Skip to main content

Jurassic World


Aku yang ajak anak-anak n Enady nak g tengok citer ni.. Hahaha.. mama yang excited lebih. Zara pun excited. Dani awal-awal lagi dah cakap, macam tak best je mama... huhu,, ala taste dia citer robot citer kereta, dia suka la..

Tapi still nampak la excited dia nak g tengok tv besar katanya...

Dah book tiket awal hari Sabtu. Ikutkan hati bila tiba harinya, rasa cam malasssnya nak kuar... Kepala ting tong. Tapi dah berjanji kan... bawak jelah...



Sampai Alamnda ngam-ngam haa... tapi sempat gak la amik gambar kat dinosour tu... Dani ngan Zara takut mula-mula.. hahaha, ntah apa2... bukannya dinosour betul pun...hikhik.. tu pun takut.. =p

Boleh tahan ramai jugak la dalam panggung tu. ramai jugak bawak anak-anak.. haha, ada geng! anak2 buat bising. Citer dia macam lambat sikit nak sampai ke jurassic park tu. so anak-anak boring asyik cakap cakap je... belikan pop corn pun tak mau diam.

Dani ok la mau gak dok diam. Si kakak, aduhaii... siap pakej jerit semua la bila dia boring tu. Paling yang aku geram, dia campak-campak pop corn dari atas sampai bawah. adoi anak... aku cakap jgn baling dia dah start menangis dah... bawakla dia kuar jap... Huhu.. nape macam ni kakak.. dulu takde pun macam ni.. Ok je dulu kan... hahaha tension mama ko kakak oi..

Dah diam sikit, barulah masuk balik dalam... sampai la habis.. Haa, masa ni mmg dok diam la sebab dah banyak action kan... huhu, sabo je ler...




Balik tu ingat nak jalan-jalan jap sementara nak tunggu baazar bukak.. tapi tak tahan aku dah.. moh ler balik... Tengok anak-anak makan aiskrim McD tu menduga betul.. hahahaha... tumpah sana sini.. kalau time tak pose dah lama aku jilat jangan bagi meleleh kan... hahaha...

Ok la citer ni.. menarik gak jalan cerita. kalau wujud betul2 taman macam tu agak2 rasa nak pegi tak?... =p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…