi. Misi itu adalah mencari pengebom yang akan meledakkan bom di Bandar Chicago untuk kali kedua. Kali pertama telah meletup dalam keretapi. Source Code adala sebuah program yang telah membenarkan seseorang memasuki badan orang lain untuk 8 minit terakhir ke belakang untuk mengelakkan suatu tragedi. Kapten Colter Stevens telah disimulasi masuk ke badan Sean Fentress. Seorang guru. Beliau bertanggungjawab untuk mencari pengebom yang meletupkan keretapi tersebut. 

Banyakla adegan-adegan yang thriller. Memang memenuhi citarasa aku kalau nak tengok wayang. Aku kan suka filem sains fiksyen ni. Korang harus tengok citer ni. Sedih, cemas, kagum, semua ada.. Part sedih masa Kapten ni cuba bercakap ngan ayah dia. Dalam masa 8 minit tulah. Sedihhhh..


Jake Gyllenhaal (Kapten Colter Stevens) berumur 31 tahun. - handsome lah dia..:)


Michelle Monaghan (Christina Warren) berumur 35 tahun - cun betul dia. Lawa. aku suka. Sweet je bila buat watak menggoda si Kapten Colter Stevens yang disangkanya Sean Frentress tu. Padahal orang lain..hehe..








ok dah. siapa yang free tu, pegilah tengok..:)

Review : World Invasion : Battle Los Angeles



Film: World Invasion: Battle Los Angeles
Cast: Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Bridget Moynihan, Michael Pena
Director: Jonathan Liebesman

First of all, aku memang suka cerita pasal perang-perang ni. Tambah-tambah dengan alien kan..Hehe..

Battle: Los Angeles (juga dikenali sebagai Battle: LAand World Invasion: Battle Los Angeles, dan sebelumnya Battle for Los Angeles) ialah sebuah filemfiksyen sains tentera peperangan diarahkan oleh Jonathan Liebesman, dan dinbintangi oleh Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Michael Peña, Ne-Yo, David Pham, Ramon Rodriguez dan Bridget Moynahan. Ia mula ditayangkan pada 11 Mac 2011, filem ini berlatar di masa kini Los Angeles dan mengikuti marin A.S. semasa serangan makhluk asing. copy from wikipedia.

Filem ni okla..not bad. As you know, US punye filem kan, confirm la diorang buat cerita yang .. camne nak kata ek.. (jangan ada yang banned aku sudah) cerita yang akan menunjuk-nunjukkan dorang punya kehebatan dan kekuasaan tentera diorang.

Di samping  menunjuk-nunjukkan tu, ada jugakla moral-moral yang boleh diteladani oleh masyarakat. Contohnya :

1. keselamatan orang awam sangatlah diutamakan. Part yang diorang jumpa orang awam kat Balai Polis. En, Rincon ngan anak dia, Hector, seorang doktor Haiwan, Michele dan dua orang kanak-kanak perempuan. 5 orang semuanya. Semuanya dilindungi 100%.

2. sanggup berkorban untuk keselamatan negara. Leftenan William Martinez mengorbankan dirinya dengan mengebom diri sendiri daripada makhluk asing tu terus mara.

3. semangat berpasukan. Semua tentera wajib ada teamwork kan. Dengan teamwork nilah kalau kita semua bekerjasama, mesti boleh berjaya.

4. tiada istilah rehat bagi tentera. Ni kat ending dia. US Marin yang terselamat : Staf Sarjan Nantz, Technical Sarjan Elena, Cpl Lee Imlay, sape lagi ntah, aku tak ingat. Dorang selamat tiba di Pangkalan. Ada US Marin lain yang menyambut ketibaan mereka mengarahkan mereka bersarapan dahulu tetapi mereka tidak mahu bersarapan dan teruskan operasi. Pastu habissss...

Pada pandangan aku, ni ajelah. Orang lain aku tak tau. Tapi cerita sedih woo.. Part yang ayah Hector, En. Rincon tu mati. Syahdu je rasa.

Oh ye. Ne-Yo penyanyi RnB tu pun berlakon tau. Jadi doctor tentera. Nama dia dalam filem ni Cpl. Kevin "Specks" Harris. 


Ok, itu saja review kali ni..




Staf Sarjan Michael Nantz


Technical Sarjan Elena Santos








Its time for movie


Setelah sekian lama tidak menonton.
Sementara masa masih ada untuk bersama.
Melupakan seketika kerinduan terhadap anak tersayang...:(

Khurafat : besttt..!




Sempat jugak layan movie Khurafat ni ari Rabu yang esoknya cuti Thaipusam.. Pukul 11 malam kat GSC Alamanda. Dani? hehe.. MakYang dia jaga.. cayang u lah KakYang..

Panggung penuh beb.. itupun aku beli online aku tgk semua waktu tayangan penuh. sampai kul 12.50 am pun penuh.. Seb baik ada kul 11 malam. itu pun hall 3.. kecik sikit Hall nye dan aku duduk 3 baris dari depan ye.. sangat tak best.. tu yang takde feeling sangat tgk citer nye.. Lagi satu sebab takde feeling sebab aku rasa part yang siang hari je aku bukak mata luas-luas.. bila part malam je, aku tutup mata dah.. Enady rilex je kat sebelah aku..hihi..tapi ade la jugak tearas gerakan badan dia yang terkejut tu.. haha..

Citer ni not bad la.. jalan cerita simple dan padat dengan penceritaan.. tak terlalu berat sampai kene pk pk.. Percubaan yang baik buat Shamsul Yusoff... Tahniahh..:)

noted : part yang paling seram masa Shamsul angkat mayat kat dalam hutan tu.. adeii..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

AVATAR~~~ Bestttt!!!

lpas dah main2 kat game budak2 tu...(eh..budak2 ke? aku tgk ramai je org dewasa pun main kat situ )
tepat kul 9.50 malam...
movie nk start dah...
yg paling teruja adalah ika....
dia mane penah g tempat2 macam ni...
so, macam2 ragam aku tgk dia...
terkejut bila dgr sound tiba2 je berbunyi..hahaha...
mmg sakit perut tahan gelak...

6 tiket semuanya...:)





hahaha..lawak tgk ika...
teruja habess...

citer Avatar mmg bestla...bagi peminat2 cerita sains fiksyen cam aku ni...
bagi yg tak berapa minat, maybe akan tertdo di awal cerita....
ibu ngan enady dah tertdo dah awal2 tu...boring katenye...
kak yang n ijai..steady je...
di awal cerita, agak lembap sket...
tapi kalau tak tgk dr awal, nanti tk paham lak bila sampai tengah2 n ujung...
adik aku, anep cakap..maybe ade avatar2 sebab si Jake tu dah join puak avatar tu kan...
ntah le..same2 kita saksikan nanti...

komen aku utk citer ni...
mmg kreatif la si James Cameron ni...
dia juga yg buat citer Titanic tahun 1998 dulu kan...
hihi, baru2 ni ade ditayangkan kat TV2 citer Titanic tu...ari sabtu lpas kalau tak silap...

♥ honey ♥

2012 on Wed!


sian aku kan...
baru nk tgk citer ni...
dah banyak dah org2 bercerita pasal citer ni...
akibat masa tak mengizinkan aku pendamkan saje..

dan akhirnyeee..
tadi aku dah booking siap2 pakai on9 kat GSC...
hari rabu ni @ alamanda...
kul 9.15 malam..
ade sape2 nk join...?

♥ honey ♥

"Transformers: Revenge of the Fallen"


huhu...malam tadi baru dapat tgk transformers...
punyela lama tgu...
act, aku g ari ahad ari tu...
dan dan la time kitorang dah sampai kaunter,
tiket boleh habis...
last2 booking utk hari rabu..
hee..murah la sket...RM7 je...

conclusion citer ni...
sedih wooo...wuwuwuwuw...
aku meleleh airmata...
tang mane tau..
tang mase optimus prime tu mati...
tang ayah sam peluk sam, mase tu kat padang pasir...
tang optimus tu hidup balik...

banyakla lagi...
mmg best....
rase macam nk tgk lagi...
tak puas la...

penampilan istimewa upin & ipin

akhirnya....
asyik dengar dari mulut orang je,
last2 saya ajak en.ady g tgk citer ni...
kitorang g tgk kat IOI mall, puchong je...
sampai IOI dalam kul 8 mlm...
awal lagi, carik tiket dulu...
dapat tiket kul 9.00 malam...
sementara nak tgu kul 9 tu,
en.ady ajak g makan dulu....
saya makn ni, asam laksa...
saya tengah berdiet tak nak makan nasik...
hikhikhik
ni en.ady punye...nasik putih dgn sweet sour...
note : best giler cite upin ipin ni...gelaka, seram,suspen..semua ada tau...
dari 5 bintang saya bagi 5 bintang.....huhu....

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...